Sedikit Renungan
  Berkata Abu Salamah, “Telah berkata  Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah  melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar  (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
  Muhasabah: Mimpi pelajar  UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
  Luangkan masa kalian untuk membaca..  ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan  kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi  Maha Mengasihani. ..
  Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah  pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi  Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos  2006.
  Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud  ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah.  Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari  nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w.  Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada  8 adik-beradik.
  Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau  menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di  negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang  mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah.  Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd  adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn  ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang  Syariah di universiti ini.
  Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak  tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam  dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di  bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,  selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari  kerongkongnya.
  Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu.  Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak  dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir  13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali  sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang  hari.
  Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail  sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan  makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur  dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2  pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali  bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan  ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
  Pagi  Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak  mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit  kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding  dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau  jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu  beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja  di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan  sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya  Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku  terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.  sendiri..”
  Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke  dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun  ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau  nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk  dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi  itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.  Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam  seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring  di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
  Tiba-tiba  datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri  hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali,  tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali  kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya.  Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja.  Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..  ”
  Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain  serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda  Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan  tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di  masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
  Kemudian Baginda Nabi s.a.w.  berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama  orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa  bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik  kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl  arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti,  dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara  di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”
  Ketika Nabi  menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”.  Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan  nikmat yg begitu besar buat dirinya.
  Kemudian Nabi katakan lagi;  “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan  berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..”  dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda  yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah  pergi.
  Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda  tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,  Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti,  apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda  sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..
  Sedar daripada tidur yg  amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut  terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau  kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan  salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu  pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan  kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat  Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
  Ya Allah..ketika itu, tiada kata  yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas  ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya  menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat  diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah,  pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum  dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma  kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
  Usai  solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan  sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa  ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi  kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa  sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk  melihat Baginda Nabi s.a.w..”
  Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan  berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima  gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat  hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin  Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah  seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah  s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’  ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..”  Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia.  Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina  Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg  agak kecil orangnya.
  Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh  baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102  surah Al-Baqarah yg bermaksud:
  “Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh  syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi  syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa  yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan  Marut.
  Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang  sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu  janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang  (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan  dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka  mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka.  Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu,  nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk  perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka  tahu..”
  Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada  makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur  terbakar. Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit  dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg  setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr  mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang  sabar..”
  Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi  meninggalkannya.
  Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur  dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn  mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan  alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik.  “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ  bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’.  Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah,  kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu  yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”
  Beliau berpesan pada  kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi  mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5  minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di  bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi  menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini,  maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh,  nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat  merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini  bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali  akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
  Keperibadiannya indah.  Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan,  diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka  bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya  tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan,  dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang  zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…
  Pernah suatu ketika Rasulullah  berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata  baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di  wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan  bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya  Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu  semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku  tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan  mereka..”
  Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk  Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan  ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
  p/s:  sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya  Rasulullah! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar  yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum  ini..)
  sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini  sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W… banyakkan lah berselawat dan mendengar  zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’  alam..(*_ *)
  Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru,  ambillah pengajaran kisah ini.  |