Di sini

Wednesday, November 2, 2016

Kronologi Bersalin anak ke-2; Hasya Fatihah: Part 2

eh..terlama pulak gap nak sambung part 2 kan hehe

Ok terus sambung..

Lepas gantung kaki tu aku rase macam tak betul je kaki tu..aku rimas la dengan doktor pelatih tu huhu. Tapi doktor nurse sume macam ignore je sebab sume fokus nak keluarkan baby..aku pon teruskan perjuangan..teran takleh je..pastu nurse yang aku aim tu cakap 'hmmm dah tak cantik dah..' Eeeii geram...tak supportive betui la orang nak beranak ni huhu. Pehtu nurse lain yang jaga bawah tu suruh teran kan tempat die sentuh tu pehtu aku nampak doktor dah pegang gunting huarghh..tapi yang sentuh tu membantu sebab bantu fokus aku nak teran kat situ..kali ni aku teran la macam kene sembelit tu kann..teran teran Alhamdulillah..keluar jugak baby..lega..tak perasan pun bila doktor gunting..and lain sangat beranakkan anak tak cukup bulan dulu tauu.

Lepas baby keluar nurse letak atas badan aku..suami azankan..

Tapi..proses bawah belum setel..part ni yang phobiakan aku 😭😭😭
Nurse korek-korek bawah tu..dari ayat medical diorg tu aku faham something wrong..
Sambil korek tu aku sakitttt gilaa..sebak wehh
Then diorg ambik baby balik dari atas perut aku tu sebab aku dah macam nak cengkam baby dah tau..
Tiap kali diorg seluk aku jerittt
"Aaarrggghhhh sakitttt Allahhh!!"
Aku faham mase tu darah tak stop and macam ade uri tertinggal..
Diorg pasang kanan kiri drip kat tangan aku..tengah cucuk kanan, tangan kiri sentap2 tahan sakit..cucuk kiri tangan kanan pulak ya Allah..
Dia suh sedut untuk kurang dakit tu pun boleh tembus jugak aku jerit sakitttt
Masa tu segala doktor laki semua praktikal semua dah masuk dah..sebab aku request perempuan jerk..tapi time tu dah panic..
Diorang nak tolak aku ke OT!
Aku tanya "kenapa?? Kenapa??" Walaupun hakikatnya aku faham.
Nurse "patient tanya tu kenapa please explain siapa yang incharge ke ape ntah"
Blah blah blah ok sign itu ini sambil di tolak..
Suami aku dah keluar tadi and tak tahu lagi sampailah aku nak masuk OT, doktor mintak sign untuk bius half body.
Dah sampai pintu OT (aku agak je sebab aku mamai tak bukak mata sangat)
"Sayang..sayang.." Aku panggil suami aku. "Iye sayang saya kat sini" suami aku sahut. Aku dah meracau-racau. "Penat..penat.." "Mana zikir awak ni..mana doa awak ni.." Suami aku pujuk. Aku terus stop then zikir baca doa kuat-kuat macam budak2 tu sebab penatt sangat takleh nak control tenaga.
Then lepas tu doktor tanya last makan pukul berapa la apa..then ade yang explain procedure pastu tanya aku "faham ye puan?" Laju gila die cakap, aku jawab "tak." Terdiam doktor tu haha. Then dia kata takpelah suami die ade dengar ni.
Pastu dia kata nak bius half body mintak aku duduk, aku cakap.."full body jelah saya penat.." Masa tu aku takleh nak fikir dah ape risiko fullbody bius..tawakal jer. Doktor keluar mintak sign lagi kat husband and husband aku terkejut jugak. Doktor kata "patient mintak full bius dia tak larat". Husband kata doktor pon hairan tengok perangai aku, "memang macam tu ke?" Tanye doc tu kat husband. Husband aku geleng jelah tak tahu. Pastu diorg suruh sedut bius..sekali..dua kali..aku sempat tarik lagi penutup hidung tu taknak sedut adoiiii lahh perangaiii 😓😓 sekali sedut lagi skali..sekali..dua kali..gelap!

Sedar2 aku tengah di tolak ke wad. Time tu rasa sakittt sangat pinggang ntah kenapa pulak dahhh! Sampai wad aku mengadu sakit lagi pinggang. Nurse pun hairan sebab aku sampai senget2 tahan sakit pinggang. Tak lama tu ade nurse cakap maybe sebab gantung kaki lama sangat. Adoii. Then akak aku yng ada kat wad tu gosok2 minyak. Adik aku pegang baby aku..mak aku..diorg cakap2 baby aku itu ini..tapi otak aku takleh nak layan..then aku rehat diam..tiba2 aku tersedak terbatuk ntah kenapa aku terasa nak terannn..aku angkat kaki macam orang nak beranak tuu. Adik aku panik panggil nurse, then nurse tolak ktil aku tempat lebih senang nak monitor. Aku cool balik. Diorg tak bagi minum lagi kan tapi tekak sakit hmm. Masa aku kene pindah katil tu aku dengar anak buh aku umur 3tahun tu macam nak nangis cakap kat akak aku "mama..mama..nape mummy..nape mummy.." Adoi siannye..bile aku dah cool aku terus panggil..mane niyaz sini..aku buat muka okay je kat die walaupun aku mamai lagi huhu.

Dipendekkan cerita lah kan..aku rasa penat pulak cerita haha. Dipendekkan cerita, lepas bersalin tu aku macam trauma bersalin..bila teringat hal bersalin je aku terus rasa nak teran..nak tido pun terfikir nak teran sampailah jam 2 pagi baru aku boleh cool down and baru baby di hantar kat aku..bayang lah anak aku nyusu skali je petang tu sedara tolong sua, aku memang weak gila. Dalam proses nak makan minum lepas operata tu semua suami suap..ubat potong empat..air masak air milo sesudu sesudu minum..memang macam nak meroyan dah..suami aku pun terfikir macam tu jugak huhu. Badan aku rasa panas..kaki kebas..bila nurse tanya aku jawab aku macam nak lost dah (dalam hati rasa macam nak mati lah nurse) betui wehh..takut nak pejam tido sebab takut tak bangun balik huarggghh. Dah stabil baru berani tido tauu..

Ok report pagi tu..diorg habaq aku hilang darah 1.5liter..hb aku drop 5.8-6.0 camtu.. So kene masuk darah..lepas 5 hari dan beg darah ke-4 dah masuk baru boleh discharge..dah nak discharge anak lak sangkut kuning..tambah sehari duduk wad anak..balik kaki bengkak bentan mandi air sejuk kat hospital huhuhu
Dah la itu sahaja penat pulak hahahahaa