Di sini

Friday, May 29, 2015

PELUANG SEMAK ARAH KIBLAT : KAMI SUDAH

Seperti yang aku dah beritahu semalam, semalam adalah hari Istiwa 'Uzma yang mana kita boleh semak semula arah kiblat kita seperti panduan dan masa yang telah diberitahu.

Jadi, semalam aku minta adik aku di kampung halaman menyemak semula arah kiblat kami di kampung sebab aku rasa macam ada dua pendapat tentang arah kiblat , tapi aku asyik lupa je nak semak (Ishk3, ampunkan hambaMu ini Ya Allah). Jadi semalam aku pesan kat adik aku, sila buat dan ini PENTING! hihi

Adik aku hantar gambar ni semalam.

Alhamdulillah, dengan ada gambar ni, kami dah yakin dah arah kiblat kami, terutama aku lah kan. Then aku suruh adik aku tampal arah kiblat kat hall kampung tu, senang saudara-mara datang nanti, tunjuk jer.

Ini lah antara tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Alhamdulillah. Syabas adikku!

Kome dah buat ker?? hehe


No comments:

Post a Comment