Di sini

Showing posts with label Buletin Niza. Show all posts
Showing posts with label Buletin Niza. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Harga Minyak Petrol dan Diesel Terkini September 2015

Eh eh..macam dah kemestian 1hb tiap bulan nak hupdate tentang harga minyak. Almaklumlahhhh.. bab ekonomi ni memang rancak naik turunnya.

Semalam masa aku dan suami dalam perjalanan dari Muar ke Ipoh, ada singgah di Petronas untuk solat dan sambil tu nak isi minyak. Selesai solat, suami kata, 'esoklah isi minyak, minyak turun esok. Turun sploh sen' Alhamdulillahh. Allah dengar doa kita.

Pahtu aku habaq kat suami, 'naik ke turun ke dia tetap kena jugak hihi' tettt


 photo Untitled_zpshjeqo7i7.jpg
Source: Mysumber.com
p/s: maap maap silent too long teheee~ :D

Wednesday, July 29, 2015

Senarai Kabinet Baru Malaysia 2015


ROMBAKAN KABINET 2015





SPEECHLESS.

Itulah yang terjadi semalam terhadap aku selepas kecohnya Rombakan Kabinet 2015 yang telah diumumkan semalam oleh Perdana Menteri kita.

Pertama: Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan.
Kedua : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik.




Sumber: Astro Awani
Persoalan: Kenapa TSMY digugurkan?
Jawapan : Kerana mengkritik pentadbiran negara berkenaan 1MDB

Persoalan : Kenapa Datuk Zahid Hamidi?
Jawapan : Mungkin kerana kesenioritian beliau dalam kabinet.


Tahniah
Sumber: Astro Awani


Ape pun, tahniah kepada Datuk Zahid Hamidi. Orang kampung aku memang seronok dengar kenaikan pangkat beliau. Aku pun takde nak komen ape tentang Datuk Zahid ni sebab pendapat aku, Datuk ni tak banyak isu, dia buat kerja dia jer dan tegas pulak tu. Tapi aku tetap tak sedap hati. Tak sanggup tengok beliau berhadapan fitnah mendatang oleh kerana orang lain.

Well, isu ini terbawa-bawa ke dalam rumahtangga aku, yelah, Tan Sri Muhyiddin Muar kot, Datuk Zahid orang Bagan Datoh hahaha. Husband aku kata, "kalau arwah ayah dia, mesti tak suke dan kalau arwah papa pula, mesti suka". haha. aku setuju la yang tu. hihi


Haishh, aku betul-betul tak sedap hati. Adakah TSMY akan jadi seperti DSAI?

well, well, well..... adakah ini antara punca perpecahan perpaduan kita rakyat Malaysia?

Inilah faktor-faktor akhir zaman. 'Huru-hara' adalah tanda-tanda hari kiamat. Kuatkan iman masing-masing. Please. #remindformyselftoo





Monday, July 13, 2015

Kes Plaza Lowyat

Nak komen jugak sikit hihi. 
Perhimpunan malam tadi di Plaza Low Yat
Sumber : Facebook



Kejadian tu memang membuka mata semua pentipu-pentipu dan tertipu-tertipu sekalian. Lebih-lebih lagi gadget handphone. Ya betul, tak semua orang tahu secara detail teknologi handphone ni sehingga menyebabkan ramai tertipu. Tapi janganlah sampai zero sangat kau punye tertipu tu, sedih aku nengoknye ponggg hihihi.

Aku memang tak pernah la beli gadget di lowyat. Kalau aku pergi sana pun hanyalah untuk membuat survey. Aku perasan pakej gadget di lowyat ni memang pandai pusing. Memang tidak memuaskan sangatlah. Dapat A tak dapat B, Dapat A & B tak dapat C. Camtulah. Dan aku jugak tak suka tempat tu sebab ramai sangat orang hihihi.

So, barang aku handphone ke laptop ke semua aku beli di Plaza Shah Alam. Walaupun aku beli di kedai cina jugak, and kalau dia menipu jugak,wallahualam lah, tapi layanan dia baik. Aku enjoy beli dgn dia. Memang satu kedai tu je aku beli. 3 handphone dah beli kat dia hihi. Alhamdulillah, tiga-tiga tahan lama! ker..sebab aku pandai jaga krikkrik

Aku pon ada la jugak ambil langkah berjaga-jaga walaupun layanan dia baik, aku check jugak dalam-dalam, kasi puas hati. Tapi takdela sampai aku kopek handphone tuhhh =_=

So, berbalik kepada kes di lowyat tu, emm..tahniah sikit la sebab berani menegakkan kebenaran. Aku nak komen banyak pun, memang wajar la lelaki melayu tu marah.

Aku pun pelik jugak, kenapa kes tu berlanjutan? Rupanya kes tu bersambung-sambung. Selagi geng melayu tak mengalah, memang tak tutup kes lah.

Bagi aku, bila rusuhan tidak dihentikan, kes ini akan berpanjangan. Mula-mula serang sebab kena tipu. Lepas tu serang sebab kena tahan. Lepas tu serang sebab polis cover kes. Lepas tu serang sebab KPDNKK nak serbu lambat sangat. Lepas tu? Lepas tu?

Serang tu satu kes, penipuan tu satu kes. 

Geng tertipu akan dipersalahkan jika mendatangkan kecederaan.
Geng pentipu akan dipersalahkan jika terbukti menipu.

Takpelah, korang setel lah. Aku memang tak suka sangat bab-bab perhimpunan ni. Boleh jamin ke syaitan tak ikut. Nauzubillah. Tapi ni bulan puasa, syaitan kena ikat erk. Yang penting sebagai umat Islam, hangpa beringatlah sikit naa..jangan nak jadi batu api sangat naa..buat cara elok..still got option..

Aku cuma doakan semoga masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan harmoni. Moga dijauhi dari segala kejahatan, kemarahan yang melampau. Tunjukkanlah kebenaranMu Ya Allah. Bantulah mereka (muslim) yang teraniaya. Amin.

p/s: kepada encik polis yang terlibat dan dibekukan cuti raya akibat kes ini, mohon bertabahlah. Juga kepada keluarga, bertabahlah. I feel u sobsss


Wednesday, July 1, 2015

Harga Minyak Naik Lagi : 1 Julai 2015


Pandanglah lihatlah....
#WORDLESSWEDNESDAY

Sumber : http://www.hmetro.com.my


Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau kuatkanlah hati aku untuk menghadapi semua ini,
Andai Kau rasa kami golongan yang teraniaya oleh hal ini,
Kau Bantulah kami,
Agar kami tidak melatah tidak kalah seolah dicucuk syaitan yang direjam!.
Nauzubillahiminzalik

Wednesday, June 17, 2015

Bonus Raya Penjawat Awam 2015 dan Imbuhan Perumahan

"PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat Gred 54 dan ke bawah.  Bantuan khas ini akan turut dinikmati lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran berjumlah RM250. "Kedua-dua pembayaran ini akan dibuat pada 25 Jun ini yang membabitkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) di sini. Najib turut mengumumkan berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam akan menikmati kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding kadar terendah RM180 yang diterima buat masa ini. Beliau berkata, kadar baru itu akan dinikmati oleh gred jawatan 41 dan ke bawah dimana ia memberi manfaat kepada 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara. Katanya, pada masa sama, penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka. "Kadar baru itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion," katanya."

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/61765

Ini yang kecoh di group whatsapp mahupun di laman sosial. Sesuatu yang dinantikan oleh penjawat awam khususnya, dan pasangan kepada penjawat awam khasnya hahahaha

Alhamdulillah, dengan bantuan ni, ada la rezeki duit raya untuk anak-anak buah kan hihi.

Yang bersyukur sangat tu " penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka".Ini penting terutama bagi pasangan seperti aku suami isteri yang terpaksa menyewa 2 rumah dalam satu masa. Seorang satu rumah. Amboi, kaya sangat konon. Hakikatnya sesak napaih huhu. Moga 25% tu dapat meringankan sikit beban suami aku tu hihi.

Semoga Allah SWT terus memurahkan rezeki kita semua. Amin Ya Rabbal A'laminn.

Monday, June 8, 2015

Gempa Bumi di Sabah 2015

Seperti yang kita sedia maklum gempa bumi yang berlaku di Sabah bermula Jumaat lalu, 5 June 2015 telah menggemparkan negara. Susulan gempa masih berbaki sehingga pagi tadi seperti yang dilaporkan dalam harian metro online. 
Sumber Gambar: Google


Pada hari Jumaat lalu, bila aku dengar berita ini, aku ingat gurauan. aku tengok abg BEN update pun, macam tak pasti gambar tu dari mana. Yelah, mana pernah Malaysia ada gempa bumi sehingga merosakkan harta benda lebih-lebih lagi melibatkan nyawa. Kalau ada pun, hanya tempias gegeran dari negara jiran.

Tapi, setelah beberapa orang update di facebook, aku mula lah percaya. Memang menjadi sejarah terutama warga Sabah. Dengan keadaan fizikal gunung yang dikenali sebagai Donkey's Ear yang merupakan icon negeri Sabah juga runtuh.

Sumber Gambar: Google

Pada hari pertama kejadian, semua masih tertanya-tanya apalah nasib lebih kurang 137 pendaki yang masih berada di atas Gunung Kinabalu tu. Waktu tiap waktu, persoalan terjawab setelah sedikit demi sedikit berjaya turun samada dengan sendirinya mahupun dengan bantuan malim gunung.

Yang ini aku sangat tertarik. Yelah, bila kejadian seperti bencana alam ini, sudah pastinya pasukan penyelamat seperti Bomba khususnya akan dikerahkan ke tempat kejadian bagi urusan membantu dan menyelamat. Ya, pasukan bomba sangat komited dalam melaksanakan tugas mereka.

Sumber Gambar: Google


Tetapi, yang paling menarik perhatian aku adalah malim gunung. Kepada mereka yang tidak tahu siapakah malim gunung ini, mereka adalah individu yang bekerja mengangkat barang-barang keperluan seperti beras, gas, tangki air dan lain-lain ke penginapan Laban Rata. Mereka juga mengangkat barang-barang pendaki ataupun pendaki yang tercedera atau sakit jika perkhidmatan mereka diperlukan. Mereka dikenali sebagai 'porter'.

Ketika operasi OPS KINABALU ini berlangsung, malim gunung ini memahami bahawa mereka amat diperlukan untuk operasi membantu dan menyelamat memandangkan malim gunung sudah biasa dengan kegiatan naik dan turun di gunung itu. Secara sukarela, mereka mengambil risiko sejak hari pertama lagi untuk membantu menyelamatkan pendaki lain. Sungguh terharu!

Sumber Gambar: Google

Malam tadi, aku juga ada menonton berita di mana mereka menemu bual salah seorang malim gunung untuk mengetahui pengalaman mereka. Aku sendiri seram dengar apa yang dia ceritakan ketika aktiviti itu sebab gegaran berlaku ketika mereka berada di atas. Mereka memang pakar gunung. Syabas.

Oleh kerana aktiviti perlancongan malim gunung juga turut terhenti, jadi mereka juga kehilangan sumber pendapatan sekurang-kurangnya 3 minggu. Aku pun nak tolong kongsikan, kepada orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada malim gunung ini, bolehlah menyalurkan menerusi CIMB 8005609923 atas nama Persatuan Malim Gunung Kinabalu (Sumber: http://www.hmetro.com.my/)

Semoga urusan mereka DiPermudahkan, InsyaAllah. Aminn



Monday, June 1, 2015

HARGA MINYAK NAIK, BEGITU JUGA GAJI

Alangkah indahnya jika benar 'Gaji Naik' tu.

Hanya beberapa jam sahaja sebelum Jam 12, notis kenaikan harga minyak di kongsi di laman sosial facebook KPDNKK. Pakcik yang takda facebook tu dah tahu ke belum ye? Well, aku sendiri baru tahu pagi ni.


Semalam, aku tengok berita juga, tapi tak perasan jugak kot2 ada inform pasal harga minyak naik. Korang ada perasan ker? Katanya, sudah dua bulan tiada perubahan harga minyak. So? hmmm. Memanglah tiada perubahan harga minyak dalam masa 2 bulan lalu, demi menjaga kenyataan bahawa 'Tiada GST pada petrol&diesel'.

Alangkah indahnya gaji naik dan naik, 2,3 kali setahun sepertimana kenaikan harga minyak (tang naik jer, tang turun takmo ikut lah hihi) . Walaupun aku bukan kakitangan kerajaan, tapi itu mungkin cukup menggembirakan sebahagian besar masyarakat Malaysia. BRIM? aku tak layak kot...

Aku pun jarang nak melatah sangat bab harga minyak ni, tapi hati asyik terusik je memandangkan minyak adalah penghubung untuk aku dan suami. Y_Y.

Apa yang kita boleh buat? 'Sami'na wa Ato'na' je kot