Di sini

Monday, June 1, 2015

HARGA MINYAK NAIK, BEGITU JUGA GAJI

Alangkah indahnya jika benar 'Gaji Naik' tu.

Hanya beberapa jam sahaja sebelum Jam 12, notis kenaikan harga minyak di kongsi di laman sosial facebook KPDNKK. Pakcik yang takda facebook tu dah tahu ke belum ye? Well, aku sendiri baru tahu pagi ni.


Semalam, aku tengok berita juga, tapi tak perasan jugak kot2 ada inform pasal harga minyak naik. Korang ada perasan ker? Katanya, sudah dua bulan tiada perubahan harga minyak. So? hmmm. Memanglah tiada perubahan harga minyak dalam masa 2 bulan lalu, demi menjaga kenyataan bahawa 'Tiada GST pada petrol&diesel'.

Alangkah indahnya gaji naik dan naik, 2,3 kali setahun sepertimana kenaikan harga minyak (tang naik jer, tang turun takmo ikut lah hihi) . Walaupun aku bukan kakitangan kerajaan, tapi itu mungkin cukup menggembirakan sebahagian besar masyarakat Malaysia. BRIM? aku tak layak kot...

Aku pun jarang nak melatah sangat bab harga minyak ni, tapi hati asyik terusik je memandangkan minyak adalah penghubung untuk aku dan suami. Y_Y.

Apa yang kita boleh buat? 'Sami'na wa Ato'na' je kot

No comments:

Post a Comment