Di sini

Tuesday, June 23, 2015

Why Kurma?

Jenis pekerjaan aku sering dikelilingi oleh non-muslim. Dan kadangkala mereka suka bertanyakan soalan-soalan cepu emas ataupun berkenaan agama Islam. Aku memang suka sangat kalau mereka bertanya soal Islam, aku akan ambil peluang itu sebaik-baiknya! Kadang-kadang, kita orang Islam ni susah nak explain kepada mereka tentang budaya kita sebagai orang Islam, bagi mereka, 'ahh payah nak explain, tak payah cerita banyaklah' then, tutup cerita. Rugi rasanya tak cerita. 

Dulu mungkin aku pun macam tu, sehinggalah paling mengkesankan jiwa harmoni aku ni apabila senior QS aku which is chinese man, about 4 years ago masa aku kerja Subang nun, asked me one question. "Why Kurma?" masa tu bulan puasa. Then aku boleh pulak terrrdiammmmmmm. Aku macam tak biasa kot chinese tanya soalan cenggitu and aku macam blur kejap. Aku cuma jawab, 'memang sunnah'. Dia paham pulak 'sunnah' tu ape kan. Aku jawablah, kita ikut Nabi kita. Tapi tapi itu bukanlah jawapan yang sesuai atau pertama patut aku jawab kannnn. 

Dah balik tu baru aku menyesal kenape aku tak jawab cenggini cenggitu arghhh. Sepatutnya aku ceritalah detail-detail, sebab masa tu memang banyak masa pun, berdua je dalam kereta. 

 Sepatutnya aku jawablah kebaikan kurma tu kan,

1) Kurma sunnah Rasulullah.

2) Sesuai untuk berbuka sebab membebaskan tenaga dengan perlahan. Ia mempunyai serat yang baik serta nutrisi yang tinggi dan portion dia yang kecil mudah untuk dicerna secara perlahan sehingga otot-otot pencernaan meregang dalam keadaan yang sesuai untuk makan selepas beberapa jam berpuasa.

3) Meningkatkan tenaga. Kaya kandungan gula(glukosa) jadi gula tu lah penambah tenaga lepas berpuasa 13 jam tu. Makan sikit-sikit, jangan terus banyak. Masa sahur pun sesuai, membekalkan tenaga sepanjang hari.

4) Mengurangkan sembelit dan kolestrol. Kurma ni banyak serat kan. Serat tulah yang bantu cerna hangpa semua lancarrr gitew. Kolestrol pula, bila cara pemakanan kita stabil oleh kerana kurma, maka secara tak langsung badan kita pun stabil dari kolestrol2 jaat tu.

5) Membunuh kuman. Ada jenis-jenis kurma yang menurut kajiannya boleh membunuh kuman atau meningkatkan daya imunisasi badan kita. Aku tak pasti la jenis yang mana. hihi.

Haaaa..kan banyak tu panjang lebar kebaikan kurma tu... menyesal tak cerita kat senior tu masa tu. ishk3, bukan rezeki hangpa naa.

Tu belum masuk topik kebaikan biji kurma tu, yang ni aku pun baru tau, Siakap Keli habaq.Klik Sini. Kopi kurma ek, teringin gak nak try sebab kami sekeluarga memang suka Kopi. hihihi

oklah. Selamat berdakwah ye rakan-rakan di bulan yang mulia penuh barakah ini.
 

No comments:

Post a Comment