Di sini

Wednesday, January 6, 2016

Perkembangan kesayanganku :)

Assalamualaikum.

Kat bawah ni perkembangan kesayanganku minggu-minggu yg lalu yang aku taip tapi tak hudpate so aku share jelah ye hihi. Hari ni 6/1/2016 = 24 minggu


16 Minggu

Apa lagi yang mahu diceritain, kalau sudah hal pregnant shj hari2 dipikirin hehe

Maaflah andai post berkenaan hamil mengganggu emosi kpd mereka yg tak selesa. Mohon tak perlu teruskan pembacaan jika post ini tak sedap dibaca ya hehe

Well, ohh finally aku menjadi seorang isteri yang tidak bekerja. Tapi tapi, belumlah lagi nak memulakan tugas sebagai surirumah memandangkan aku kene duk kg dan berjauhan suami tatkala suami sibuk outstation dan bakal ke Mekah utk umrah tak lama lg. Tapi kalau duduk sekali pon, bukan boleh wat kerja lg, kena bedrest kann ..

Sehingga kandungan mencecah 4bulan ni, aku rase ade la 8 kali kot dah scan gara2 masalah bleeding tu. Bleeding dah stop pon masih risau jugak nak buat ape2 even berdiri lama sekali pun. Yelah, belum dapat rasa baby kan, kita taktau baby ok ke x

Pregnant kali ni is very2 detail sangat rasanya concern tu pada tubuh bdn ni. Sampaikan bila ada rasa baby masa betul2 16weeks tu and 3hari lepas tu tak rasa pun cuak dia bukan main. Suami asyik kata baby awak tu kecik lagi sayangggg 😁. Tapi sebab terlalu concern kn sampai aku buat teori yang baby kurang gerak kalau aku minum kopi heee.

Minggu depan check up dengan klinik swasta di Ipoh. Harap semua ok laa. Aku ni belum buat lagi buku pink kat gomen tu, ntah lah, tengah tak tentu arah ni lokasi tak tau nak bukak kat mana huhu. Layankan dulu klinik swasta ni.

Oklah..itu shj cerita dr seorang penganggur. Moga Allah SWT bantu kami dalam apa jua yang kami lalui :)

20 Minggu

Esok genaplah 5 bulan usia kandunganku. Check up 2 minggu lalu, uri aku masih di bawah dan sebahagian ekor uri tu memang menutupi laluan faraj. Tengok gambar scan tu dgn kepala baby atas uri memang mengerikan. Risikonya kalau baby lebih berat atau aktif sehingga menolak uri ke laluan tu la jdnya pendarahan.

Allah, slps beberap hari aku rehat dan selesa, kelmarin dan semalam aku keluar dgn suami cari barang sket. Semalam pun keluar sekejap je, dan malam tadi aku rasa contraction. Rasa die macam baby mengeras campur nyut nyut kat bawah tu sampai bleeding sikit Y-Y

Tak selesa sangat. Sampai tidur pun terjaga2 sbb tak selesa campur risau. Allah, dah la esok suami bak pergi umrah, takmau la die risau nak tinggai aku :(

Pagi ni pun ade bleeding sikit. Aku tak bergegas ke hospital sebab aku nak cuba rehat dulu sepanjang hari atas katil. Takut panic2 lagi merangsang pulak contraction ni. Dah la hospital pun jauh, 45minit jugak nak sampai.

Sekarang pagi ni, masih diselangi rasa baby mengeras. Rasa baby tu selalunya membahagiakan, tapi utk hari ni, amat merisaukan :(

Moga-moga baby dan mummy sihat dan selamat sehingga sampai waktu yang baik utk dilahirkan. Harap dipermudahkan, aminnn.

Ada ke tips apa2 yang boleh dikongsi? :(

22 Minggu

Assalamualaikum.
Hari ni usia kandungan 22 minggu 5 hari. Alhamdulillah baby sihat. Cuma mummy je ade masalah sembelit sobs sobs.

Last week dah cek doctor utk check up. alhamdulillah uri dah naik sikit 2cm. Tak tutup pintu faraj dah, syukur. Moga uri terus menjauhi.

Check up kali ni buat kat Teluk Intan je, di Hospital Anson Bay. Sebab aku uri rendah kan so taknak la travel ke Ipoh lagi. Sehari sebelum tu suami turun ke Ipoh utk ambil result last checkup MGTT.

Check di Anson Bay bersama Dr.Aida. Die bagus sangat brief details scan tu. kagum aku. Alhamdulillah semua normal and baby sihat. Jantina pun dah tahu :)

So kelmarin, episode sembelit datang kembali setelah 6 hari tak melawas :(. Kali ni teruk sangat rasa. Risau sangat kat baby :( sejm dalam tandas. Terase macam menarik urat gak la hmmm

Lepas tu bawah perut kanan and kiri macam ngeri pedih je urat kat situ. Ngeri je. Sampai la semalam, tengahari ade spotting sikit. Pastu clear, and harini ade brownish pulak. Hmmm sape tak risau kan.

Aku baru je seminggu stop ubat duphaston tu sebab nak try dgn makan kurma je. Minggu lepas nampak okay je tp bila dah spotting semalam aku tgah fikir lagi ni nak makan ke tak ubat tu hmm. Maybe makan pas lunch nanti.

So stakat ni dah 4 kali episode bleeding. 1st masa 11minggu kot. 2nd 17mgu, 3rd 19mgu dan semalam tu 22mgu. Yang 1st tu bleeding 2hari brownish pekat ade sebulan gak kot. Yang 2nd and 3rd tu bleeding 2 hari. Yang 3rd tu sebab contraction 1 malam. And semalam tu cuma spotting je. Dan setakat ni aku masih belum serah diri ke hospital walaupun doc dah suggest masa aku 19minggu tu. aku cuma ambil langkah berehat je atas katil.

Allah..kerisauan demi kerisauan melanda. Dugaan Allah sungguh hebat. Moga kandungan ini selamat sehingga waktu yang cukup matang untuk dilahirkan InsyaAllah.


24 Minggu

Alhamdulillah, syukur Ya Allah hari ni genap 24minggu. Masuk 6 bulan kan. Alhamdulillah, so far so good walaupun aku seriau hari2 bila baby aktif. Tak aktif pun nak seriau jugak huhu. Aku masih total bed rest di kampung tak buat kerja ape pun. Belum ikut suami balik Selama sebab nak tunggu adik bersalin. Harini dah due dah tapi steady jelah adik aku tu takde macam nak beranak pun. Bertabahlah aku pun menanti sambil resah tak sabo nak ikut suami balik hakhak. Plus aku pun nak kena bukak buku merah kat sane untuk next follow up check up sampailah bersalin insyaAllah.