Di sini

Monday, July 13, 2015

Biskut Cornflakes Madu

Dah hujung-hujung ramadhan baru nak terkedek-kedek buat kuih hihi. Barang dah beli lama tapi konon macam tak bersemangat langsung la kan nak buat. Disebabkan nak beraya rumah mak mertua, then aku pun macam jem je otak tak tahu nak bawak apa untuk mak mertua, aku gagahkan la jugak buat kuih raya ni sikit. hihi.

Resepi aku dapat dari blog Mama Darwish. Thank sebab kongsi hihi. Meh aku share kat sini jugak resepi yang aku buat. Simple je nak buat.

Bahan-Bahan;

200g cornflakes
6 sudu besar madu
3 sudu besar brown sugar
100g butter
4 sudu besar almond cincang
3 sudu besar sweet cherry

Cara membuat;

1. Campurkan cornflakes, almond cincang dang juga sweet cherry dalam bekas besar. Asingkan.
2. Panaskan dan cairkan butter bersama gula perang (brown sugar) dan juga madu.
3. Setelah agak sebati, tuangkan cairan tadi ke dalam bekas berisi cornflakes tadi.
4. Gaulkan semua bahan sehingga sekata.
5. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam paper cup.
6. Bakar dalam microwave, Mode Medium dalam masa 2minit 30saat.
7. Sejukkan dan simpan. Siap!

Hehe..mudah kan? kebetulan kat rumah butter cuma ada lebih kurang 100g jer, jadi aku buat la sebiji-sebiji jumlah bahan tu setiap satunya walaupun aku ada bahan yang lebih kecuali butter! geram!

Oh ya, kalau tengok menu pada mama darwish, dia membakar di dalam oven dengan suhu 150○ dalam masa 10minit. Aku takde oven ye puan-puan, takde masa nak membeli lagi, sibuk berpindah. Aku cuma ada microwave, hadiah kahwin dari adik aku hihihi.

NN-GT353M
NNGT353M
Grill Microwave Oven
23L Grill Microwave Oven
Micro Power 800W, Grill Power 1000W
288mm Turntable
12 Auto Menus for Variety of Cooking
 

Haa...terpromote pulak microwave ni. Haa..aku guna microwave jenis panasonic ni. So, kalau u ols guna yang sama, bolehlah pakai mode yang aku habaq tu. Mode tu aku dapat selepas percubaan pertama hangit ye puan-puan sekalian =_='. Aku first time guna microwave ni, and mana la aku tau suhu 150○ tu pada kadar yang mane kalau untuk microwave ni huhuhu.

Biskut Cornflakes Madu
Maaplah gambar tak indah haha. ni pun dah dampai ipoh baru ambil gambar sebab kakak nak tengok hihi. Aku tak sempat la nak ambil gambar, siap je aku terus terkolappp hihi. Ni cornflakes tunggang langgang sebab telah merempit dari Selama ke Ipoh hihi.

Dah berbuka baru dapat rasa, sedap jugak ek biskut madu kali ni (sorry terangkat bakul sendiri hikhik). Tapi aku rasa this one better than yang pernah mak aku and kakak aku pernah buat kat kampung dulu. Aku rasa sebab brown sugar hihi. Lebih lemak gitu kalau guna gula ni hihi.

Oklah..selamat mencoba ye hihi

5 comments:

  1. tahun ni pun kita buat cornflakes madu.. tapi yang sesimple mungkin..sedap

    ReplyDelete
  2. sy pn buat cornflake madu tahun ni. simple gituu.. hehe, slamt berpuasa & selamat hari raya.. kosong-kosong ye :D

    ReplyDelete
  3. Lagi buat ape je ngan microwave ni? Sy da bce instruction. Banyak btul pkataan JANGAN. Microwave sme ngan awak punye

    ReplyDelete