Di sini

Friday, July 31, 2015

Kabinet Dapur Satu Siap!

Sempena musim kabinet ni, saya dengan rendah diri ingin berkongsi sedikit cerita tentang kabinet dapur kihkih. Ala...tak sengaja u olss :P (sangatttt)

Ni cheq nak cita, kabinet dapur yang cheq order awal bulan Mei aritu kat entry sini dah siap sepenuhnya sebelum puasa lagi, mid of June la kan. Sebulan lebih jugak la ting tong ting tong. Itu pun aku memang malas nak chase-chase, risau dia kalut dan aku pun takda la rasa nak cepat hihi.

Hmm...macamana agaknya cara aku berurusan dengan dia dalam keadaan aku yang bekerja dekat Ipoh dan dia di Subang-Puncak Alam. Dan aku memang tak sempat lagi nak pi tengok rumah tu, lead dia ka check ka, sampai la hari ini huhu. Kami hanya berurusan by call & wechat sahaja.

Risiko agak besar ye kawan-kawan, tapi sebab mat cina ni nampak kesungguh dia, aku try to give some trust, tapi haruslah sentiasa berwaspada hihihi.

Seperti entry yang lepas, Kertas Kerja Kabinet Dapur aku ada mention method aku deal dengan dia, sampai ke stage 5;

1)Booking deposit
2)Measure on site
3)Layout Design
4)50% payment
5)Installation Cabinet
6)Measure Top Cabinet
7)Installation Top Cabinet
8)Balance Payment
Dalam progress installation tu, dia akan tanya aku nak tukar sink ke tak, mula-mula aku cakap tak je, tapi dia ni ada la 5 kali membangkitkan isu sinki ni. Sangatlah susah aku nak paham sebab on call kan, cara dia explain pun macam erghhh! Disebabkan dia offer aku tolong carikan sink, so aku biar dia cari, dia tunjuklah design apa, harga semua. Dia tak jual sink, tapi dia tolong carikan. Kat situ la aku nampak dia ni beriye-iye nak buatkan terbaik untuk aku hihihi

Sink
Tips; Mr.Kaw ni beritahu aku lebih baik jika beli sink pada ketebalan dan design tertentu, sebab jika kita beli nipis, tepi sinki ni akan leaking.

So kalau korang nak tukar sink, korang bolehlah bertanya soal ini kepada juru jual ek.

Tukar jenis piping bawah sink
Hat ni la yang aku kata susah betul aku nak paham sebab main imaginasi je tau tak. Ni kalau aku cerita ni entah korang paham ke tidak,  but I'll try ok? hahaha

The problems is, 'jarak antara bawah sink dan salur keluar tu, terlalu pendek, jika akan datang hendak menukar sinki dari jenis biasa kepada jenis terkini yang kedalamannya lebih, jarak antara bawah sinki dengan salur keluar akan jadi lebih pendek' silap-silap, mendatar je paip salur keluar tu. Paip mendatar itu adalah pelik ye. Aku harap sangat kome paham haha.

sinki biasa

sinki lebih dalam dan terkini

Jenis paip bawah sinki yang sebelum ini adalah berbentuk L-shape dan mempunyai perangkap-P (as below)

Tak ingat la aku zaman bila belajar benda alah ni hihi

Yang tengah tu. sama tak macam jamban punya? haha. kotoq! :p. Perangkap ini juga harus ditukar sekiranya aku ingin menukar sinki. Dan kerja-kerja menukar paip haruslah dijalankan sebelum kerja-kerja memasang kabinet! Dapat tak kat situ? kalau kau nak tukar kerja paip dan sinki akan datang, kau akan merosakkan kabinet dan susah nak match dengan hole yang disediakan untuk sinki.
Aku harap korang paham lagi hihi.

Jadi, keputusan aku....haaa yela-yelaaaa tukar laaaaa huhu.


Duit nak terbang ke mane tuuu!
Tips: Paip jenis Perangkap-P dan sewaktu dengannya ini, tidak digalakkan kerana akan menyebabkan air dari dalam sinki lambat keluar. Pastu, konon menghalang bau dari luar masuk rumah, tapi hakikatnya dalam perangkap tu sendiri dah berbau kalau sisa siang ikan semalam dah terperangkap dalam tuh! =_='

Tadaaa!! Comel je seconet sinki seketuii hihi

Setelah kabinet siap dipasang, barulah kerja-kerja mengukur secara tepat untuk kerja-kerja manufacture dan installation of table top. Aku memilih table top jenis Solid Surface hasil terpengaruh seller =_='

Masa awal-awal lagi, Mr.Kaw dah tanya aku nak buat hole tak untuk dapur jenis built-in tu? Then aku kata taknak sebab aku nak pakai dapur biasa jer. Bila dah sampai stage ukur table top ni, dia ada la hantar gambar progress. Lepas tu aku terfikir, "EH! Mr.Kaw! mana I nak letak tong gas I and lubang untuk hose gas?????" aku dah cuak dah time ni. Lepas tu dia pun cakap la balik kat aku, ''itu pasaiiii I tanya U dulu mau ka tak mau bla-blaa" Pastu tang ni aku kena explain lagi, aku bukan nak pakai dapur jenis built in tu....sampai aku hantar gambar bagai untuk kasi dia paham. Then dia kata "ok-ok, I paham, jangan risau kak, I kasi settle" Fuhhh legaaa huhu



Nampak lubang gas tuu?? hihi
Then partition yang dia dah pasang kat bawah tu, dia alter sikit hihi. Lega lagi. Pastu siap!


Kabinet Dapur yang skema. Aku nak cat dinding tuh!
Warna sangatlah tak naik hihi. Tapi aku memang nak cat dinding tu tapi tak sempat, minggu depan kot kasi setel.

Aku: "You kasi semua gambar, baru I bayar balance"
Mr.Kaw: "OK kak esok I datang lagi angkat gambar kasi kakak"

hihi. Done!

p/s: Korang rasa macamana dia masuk rumah aku? Aku tinggai kunci kat peti box =_="

4 comments:

  1. skema?hihi..xde la sis..ok je tuu..cantik je klu dh hias nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..supposed choose contra, tp xnk sbb nk nmpk luas hihi

      Delete
  2. Cantiknyaaaaa.tazabar nk duduk rumah sendiri.

    ReplyDelete