Hari minggu yang lalu aku balik rumah suami aku kat Selama. Sebelum balik dah set dah nak masak ape Sabtu tu. Ya, aku cuma ada hari Sabtu je masak untuk suami sebab dia masih ada urusan kerja di luar. Hari-hari kerja sabtu ahad pun. Dia balik malam je huhu sobss.
Hari Jumaat tu memang tak sempatlah nak masak, baru sampai, menu bazar jelah huhu. Perkara yang lebih membuatkan aku nak masak sangat tu adalah sebab aku dah bosan beli makanan bazar. Seperkara lagi adalah aku masih tak selesa nak masak di rumah yang baru duduk ni sebab belum ada peti ais. Hmm...mak-mak dara pahamlah perasaan mood masak tanpa peti sejuk ni macamana huhu. Jadi kat Selama jelah aku semangat nak masak lebih-lebih lagi untuk suami hihi
So, menu yang aku pilih untu dimasak pada hari sabtu itu adalahhhh...
TADAAAAA!
ops..macam best sangat je nak tada-tada =_='
Menu kesukaan suami |
Haa..semangat tak macam Raya dah siap nasi impit bagai. Ni semua menu kesukaan suami aku. Cuma kuah lontong tu sebenarnya silap pemikiran, sepatutnya aku masak kuah lodeh, bukan lontong. Aku lupa =_=
Asalnya kari ayam not in list, ingat nak buat ayam goreng je, tapi suami request sebab ini la menu raya beliau, kari, sambal tumis dan sepatutnya kuah lodeh, tapi aku buat kuah lontong. Bahan pun tak cukup tu, mane yang ade jelah huhu.
Dah habis makan tu suami tegur,
Suami: "awak tak makan kuah lontong ni ke?"
Aku : "Makan jugak, tapi saya tak reti lah nak makan campur-campur"
Suami : "itulah, sy tengok awak tak ambik pun kuah ni"
Aku : "Saya kalau nasi impit ni makan dengan masak kicap, masak merah ke, rendang and kuah kacang. Taste kita kan tak sama, betul tak?"
Suami : "Betul" =_=
Aku : "Saya cuba jela makan cara awak ni, tapi tak retilah makan campur-campur sangat.."
Aku saja bagi hint kat situ konon sweetlah sanggup belajar makan makanan kesukaan suami hahahaha. Aku harap suatu hari nanti aku dah pandai macamana nak match makanan ikut kedua-dua taste kami. Suami kenyang, aku senang hati hihi
Taste suami, sambal tumis, aku sambal kicap. Ade idea tak menu apa agaknya~
No comments:
Post a Comment