Di sini

Friday, July 24, 2015

Raya 2015: Day 4: Raya sikit lagiii

Alaa...tak sampai 30 hari pun nak hupdate  jalan-jalan raya. bagi la chanceeee huhu. 4 hari je beraya huhu sobss.



Hari ke-3 aku sempat jugak beraya beberapa rumah jiran dan saudara terdekat termasuklah nenek aku belah mak kandungku. Nenek aku paling comel. hihi. gambar takde sebab dah comot-comot dah petang tuu hihi

Hari ke-4, masih di kampungku. Tak banyak aktiviti, dari pagi sampai ke tengahari asyik masak jer. Lepas zohor baru mulakan perjalanan. Lepas zohor tu, perjalanan ke Ipoh yang mana dalam perjalanan tu nak menyinggah ke rumah mak kandungku.

Gambar berdua je depan rumah abah tiriku
Baju repeat lah kan. tak larat la aku nak packing baju banyak-banyak hihi. Lepastu kami teruskan perjalanan ke Ipoh. Kebetulan along kpd suami aku nak ke Ipoh jugak beraya ke rumah opah. Jadi kami pun deal la sama-sama.

Bersama Opah and Along's family
Masa aku nak balik tu, anak buah aku ni buat muka sedih pulak..' alaa..janganlah balikkk' katanya =_=

Haa..itu sahaja raya ke-4 yg serba ringkas dan syahdu. syahdu la sebab hasben nak balik kerja dah huhu sobs. Bila dapat cuti lama dengan husband je, mula la aku nak nyanyi lagu 'aku tak biasa' tu depan laki aku haha.

Its o.k lah, weekend is coming hihi.

Daa..

4 comments: