Di sini

Wednesday, July 1, 2015

Belajar Berjimat

Sempena harga minyak naik, Pak Najib sering berpesan supaya berjimat. Tapi cenggana nak jimat Pak Najib kalau asyik menabung kat tempat lain. Pahamilah hati naluri insan bergelar isteri ini Pak. eh..paham ke dia huhu sobss

Bila keadaan gawat begini, eh belum la gawat sangat, aku terkenang tabung-tabung aku tu. Adakah akan terisi lagi atau akan masuk angin ibarat perut yang kosong di bulan barakah ini.

Hai duit, kenapa kau jadi hantu di bulan puasa ini. Kau lah hantu yang terlepas tu kan. Yelah, kau telah menghantui warga manusia dengan sifat rohani kau tu. Bila menyerang semua menyalak ketakutan. Eeeiii geramlah dengan awak ni.

saya suka buat surprise. Chubbb baaaa!!!

Tapi aku taklah gerun sangat dengan hantu spesis ini sebab arwah papa dulu dah cukup ajar macamana nak berjimat. kihkih. Masa sekolah dulu, papa balik seminggu sekali, jadi papa akan bagi duit belanja siap-siap RM3 je seminggu masa sekolah rendah termasuk sekolah agama tau. Maknanya, average sekolah pagi belanja 30sen sekolah petang pun sama. Agak-agak lari bajet, hari Jumaat tu aku sanggup lalu ikut kebun waktu rehat tu sebab taknak lalu kedai. Tiba-tiba je jadi rajin paling awal bersila kat surau. budak-budak lain tengah main lari-lari lagi sambil makan keropok lekor sekeping seploh sen tu siap curah sos. T_T

glurpp! upsss.. tertelan air liur = =

Tapi kalau duit belanja tu tak habis, kami adik beradik buat jamuan. Ada la semusim tu, buat jamuan. Tiap hari Sabtu masing-masing cek duit lebih masing-masing, lepas tu abang tolong beli cikedis atau jajan mengikut bajet lepas tu makan ramai-ramai. Wahhh..ukhwah gitu.


Antara makanan rutin, choki tu curah atas roti, ice pop patah dua jimat, baca doa then makan ramai-ramai. Lepas tu sampai tahap aku rasa macam duit aku je yang modal, jamuan itu dihentikan serta merta! =_=


Nak cari duit lebih sikit kena ikut masuk kebun. Kutip biji sawit, masuk guni. Kene gigit nyamuk, semut api, terserempak ular dan makanannya katak itu biasa. Ishk..camne ek boleh cool je dulu nampak ular. erk. Lepas tu arwah akan bagi upah antara RM1-RM3 untuk upah kami yang girl2 ni. Dapatlah eskem cornetto tu kan. Itulah impian tiap kali lepas dapt upah kerja kebun. Rasa bahagia sangat.





glurrppp. errr

Ada lebih sikit duit tu buat beli guli kat kedai, seploh sen dapat 6 bijik mihmih. Ya, dari situ aku dah pandai niaga. Seawal sekolah rendah haha. Kerana bakat aku dalam bermain guli, aku ada beribu-ribu guli. Sekarang yang tinggai hanya dalam akuarium ikan tu je. Ada sikit kat pasu bunga hiasa, dan..biji congkak sikit. Yang lain hilang hihi. Kaya jugaklah sekejap masa tu.

Pernah pergi rumah sepupu tak bawak guli, asal pinjam 14biji je, dah main, menang, pulang hutang, main lagi untung bawak balik 1000biji :B Lepas tu jual 10biji seploh sen. Murah je I juai hihihi.

nostalgia sungguh!

Kat situ la mula berjinak dengan tabung. Dulu arwah nenek ajar menabung guna tiang katil. Tiang katil yang ada penutup atas dan bawah tu. Masuk je duit dalam tu. Nak ambil macam susah kan sebab berat. Orang dulu-dulu itu jela ideanya. bawak kusyen la, bawah bantal la. Tapi, aku tetap berjaya ambil balik duit tu dah tabung kembali kosong =_=

Dah besar, beberapa tahun dulu aku cuma amalkan simpan duit siling je. Tapi bila tabung penuh, bank in, seronok pulak rasa bila dapat duit banyak tu masa tu. RM120 tu dapatlah jugak beli kasut ke hihi. Lepas tu aku teruskan amalan tu.

Sekarang aku ada macam-macam jenis tabung dengan macam-macam tujuan. Sebab nak harapkan duit on the spot, banyak jugak 'hal on the spot' nak pakai duit tu kan.


 aku ada tabung sebijik macam ni mihmihmih

Ada tabung untuk duit syiling (rewards), Tabung nak beli henpon :P, tabung nak ke umrah/haji InsyaAllah, tabung subuh dan tabung collection tertentu. Ada lagi tu tabung kosong hihi.

Moga-moga tabung ini dapat membantu aku dalam menguruskan 'hantu' ni secara jasmani. Secara 'alami'(Online) tu malas nak ceritalah. Pening kepala. huhu

Oklah, selamat berjimat cermat sempena Hari Raya yang bakal tiba dan juga menghadapi 56hari July-Ogos nanti bagi kakitangan awam hihihi.

Tata :B

1 comment:

  1. betul..kena belajar berjimat macam niza ni..sediakan semua tabung2 camtu

    ReplyDelete