Di sini

Friday, July 3, 2015

6 Perkara 2014 Yang Tidak Dapat Dilupakan

1) 18 March 2014: Pemergian Papa buat Selamanya
Papa aku meninggal 4 hari sebelum hari bahagia aku. Dah siap sign dah borang nikah. Tapi tak kesampaian. Meniggal akibat jangkitan kuman yang merebak seluruh badan dan menggagalkan organ lain untu berfungsi. Al-Fatihah untuk papa. Aku ada ceritakan di entry lepas. Klik sini.

2) 22 March 2014: Perkahwinanku.
Aku bersyukur sangat dikurniakan seorang suami tepat pada masanya. Allah SWT memang sebaik-baik perancang, Dia tahu aku tidak boleh keseorangan tanpa seorang pemimpin. Kami tetap meneruskan perancangan perkahwinan, mungkin itu juga hajat arwah. Seronok semua bagi semangat. Tiada kompang tapi penuh selawat dan doa, tak kurang juga tangisan mereka. Syukran. Bernikah pada 22hb March dan majlis pada keesokan harinya.

Majlis pihak lelaki.


3) 24 Mei 2014: Berita Kehamilan
Alhamduillah, dikurniakan kesempatan seawal ini. Mungkin Allah SWT ingin menggembirakan hambaNya yang masih belum biasa tiada ayah ketika itu. Syukur. Suami gembira saya bahagia :)

4) 24 Oct 2014: Kelahiran Anakku
Alhamdulillah, tak tahu di mana silapnya, aku mengalami bleeding. Seminggu kemudian aku lahirkan anak pra-matangku. baru berusia 26 minggu. Dia dimasukkan ke dalam inkubator. Aku ada ceritakan pada entry lepas pengalaman ini. Klik sini

5) 27 Oct 2014: Pemergian Anakku
Kerana beberapa komplikasi seperti pendarahan otak dan jangkitan kuman, anakku tidak dapat bertahan lagi. Seperti yang doktor kaunseling beritahuku, tiada mesin yang setanding rahim perempuan. Anakku pergi buat selama-lamanya di pangkuanku di dalam Wad NICU Hospital Sungai Buloh. Anakku disemadikan di kampung aku selang 2 kubur dari kubur Arwah Tok Pa nye :')
Kubur Anakku

6) 6 Nov 2014: Pemergian Ayah Mertuaku
Waktu ni memang terasa sedih sangat setelah pelbagai perkara yang terjadi. Aku baru nak rasa gembira dengan ayah baru setelah pemergian papaku. Ketika ayah meninggal, aku masih berpantang kat kampung. Aku tak dapat nak teman suami aku ketika itu dan aku yakin sangat waktu tu dia amat memerlukan aku. Allah...sedih sangat. Al-Fatihah buat ayahku.

Pahit manis yang berlaku sepanjang 2014 ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Yang pahit harus dikenang dan didoakan, yang manis harus dihargai dan disyukuri. Apa jua terjadi aku redha. Aku yakin ada hikmah disebalik kejadian ini. Moga Allah SWT beri aku dan suamiku kekuatan. InsyaAllah.

*sejak akhir-akhir ni terlalu teringat pada arwah papa. moga papa tenang di sana :'(


4 comments:

  1. Banyak dugaan 2014 kak niza.. Harap2 dugaan tu mematangkan kita. lets make the most awesome 2015 ! :)

    ReplyDelete
  2. cantik kan. Allah atur hidup kita pahit manis. suka duka. bersilang ganti. Allah uji tanda Allah sayang.

    ReplyDelete