aku masih bekerja.
Ya, itulah mukadimah aku hari ini huhu sobs. Ikutkan takkisah pon nak cuti berapa hari, tapi potong gaji lah kan memandangkan aku belum confirm lagi kerja kat tempat baru ni huhu sobss. cuti raya gua unpaid weh Y_Y Tak mengapalah, demi perayaan di kampung halaman, ape dehal. walaupun pak menteri kate jgn balik kg kalau nak jimat. Hey hey hey..kite sangup unpaid lg tau pak pak sekalian.
Memandangkan encik suami pun masih bekerja, jadi tak mengapalah jeka masih bekerja jugak arini huhu. Syukurlah Encik suami dapat cuti hasil ehsan ketua depa. Kalau tak memang tak dapeklah memandangkan tahun lepas encik suami dah cuti. Syukur Alhamdulillah, rezeki tahun ni. :D
Cuti kami sama, Khamis sampai Isnin, Selasa dah mula bekerja huhu. Jadi ini bermakna, perjalanan kami akan bermula malam ini! O_O!!! Malam ini tanpa segan silu kami akan meredah waktu kemuncak pulang ke kampung. Mungkin dari utara ke KL masih terkawal...kott...tapi dari KL ke Muar, mungkin agak sibuk kan? Erkk...
Ya, perjalanan kami amat jauh juga. Suami sedang bertugas di Kedah, di mana mengambil masa 2 jam setengah hingga 3 jam perjalan untuk sampai ke Ipoh. Kalau sampai ke Muar??
Kami jangka perjalanan mengambil masa 7 jam minima. Kedah-Muar. Sian suami, biasanya dia jelah yang akan drive sampai ke destinasi. Kalau aku offer tu, jarang sangat dapat tau melainkan jarak dekat jer.
Jadi perlulah kami bersedia dari segi fizikal dan mental. Moga perjalanan kami DiPermudahkan Allah SWT. InsyaAllah. Cuak gak sebenarnya huhu..
Tahun ni, kami beraya di Muar, pertama kalinya tidak beraya di rumah sendiri huhu. Tapi tak mengapa, aku suka jugak kat rumah mertua. Tapi tahun ni agak syahdu, tahun pertama tiada ayah mertua. Tahun lepas, belah aku yang kali pertama tiada ayah. Moga-moga aku kuat untuk mengembirakan keluarga mertua dari kesedihan di pagi raya.
Oklah. Itu sahaja. mungkin akan kembali update selepas raya hihihi. Instant update boleh check IG aku ---> saye_niza
Ucapan penaja, haha. penaja sangat.
Ucapan terakhir dari aku jangan lupa malam ni malam 29 ramadhan, sempatkanlah ibadah.
Balik kampung hati-hati.
Balik kampung tolong masak, jangan makan jer sampai tak basuh pinggan hihi
And last last, Selamat Hari Raya!! Maaf Zahir & Batin!!!
Aishhh excited pulak hihi
No comments:
Post a Comment