Setiap minggu perkara pertama yang aku fikir adalah "minggu ni jumpa suami tak? kat mana? bagaimana?" Haaa..yes. itulah perkara pertama yang aku fikirkan. Jika ada jemputan perkahwinan, majlis saudara mara atau perjumpaan kawan-kawan yang mana tak dapat 'diadjustkan' seiring dengan perjumpaan aku dan suami, maaf sekalian, aku terpaksa ketepikan dan mengutamakan suamiku. Melainkan minggu tu tak dapat jumpa suami, dan suami izinkan pergi seorang, then baru dapat pergi huhu. Kadang-kadang aku adjust-adjustkan jugak sampai suami boleh join aktiviti aku hihihi. Inilah kehidupan suami-isteri jarak jauh.. I is o.k with that :DD
O.k jadi minggu ni macamana? Sekarang suami di KL atas urusan kerja sehingga Jumaat ini. Jadi, aku bercadang untuk turun ke KL bagi tujuan memenuhi jemputan open house, beraya rumah saudara dan the most is aku nak uruskan hal rumah sewa aku tu di Puncak Alam. huish. padat eh. tak tau la mampu ke tidokkk huhu.
Google
On leave for Friday dah ambik, now naik ape? memandangkan suami bawak kereta ke sana, takkan aku nak bawak kereta jugak, kang balik kena konvoi, tak bestnyeeee. nak maximumkan waktu bersama hihi. *mengade! So, decision had been made. Naik Keretapi! Pastu camna nak beli tiket? Kena pergi station, aish lecehnya nak tempuh 10 trafik light tuhh. So, aku try la google-google, Oh ada beli secara online. Suami aku selalu membebel kata aku ni takut mencuba hihi. OK now aku cuba keyh.
Tempah Tiket Online!
1) Mula-mula pergi ke laman web KTM iaitu www.ktmb.com.my atau klik sini. Then, pilih "Train Services - E-ticket".
2) Lepas tu akan keluar satu page yang mana memaparkan page untuk log-in atau register. Kalau pertama kali tu register la dulu ye. Sikit je info dia nak.
3) Dah selesai register dan sign-in, klik pada "ticket reservation". Pada paparan ni boleh isikan Origin dan destinasi serta tarikh. Lepas tu isi train dan coach.
4) Pada ruangan Train tu korang boleh isikan train mana yang korang nak mengikut jenis dan masanya. Ade ringkasan EG itu adalah untuk Gold train dan ES untuk Silver train dan juga beberapa jenis ktm yang lain. Boleh rujuk timetable di website ktm. Pada ruangan coach pula dia akan beritahu jenis train yang kita naiki, availability seats dan memaklumkan jenis harga window dan aisle.
Contoh aku: Ipoh ke KL Sentral. Tarikh 6th Aug 2015 jam 8 malam. hihi malam ni ngee~ |
5) Lepastu, klik pada 'add' untuk memasukkan data yang kita pilih tadi. Akan keluar paparan seperti di bawah, masukkan detail kite. Klik save new passenger untuk kemudahan akan datang.
7)Pada ruangan seats tu kita boleh pilih seat mane yang kita nak. Biru adalah warna untuk seat yang available untuk kita tempah. Pemilihan coach juga boleh dipilih. Ade coach A,B,C,D,E dan F. Biasanya coach C tiada toilet tetapi ada cafeteria. Untuk memilih seats pula, biasanya seat nombor 1 hingga 9 menghadap ke utara dan 10 ke atas mengadap ke selatan. Senang, tengok kerusi mana yg ramai itulah kerusi yg menghadap laluan kita. Jadi pilihlah ikut haluan kita ya. Lepas siap klik save.
8) Selepas save dia akan masukkan data tadi seperti di bawah. Jika pasti klik continue untuk pembayaran.
9) Pembayaran pulahanya boleh menggunakan visa / credit card, maybank2u dan i-bsn sahaja ye. Yang takde tu mintak maaplah ye. moga ktm boleh upgrade akan datang hihi.
10)Selesai pembayaran bolehlah print out dan pamerkan di kaunter nanti. Kalau takde printer, save pdf dan transfer ke smartfon ok? hihi.
Ini first time guna khidmat macamni, harap semuanya lancar la nanti hihi. Doakan perjalanan keretapiku lancar ke destinasi ye hihi.
Moga bermanfaat. daaaa
wah..senang kalau beli tiket online.. tak bazir masa dan tenaga nak ke sana..
ReplyDeletewah..pack dia punya jadual weekend ni..
haah. dah save masa and boleh buat benda lain hihi
Deletenice info :)
ReplyDeletemoga bermanfaat :D
DeleteSis, yg nk byr guna maybank2u tu kan, once kite dh lock then kne byr cpt2 kan? Kne g kat maybank2u kan utk byr. Tp x jmpe link ktmb kat maybank2u. Blh assist sy x?
ReplyDeletesis, sy hadapi prob cm sis..so, camne ye..?
Deleteklau dah beli secara online then mcm mne nk save. sbb xde printer? and buat dlam laptop? kne gi print dlu then pndah ke pdf or mcm mne?
ReplyDeleteBoleh ke kalau beli tiket waktu haritu juga,?
ReplyDeletePamer di kaunter ke Jaga ticket?
ReplyDelete