Di sini

Thursday, August 20, 2015

Aku dan Kemalangan Kereta

Firstly, bukan nak mintak doa kemalangan okay. Nak share some experience aku berkaitan kemalangan ni. Memang mintak simpangggg sangat nauzubillah dari kemalangan2 kecil mahupun besar.

First kemalangan aku bersama kereta adalah ketika aku bersama kakak aku dan mak aku. Kakak aku drive, aku sebelah dan mak aku belakang. Perjalanan ke Teluk Intan. Aku tak pakai proper tali pinggang =_=. Aku paut je sebelah tangan tapi tak klip pada tempatnya. Masa tu kakak aku pregnen 2 bulan. Lampu hijau, tiba-tiba kereta langgar belakang dan kami pun teranjak langgar kereta depan. Owh, kereta depan lagi best, dipandu oleh perempuan yang sarat mengandung!

Kakak aku panik, aku ni dulu2 suka sangat perangai macam hero konon. Aku keluar je dari kereta, pergi kereta belakang, aku terus marah2 driver belakang (lelaki) yang agak gigil aku tgk. Aku marah sbb aku fikir akak aku tengah pregnen :( Tapi tengok mamat tu diam je, aku pulak kesian =_= Siap ajar die keluar kereta. Ok. Lepas tu akak aku call arwah papa, then 5 minit kemudian kawan die sampai dulu. Towing car memang tunggu dah, tapi kami tetap tunggu kawan papa seperti yang diarahkan papa masa tu. Aku tak tahulah siapa laki ni, tapi dia tolong kami buat report, bengkel, insurance semua tu, akak aku cuma perlu bayar RM400. Boleh claim insurance kereta belakang walaupun kami pun terlanggar kereta depan. Ada cerita disebalik tu macamana nak kautim yang orang tu buat. Takpelah, stop situ, aku cuma take note! dan sakit gak bahu sebelah sebab tertarik seat belt tu.

Tapi kejadian tu belum cukup menjelaskan kaedah, aku masih blur-blur. Sehinggalah aku pakai kereta sendiri. Masa ni memang aku kena prihatin.

Tak sampai sebulan weh aku pakai, ade orang gesel kereta aku!! Nasih baik kebetulan aku tengah berjalan ke kereta,kalau tak mau tinggai je orang tu. Masa tu aku terus call adik aku je tanya nak buat apa. Aku ni muka cool otak cool tapi tangan gigil T__T Adik aku kata paw je sebab tak seriusss. Aku pun buat jela, paw RM50, asalnya dia berdalih gak, tapi aku diam je, aku memang cakap baik2 je, tak kate ok pon. sebab terkopek gak la sikitt. At last dia bagi RM20 je kot dah lupe. Aku tengok dia pun macam kerja technician je takde duit, aku pun pasrah jelah. At least aku buat sesuatu dari takde kan. Jangan ingat kita perempuan, senang2 je nak taici.

Kejadian kedua, aku undur langgar roller shutter. Ko rase? Syukur takde pape wehhh. Memang aku mengelamun terok sangat masa tu sampai bunyi 'tiittt tittt titttt titttttttttt' myvi aku tu tapi aku tak dengar??!! Gggrrr..nak salahkan siapa, sendiri wat hal kan.

Semua kejadian ni aku panik gaklah, sebab aku tak tahu apa nak buat kalau hal-hal ni berlaku. Paling nampak tangan gigil. T_T Jadi aku rasa, aku perlu tahu macamana jika terlibat kemalangan supaya aku tak gigil!

Selepas tu, bila aku mula kenal suami aku, zaman bercinta la kannn...aku terlintas nak tanya dia,

Aku : "awak, kalau kita dilanggar, atau terlanggar orang, apa patut kita buat?"

Kat sini dapat sikit info.

Suami :"Firstly, berhenti tepi, cek keadaan kereta. Lepastu tanya, nak settle tepi atau report untuk claim insurance."

Noted. Daripada info suami ni, nak settle tepi pon perlu berpengetahuan jugak kan. Harga.

Aku pun buatlah survey harga bumper, harga mengecat, harga ketuk mengikut beberapa jenis kereta. Tak lupa juga target contact untuk dihubungi. Noted

Okay, dah teror la kan. Nahh..setahun kemudian, bump! nak sangat kan, eh mane ade nak sangat! hishhh.

Kejadian ketiga, aku terlanggar orang depan di traffic light akibat terpejam...ahh terlelap! Jalan macam cerun sikit. hmm. Ya..memang la aku salah. Aku penat sangat kot. sikitttt lagi nak sampai office. Aku pasrah jelah, keluar kereta, owner kereta depan perempuan india (nama Noli kot dah lupa) about 30 plus umurnye kot, marah2. huhu. 

Aku : "Sorry ye, I tak sengaja"
Noli : "Apa sorry-sorry??? U tak nampak ke? U main handphone ke? U tengok kereta I!!!!!"
Aku : "OK, sorry, I tunduk tadi (menipu hihi)"
Noli : "U tengok kereta I!, Eh anak I dalam kereta tau!..nasib baik takde pape, U nak buat macamana ni?? Nak report ke macamana?? Jap, I nak ambil gambar" dia ambil gambar kereta aku.

Wahhh..dia pun dah tau dah tektik aku nih. Baru nak tunjuk teror hihihihi

Aku : "OK miss, kita berhenti tepi dulu okay? kita bincang. Nanti jem jalan ni" aku memang cool habis lah. tabik springg siri sendiri hihihi
Noli : "Ok, U ikut I kita pergi kedai sana, suami I ada sana"
Aku : "ok2"

Aku pun ikutlah, otw tu sempat aku call adik aku tanye berapa harga bumper perdana sekian2 semua sebab adik aku pun pakai perdana...sampai je aku nampak suami dia datang. Pastu aku datang. 

Noli : "Eh...kereta u boleh takde pape kan? Kereta I sampai macam ni, kereta U ok je kan?" dia agak cool sikit sambil sengih2. "macam ni I pun nak pakai myvi la" aku senyum je.
 Lepas tu aku borak dengan suami dia, John jela aku lupa nama. Proses tawar menawar.

John : "Kita buat reportlah, claim insurance."
Aku : "I takmau lah, I bayar cash" Aku agak confident lepas call adik aku tadi.
John : "Banyak cost ni, claim insurance sajalah"
Aku : "Takpelah, I bayar cash. Berapa?"
John : "Ini 6, 7 ratus juga"
Aku : " 3 ratus sudahlah.." aku saje bagi harga paling low.

Tengah aku sibuk tawar menawar tu, wife dia noli tu cakap, "eh I nak ambil pen kertas sekejap nak ambil detail U". Dia ajak suaminya sekali sebab diorang berkongsi payung, tengah hujan masa tu.
Suami dia balas:

John : "Heyy..rilex..she is not run away" hehe..aku senyum je. kalot sangatnye pon.
John : "U ada workshop?"
Aku : "Ada. sekejap I call."

Tak dapat pulak nak call abang aku tu kannnn. Lepas tu aku cakap kat dia, nak bawak dia pergi workshop kawan abang aku kat shah alam tapi bukan hari ni la sebab kerja. Dia setuju. Ambik contact semua. Balik. Sementara sembang tu sempatla dia cerita diorg ni tauke kedai makan mamak kat bawah opis aku tuuu. ok noted! aku tak makan dah kat kedai tu lepas kejadian tu, 1st sebab malas terserempak, 2nd aku sangka owner muslim tapi tak rupenye, tapi makanan masih melayu masaklah.

Aku dah try arrange John untuk ke bengkel kawan abang aku tu dengan bantuan abang aku la. Tapi John kata, nanti dia free dia call. Sampai ke sudah dia tak call. Aku anggap dia malas la tu nak repair benda kecik sedangkan dia sendiri mampu hihi. Perlu ke aku cari dia balik ek mintak halal kat india? nama pun tak ingat, memang tak save number, tapi pernah la mesej dia.ok, selesai.

Kejadian ke-empat, aku pregnen masa tu, kat trafik light, orang macam terlanggar sikitlah kereta aku. Mungkin dia sembang-sembang tak perasan kereta dia dah kedepan. Aku pun keluar kereta, cek belakang, takde ape, pastu aku tunjuk 'best' kat dia takda 'ok!' pastu aku blah. Dia sikit pun tak keluar kereta cakap sorry ke. :/ takpelah.

Itu je kot. Alhamdulillah, takde yang serius. Moga Allah SWT terus melindungi hambaNya yang kerdil ini. sobss

Owh ya, kenapa aku lebih memilih membayar cash daripada claim insurance? Mungkin ramai tahu, nanti insurance kena bayar mahal lakkk! Dah la dah memang mahal huhu. Noted

Tapi sekarang banyak kes sengaja langgar kan? Kena take note jugak tu kat mana kejadian kena langgar tu. Kalau highway atau tempat sunyi, berhati-hatilah ye.

Apa pun, berwaspadalah dan bersedialah dalam apa jua keadaan melainkan mati, nauzubillahiminzalik.

Moga kita semua terlindung daripada segala malapetaka. Aminn Ya Rabb.


 photo 289017_2262298526896_4257875_o_zpsupf5kx7m.jpg
gambar memula beli dolu dolu huhu
dah genap 4 tahun, baru renew roadtax semalam T_T







2 comments:

  1. bila eksiden hati saya msti brdebar-debar

    ReplyDelete
    Replies
    1. same la. tapi kalau kita ada sikit pengetahuan, insyaAllah kurang debar2 tu hihi.

      Delete