Firstly, Raya dah habis. Peringatan kepada mereka yang tidak mahu mengakuinya hihi
Well, aku tak puas weh makan lauk raya. Banyak jemputan open house tak dapat dipenuhi. So hari minggu semalam, walaupun kerja sabtu, aku tetap nak balik rumah suami. Balik lepas kerja. Suami pulak ada jemputan open house. Jadi aku pun telah memasang misi untuk makan lauk raya!
Beraya berdua bersama suami dan rendang ayam masak sendiri yeay! haha |
Hok aloh..rendang cair pon nak habaq. hihi. Kurang pekat/kering sebab somi cek dah lapaq sangat haha. Pehtu pengaruh cerita Eksperimen Cinta jugak mengganggu konsentrasi hihi.
Yep, ini menu dinner Sabtu malam semalam. Barang masak ni semua suami yang belikan sebabnya kedai ayam & barang dapur tu hanya bukak pagi je. Kawasan kampung kan. Bukan ade tesco hikhik. Jadi suami kene pergi beli sebab isteri kerja hihi.
List out barang siap pesanan "4). lengkuas (beli muda sikit jangan besar sangat kecik jerkkk". sebab pernah dia beli lengkuas besaq and tua. Pisau potong ayam aku guna nak hiris tau lengkuas tu haaa. 5) Kunyit Hidup (3 ketul ja comel) sebab pernah beli banyak gila sampai kecut kunyit tak terguna =_=. Kalau ayam pulak, "ayam takmau isi tauuu". Ya, aku tak suka simpan organ dalaman tu. salu aku buang je atau bagi kucing. tapi takut main baling kang bukan kucing yang makan, abeh segerombolan biawak membina generasi pulak di sisi rumah kuarters kami yang betul2 bersebelahan hutan kecil. =_=' Jadi lebih baik order takmau isi siap2.
Kali ni memang lulus la dia beli lauk. Bila minta beli ikan pulak, siap suruh kedai siang and potong lagi. Isteri tersenyum gembira hikhik.
Suami ni bukan dari awal tau tahu beli lauk, kena ajar jugak kadang. Dulu memang tak reti beli sendiri. Kalau boleh memang taknak la gi beli lauk tu. Dia sanggup teman je hihi. Tapi kisahnya bermula sejak isteri terberanak awal kan, haaa hamek kau cari lauk hari-hari hihi. Masa tu la ajar dia ikan apa ikan apa kena beli. Semua dia tanya kedai.
Tapi tak khatam lagi la nak kata lulus tu, semalam dia beli bendi tak berapa nak hijau. hmmm.
Mari teruskan misi!
k lah bye.
suami kami kalau kami mintakkan beli lauk, alahai dia beli banyaknya macam kami ada anak sepuluh orang..sbar je la
ReplyDeletekann haha
ReplyDelete