Tajuk hari ni adalah bertemakan derma erk! ops! erk! ops! hihiihi
Bilakah kali terakhir kita menderma? Kalau lelaki mungkin Jumaat minggu lepas kat tabung masjid hihi. Aku pulak, alhamdulillah bulan puasa baru ni kot kat budak bawak tabung di bazar.
Aku pernah satu masa dulu suka menderma atas rasa serba salah, lepas tu ada musim rasa tertipu, lepas tu ada rasa macam ahh kasik jelah, sekarang rasa macam derma sebab nak kongsi harta Allah, Alhamdulillah.
Yang part tertipu tu, dulu form 5 ada jumpa makcik ni kat bustand Ipoh parade. Dia kata anak dia ada kerja kat MBI kot tak silap. Tapi dia tak tahu macamana nak panggil anak dia. Dia takde telefon. No. telefon pun takde. So dia rasa macam nak balik kampung balik sebab dia datang dari kampung semata nak jumpa anak. Tapi dia takde duit nak balik kampung. Dia cuma cerita je, tapi tak mintak duit pun, mungkin aku budak sekolah kan. Tapi aku hulur jugak RM5 kat makcik tu. Masa tu RM5 besar la weh time skolah haha. Tapi sebab nak tolong makcik tu balik kampung, aku tolong gak. Lepas dapat duit tu, makciktu terus berlalu pergi. Then adik aku tiba-tiba cakap, 'Za, entah2 dia tipu tak? sebab dia nak pergi mana? nape tak tunggu bas?' Pastu aku and adik aku cuba mengekori jejak makcik tu, tapi gagal. Time tu aku rasa tak puas hati sangat. Bertahun jugak aku rasa macam tertipu tu. Lagi-lagi lepas tu memang kecoh la kes tipu macam tu di Station Bus Ipoh. hergghh. Tapi bila dah besar ni, aku boleh la positip. Entah2 Allah SWT Saje turunkan makcik tu untuk uji aku ye dok? huhu. Wallahualam.
Ada lagi kes macam erghhh. Kat seksyen 7 tu famous sangat dengan 3 orang budak mamak says anak yatim mintak sedekah kat situ. Aku memang tolong je masa tu tak fikir banyak. Lepas tu, kawan aku cakap, "wei, aku nampak budak tu main game kat c.c." =_=. Itu satu, aku nampak budak tu selamber je dia ambik ais dalam bekas ais makcik kedai tu?? Bila makcik marah dia boleh buat muka pastu blah. Ya Allah. kuajaqnyaaa. aku nampak sendiri tuu. hergghh.
Itulah kisahnya kadang-kadang nilai-nilai suka menderma dalam diri aku ni dipermainkan huhu sobss. Tapi semakin dewasa ni kan, makin bijak la nak fikir kan. Derma ikhlas insyaAllah. Derma singgit-singgit jer, takde sampai 2.6 errrrr RM2.60 hahaha
Tapi itulah, derma ni suatu amalan sedekah yang elok. Satu kita bagi, 10 kita dapat dari Allah insyaAllah. Aku ada gak merasa benda tu bulan ramadhan baru ni. Bagi RM10, dapat RM100. Alhamdulillah.
Kalau kita dapat peluang menderma, terutama kita tengah sesak@kering kan, jangan lepaskan peluang. Waktu itu paling teruji keikhlasan tau. Dermalah walaupun sedikit. Dermalah tapi jangan sehingga memudaratkan diri sendiri ye. Banyak kisah sahabat kita boleh jadikan rujukan.
Kalau kita takde masa nak keluar menderma, buat tabung, khaskan untuk sedekah. Masukkan setiap pagi atau lepas subuh ke. Nanti dah ada masa, boleh hantar duit sedekah tu kepada yang sepatutnya.
Semoga bermanfaat.
p/s: Kalau korang ade penerima derma yang mempunyai akaun BSN. Tolong share details kat komen sini ye hihi.
derma .. hihi..
ReplyDeletebanyak dapat keberkatan jika kita menderma atau bersedekah
ReplyDelete