Di sini

Thursday, November 19, 2015

Banyak cerita. Alhamdulillah.

Assalamualaikum.
Lama sangat tak hupdate. Sangat-sangat lama dan macam-macam cerita habaq hangg..

Nak habaq awai macam segan silu ja, yela sbb pernah kehilangan dulu..

Ok lah, special utk siapa yg baca blog ja ni takdop cheq nak habaq kat tempat lain hehe

Alhamdulillah, syukur Ya Allah aku dikurniakan sekali lagi nikmat mengandung. Syukur Ya Allah.

Now kandungan Alhamdulillah, dah 4 bulan lebih tapi dah macam-macam cerita.

Kali ni 6minggu terus mabuk kaw-kaw punya. Sampai la aku rase 2minggu lepas kot baru ok sket. Sekarang cuma pening sket2 je. Alhamdulillah.. Jadinya masa pening tu memang nak online pon tak boleh, pening sangat ya amat hihi.

Pastu, masa usia 11minggu kot, aku bleeding. Dah tau pregnent aku pi angkat gate rumah tu kan. Sebab nak betulkan dari landasan dia. Maklumlah duduk sorang., buat jela kan.Pastu malam tu terus bleeding.

Dipendekkan cerita, MC kerja MC kerja. Bleeding kadang2, tapi keluar macam coklat2 tu non-stop. Dah 3minggu berlarutan barula tau punca uri kat bawah. Pastu masak sikit dah bleeding. Memang doktor advice bedrest je.At last aku resign and now sekarang kat kampung mihmih. Suami kata, mungkin Allah nak latih kita hidup berkeluarga. InsyaAllah, moga dipermudahkan.

Plan nak gi Umrah pun takde rezeki nak pergi bulan depan, suami je pergi ngan family sobs. Takpelah, bak kata doktor 'tak payah la pergi, umrah tu sunat, ni nyawa ni penting, tapi kalau Haji doktor diam jelah' huhu.

Takpelah, aku percaya pada aturan Allah SWT. Ini yang terbaik insyaAllah.

Jadi 4 bulan tu adalah masih awal kan. Sebagai seorang yang ada sejarah kegagalan mengandung dulu pastinya sangat merisaukan dan kadang2 agak phobia. Hari2 duk pikir bukan2.takottt huhu.

Moga-moga kandungan kali ini dipermudahkan sehingga waktunya insyaAllah aminn.

Mohon kawan2 doakan ya agar semuanya lancar dengan izinNya.

3 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah semoga dilindungi Allah SWT dan segalanya dipermudahkan yer?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah jaga diri elok2 ea =)

    ReplyDelete