Nama diberi Noor Haniza Binti Hassan
makna nama? tak tahu. Pangkal je tau. huhu.
Nama panggilan : -'Iza'-by family and some friend, -'Niza'-most of friend, -'Hani'-2 orang je setakat ni, cikgu sekolah menengah dan Boss sekarang. Dah la lelaki, Hani tu macam 'honey' tauuu. Suami pun tak panggil cenggituu huhu
D.O.B. 2nd of April 1987. Sungai Sumun, Teluk Intan maliii
Aku ada keluarga yang besar sebab Papa dan Mak aku masing-masing kahwin lain. Papa dan Mak berpisah ketika aku bayi lagi. Selepas setahun, Papa kahwin Mama(anak seorang sebaya aku). Selepas 17 tahun.Mak kahwin Bapak (Anak 7 kot nampak sampai tak ingat sebab jarang jumpa lagi-lagi lepas bapak meninggal). Tapi Umur Bapak tak panjang, tiga tahun jer. Selepas Setahun lagi kemudian, Mak kahwin Abah (Anak 6).
Aku stay bersama Papa dan Mama. Btw, Arwah Papa dah meninggal pada awal 2014, 4 hari sebelum aku nikah. Lepas kahwin, bertambah juga Ibu dan Ayah. Tapi, Tak sampai setahun bersama Ayah, sudah dijemput Ilahi.
Jadi yang tinggal, Mama, Mak&Abah dan Ibu.
Al-Fatihah untuk semua ayah-ayahku yang telah pergi. Al-Fatihah...
Adik beradik kandung, 4 orang.
Sulung kakak, 2nd and 3rd abang dan aku bongsu. Well, aku tak merasa sangatlah jadi anak bongsu sebab aku dah ada adik tiri. Jadi, adik beradik yang duduk serumah, 7 orang. Adik tiri yang sebaya tu perempuan, then 1 laki 1 perempuan tu, satu papa la kiranya. Pening la tuu.
Sekarang Isteri kepada Khairul Faiq Bin Norulhisham. Ada anak, tapi meninggal sebab lahir tak cukup bulan. Allahyarham Muhammad Fauzan lahir pada kandungan 26 minggu, hidup hanya 3 hari di inkubator. Ishkkk, rinduuu
Kerja, Quantity Surveyor. Di Syarikat Kontraktor di Ipoh terkini. Dah pernah kerja Klang Valley area. Penatlah berjauhan suami. Sesak lak tu. Ipoh cool sikit & dekat sikit hihi.