Di sini

Showing posts with label THE SIX MEMORIES OF 2014. Show all posts
Showing posts with label THE SIX MEMORIES OF 2014. Show all posts

Friday, July 3, 2015

6 Perkara 2014 Yang Tidak Dapat Dilupakan

1) 18 March 2014: Pemergian Papa buat Selamanya
Papa aku meninggal 4 hari sebelum hari bahagia aku. Dah siap sign dah borang nikah. Tapi tak kesampaian. Meniggal akibat jangkitan kuman yang merebak seluruh badan dan menggagalkan organ lain untu berfungsi. Al-Fatihah untuk papa. Aku ada ceritakan di entry lepas. Klik sini.

2) 22 March 2014: Perkahwinanku.
Aku bersyukur sangat dikurniakan seorang suami tepat pada masanya. Allah SWT memang sebaik-baik perancang, Dia tahu aku tidak boleh keseorangan tanpa seorang pemimpin. Kami tetap meneruskan perancangan perkahwinan, mungkin itu juga hajat arwah. Seronok semua bagi semangat. Tiada kompang tapi penuh selawat dan doa, tak kurang juga tangisan mereka. Syukran. Bernikah pada 22hb March dan majlis pada keesokan harinya.

Majlis pihak lelaki.


3) 24 Mei 2014: Berita Kehamilan
Alhamduillah, dikurniakan kesempatan seawal ini. Mungkin Allah SWT ingin menggembirakan hambaNya yang masih belum biasa tiada ayah ketika itu. Syukur. Suami gembira saya bahagia :)

4) 24 Oct 2014: Kelahiran Anakku
Alhamdulillah, tak tahu di mana silapnya, aku mengalami bleeding. Seminggu kemudian aku lahirkan anak pra-matangku. baru berusia 26 minggu. Dia dimasukkan ke dalam inkubator. Aku ada ceritakan pada entry lepas pengalaman ini. Klik sini

5) 27 Oct 2014: Pemergian Anakku
Kerana beberapa komplikasi seperti pendarahan otak dan jangkitan kuman, anakku tidak dapat bertahan lagi. Seperti yang doktor kaunseling beritahuku, tiada mesin yang setanding rahim perempuan. Anakku pergi buat selama-lamanya di pangkuanku di dalam Wad NICU Hospital Sungai Buloh. Anakku disemadikan di kampung aku selang 2 kubur dari kubur Arwah Tok Pa nye :')
Kubur Anakku

6) 6 Nov 2014: Pemergian Ayah Mertuaku
Waktu ni memang terasa sedih sangat setelah pelbagai perkara yang terjadi. Aku baru nak rasa gembira dengan ayah baru setelah pemergian papaku. Ketika ayah meninggal, aku masih berpantang kat kampung. Aku tak dapat nak teman suami aku ketika itu dan aku yakin sangat waktu tu dia amat memerlukan aku. Allah...sedih sangat. Al-Fatihah buat ayahku.

Pahit manis yang berlaku sepanjang 2014 ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Yang pahit harus dikenang dan didoakan, yang manis harus dihargai dan disyukuri. Apa jua terjadi aku redha. Aku yakin ada hikmah disebalik kejadian ini. Moga Allah SWT beri aku dan suamiku kekuatan. InsyaAllah.

*sejak akhir-akhir ni terlalu teringat pada arwah papa. moga papa tenang di sana :'(


Friday, June 5, 2015

PEMERGIAN



March 2014: Bulan kahwinku! bulan kahwinku! Kali terakhir balik kampung (hujung Feb), bincang dengan papa tentang kenduri aku serba sedikit. Tengok rumah alahai, banyaknya perubahan, tukar lampu satu hall, pasang grill satu rumah, cat bilik pengantin dah selesai, bekas reban ayam dah clear..wah...semangat sungguh papa sediakan semua ni. Memang setakat ni, papa ada sahaja penambahan setiap kali anaknya nak kahwin.

9th,Ahad. Adik sembang, papa dah 2 minggu demam tak baik-baik. Kami ni dengar macam dah biasa papa demam. Jadi, response macam biasa jela, penat dan gout la tu. Malam tu, adik maklum lagi dalam group, papa warded di Hospital Teluk Intan. Papa yang nak pergi hospital, tak tahan katanya. Kami cuma fikir, teruk ke demam tu? Aku pulak fikir, moga papa sihat la nak kenduri ni. Isnin, sepanjang hari adik update keadaan papa. Pagi: gambar main handphone, Petang: gambar dah pakai alat bantuan pernafasan. Susah bernafas katanya. Kaki papa pun bengkak, doktor kata, ada jangkitan kuman. Malam tu kami adik beradik fikir, nak EL Selasa tu, planning, balik hari sebab tengah minggu kerja kan.

11th, Selasa. Balik kampung, terus menghala ke hospital. Tiba waktu melawat, sampai katil papa, Ya Allah. Lemahnya papa... tak pernah tengok papa selemah ini. Mata pun separuh je buka. Salam tangan papa. Sebaknya. Papa sibuk cakap, nak beli barang kenduri. :(  Papa cakap tu, dalam keadaan sedar tak sedar je. Sedih. Risau yang amat sangat. Petang tu, macam makin teruk, doktor nak tebuk alat bantuan pernafasan. Dalam proses tu, terhenti jugaklah jantung, kami pun resah menunggu. Nampak sangat huru hara, hanya di wad biasa, tutup tirai, waktu melawat, ramai orang. Doktor maklum keadaan semakin kritikal, jangkitan kuman sudah merebak ke buah pinggang dan paru-paru. Malam itu, papa dipindahkan ke ICU. Aku yang asalnya nak balik hari, tak jadilah.

Rabu, setelah melawat, aku balik Subang. Rabu sampai Ahad, doktor ulang dialisis je. weekend tu aku balik juga. Melawat dan buat sikit persiapan kenduri yang tinggal seminggu je lagi. Aku tak tahulah, apa yang patut aku rasa. Apa yang patut kami buat. Kami teruskan dengan hati yang kosong.

Sabtu,16th. Melawat papa. Mata papa terbuka, tengok aku lama-lama. Dalam hati aku seronok sangat. Aku cuma pesan, papa kuat ya, iza o.k. Ahad, balik memandu ke Subang dengan hati yang berat
. Beritahu pada tunang, 'I'll may crazy if anything happen by this week'.

Isnin, 17th, adik kata, peratus penafasan papa semakin meningkat, mungkin jika terus meningkat, alat bantuan boleh ditanggalkan. Alhamdulillah. Papa buka mata. nampak macam keadaan yang positif. Aku lega sedikit, tapi, bukan adik aku. Dia rasa tak sedap hati, kata orang bila terjadi sesuatu yang positif, kadangkala ianya 'tanda'. Doktor pula pesan pada adik, standby handphone sentiasa, lagilah dia tak boleh tidur.

Selasa, 18th, keadaan menurun semula. semakin lemah. Aku yang berada di pejabat, tak boleh buat kerja dah. Sepatutnya cuti aku bermula Khamis, tapi perasaan aku, tak boleh nak tunggu walau sehari. Tengahari itu, adik dan kakak yang berada dihospital tu, maklum, jika semakin menurun, doktor akan buat errrr...ape ke nama 'renjatan' jantung tu? lupa pula. Tapi kakak decide untuk taknak buat sebab risiko mencederakan organ dalaman. Kakak minta kami semua solat hajat, doa banyak2 (kenapa lah akak tak minta kami balik terusss Y_Y). Selepas zohor, adik call.. ' Iza, papa dah takde za, balik elok2..' Terus berjurai air mata...and cakap kat kawan office nak balik, kawan tolong hantar ke rumah..

Terus malam tu, aku dan abang aku balik kampung, kami balik dengan tenang je. Aku pun agak tergamam tak tahu nak fikir apa. Sampai rumah, gigil-gigil tengok jenazah. Encik tunang aku pun dah sampai dulu 10minit jer selepas papa hembuskan nafas terakhir, plan asalnya nak singgah je sebelum dia balik ke Muar untuk persiapan yang hanya 4 hari lagi.

Sehinggalah esoknya, selesai sudah pengkebumian. Tapi aku tak rebah, aku dapat rasa kekuatan dalam diri aku. Kekuatan kurniaanNya. Aku tahu, papa hanya perlukan doa anak-anaknya.

4 hari lagi, Majlis aku. Perlukah aku rebah? tersungkur? terus bersedih? Aku tahu, orang sangat bersimpati dengan keadaan aku. Tapi, aku taknak lihat mereka semua bersedih. Jadi aku harus berdiri, sekuat mungkin, senyum selebar mungkin, supaya kekuatan ini yang menjadi tunjang kekuatan kami sekeluarga. Memang aku dapat rasakan, kami semua sekeluarkan menguatkan hati masing-masing, demi majlis perkahwinanku yang bakal tiba. Masing-masing memberi sokongan. Ya Allah, sungguh luar biasa KuasaMu.

Dan untuk papa, Iza akan terus mendoakan papa. Semoga papa tenang di sana. Iza sayang papa. Al-Fatihah.