Di sini

Sunday, February 4, 2018

PENGALAMAN IKHTIAR HAMIL

PENGALAMAN SENDIRI IKHTIAR HAMIL 😊
.
Baru-baru ni, ada customer risik-risik SET untuk IKHTIAR HAMIL. Katanya dia baru keguguran
.
Allahu..sedihnyee..
.
Sebab Niza pun pernah rasa kehilangan tu 😢
.
Hamil ni kadang nampak mudah, tapi orang tak tahu kan apa kebimbangan, keresahan, kesabaran dalam menanti kehadiran cahaya mata
.
Sebab Niza sendiri pernah rasa menanti dan berharap kehadiran cahaya mata tu. Bila tengok suami happy dengar berita tu, ya Allahhh SEBAK SANGAT!! 😢
.
Lepas Niza kehilangan anak pertama, pastinya Niza pun nak IKHTIAR untuk rezeki cahaya mata.
.
Niza sangka, Niza ni jenis subur, habis pantang je terus lekat. Tapi sangkaan Niza meleset bila berbulan-bulan masih dikunjungi Cik P hukhuk😨
.
Jadi Niza pun cuba la IKHTIAR dengan ESP waktu tu, sebab untuk KUATKAN RAHIM.
.
Niza pun IKHTIAR jugak dengan JAMU dan jugak JUS LEMON sebab waktu tu Niza tak tahu yang SHAKLEE pun ADA supplemen yang FUNGSINYA SAMA dengan dua-dua ni!!
.
Allah Maha Melihat,
Allah Maha Mengetahui..
.
Dia nampak usaha Niza dan Alhamdulillah, akhirnya POSITIF PREGNANT! ☺️
.
Alhamdulillah, dah 1 Year 10 mnths dah my baby Hasya Fatihah ❤️
.
Lepas ni kalau plan nak next baby, sure Niza nak cuba FULLSET IKHTIAR HAMIL!
.
Jadi, korang nak tahu tak SET IKHTIAR SHAKLEE ada apa? Set yang telah berjaya membantu ibu-ibu yang ikhtiar tu? 😉
.
Haa meh Niza share meh☺️
.
Dalam SET IKHTIAR HAMIL ada⤵️
✔️ESP
✔️GLA
✔️VITALEA
✔️B-COMPLEX
✔️VITAMIN E
✔️ALFALFA
.
MANFAATNYA⤵️
.
🌱ESP
-untuk menguatkan rahim dengan pembentukan tisu yang sihat
-membentuk sel ovum yang berkualiti
-membekalkan tenaga
.
🌱GLA
-menstabilkan hormon dalaman wanita
-membetulkan aturan kitaran haid
-mengurangkan senggugut
.
🌱VITALEA
-membekalkn nutrien yang mencukupi untuk tubuh
-mempertingkatkan penghasilan darah merah yang diperlukan tubuh ibu
.
🌱B-COMPLEX
-mengandungi asid folik dan biotin yang penting dalam persediaan untuk hamil
-mengelakkan stress
-memberikan tenaga
.
🌱VITAMIN E
-vitamin seks
-meningkatkan reproduksi lelaki dan wanita
-menghasilkan sperma yang berkualiti
.
🌱ALFALFA
-mengatasi masalah keputihan yang mana boleh menyebabkan jangkitan kuman
-membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah)
.
Jadi kalau korang yang nak IKHTIAR tu bolehlah cuba SET IKHTIAR HAMIL ni okay?😉
.
Kalau nak order atau sebarang pertanyaan, just contact je Niza okay? 😘
.
Haniza Hassan
010-7665828
Your Shaklee Advisor
#shakleewithniza #shaklee #shakleetelukintan #shakleebagandatoh #shakleeselama #shakleeipoh #shakleetaiping #setkesuburan #ikhtiarhamil #ttc #ibuhamil

Friday, November 24, 2017

THE SHOP HOTEL Kuala Kangsar; Yayy OR Nayy?

Assalamualaikum..

Sekian lama tidak bersiaran..sebab susah sangat nak dapat ketenangan menaip panjang-panjang hihi
.
Btw, malam ni perasaan terganggu bila kau tengah tak boleh tidur sebab penat sangat, then nak keluar tak boleh sebab anak kecik tidur, then nak bancuh air panas nak sedapkan badan pun tak boleh sebab kettle takde. Whats?? Kettle takde???
.
Eh..tak percaya ke? Its true!! Haha
.
Jadi keadaan beremosi sedikit ni mendesak Niza nak taip entry ni tau.
.
Eh, tak marah...nasihattt 😆
.
First!!!!
.
Kita puji-puji la sikit kan..
.
Niza tak sempat nak study lebih-lebih hotel ni sebelum booking sebab memang tak sempat. Ad-hoc je nak booking. Nampak review orang melayu pernah stay, so aku propose je kat husband. Ade lah sebabnya jadi rushing tu..panjang pulak kalau cerita nanti 😅
.
So, husband walk-in terus booking bilik dulu sebelum ambik Niza dari rumah. Tak check bilik pun, just request tepi tingkap je
.
Tengok gambar kat website macam style kan cantiksss. Memang cantik la style habis! Memang teror la ID yang buat interior ni huhu
.
Lepas tu, siap ade coffee bar kat counter bawah tu. 24hrs. Sambil jaga hotel sambil buka coffee shop. Bagus jugak concept tu, takdelah kesunyian staff tu kan 😅
.
Ok, tu jela. Itu je yang die lebih dari hotel shop lot yang lain
.
TAPI, jeng jeng jeng...
.
Kami masuk bilik je, "eh? Terus nampak dinding la yang?" Sambil gelak-gelak haha. Dalam hati gile kecut bilik ni hahaha. Kecik sangat hoi. Last dapat bilik kecik kat Ipoh, tapi die murah 20 hengget dari bilik niiii hoi hoii.
.
Lepas tu, kami check arah kiblat ada tunjuk tak. Ok ade. Good. TAPIIIII haa..tiba-tiba terus husband bersuara, eh, macamana nak solat ni? Nak solat kat mana???
.
Tak muat weh nak solat!!!  Orang perak kata, 'atenyeee..macamana nak semayang ni abangnyeee' haha
.

.
Aku tak duduk lagi. Terus mintak husband tanye, ade tak bilik lain sama rate atau die ada surau ke?
.
Staff beritahu husband, kata bilik full. Then Niza suruh try tanye lagi, boleh return money tak kalau cancel? Hahaha..memang tak pernah la dibuat orang kot knn haha.
.
Then, husband terus mintak tukar bilik lain walaupun ratenya menambah lagi 50 hengget!!! Kali ni husband check bilik dulu. Then proceed.
.
Selesai lah satu masalah. Tak nampak lagi benda lain kan haha.
.
Esoknya, iaitu pagi tadi (Jumaat) termenung la bila kau duduk hotel mahal tapi have to menunggu husband tapau breakfast?? Apakah kan?? Hahaha.
.
Niza list teruslah eh. Kita buat comparison sikit.
.
THE SHOP
Expensive - Rate RM189
Breakfast - not available
Lunch/dinner - lagi laa jangan berangan
Kettle - takde. Ape motip tak mewujudkan kettle eh? Berharap suruh beli kopi la tu hmmm
Wardeobe - takde
Hair dryer - takde
Siza - small
Katil-not comfy

Walhal,
IMPIANA HOTEL IPOH
Rate - RM160++
Includes : breakfast, kettle, wardrobe, fridge, hair dryer, chairs, table, phone
Malah keluasannya jauhhh lebih besar.
.
Masa aku baca review tentang hotel ni, it was uploaded on 2014 and I thought THE SHOP improved, BUT THEY ARE NOT!
.
Eh..tak marah..cuma kesal je huhu
.
So, overall. For me, I am NOT RECOMMEDED especially to MUSLIMS.
.
Muslims, I am NOT RECOMMENDED to check-in this hotel because;
🚫NOT PRAYER FRIENDLY
🚫 They are selling Bir openly! (Niza baru tengok list menu die petang tadi kat board tu. Memang tulis bir. Kalau tengok botol, Niza tak kenal huhu)
.
So, Yayy or Nayy?
.
For me, NAYY? Hihi
.
Sorry The Shop Hotel. At least bagi la kopi free haha. Tapi jual Bir, malas ahh haha.

Kalau ada masa nanti I hupload gambar keyh! Tak reti la nak hupload pakai phone hihihi
.
Ok bai!

.

Wednesday, November 1, 2017

IF NO NEGATIVE WORDS, THERE WILL NO NEGATIVE ACTION

IF NO NEGATIVE WORDS,
THERE WILL NO NEGATIVE ACTION
.
Dalam mendidik anak ni memang selalu orang pesan kan, dari kecil lah kita nak ajar kan?
.
Tapi nak ajar biar kena lah pada umurnya, kan? 😁
.
Mengajar anak ni selalunya berkait rapat dengan cara kita berkomunikasi dengan mereka
.
So, Niza pernah belajar tentang 'communication' ketika training kerja dulu. Masa tu training communication dengan workers.
.
Dari apa yang Niza ingat salah satunya boleh apply untuk communicates dengan anak jugak supaya tindakannya tidak negatif
.
So, Niza nak share macamana nak MELATIH anak atau sesiapa sahaja dalam arahan kita supaya perkara yang dilakukan BUKAN seperti yang kita TIDAK MAHU
.
Tipsnya adalah:
✅Tidak menggunakan perkataan 'JANGAN'
.
Tapi:
✅Guna perkataan 'MARI' 'JOM' atau ayat yang mendorong kepada apa yang kita mahu
✅Guna perkataan 'TIDAK BOLEH' dan terus jelaskan 'KENAPA' walaupun dia tidak faham
.
Niza sendiri selalu guna perkataan 'NO' pada anak terutama untuk HENTIKAN dia daripada melakukan sesuatu yang tidak sesuai. Tapi, selagi Niza beringat, Niza akan cuba explain 'WHY YOU CANNOT DO THAT'
.
Hasya-received parcel 😅
.
Sebab apa untuk tidak menggunakan 'JANGAN'
.
Sebab biasanya, bila kita gunakan JANGAN, kita akan sebut perkara yang kita tidak mahu
.
Contoh;
.
"Hasya, JANGAN terbalikkan pinggan tu!"
.
"Hasya, JANGAN panjat kerusi tu!"
.
Sebagai kanak-kanak terutamanya, mereka cepat MERAKAM apa kata-kata kita
.
Jadi, perkataan yang dia rakam adalah⤵️
'Terbalikkan pinggan'
'Panjat kerusi'
.
"Dia tak faham JANGAN tu apa"
.
Jadi, bila dia buat seperti yang dia faham, which are 'terbalikkan pinggan' @ 'panjat kerusi', then bila kita STOP THEM from doing that, kat situlah hadirnya 'PROTES!!'
.
Sebab dia KELIRU!
.
Jadi, apa yang LEBIH BAIK?
.
Kita TUKAR perkataan JANGAN tu kepada ayat yang lebih POSITIF
.
Contoh:
🚫"Hasya, jangan terbalikkan pinggan tu!"
✅"Hasya, makan elok-elok, nanti tumpah"
.
🚫"Hasya, jangan panjat kerusi tu!"
✅"Hasya, duduk elok-elok atas kerusi"
.
Hasya & Mommy
So, bila kita guna ayat yang POSITIF, anak kita akan merakam perkara yang POSITIF, so seterusnya tindakannya juga akan POSITIF
.
Dulu masa training, trainer buat contoh workers bangla;
"Bhai, you JANGAN pindahkan besi tu"
Malangnya Bhai memang tak faham bahasa Malaysia sangat lalu dia pindahkan besi tu 😂😂
.
Okay, jom korang kita SEBARKAN AURA POSITIF kepada semua orang supaya ANAK-ANAK generasi kini dan akan datang semakin POSITIF!! ❤️
.
-Haniza Hassan-

Tuesday, March 14, 2017

Terpilihnya Nama HASYA FATIHAH

Assalamualaikum..

Blog ni sangat helpful kan dalam menyimpan memori kita yang dah bercampur aduk dalam kepala ni kan hihi..

Sebelum aku berganti nyanyuk...better aku titipkan memoriku di sini :D

Nama anakku Hasya Fatihah..

Macam biasa la...antara kegemaran mak-mak ni memilih nama, antaranya dengan memilih nama mengikut pangkal huruf mak bapaknya la kan...lepas tu nak bagi win la..mak ada..bapak ada...heee
sape same? sep seketttt :B

Ade jugak yang tak kisah bab nama, serah kat mak je atau bapaknya je atau pun tok ibu tok ayah die ke kann...macam-macam..ade jugak ikut nama drama terkini hahaha..nama dalam novel..pon adeee...

oklah..nak share pemilihan nama anakku Hasya Fatihah...

Aku mula scroll nama-nama anak ni seawal 'layaknya kandungan aku bernama'...which means at early 4 months...hal ini adalah kerana...pengalaman aku yang lepas..yang mana dah sedia maklum, anakku yang sulung (abang Hasya) dilahirkan seawal 27weeks..dan masa tu memang belum bincang sangat bab nama..setelah die lahir, sepanjang hayat die 3 hari pun, kami masih belum decide nama, iyelah, duk kalut anakku lahir tak cukup bulan kan...sampai lah die dah takde, hanya 10minit sebelum jenazah dimandikan, barulah aku laki bini nak decide nama sebab tok imam tu tanya T_T...

Kite flashback sat na...Muhammad Fauzan tu memang takde dalam list aku pun tau..masa bincang kat surau hospital tu, aku cuma cakap kat suami, "sayang nak nama Fattah ke Qazim ke?"...suami jawab.."nak Fauzan lah"...aku tanya lagi, "Fauzan ape? Hakim? Qazim?"..suami aku jawab.."saya suka Muhammad.."..aku cuma setuju je ikutkan kehendak suami aku masa tu..memandangkan anakku dah takde, aku nak nama yang terbaik je untuk die...takde nak fikir fancy ke hape ke sempat pulak kan..

Di sebalik nama Fauzan tu sebenarnya ada kisahnya yang mana membuatkan suami aku nak nama tu..aku memang taknak sebab nama abang angkat aku tu hahaha..

Al-kisahnya, sepanjang aku mengandung, ramai duk teka aku mengandungkan anak perempuan...bila aku cerita kat suami, suami aku slumber nonong je panggil anakku dalam perut waktu tu dengan nama Fauzan...memang tergelak jela kan sebab tak tau lagi jantina baby masa tu..pastu nama abang angkat aku pulak kan...haha.Then, kisah keduanya, beberapa hari sebelum aku bersalin, aku ada buat detail scan..biasa la dah 6 bulan mesti excited nak tau jantina kan..dah cek tu, dah tau jantina lelaki, keluar je dari bilik scan tu, terus suami aku bisik..."Fauzannnn" sambil sengih-sengih dua-dua kann...
Jadi itu lah kenangan nama Fauzan tu yang jadi terpilih...maksudnya pun baik...Alhamdulillah..

Berbalik kepada nama Hasya Fatihah, hee...well..pangkal nama aku N & H...dan suami K & F...so aku scroll nama by huruf tu jelah kan senang..takyah scroll semua huruf kan..

Aku scroll nama H & N..banyak tak berkenan..suggest kat suami pun semua kene reject haha..termasuklah nama Hasya ni haha..tapi masa tu cuma ada nama Hasya je...well..nama Hasya ni curik nama anak blogger irine tulahh..hehe..Day by day..sampaila kandungan 7 bulan kot...pasangan kepada nama hasya pun tak jumpa2..sampailah aku scroll nama surah-surah Al-Quran..ting! Fatihah! terus aku sebut kat suami...terus die setuju! Fatihah tu jela die suke haha...

So, to be fair, aku pilih Hasya, die pilih Fatihah...haha..bile aku sebut nama 'Hasya = Sempurna, Fatihah = Pembukaan/Permulaan" kat suami aku, terus die jawab...InsyaAllah..Hasya Fatihah..moga kehadirannya melengkapi dan menyempurnakan kehidupan kita yang baru nak bermula ni...

fuhh...sejuk hati aku dengor kan...

well..walaupun aku dah aim nama tu but still aku scroll nama lain tau sampai nak beranak haha..sebab suami aku kan reject nama Hasya...tapi memang takde satu pon yang berkenan dik jiwa mummy ni hihi...

maka terhasillah namamu anakku...Hasya Fatihah..

Done! heee

Day 1: 2.5kg 

Pengalaman Buat Pemeriksaan Payudara

Opss..malukah?
Ini penting ya wahai kaum wanita..kalau lelaki yang baca ni pesan naa kat isteri hangpa huhu..

Well bila dah jadi ibu ni..menyusu anak pulak tu mesti kita sangat sensitif dengan kelainan dengan payudara (cik b) kita ni kan. Ya, aku mengalaminya.

Biasalah awal-awal bengkak susu je kan. Dah anak ko kuning asyik tido je sape nak minum susu ni kan. Nak pump pun aku pikir aku bukan working mummy ntah bila nak sua kat budak ni kan.

Bengkak susut bengkak susut sampailah umur Hasya dah 3 bulan camtu aku perasan ade keras yang pelik. Tunjuk kat husband pun die setuju. Time tu aku fikir bengkak susu. Sakitnye ya Allah..tapi masa tu aku tak tau lah tahap kepentingan memberi perhatian pada fizikal mummy bila bengkak susu kan. So aku fikir akan hilang jugak kot. Month by month dan macam2 aku buat pump semua pun tak hilang jugak. Pernah jugak satu ketika tu Hasya taknak menyusu belah kiri yang bengkak tu. Aku pelik kenapa ingat die colic jela kan. Tapi lepas aku buat beberapa reading barulah aku tau bernanah agaknya susu aku time tu tak sedap patut hasya taknak lols. Bila aku dah sedar tu dalam awal bulan 10 tahun lepas kot selepas 3 bulan aku sedar ketulan tu aku ajak husband pegi cek dengan penuh nekad. Sebelum ni ajak jugak tapi aku confused jugak macamana nak cakap jumpa siapa ke ape. Sekarang dah tau.


Bila hari aku dah siap siap nak pegi tu, ade kematian pulak huhu tak dapat cek. 2 minggu lepas tu sebab banyak hal anak lagi semua, baru lah berpeluang pegi cek. So, 26/10/2016 aritu barulah aku gi cek.
Mula-mula aku pegi klinik swasta di Taiping, aku malas nak pegi klinik gomen Selama sebab segan hihi. Kat klinik tu doktor tu pegang2 katanya ya ade ketulan tapi biasa kami refer ke pakar je. Tapi swasta tak boleh la nak buat reference ke hospital gomen. Kalau hospital swasta u boleh walk in je katenye. So kami pun walk in la ke Hospital Columbia pulak.

Then, terus je kami direct to Columbia Hospital Taiping. Malas nak set time lain dah. Sampai je, ke kaunter, Suami aku cakap nak jumpa surgeon. Amboi laki aku ni kan..explain la sikit kan haha. Then aku potong la,
Aku; "I nak check my B, so I patut jumpa siapa ya? Surgeon?".
Recep; U dah confirmkan ke ada ketulan tu?"
Aku; "yes, I tadi pergi klinik doc kata ada then minta kami jumpa pakar jer"
Recep; "any refer letter?"
Aku; "no, dia minta kami walk in sahaja"

Setia menanti

Jaga Anak sementara menunggu :D


Ok, then die tunjuk la doktor surgeon kat situ ada dua, and dua2 lelaki, indian and another is chinese. So aku pilih Dr.Yuen tu. Bila sampai turn, antara soalan dia tanya;
#ada rasa ketul tu?
#berapa lama perasan ketul tu?
#menyusu? Berapa bulan anak?
#ade keturunan keluarga pengidap kanser?
Pehtu aku tak ingat dah..

Doctor tu rase la tempat aku maksudkan tu, then die pon akui la ade rasa. Then die suggest untuk scan. Aku pon proceed la dengan scan di bilik scan tu. Tapi yg scan tu bukan Dr.Yuen, tp orang lain. Juru scan agaknye aku pon tak sure la term tu kan. Die nalay lelaki tau. Dalam die scan ty, die tak try pon rasa guna tangan kat mana ketul tu..yahh maybe die nk berpada sikit kan..tapi die tonyoh2 la guna alat tu duk tanya aku bahagian mana ketul tu..masalahnya bile aku baring macam tak tau kat mana ntah ketul tu susah carik haha..tpi juru ukur tu scan2..die kate takde ape..die kate lagi, maybe sebab aku menyusu so itu yang kadang rasa ketul tu..hmmm ntah la..

Bilik scan, sama je kot dengan scan perut tu kann

Dah siap scan tu aku kembali ke Dr. Yuen tu..die kata, kalau ikut result scan tu takde ape..tapi yelah sebab ketul tu die pon rasa kan..then die suggest pulak ambil sample..aku pon proceed jela sebab katenye sakit sikit je sebab guna needle je..takde bius2 tau..kejap je die ambil sample tu tapi memang sakit sikit la..mengaduh jugak la aku mengada kan hha..breast kottt 😝

Syukur la ade baby room while waiting Dr.Yuen got operation :D
Lepas tu Dr.Yuen bagi next appoinment untuk ambil result...

Aku pun balik la dengan separuh lega separuh bimbang...

P/S: result dah tau...nanti aku sambung naaa :) nak taip entry ni pun makan bulan haha

Wednesday, November 2, 2016

Kronologi Bersalin anak ke-2; Hasya Fatihah: Part 2

eh..terlama pulak gap nak sambung part 2 kan hehe

Ok terus sambung..

Lepas gantung kaki tu aku rase macam tak betul je kaki tu..aku rimas la dengan doktor pelatih tu huhu. Tapi doktor nurse sume macam ignore je sebab sume fokus nak keluarkan baby..aku pon teruskan perjuangan..teran takleh je..pastu nurse yang aku aim tu cakap 'hmmm dah tak cantik dah..' Eeeii geram...tak supportive betui la orang nak beranak ni huhu. Pehtu nurse lain yang jaga bawah tu suruh teran kan tempat die sentuh tu pehtu aku nampak doktor dah pegang gunting huarghh..tapi yang sentuh tu membantu sebab bantu fokus aku nak teran kat situ..kali ni aku teran la macam kene sembelit tu kann..teran teran Alhamdulillah..keluar jugak baby..lega..tak perasan pun bila doktor gunting..and lain sangat beranakkan anak tak cukup bulan dulu tauu.

Lepas baby keluar nurse letak atas badan aku..suami azankan..

Tapi..proses bawah belum setel..part ni yang phobiakan aku 😭😭😭
Nurse korek-korek bawah tu..dari ayat medical diorg tu aku faham something wrong..
Sambil korek tu aku sakitttt gilaa..sebak wehh
Then diorg ambik baby balik dari atas perut aku tu sebab aku dah macam nak cengkam baby dah tau..
Tiap kali diorg seluk aku jerittt
"Aaarrggghhhh sakitttt Allahhh!!"
Aku faham mase tu darah tak stop and macam ade uri tertinggal..
Diorg pasang kanan kiri drip kat tangan aku..tengah cucuk kanan, tangan kiri sentap2 tahan sakit..cucuk kiri tangan kanan pulak ya Allah..
Dia suh sedut untuk kurang dakit tu pun boleh tembus jugak aku jerit sakitttt
Masa tu segala doktor laki semua praktikal semua dah masuk dah..sebab aku request perempuan jerk..tapi time tu dah panic..
Diorang nak tolak aku ke OT!
Aku tanya "kenapa?? Kenapa??" Walaupun hakikatnya aku faham.
Nurse "patient tanya tu kenapa please explain siapa yang incharge ke ape ntah"
Blah blah blah ok sign itu ini sambil di tolak..
Suami aku dah keluar tadi and tak tahu lagi sampailah aku nak masuk OT, doktor mintak sign untuk bius half body.
Dah sampai pintu OT (aku agak je sebab aku mamai tak bukak mata sangat)
"Sayang..sayang.." Aku panggil suami aku. "Iye sayang saya kat sini" suami aku sahut. Aku dah meracau-racau. "Penat..penat.." "Mana zikir awak ni..mana doa awak ni.." Suami aku pujuk. Aku terus stop then zikir baca doa kuat-kuat macam budak2 tu sebab penatt sangat takleh nak control tenaga.
Then lepas tu doktor tanya last makan pukul berapa la apa..then ade yang explain procedure pastu tanya aku "faham ye puan?" Laju gila die cakap, aku jawab "tak." Terdiam doktor tu haha. Then dia kata takpelah suami die ade dengar ni.
Pastu dia kata nak bius half body mintak aku duduk, aku cakap.."full body jelah saya penat.." Masa tu aku takleh nak fikir dah ape risiko fullbody bius..tawakal jer. Doktor keluar mintak sign lagi kat husband and husband aku terkejut jugak. Doktor kata "patient mintak full bius dia tak larat". Husband kata doktor pon hairan tengok perangai aku, "memang macam tu ke?" Tanye doc tu kat husband. Husband aku geleng jelah tak tahu. Pastu diorg suruh sedut bius..sekali..dua kali..aku sempat tarik lagi penutup hidung tu taknak sedut adoiiii lahh perangaiii 😓😓 sekali sedut lagi skali..sekali..dua kali..gelap!

Sedar2 aku tengah di tolak ke wad. Time tu rasa sakittt sangat pinggang ntah kenapa pulak dahhh! Sampai wad aku mengadu sakit lagi pinggang. Nurse pun hairan sebab aku sampai senget2 tahan sakit pinggang. Tak lama tu ade nurse cakap maybe sebab gantung kaki lama sangat. Adoii. Then akak aku yng ada kat wad tu gosok2 minyak. Adik aku pegang baby aku..mak aku..diorg cakap2 baby aku itu ini..tapi otak aku takleh nak layan..then aku rehat diam..tiba2 aku tersedak terbatuk ntah kenapa aku terasa nak terannn..aku angkat kaki macam orang nak beranak tuu. Adik aku panik panggil nurse, then nurse tolak ktil aku tempat lebih senang nak monitor. Aku cool balik. Diorg tak bagi minum lagi kan tapi tekak sakit hmm. Masa aku kene pindah katil tu aku dengar anak buh aku umur 3tahun tu macam nak nangis cakap kat akak aku "mama..mama..nape mummy..nape mummy.." Adoi siannye..bile aku dah cool aku terus panggil..mane niyaz sini..aku buat muka okay je kat die walaupun aku mamai lagi huhu.

Dipendekkan cerita lah kan..aku rasa penat pulak cerita haha. Dipendekkan cerita, lepas bersalin tu aku macam trauma bersalin..bila teringat hal bersalin je aku terus rasa nak teran..nak tido pun terfikir nak teran sampailah jam 2 pagi baru aku boleh cool down and baru baby di hantar kat aku..bayang lah anak aku nyusu skali je petang tu sedara tolong sua, aku memang weak gila. Dalam proses nak makan minum lepas operata tu semua suami suap..ubat potong empat..air masak air milo sesudu sesudu minum..memang macam nak meroyan dah..suami aku pun terfikir macam tu jugak huhu. Badan aku rasa panas..kaki kebas..bila nurse tanya aku jawab aku macam nak lost dah (dalam hati rasa macam nak mati lah nurse) betui wehh..takut nak pejam tido sebab takut tak bangun balik huarggghh. Dah stabil baru berani tido tauu..

Ok report pagi tu..diorg habaq aku hilang darah 1.5liter..hb aku drop 5.8-6.0 camtu.. So kene masuk darah..lepas 5 hari dan beg darah ke-4 dah masuk baru boleh discharge..dah nak discharge anak lak sangkut kuning..tambah sehari duduk wad anak..balik kaki bengkak bentan mandi air sejuk kat hospital huhuhu
Dah la itu sahaja penat pulak hahahahaa


Friday, September 23, 2016

Kronologi Bersalin anak ke-2; Hasya Fatihah

Assalamualaikum..
Ya..anak kedua..
Anak pertama meninggal lahir tak cukup bulan..2 years ago..
Alhmdulillah..Allah Maha Pemurah beri lagi rezeki anak pada kami..syukur.

Almost 5 months dah tapi sape boleh lupe kan pengalaman bersalin hehe..yang anak first pun masih segar..inikan pulak baru tahun ni..

Pengalaman bersalin anak pertama tu aku ada share kat entry lepas. Klik sini. Jangan nangis tau baca heee

Ok..sebelum kisah bersalin tu..meh aku share sehari sebelum bersalin..

22hb April..
Aku ni teringin mango cheese kau..tp dah balik kampung taktau nak carik kat mane..request la kat akak..akak kata kalau jumpa mango best akak buat. Jadi 22hb tu aku pun set la mencari dengan suami. Yang aku tau tepi jalan sekinchan ke sungai besar tu memang banyak mangga. Aku pun dari rumah terus menghala ke sana. Aku cakap kat suami selagi tak jumpa mangga dont stop the car hahaha. Ambik kau perjalan sejam setengah jugak nak dapat mangga tu dan memang dah masuk sekinchan punnn 😂. Otw tu pun aku dah terasa lain macam sikit perut then terus set aritu jugak nak buat kek!
Kegigihan mengekek 


Balik terus ke rumah kakak about 5pm camtu terus godek3 terkial2 buat kau aku tak reti laaa akak aku tolong bagi arahan sebab die pun sibuk buat tempahan kek.kul7pm camtu siap masuk freeze sejam lebih pastu aku cakap, 'kene bawak balik umah ni masuk peti rumah kg kot nak bersalin malam ni kempunan aku'. Masinnn sangat mulut haha. Ok sambung cerita bersalin.

Kul1a.m macam biasa la kan ibu mengandung bangun malam nak shi shi huhu. Gi shi shi sekali macam banyak semacam je yang keluar ni. Masuk bilik termenung jap tunggu kot kuar lagi ke sakit ke. Kul130am tak kuar jugak sakit pun tak. Kejut suami.
"Yang.. Saya rase its time, tadi macam leaking time entin".
Suami terus gosok2 mata yang mamai tu terus kate "jom2!" 😅
Aku cakap "eh nanti nanti..takyah kot nak rushing sy tak sakit pun"
"Nanti baby lemas nanti.." Suami balas.
"Tak kot..sy nak makan dulu"
"Ok2 makan dulu"
Aku pun bukak peti korek kek la dulu kann hehe. Pehtu siap2 terus pegi. 40minit jugak la hospital tu yang suami tak brani delay. Tapi sampai bandar tak terus check in, singgah McD dulu la isi perut hee. Masa tu suami macam nak update check-in kat McD aku tak bagi mention McD sebab menghormati orang yang boikot. Aku takdan nak pikir memang nak McD je yang bukak 24j kan. Makan-makn tu dah sakit sikit2..15mnt skali macam tu tapi bole tahan lagi. Mase entin kat McD tu dah campur darah dah yang kuar. Aku saje delay check in supaya dekat dengan waktu subuh senang nak solat dulu sebelum kene seluk-seluk lebih parah yang mengganggu dilema nak solat nanti huhu.

Add Berbahagia melantak sebelum berperang huhu

430am check in Emergency. Request Doctor perempuan. Cek2 dah 3cm katenye. Ting tong ting tong tukar baju. Masuk je waktu subuh terus mintak nak solat. Time tu dah sakit sikit solat duduk je. Then 730am tu cek lagi 4cm dah. Prepare masuk labor room. Keluar jumpa suami ambik barang salam2 masuk balik huhu.

Masuk labour room dah baring. Macam biasa la pakai CTG tu. Pehtu suruh mengiring baby tido katenye. Tak lame tu doc datang cek lagi. (Bila terungat emosi lak aku 😅). Ade 2 orang. Sorang seluk2 kate nak pecahkan tuban nak bagi cepat. Aku pasrah jela. Lepas dia buat semua tu die seluk lagi pehtu suruh aku teran sikit. Aku teran dia kate macam tak teran pun haha. Buat lagi tak boleh jugak. Lepas tu takpelah 6cm katenye. Lepas die cek die suruh sorang lagi cek. Adoi..doc praktikal laaa. Nak refuse macam kesian lak patot pesan awal. Aku dah cakap sebenarnya tapi nurse tu dengar aku nak doctor perempuan je, yang doctor praktikal tu die tak dengarrr. Aku memang aim je nurse tu sepanjang dalam tu die memang spoiled la mood aku nak beranak haha.Masa tu about 845am kot.. Just relaks jela..disebabkan tak ramai orang suami boleh masuk awal teman isteri, biasanya dah 8cm above baru boleh masuk. Adik aku dulu dah nampak kepala baby baru boleh masuk. Oh ya, Hospital BesarTeluk Intan ni dia ade satu je vacant untuk 'husband friendly'. First
Come First Serve. No booking. Alhamdulillah ada rezeki aku dapat bilik tu.
 Suami pun teman la beberapa ketika. Dalam 1045am tu diorang mintak suami keluar balik sebab tengah ramai patient. Nanti dah nak bersalin nurse panggil lagi. Memang banyak kali la aku remind nurse panggil suami bila agak-agak dah nak time tu. Lepas suami keluar tu aku ade rase nak entin pulak. Suami dah keluar pulak, nurse tak datang jenguk pulak. Jerit la sikit panggil nurse kat luar tu gitau nak entin. Then nurse pun tadah entin aku guna tray tu. Nurse yang aku aim tu alahai muram je muka.Malu tite hewhew. Tapi rasenye entin tu lebih kepada air ketuban. Lepas je entin tu aku pun makin mengerang la kesakitan. Zikir-zikir doa semua terkumat kamit. Pehtu nurse jerit je dari luar, "Haniza..awak nak meneran ke??".."haah nurse" jawab aku dengan confidentnye kan.
Nurse yang aku aim tu datang cek bawah lepas tu die suh teran-teran..aku ni confuse tau dari tadi duk suruh meneran..aku tak paham tau tak. Nak teran beranak yang betul-betul atau sikit-sikit. Aku teran jela sikit-sikit sebab takut terover teran sebab nurse tu sorang je so aku suspect die cuma nak cek. Lepas tu die cakap aku tak pandai teran. =_='. Semua yang take care aku aspek aku boleh teran sebab second time kan. Lepas tu datang nurse lain nampak agak senior. Die cek2 die kate dah boleh dah ni. Terus la aku remind call suami. Baru la nampak macam betul2 preparation. Ni suruh teran2 tiba2 adoyai..suami masuk nurse semua dah ready. Maybe about 1130am kot start, aku tak tengok jam dah walaupun jam depan mata. Teran punya teran tak boleh kauuu. Aku tak pandai katenye. Aku cuma guna memori bersalin anak yang dulu je tapi tak berjaya. Nurse pun ape lagi gantung kaki aku laaa huargghh. Seksa sangat gantung tu.

Aku sambung next entry la ye..

Friday, August 19, 2016

Kehadiran Si Kecil

Assalamualaikum
Ya ampun...maafin gue ya membiarkan blog gue bersawang2 sekali lagi.. 😁 Hal ini adalah kerana perubahan hidup yang amat ketara oleh kehadiran si kecil hihi. Ibu-ibu pasti memahami kannn

Firstly, Alhamdulillah syukur atas kurniaNya aku telah selamat melahirkan seorang puteri pada 23rd of April 2016 yang lalu, early 4 days from due. Di lahirkan di hospital Teluk Intan jam 1215pm seberat 2.5kg (itu pon mak ko tak reti gak nak teran kann).

Kronologi ringkasnya, setelah mencapai target mengidam, malam tu jugak jam 1:30am pecah ketuban, check in hospital 4:30am with 3cm dilated. Pas solat subuh, check again dilated 4cm. Masuk labour around 8:00am. Bersalin 1215pm then tumpah darah masuk OT ting tong ting tong kul430pm dah di wad. Nanti aku cerita la details di entry akan dtg. Memang phobia habaq hang huhu. Apepon syukur semua selamat.

Puteri kami diberi nama Hasya Fatihah. Aku pilih Hasya, babahnya pilih Fatihah. Maksud nama pembukaan yang sempurna ibarat menyempurnakan kehidupan kami sekeluarga yang baru bermula ni hehe..

Hari ni Hasya dah almost 4months in few days. Membesar dengan sihat Alhamdulillah.
3 months 14 days

Days 6

Ok lah itu sahaja cerita ringkas tentang kehadiran raksasa comel ni hihi

Sunday, April 17, 2016

Perkembangan kesayanganku :part 2

27 minggu
Badan rasa berangin. Ade sekali tu rase berangin sangat then mintak asben picit2 sket tak lama pstu cat walk la ke bilik air sbb terase nk muntah. Tak sempat, sempat sampai pintu je huhu.
Perut pulak kadang ok kadang tak selesa. Kadang rasa baby kat bawah kadang rase ok membulat main geli2 sedap huhu.
Rasa macam tekak kembali loya. Esp kalau minum susu ke camtu. Pstu sekarang cepat penat. Mengah sangat sedangkan perut tak besor mane pon huhu.

28minggu
Check-up utk 28w di KKIA hb 9.6, naik 0.3 je dlm mase 2mgu. So kene dtg lg 2mgu. Pstu doc scan kate uri tak ke bawah sgt dan tak naik sgt. Doc tak ukur pon berapa jarak end uri ke pintu serviks tu. Doc muda nampak baru so pasrah je. Next scan lg mase 32w nnti. Pastu aku boleh request cucuk ATT tu sbb aku rase diorg leka yg aku sptotnya perlu cucuk tu huhu. So mendapat la cucuk yg aku risau sangat tu tapi akhirnya berjaya dilalui. Bagi aku sakit sikit je dari cucuk ambil darah tu cuma kesannya mcm lebam la 3 hari camtu.
Hujung minggu keluar ngan asben ke taiping, hajat nak gi kedai kain dan cari brg baby sket lg. Tp cuma sempat cari sikit je barang, tak sempat ke kedai kain sebab aku tak selesa dgn kedudukan baby dlm perut ni. So decide balik je.

29 minggu
Hujung minggu tu adik datang dgn anaknye and anak buah. Seronokkk. Rindu kat depa. Maklumlah aku takleh nak travel sangat kan duk melayan phobia aku ni huhu. Then adik ajk ke kuala gula kt bagan serai nunn. Aku on je ecehhh. Sedangkan otw tu duk pegang perut ngeri jalan bgoncang2 kihkih. Apepon happy dapat mamam sedapp hihi

30 minggu
Check-up twice a month since first check up kt selama ni gara-gara hb low. Tiap kali check cume naik 0.3 jer. 9.3, 9.6, 9.8. Well, aku pon tengah bereksperimen dengan shaklee ni. So kire ok la tu kot. Then tengah check up tu nurse tye, 'eh, diorg takde suruh puasa ke hari ni? Sepatutnya kena minum air gula ni' ohhh tidakkkk!!! And yes, set appmnt 3hari lepas tu untuk mgtt Y-Y. Then hari minum air gula tu sampai nak pitam. Then mintak nurse tempat utk baring. Aku pon baring la kt bilik rehat tu. ok sket smp la timenye alhmdulillah result ok.

31 minggu
Feeling ok jer. Cuaca agak panas and aku kerap mencari aiskrim and minum ais sume aku nak walaupun tgah malam huhu. Nak tido berpeluh2. Kalau x aku la manusia yg tahan panas and tak suke sejuk hihi. Tp panas kali ni tak tahannn. Sebelum ni duk jaga kurang ais semua tp kali ni tidak lagi hihi.

32 minggu
Ade dalam 2,3 hari tu perut aku macam memulas sket. Aktif semacam. Sampai aku takut bak bangun wat itu ini sebab perut tak selesa sangat. Then aku saje gi check kat swasta, doc suggest gi hospital. Tapi aku balik umah rehat, aku tak pegi pon huhu. Sebabnya aku agak phobia dengan dexa huhu. Aku nak cuba rehat dulu kat rumah. Then ok je Alhamdulillah.

33 minggu
Sekali lagi kena serang perut memulas. Kali ni sampai tak boleh tidur malam. Brape kali kejut suami ambilkan air suam untuk redakan perut tu. malam tu macam dah setting je nak serah diri paginye. Tapi menjelang pagi perut ok pulak. Then aku pantau lg sehari pon ok jgk. Mungkinkah kontraksi palsu?? Aku pon tak pasti huhu

34 minggu
Minggu ni rasa sihat luar biasa. Hujung minggu ajak gi mall rasa macam heaven gila sbb rase sihat sangat and dapat round lebih sket naik mall tu hihi.

35 minggu
Perut kembali tak selesa. Aku pun tak pasti ini biasa atau luar biasa. Perut kerap mengeras. Sebagai orang yg agak phobia mestila aku cuak kan. Aku doa byk2 spy baby cukup bulan. Pujuk2 baby lg seminggu je syg cukup bulan pls plsss. Check hb pon dah paras normal, bacaan 11.

36 minggu
Alhamdulillah cukup bulan sudah. Tiba2 suami kata kene kerja luar dari Selama uiaitu Bagan Datoh!! My kampung okayy. Suami kata 2minggu. Die ingat good news utk aku sbb leh balik kg terus smp bsalin. Yang aku ni fikir kalau tak bersalin2 macamana??? Aiyaa..tp at last balik gak kg, tak bersalin tu nanti la fikir lain. So dah balik kg kan, kali ke berapa ntah aku tukar tempat utk follow up check up huhu. Bukak buku baru lagi kt kg hihi..and lg aku pun kene la brief balik kes aku dari kes lama ke baru smp ke hari ini hihi. Bertabahlah ye. Bacaan hb makin naik, bacaan 12 hihi. Estimate berat baby dh 2.7kg. Terkejut jgk aku sbb ingat baby aku ji kecik la sket dari schedule. Aku dah terbayang baby besau huhu. Takpela, yg penting semua sihat dan selamat :)

37 minggu
Kebimbangan melanda tak bersalin lg wehh huhu. Still counting..aku dah merancakkan lagi senaman2 aku..streching, squatting and walking around hukhuk.

38 minggu
Hari ini (17hb April 2016)
Ye...belum bersalin lagiiii. Dah resah sibuk ajak suami gi jenjalan hukhuk.

Harap2 lepas ni update bersalin pulak aminnnn. Doakan aku :)

Wednesday, January 6, 2016

Perkembangan kesayanganku :)

Assalamualaikum.

Kat bawah ni perkembangan kesayanganku minggu-minggu yg lalu yang aku taip tapi tak hudpate so aku share jelah ye hihi. Hari ni 6/1/2016 = 24 minggu


16 Minggu

Apa lagi yang mahu diceritain, kalau sudah hal pregnant shj hari2 dipikirin hehe

Maaflah andai post berkenaan hamil mengganggu emosi kpd mereka yg tak selesa. Mohon tak perlu teruskan pembacaan jika post ini tak sedap dibaca ya hehe

Well, ohh finally aku menjadi seorang isteri yang tidak bekerja. Tapi tapi, belumlah lagi nak memulakan tugas sebagai surirumah memandangkan aku kene duk kg dan berjauhan suami tatkala suami sibuk outstation dan bakal ke Mekah utk umrah tak lama lg. Tapi kalau duduk sekali pon, bukan boleh wat kerja lg, kena bedrest kann ..

Sehingga kandungan mencecah 4bulan ni, aku rase ade la 8 kali kot dah scan gara2 masalah bleeding tu. Bleeding dah stop pon masih risau jugak nak buat ape2 even berdiri lama sekali pun. Yelah, belum dapat rasa baby kan, kita taktau baby ok ke x

Pregnant kali ni is very2 detail sangat rasanya concern tu pada tubuh bdn ni. Sampaikan bila ada rasa baby masa betul2 16weeks tu and 3hari lepas tu tak rasa pun cuak dia bukan main. Suami asyik kata baby awak tu kecik lagi sayangggg 😁. Tapi sebab terlalu concern kn sampai aku buat teori yang baby kurang gerak kalau aku minum kopi heee.

Minggu depan check up dengan klinik swasta di Ipoh. Harap semua ok laa. Aku ni belum buat lagi buku pink kat gomen tu, ntah lah, tengah tak tentu arah ni lokasi tak tau nak bukak kat mana huhu. Layankan dulu klinik swasta ni.

Oklah..itu shj cerita dr seorang penganggur. Moga Allah SWT bantu kami dalam apa jua yang kami lalui :)

20 Minggu

Esok genaplah 5 bulan usia kandunganku. Check up 2 minggu lalu, uri aku masih di bawah dan sebahagian ekor uri tu memang menutupi laluan faraj. Tengok gambar scan tu dgn kepala baby atas uri memang mengerikan. Risikonya kalau baby lebih berat atau aktif sehingga menolak uri ke laluan tu la jdnya pendarahan.

Allah, slps beberap hari aku rehat dan selesa, kelmarin dan semalam aku keluar dgn suami cari barang sket. Semalam pun keluar sekejap je, dan malam tadi aku rasa contraction. Rasa die macam baby mengeras campur nyut nyut kat bawah tu sampai bleeding sikit Y-Y

Tak selesa sangat. Sampai tidur pun terjaga2 sbb tak selesa campur risau. Allah, dah la esok suami bak pergi umrah, takmau la die risau nak tinggai aku :(

Pagi ni pun ade bleeding sikit. Aku tak bergegas ke hospital sebab aku nak cuba rehat dulu sepanjang hari atas katil. Takut panic2 lagi merangsang pulak contraction ni. Dah la hospital pun jauh, 45minit jugak nak sampai.

Sekarang pagi ni, masih diselangi rasa baby mengeras. Rasa baby tu selalunya membahagiakan, tapi utk hari ni, amat merisaukan :(

Moga-moga baby dan mummy sihat dan selamat sehingga sampai waktu yang baik utk dilahirkan. Harap dipermudahkan, aminnn.

Ada ke tips apa2 yang boleh dikongsi? :(

22 Minggu

Assalamualaikum.
Hari ni usia kandungan 22 minggu 5 hari. Alhamdulillah baby sihat. Cuma mummy je ade masalah sembelit sobs sobs.

Last week dah cek doctor utk check up. alhamdulillah uri dah naik sikit 2cm. Tak tutup pintu faraj dah, syukur. Moga uri terus menjauhi.

Check up kali ni buat kat Teluk Intan je, di Hospital Anson Bay. Sebab aku uri rendah kan so taknak la travel ke Ipoh lagi. Sehari sebelum tu suami turun ke Ipoh utk ambil result last checkup MGTT.

Check di Anson Bay bersama Dr.Aida. Die bagus sangat brief details scan tu. kagum aku. Alhamdulillah semua normal and baby sihat. Jantina pun dah tahu :)

So kelmarin, episode sembelit datang kembali setelah 6 hari tak melawas :(. Kali ni teruk sangat rasa. Risau sangat kat baby :( sejm dalam tandas. Terase macam menarik urat gak la hmmm

Lepas tu bawah perut kanan and kiri macam ngeri pedih je urat kat situ. Ngeri je. Sampai la semalam, tengahari ade spotting sikit. Pastu clear, and harini ade brownish pulak. Hmmm sape tak risau kan.

Aku baru je seminggu stop ubat duphaston tu sebab nak try dgn makan kurma je. Minggu lepas nampak okay je tp bila dah spotting semalam aku tgah fikir lagi ni nak makan ke tak ubat tu hmm. Maybe makan pas lunch nanti.

So stakat ni dah 4 kali episode bleeding. 1st masa 11minggu kot. 2nd 17mgu, 3rd 19mgu dan semalam tu 22mgu. Yang 1st tu bleeding 2hari brownish pekat ade sebulan gak kot. Yang 2nd and 3rd tu bleeding 2 hari. Yang 3rd tu sebab contraction 1 malam. And semalam tu cuma spotting je. Dan setakat ni aku masih belum serah diri ke hospital walaupun doc dah suggest masa aku 19minggu tu. aku cuma ambil langkah berehat je atas katil.

Allah..kerisauan demi kerisauan melanda. Dugaan Allah sungguh hebat. Moga kandungan ini selamat sehingga waktu yang cukup matang untuk dilahirkan InsyaAllah.


24 Minggu

Alhamdulillah, syukur Ya Allah hari ni genap 24minggu. Masuk 6 bulan kan. Alhamdulillah, so far so good walaupun aku seriau hari2 bila baby aktif. Tak aktif pun nak seriau jugak huhu. Aku masih total bed rest di kampung tak buat kerja ape pun. Belum ikut suami balik Selama sebab nak tunggu adik bersalin. Harini dah due dah tapi steady jelah adik aku tu takde macam nak beranak pun. Bertabahlah aku pun menanti sambil resah tak sabo nak ikut suami balik hakhak. Plus aku pun nak kena bukak buku merah kat sane untuk next follow up check up sampailah bersalin insyaAllah.

Thursday, November 19, 2015

Banyak cerita. Alhamdulillah.

Assalamualaikum.
Lama sangat tak hupdate. Sangat-sangat lama dan macam-macam cerita habaq hangg..

Nak habaq awai macam segan silu ja, yela sbb pernah kehilangan dulu..

Ok lah, special utk siapa yg baca blog ja ni takdop cheq nak habaq kat tempat lain hehe

Alhamdulillah, syukur Ya Allah aku dikurniakan sekali lagi nikmat mengandung. Syukur Ya Allah.

Now kandungan Alhamdulillah, dah 4 bulan lebih tapi dah macam-macam cerita.

Kali ni 6minggu terus mabuk kaw-kaw punya. Sampai la aku rase 2minggu lepas kot baru ok sket. Sekarang cuma pening sket2 je. Alhamdulillah.. Jadinya masa pening tu memang nak online pon tak boleh, pening sangat ya amat hihi.

Pastu, masa usia 11minggu kot, aku bleeding. Dah tau pregnent aku pi angkat gate rumah tu kan. Sebab nak betulkan dari landasan dia. Maklumlah duduk sorang., buat jela kan.Pastu malam tu terus bleeding.

Dipendekkan cerita, MC kerja MC kerja. Bleeding kadang2, tapi keluar macam coklat2 tu non-stop. Dah 3minggu berlarutan barula tau punca uri kat bawah. Pastu masak sikit dah bleeding. Memang doktor advice bedrest je.At last aku resign and now sekarang kat kampung mihmih. Suami kata, mungkin Allah nak latih kita hidup berkeluarga. InsyaAllah, moga dipermudahkan.

Plan nak gi Umrah pun takde rezeki nak pergi bulan depan, suami je pergi ngan family sobs. Takpelah, bak kata doktor 'tak payah la pergi, umrah tu sunat, ni nyawa ni penting, tapi kalau Haji doktor diam jelah' huhu.

Takpelah, aku percaya pada aturan Allah SWT. Ini yang terbaik insyaAllah.

Jadi 4 bulan tu adalah masih awal kan. Sebagai seorang yang ada sejarah kegagalan mengandung dulu pastinya sangat merisaukan dan kadang2 agak phobia. Hari2 duk pikir bukan2.takottt huhu.

Moga-moga kandungan kali ini dipermudahkan sehingga waktunya insyaAllah aminn.

Mohon kawan2 doakan ya agar semuanya lancar dengan izinNya.

Wednesday, September 23, 2015

Menghilang

Salam
Gue terpaksa menghilang seketika,
gue alergi internet, gue pening huhu.
kbaiii
:p

Tuesday, September 1, 2015

Harga Minyak Petrol dan Diesel Terkini September 2015

Eh eh..macam dah kemestian 1hb tiap bulan nak hupdate tentang harga minyak. Almaklumlahhhh.. bab ekonomi ni memang rancak naik turunnya.

Semalam masa aku dan suami dalam perjalanan dari Muar ke Ipoh, ada singgah di Petronas untuk solat dan sambil tu nak isi minyak. Selesai solat, suami kata, 'esoklah isi minyak, minyak turun esok. Turun sploh sen' Alhamdulillahh. Allah dengar doa kita.

Pahtu aku habaq kat suami, 'naik ke turun ke dia tetap kena jugak hihi' tettt


 photo Untitled_zpshjeqo7i7.jpg
Source: Mysumber.com
p/s: maap maap silent too long teheee~ :D

Thursday, August 20, 2015

Aku dan Kemalangan Kereta

Firstly, bukan nak mintak doa kemalangan okay. Nak share some experience aku berkaitan kemalangan ni. Memang mintak simpangggg sangat nauzubillah dari kemalangan2 kecil mahupun besar.

First kemalangan aku bersama kereta adalah ketika aku bersama kakak aku dan mak aku. Kakak aku drive, aku sebelah dan mak aku belakang. Perjalanan ke Teluk Intan. Aku tak pakai proper tali pinggang =_=. Aku paut je sebelah tangan tapi tak klip pada tempatnya. Masa tu kakak aku pregnen 2 bulan. Lampu hijau, tiba-tiba kereta langgar belakang dan kami pun teranjak langgar kereta depan. Owh, kereta depan lagi best, dipandu oleh perempuan yang sarat mengandung!

Kakak aku panik, aku ni dulu2 suka sangat perangai macam hero konon. Aku keluar je dari kereta, pergi kereta belakang, aku terus marah2 driver belakang (lelaki) yang agak gigil aku tgk. Aku marah sbb aku fikir akak aku tengah pregnen :( Tapi tengok mamat tu diam je, aku pulak kesian =_= Siap ajar die keluar kereta. Ok. Lepas tu akak aku call arwah papa, then 5 minit kemudian kawan die sampai dulu. Towing car memang tunggu dah, tapi kami tetap tunggu kawan papa seperti yang diarahkan papa masa tu. Aku tak tahulah siapa laki ni, tapi dia tolong kami buat report, bengkel, insurance semua tu, akak aku cuma perlu bayar RM400. Boleh claim insurance kereta belakang walaupun kami pun terlanggar kereta depan. Ada cerita disebalik tu macamana nak kautim yang orang tu buat. Takpelah, stop situ, aku cuma take note! dan sakit gak bahu sebelah sebab tertarik seat belt tu.

Tapi kejadian tu belum cukup menjelaskan kaedah, aku masih blur-blur. Sehinggalah aku pakai kereta sendiri. Masa ni memang aku kena prihatin.

Tak sampai sebulan weh aku pakai, ade orang gesel kereta aku!! Nasih baik kebetulan aku tengah berjalan ke kereta,kalau tak mau tinggai je orang tu. Masa tu aku terus call adik aku je tanya nak buat apa. Aku ni muka cool otak cool tapi tangan gigil T__T Adik aku kata paw je sebab tak seriusss. Aku pun buat jela, paw RM50, asalnya dia berdalih gak, tapi aku diam je, aku memang cakap baik2 je, tak kate ok pon. sebab terkopek gak la sikitt. At last dia bagi RM20 je kot dah lupe. Aku tengok dia pun macam kerja technician je takde duit, aku pun pasrah jelah. At least aku buat sesuatu dari takde kan. Jangan ingat kita perempuan, senang2 je nak taici.

Kejadian kedua, aku undur langgar roller shutter. Ko rase? Syukur takde pape wehhh. Memang aku mengelamun terok sangat masa tu sampai bunyi 'tiittt tittt titttt titttttttttt' myvi aku tu tapi aku tak dengar??!! Gggrrr..nak salahkan siapa, sendiri wat hal kan.

Semua kejadian ni aku panik gaklah, sebab aku tak tahu apa nak buat kalau hal-hal ni berlaku. Paling nampak tangan gigil. T_T Jadi aku rasa, aku perlu tahu macamana jika terlibat kemalangan supaya aku tak gigil!

Selepas tu, bila aku mula kenal suami aku, zaman bercinta la kannn...aku terlintas nak tanya dia,

Aku : "awak, kalau kita dilanggar, atau terlanggar orang, apa patut kita buat?"

Kat sini dapat sikit info.

Suami :"Firstly, berhenti tepi, cek keadaan kereta. Lepastu tanya, nak settle tepi atau report untuk claim insurance."

Noted. Daripada info suami ni, nak settle tepi pon perlu berpengetahuan jugak kan. Harga.

Aku pun buatlah survey harga bumper, harga mengecat, harga ketuk mengikut beberapa jenis kereta. Tak lupa juga target contact untuk dihubungi. Noted

Okay, dah teror la kan. Nahh..setahun kemudian, bump! nak sangat kan, eh mane ade nak sangat! hishhh.

Kejadian ketiga, aku terlanggar orang depan di traffic light akibat terpejam...ahh terlelap! Jalan macam cerun sikit. hmm. Ya..memang la aku salah. Aku penat sangat kot. sikitttt lagi nak sampai office. Aku pasrah jelah, keluar kereta, owner kereta depan perempuan india (nama Noli kot dah lupa) about 30 plus umurnye kot, marah2. huhu. 

Aku : "Sorry ye, I tak sengaja"
Noli : "Apa sorry-sorry??? U tak nampak ke? U main handphone ke? U tengok kereta I!!!!!"
Aku : "OK, sorry, I tunduk tadi (menipu hihi)"
Noli : "U tengok kereta I!, Eh anak I dalam kereta tau!..nasib baik takde pape, U nak buat macamana ni?? Nak report ke macamana?? Jap, I nak ambil gambar" dia ambil gambar kereta aku.

Wahhh..dia pun dah tau dah tektik aku nih. Baru nak tunjuk teror hihihihi

Aku : "OK miss, kita berhenti tepi dulu okay? kita bincang. Nanti jem jalan ni" aku memang cool habis lah. tabik springg siri sendiri hihihi
Noli : "Ok, U ikut I kita pergi kedai sana, suami I ada sana"
Aku : "ok2"

Aku pun ikutlah, otw tu sempat aku call adik aku tanye berapa harga bumper perdana sekian2 semua sebab adik aku pun pakai perdana...sampai je aku nampak suami dia datang. Pastu aku datang. 

Noli : "Eh...kereta u boleh takde pape kan? Kereta I sampai macam ni, kereta U ok je kan?" dia agak cool sikit sambil sengih2. "macam ni I pun nak pakai myvi la" aku senyum je.
 Lepas tu aku borak dengan suami dia, John jela aku lupa nama. Proses tawar menawar.

John : "Kita buat reportlah, claim insurance."
Aku : "I takmau lah, I bayar cash" Aku agak confident lepas call adik aku tadi.
John : "Banyak cost ni, claim insurance sajalah"
Aku : "Takpelah, I bayar cash. Berapa?"
John : "Ini 6, 7 ratus juga"
Aku : " 3 ratus sudahlah.." aku saje bagi harga paling low.

Tengah aku sibuk tawar menawar tu, wife dia noli tu cakap, "eh I nak ambil pen kertas sekejap nak ambil detail U". Dia ajak suaminya sekali sebab diorang berkongsi payung, tengah hujan masa tu.
Suami dia balas:

John : "Heyy..rilex..she is not run away" hehe..aku senyum je. kalot sangatnye pon.
John : "U ada workshop?"
Aku : "Ada. sekejap I call."

Tak dapat pulak nak call abang aku tu kannnn. Lepas tu aku cakap kat dia, nak bawak dia pergi workshop kawan abang aku kat shah alam tapi bukan hari ni la sebab kerja. Dia setuju. Ambik contact semua. Balik. Sementara sembang tu sempatla dia cerita diorg ni tauke kedai makan mamak kat bawah opis aku tuuu. ok noted! aku tak makan dah kat kedai tu lepas kejadian tu, 1st sebab malas terserempak, 2nd aku sangka owner muslim tapi tak rupenye, tapi makanan masih melayu masaklah.

Aku dah try arrange John untuk ke bengkel kawan abang aku tu dengan bantuan abang aku la. Tapi John kata, nanti dia free dia call. Sampai ke sudah dia tak call. Aku anggap dia malas la tu nak repair benda kecik sedangkan dia sendiri mampu hihi. Perlu ke aku cari dia balik ek mintak halal kat india? nama pun tak ingat, memang tak save number, tapi pernah la mesej dia.ok, selesai.

Kejadian ke-empat, aku pregnen masa tu, kat trafik light, orang macam terlanggar sikitlah kereta aku. Mungkin dia sembang-sembang tak perasan kereta dia dah kedepan. Aku pun keluar kereta, cek belakang, takde ape, pastu aku tunjuk 'best' kat dia takda 'ok!' pastu aku blah. Dia sikit pun tak keluar kereta cakap sorry ke. :/ takpelah.

Itu je kot. Alhamdulillah, takde yang serius. Moga Allah SWT terus melindungi hambaNya yang kerdil ini. sobss

Owh ya, kenapa aku lebih memilih membayar cash daripada claim insurance? Mungkin ramai tahu, nanti insurance kena bayar mahal lakkk! Dah la dah memang mahal huhu. Noted

Tapi sekarang banyak kes sengaja langgar kan? Kena take note jugak tu kat mana kejadian kena langgar tu. Kalau highway atau tempat sunyi, berhati-hatilah ye.

Apa pun, berwaspadalah dan bersedialah dalam apa jua keadaan melainkan mati, nauzubillahiminzalik.

Moga kita semua terlindung daripada segala malapetaka. Aminn Ya Rabb.


 photo 289017_2262298526896_4257875_o_zpsupf5kx7m.jpg
gambar memula beli dolu dolu huhu
dah genap 4 tahun, baru renew roadtax semalam T_T







Monday, August 17, 2015

Kerenah Lelaki Beli Lauk

Firstly, Raya dah habis. Peringatan kepada mereka yang tidak mahu mengakuinya hihi

Well, aku tak puas weh makan lauk raya. Banyak jemputan open house tak dapat dipenuhi. So hari minggu semalam, walaupun kerja sabtu, aku tetap nak balik rumah suami. Balik lepas kerja. Suami pulak ada jemputan open house. Jadi aku pun telah memasang misi untuk makan lauk raya!

 photo IMG_0170_zpsxuyjcibk.jpg
Beraya berdua bersama suami dan rendang ayam masak sendiri yeay! haha

Hok aloh..rendang cair pon nak habaq. hihi. Kurang pekat/kering sebab somi cek dah lapaq sangat haha. Pehtu pengaruh cerita Eksperimen Cinta jugak mengganggu konsentrasi hihi.

Yep, ini menu dinner Sabtu malam semalam. Barang masak ni semua suami yang belikan sebabnya kedai ayam & barang dapur tu hanya bukak pagi je. Kawasan kampung kan. Bukan ade tesco hikhik. Jadi suami kene pergi beli sebab isteri kerja hihi.

List out barang siap pesanan "4). lengkuas (beli muda sikit jangan besar sangat kecik jerkkk". sebab pernah dia beli lengkuas besaq and tua. Pisau potong ayam aku guna nak hiris tau lengkuas tu haaa. 5) Kunyit Hidup (3 ketul ja comel) sebab pernah beli banyak gila sampai kecut kunyit tak terguna =_=.  Kalau ayam pulak, "ayam takmau isi tauuu". Ya, aku tak suka simpan organ dalaman tu. salu aku buang je atau bagi kucing. tapi takut main baling kang bukan kucing yang makan, abeh segerombolan biawak membina generasi pulak di sisi rumah kuarters kami yang betul2 bersebelahan hutan kecil.  =_=' Jadi lebih baik order takmau isi siap2.

Kali ni memang lulus la dia beli lauk. Bila minta beli ikan pulak, siap suruh kedai siang and potong lagi. Isteri tersenyum gembira hikhik.

Suami ni bukan dari awal tau tahu beli lauk, kena ajar jugak kadang. Dulu memang tak reti beli sendiri. Kalau boleh memang taknak la gi beli lauk tu. Dia sanggup teman je hihi. Tapi kisahnya bermula sejak isteri terberanak awal kan, haaa hamek kau cari lauk hari-hari hihi. Masa tu la ajar dia ikan apa ikan apa kena beli. Semua dia tanya kedai.

Tapi tak khatam lagi la nak kata lulus tu, semalam dia beli bendi tak berapa nak hijau. hmmm.

Mari teruskan misi!

k lah bye.





Wednesday, August 12, 2015

Apartment Ready to Rent!

Hasil hujung minggu lepas. Siap pun walaupun tak seperti yang diimpikan sangat.

Nanti nak upload kat mudah.my huhu. Lokasi, Puncak Alam.

Hari ni sibuk sikit. ngee~

 photo IMG_0132_zpsauu3hnyi.jpg
apsal cantik sangat kaler ni. Rumah sewa je pon hoiii


okbai.


Tuesday, August 11, 2015

Nasi Arab Lagiiiii

Hai. Ops, tersibuk lak tak update belog mihmih~

Ini alkisah weekend semalam, me and husband berhujung minggu di Shah Alam untuk beberapa urusan.

Naik kerja, ade tender! so I is kene bahagikan masa la kan hikhik.

Ini cerita weekend semalam, Sabtu 8th August is my bro's birthday. Sama pulak tu dengan anak akak aku kat kampung. Kebetulan aku tumpang tidur rumah abang aku. So balik dari open house petang tu, terus shoot ke lokasi yang telah disepakatkan bersama kak iparku tanpa pengetahuan awal kepada abangku..acah sweet gitu hihi

So, kami sampai dulu walaupun lebih jauh. huks


 photo 964808_497187070347374_883098625_o_zpsw5qhbpww.jpg
Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya Shah Alam
Dah lama aku peratiiii je sign board kedai ni kat tepi jalan tu tau. Memang ade beberapa kali macam nak makan kat sini tapi tak kesampaian. Lepas tu aku macam confuse kat mana lokasi kedai ni sebab banyak kali dah lalu TTDI Jaya ni zaman gila wayang kat Space U8 kat situ, zaman bujang dahulu kala huhu, tapi aku tak perasan kat mana kedai ni. So, meng'google' la kan apa lagi hiks

Dah sampai walk-in and tengok menu.


 photo IMG_0103_zpsmnatocis.jpg
 photo IMG_0104_zpslr4ehhsg.jpg 



Ni antara menu dia, banyak lagi sebenarnya tapi aku tak sabar nak makan walaupun kenyang haha, Tengok harga dia macam agak murah berbanding aku makan di Ipoh bulan puasa lepas. Presentation dia pun more real and puas hati huhu.

Kami ambik Combo A (Chicken + Lamb) sebab aku tak makan kambing sangat =_= Rugi ek hmmm. Tapi bila dah sampai nyesai sebab kambing dia tak berbau dimana itulah faktor yang aku tak suka. nampak sedap sangat weh lagi-lagi Roasted Lamb tu. Fuhh

Jenis Nasi pulak kami tak tahu la mana terbaik jadi kami ambik campur2, MANDY, KABSHAH & MAQLUBAH rice. Kak ipar aku kata dia google Nasi Maqlubah tu sedap. Ya, tidak dinafikan. Memang sedap sebab berempah. So next time nak makan Nasi MAQLUBAH je tauu


 photo IMG_0106_zpsj31rfay8.jpg
Combo A

Wahhhh, aku dah la tengah puasa ganti hari ni =_=.Teringat weh rasa dia. Nanti nak buka nasi mamaklah hmmm. Pengaruh sangat.

Sedap, Sedap, Sedapppppp! (pengaruh lagi)



 photo IMG_0109_zpswa3kks9n.jpg
Wajiblah gambar kan hiks


 photo IMG_0111_zpscbwjpewx.jpg
Family Abang aku, anak dia tu ikut aku seharian, ni kira sesi pemulangan jugak =_=


 photo IMG_0112_zpsps7zxh7u.jpg
ni titewwww
Very very recommended.

Kenyang perut senang hati. Lagi-lagi makan free. Balik tidur pakej dengkur.





Thursday, August 6, 2015

Beli Tiket KTM Secara Online

Setiap minggu perkara pertama yang aku fikir adalah "minggu ni jumpa suami tak? kat mana? bagaimana?" Haaa..yes. itulah perkara pertama yang aku fikirkan. Jika ada jemputan perkahwinan, majlis saudara mara atau perjumpaan kawan-kawan yang mana tak dapat 'diadjustkan' seiring dengan perjumpaan aku dan suami, maaf sekalian, aku terpaksa ketepikan dan mengutamakan suamiku. Melainkan minggu tu tak dapat jumpa suami, dan suami izinkan pergi seorang, then baru dapat pergi huhu. Kadang-kadang aku adjust-adjustkan jugak sampai suami boleh join aktiviti aku hihihi. Inilah kehidupan suami-isteri jarak jauh.. I is o.k with that :DD

O.k jadi minggu ni macamana? Sekarang suami di KL atas urusan kerja sehingga Jumaat ini. Jadi, aku bercadang untuk turun ke KL bagi tujuan memenuhi jemputan open house, beraya rumah saudara dan the most is aku nak uruskan hal rumah sewa aku tu di Puncak Alam. huish. padat eh. tak tau la mampu ke tidokkk huhu.


 photo ktm_zps1cw4wsyv.jpg 
Google
On leave for Friday dah ambik, now naik ape? memandangkan suami bawak kereta ke sana, takkan aku nak bawak kereta jugak, kang balik kena konvoi, tak bestnyeeee. nak maximumkan waktu bersama hihi. *mengade! So, decision had been made. Naik Keretapi! Pastu camna nak beli tiket? Kena pergi station, aish lecehnya nak tempuh 10 trafik light tuhh. So, aku try la google-google, Oh ada beli secara online. Suami aku selalu membebel kata aku ni takut mencuba hihi. OK now aku cuba keyh.

Tempah Tiket Online!

1) Mula-mula pergi ke laman web KTM iaitu www.ktmb.com.my atau klik sini. Then, pilih "Train Services - E-ticket".


 photo 8_zpsurqpuzh4.jpg

 2) Lepas tu akan keluar satu page yang mana memaparkan page untuk log-in atau register. Kalau pertama kali tu register la dulu ye. Sikit je info dia nak.


 photo 9_zps5saoupsa.jpg

3) Dah selesai register dan sign-in, klik pada "ticket reservation". Pada paparan ni boleh isikan Origin dan destinasi serta tarikh. Lepas tu isi train dan coach.
 photo 1_zpssqqxyfwg.jpg

4) Pada ruangan Train tu korang boleh isikan train mana yang korang nak mengikut jenis dan masanya. Ade ringkasan EG itu adalah untuk Gold train dan ES untuk Silver train dan juga beberapa jenis ktm yang lain. Boleh rujuk timetable di website ktm. Pada ruangan coach pula dia akan beritahu jenis train yang kita naiki, availability seats dan memaklumkan jenis harga window dan aisle.

 photo 2_zpsue60ydit.jpg
Contoh aku: Ipoh ke KL Sentral. Tarikh 6th Aug 2015 jam 8 malam. hihi malam ni ngee~



 photo 3_zps8mizidhy.jpg


5) Lepastu, klik pada 'add' untuk memasukkan data yang kita pilih tadi. Akan keluar paparan seperti di bawah, masukkan detail kite. Klik save new passenger untuk kemudahan akan datang.



 photo 5_zpsomqitpan.jpg


7)Pada ruangan seats tu kita boleh pilih seat mane yang kita nak. Biru adalah warna untuk seat  yang available untuk kita tempah. Pemilihan coach juga boleh dipilih. Ade coach A,B,C,D,E dan F. Biasanya coach C tiada toilet tetapi ada cafeteria. Untuk memilih seats pula, biasanya seat nombor 1 hingga 9 menghadap ke utara dan 10 ke atas mengadap ke selatan. Senang, tengok kerusi mana yg ramai itulah kerusi yg menghadap laluan kita. Jadi pilihlah ikut haluan kita ya. Lepas siap klik save.


 photo 4_zpsyppgjqkq.jpg


8) Selepas save dia akan masukkan data tadi seperti di bawah. Jika pasti klik continue untuk pembayaran.

 photo 6_zpsl7dkfr7l.jpg


9) Pembayaran pulahanya boleh menggunakan visa / credit card, maybank2u dan i-bsn sahaja ye. Yang takde tu mintak maaplah ye. moga ktm boleh upgrade akan datang hihi.

 photo 7_zpsuiuhodnc.jpg


10)Selesai pembayaran bolehlah print out dan pamerkan di kaunter nanti. Kalau takde printer, save pdf dan transfer ke smartfon ok? hihi.

Ini first time guna khidmat macamni, harap semuanya lancar la nanti hihi. Doakan perjalanan keretapiku lancar ke destinasi ye hihi.

Moga bermanfaat. daaaa

Tuesday, August 4, 2015

Nak Derma~

Tajuk hari ni adalah bertemakan derma erk! ops! erk! ops! hihiihi

Google

 Bilakah kali terakhir kita menderma? Kalau lelaki mungkin Jumaat minggu lepas kat tabung masjid hihi. Aku pulak, alhamdulillah bulan puasa baru ni kot kat budak bawak tabung di bazar.

Aku pernah satu masa dulu suka menderma atas rasa serba salah, lepas tu ada musim rasa tertipu, lepas tu ada rasa macam ahh kasik jelah, sekarang rasa macam derma sebab nak kongsi harta Allah, Alhamdulillah.

Yang part tertipu tu, dulu form 5 ada jumpa makcik ni kat bustand Ipoh parade. Dia kata anak dia ada kerja kat MBI kot tak silap. Tapi dia tak tahu macamana nak panggil anak dia. Dia takde telefon. No. telefon pun takde. So dia rasa macam nak balik kampung balik sebab dia datang dari kampung semata nak jumpa anak. Tapi dia takde duit nak balik kampung. Dia cuma cerita je, tapi tak mintak duit pun, mungkin aku budak sekolah kan. Tapi aku hulur jugak RM5 kat makcik tu. Masa tu RM5 besar la weh time skolah haha. Tapi sebab nak tolong makcik tu balik kampung, aku tolong gak. Lepas dapat duit tu, makciktu terus berlalu pergi. Then adik aku tiba-tiba cakap, 'Za, entah2 dia tipu tak? sebab dia nak pergi mana? nape tak tunggu bas?' Pastu aku and adik aku cuba mengekori jejak makcik tu, tapi gagal. Time tu aku rasa tak puas hati sangat. Bertahun jugak aku rasa macam tertipu tu. Lagi-lagi lepas tu memang kecoh la kes tipu macam tu di Station Bus Ipoh. hergghh. Tapi bila dah besar ni, aku boleh la positip. Entah2 Allah SWT Saje turunkan makcik tu untuk uji aku ye dok? huhu. Wallahualam.

Ada lagi kes macam erghhh. Kat seksyen 7 tu famous sangat dengan 3 orang budak mamak says anak yatim mintak sedekah kat situ. Aku memang tolong je masa tu tak fikir banyak. Lepas tu, kawan aku cakap, "wei, aku nampak budak tu main game kat c.c." =_=. Itu satu, aku nampak budak tu selamber je dia ambik ais dalam bekas ais makcik kedai tu?? Bila makcik marah dia boleh buat muka pastu blah. Ya Allah. kuajaqnyaaa. aku nampak sendiri tuu. hergghh.

 Itulah kisahnya kadang-kadang nilai-nilai suka menderma dalam diri aku ni dipermainkan huhu sobss. Tapi semakin dewasa ni kan, makin bijak la nak fikir kan. Derma ikhlas insyaAllah. Derma singgit-singgit jer, takde sampai 2.6 errrrr RM2.60 hahaha

Tapi itulah, derma ni suatu amalan sedekah yang elok. Satu kita bagi, 10 kita dapat dari Allah insyaAllah. Aku ada gak merasa benda tu bulan ramadhan baru ni. Bagi RM10, dapat RM100. Alhamdulillah.

Kalau kita dapat peluang menderma, terutama kita tengah sesak@kering kan, jangan lepaskan peluang. Waktu itu paling teruji keikhlasan tau. Dermalah walaupun sedikit. Dermalah tapi jangan sehingga memudaratkan diri sendiri ye. Banyak kisah sahabat kita boleh jadikan rujukan.

Kalau kita takde masa nak keluar menderma, buat tabung, khaskan untuk sedekah. Masukkan setiap pagi atau lepas subuh ke. Nanti dah ada masa, boleh hantar duit sedekah tu kepada yang sepatutnya.
 Semoga bermanfaat.

p/s: Kalau korang ade penerima derma yang mempunyai akaun BSN. Tolong share details kat komen sini ye hihi.









 





Monday, August 3, 2015

He Turn 30's Series

Special Wish For You, Husband.
(walaupun suami tak baca =_=")

"Selamat Hari UlangTahun, Semoga Panjang Umur, Semoga Dimurahkan rezeki, semoga dikuatkan iman, semoga DiLindungi, DiSayangi, DiBerkati OlehNya InsyaAllah."

 photo 11822824_10207009883995493_6041769273155406519_n_zps9awbrbof.jpg
Maafkan isteri kerana memperlakukan gambar suami sebegini hihihi
Today, he turns 30. Yes, he 2 years older than me :D

Last year suami kata, "Oh No! Next Year I am 30!"
Then masa isteri preggy, "Oklah tu, 30th anak sorang kan?"

hee~ sorry suami. Niat ada anak memang tercapai, tapi jaga anak belum lagi. InsyaAllah ye suami. Allah Knows The Best! :D

Its sound sometimes terrible to be 30, but here I will tell you husband, yes I will ask you to read this! hihi. There was awesome to be 30!

1. Awak Dah Makan Garam
Kalau masak tu, kira dah boleh telan la rasa dia hihi. Kalau nak cukup rasa kena tambah garam means kena face banyak tahun lagik hihi. Awak dah ada banyak pengalaman. Pahit, manis, duka, bahagia. Kira boleh sembang la dengan adik-adik hihi. Yang penting pengalaman ni boleh make your life balance tau. Dah pandai hadap pahit duka, dah pandai nikmati manis bahagia. Then, jadikan panduan sendiri lepastu kongsi. Kan awesome tu :D

2. Awak lebih confident!
Pengalaman tu mengajar kita lebih yakin. Lebih-lebih lagi dalam kerjaya awak. Awak dah rasa kerja sambil belajar, awak dah rasa kerja part time, kerja contract and now kerja tetap, Alhamdulillah. Jadi awak dah tahu macamana 'nak mengembek masuk kandang kambing, macamana nak mengaum masuk kandang rimau' ouchh! jangan masuk lagi sayang, kite tatotttt haha

3. Awak dah ada personaliti
haha, yang ini kena terima kasih sikit dekat isteri. Isteri tolong sikit-sikit mana yang sesuai untuk suami hihi. Pada umur macam ni, awak dah tau dah apa nak pakai ikut situasi. Awak dah selesa dah dengan gaya awak sekarang. Tak perlu la nak usha apa orang pakai, apa fashion orang sebab awak nak gaya awak sekarang je. Masuk mall, selipar oren, thats you! haha

4. Tak perlu menangis tak tentu pasal
Yang ni lelaki cepat Win la, mesti la nak menjaga ke-macho-an kan. Takkan nak nangis tak tentu pasai. But hey, zaman pemberontakan dulu 20 to 30 adalah zaman emosi tak stabil, so mesti terkena gak menangis tak tentu pasal. Tapi sekarang dah besar and we knew we have Allah SWT.

5. Hubungan yang baik sesama rakan
Awak dah tak takut nak lepaskan orang yang tak boleh terima, cakap banyak, buat pening kepala semua dan merosakkan keyakinan awak. Awak lebih tahu apa yang awak rasa. Tapi bagi saya, awak sangat menghargai sesiapa sahaja walaupun mereka tidak memberi manfaat kepada awak. Itu lebih baik sebab Allah SWT akan bantu awak :D

6. Kewangan yang stabil
Alhamdulillah, dengan kerja awak sekarang awak dah selesa nak gunakan untuk apa sahaja dengan duit awak. Nak pakai elok sikit ka, nak beli rumah ka, nak balik kampung, nak kemaih-kemaih kereta, nak belanja isteri ka (haha). Awak dah boleh capai semua tu, isnyaAllah.

7. Awak dah selesa
Awak dah berpelajaran. awak dah bekerja. awak dah kahwin. makan pakai semua cukup. tapi kena beringat-ingat la  naa hihi

Banyak lagi sebenarnya untuk awak tahu yang kehidupan awak sekarang cukup bermakna. Yang penting, semua ke-awesome-an ni datangnya dari Allah SWT. Maka bersyukurlah atas segala nikmat yang Allah berikan ni. Alhamdulillah. Isteri tumpang bahagia.

Moga kehidupan kita semua terus awesome! yay!

Hari ini masih tak dapat raikan hari awesome awak, nanti Friday kita jumpa!

p/s: kenaikan berat badan tu is not awesome ok! huhu