Di sini

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, July 23, 2015

Raya 2015: Standard Question During Raya

Nama pun raya kan, banyak la kite akan jumpa keluarga, sanak-saudara, sahabat handai segala. Biasalah topik sembang kosong ke sembang berisi ke. Yang penting bersembang, walaupun silence is golden, janganlah kedekut sangat suara, takkan keluar punya emas dari anak tekak tu. Cerita dongeng Indon pon tak pernah buat huhu

Well, soalan-soalan yang biasa dan dijangka during raya, korang rasa ape? Ishk, bukan raya je kot kan...

Rotation Question
1) Berapa Umur anak? comel
2) Bila nak masuk sekolah?
3) Result UPSR berapa?
4) Result PMR berapa?
5) Result SPM berapa?
6) Sambung belajar kat mana?
7) Kerja apa? kat mana?
8) Yang ni bila lagi nak makan nasi minyak?
9) Orang mana bakalnya?
10) Dah ada isi ke?
11) Bile due?
12) Bila nak tambah/ada lagi ni?
 ok, then ulang.

Begitulah lumrahnya hihi. jadi puan-puan sekalian, silalah sediakan jawapan untuk setiap persoalan.

Soalan untuk aku yang mana? Pastilah yang ke 12 tu. 'Bila nak ada lagi?' ya, bukan kome je tertanya, aku pon sama hahaha. Aku tau semua menantikan bila doa mereka nak termakbul kan, sebab dulu masa anak meninggal, masing-masing doa 'insyaAllah ada rezeki lg nanti', well doa tu sampai sekarang, aku 'amin-kan' jela. InsyaAllah..

Sometimes, orang akan geram nak jawab soalan ni apabila mereka tidak mempunyai skema jawapan yang cantik, atau memang takde jawapan. contoh, 'bila nak kahwin?' ketika tu, penjawab sudah usia lanjut, tapi calon pun takde, jadi nak jawab ape ye? kalau jawab 'esok' di kata lain pula. hikhik

Takpelah, ambik positif je, anggaplah itu semua ujian dan juga doa untuk memeriahkan suasana. Harap bertabahlah ye. Allah SWT knows the best!

:D

Hassan's Girl
Kakak sulung, adik sebaya, adik bongsu and myself
Itu dua orang anak kakak menyelitttt jerk


Wednesday, July 1, 2015

Belajar Berjimat

Sempena harga minyak naik, Pak Najib sering berpesan supaya berjimat. Tapi cenggana nak jimat Pak Najib kalau asyik menabung kat tempat lain. Pahamilah hati naluri insan bergelar isteri ini Pak. eh..paham ke dia huhu sobss

Bila keadaan gawat begini, eh belum la gawat sangat, aku terkenang tabung-tabung aku tu. Adakah akan terisi lagi atau akan masuk angin ibarat perut yang kosong di bulan barakah ini.

Hai duit, kenapa kau jadi hantu di bulan puasa ini. Kau lah hantu yang terlepas tu kan. Yelah, kau telah menghantui warga manusia dengan sifat rohani kau tu. Bila menyerang semua menyalak ketakutan. Eeeiii geramlah dengan awak ni.

saya suka buat surprise. Chubbb baaaa!!!

Tapi aku taklah gerun sangat dengan hantu spesis ini sebab arwah papa dulu dah cukup ajar macamana nak berjimat. kihkih. Masa sekolah dulu, papa balik seminggu sekali, jadi papa akan bagi duit belanja siap-siap RM3 je seminggu masa sekolah rendah termasuk sekolah agama tau. Maknanya, average sekolah pagi belanja 30sen sekolah petang pun sama. Agak-agak lari bajet, hari Jumaat tu aku sanggup lalu ikut kebun waktu rehat tu sebab taknak lalu kedai. Tiba-tiba je jadi rajin paling awal bersila kat surau. budak-budak lain tengah main lari-lari lagi sambil makan keropok lekor sekeping seploh sen tu siap curah sos. T_T

glurpp! upsss.. tertelan air liur = =

Tapi kalau duit belanja tu tak habis, kami adik beradik buat jamuan. Ada la semusim tu, buat jamuan. Tiap hari Sabtu masing-masing cek duit lebih masing-masing, lepas tu abang tolong beli cikedis atau jajan mengikut bajet lepas tu makan ramai-ramai. Wahhh..ukhwah gitu.


Antara makanan rutin, choki tu curah atas roti, ice pop patah dua jimat, baca doa then makan ramai-ramai. Lepas tu sampai tahap aku rasa macam duit aku je yang modal, jamuan itu dihentikan serta merta! =_=


Nak cari duit lebih sikit kena ikut masuk kebun. Kutip biji sawit, masuk guni. Kene gigit nyamuk, semut api, terserempak ular dan makanannya katak itu biasa. Ishk..camne ek boleh cool je dulu nampak ular. erk. Lepas tu arwah akan bagi upah antara RM1-RM3 untuk upah kami yang girl2 ni. Dapatlah eskem cornetto tu kan. Itulah impian tiap kali lepas dapt upah kerja kebun. Rasa bahagia sangat.





glurrppp. errr

Ada lebih sikit duit tu buat beli guli kat kedai, seploh sen dapat 6 bijik mihmih. Ya, dari situ aku dah pandai niaga. Seawal sekolah rendah haha. Kerana bakat aku dalam bermain guli, aku ada beribu-ribu guli. Sekarang yang tinggai hanya dalam akuarium ikan tu je. Ada sikit kat pasu bunga hiasa, dan..biji congkak sikit. Yang lain hilang hihi. Kaya jugaklah sekejap masa tu.

Pernah pergi rumah sepupu tak bawak guli, asal pinjam 14biji je, dah main, menang, pulang hutang, main lagi untung bawak balik 1000biji :B Lepas tu jual 10biji seploh sen. Murah je I juai hihihi.

nostalgia sungguh!

Kat situ la mula berjinak dengan tabung. Dulu arwah nenek ajar menabung guna tiang katil. Tiang katil yang ada penutup atas dan bawah tu. Masuk je duit dalam tu. Nak ambil macam susah kan sebab berat. Orang dulu-dulu itu jela ideanya. bawak kusyen la, bawah bantal la. Tapi, aku tetap berjaya ambil balik duit tu dah tabung kembali kosong =_=

Dah besar, beberapa tahun dulu aku cuma amalkan simpan duit siling je. Tapi bila tabung penuh, bank in, seronok pulak rasa bila dapat duit banyak tu masa tu. RM120 tu dapatlah jugak beli kasut ke hihi. Lepas tu aku teruskan amalan tu.

Sekarang aku ada macam-macam jenis tabung dengan macam-macam tujuan. Sebab nak harapkan duit on the spot, banyak jugak 'hal on the spot' nak pakai duit tu kan.


 aku ada tabung sebijik macam ni mihmihmih

Ada tabung untuk duit syiling (rewards), Tabung nak beli henpon :P, tabung nak ke umrah/haji InsyaAllah, tabung subuh dan tabung collection tertentu. Ada lagi tu tabung kosong hihi.

Moga-moga tabung ini dapat membantu aku dalam menguruskan 'hantu' ni secara jasmani. Secara 'alami'(Online) tu malas nak ceritalah. Pening kepala. huhu

Oklah, selamat berjimat cermat sempena Hari Raya yang bakal tiba dan juga menghadapi 56hari July-Ogos nanti bagi kakitangan awam hihihi.

Tata :B

Saturday, May 23, 2015

Restaurant Awesome in Ipoh & Kisah Sedih

Assalamualaikum.
Wah tajuk, restoran menyedihkan ker? Tidak, tidak.
Ia dua cerita berbeza tetapi berlaku dalam satu masa hihi

Semalam, family mertua turun Ipoh, melawat saudara-mara, termasuklah kami yang duduk di Ipoh ni hihi. Then, petang semalam kami ambil adik ipar yang bongsu tu, Faizin yang sedang belajar M.A di Tanjung Rambutan, bawak dia keluar makan. Kami ni orang Ipoh pun belum teror lagi kedai menarik di Ipoh ni, tapi kami main redah jela. Alhamdulillah, redahan kami berbaloi..



Restoran Kampung Ipoh

Haaa..ni lah restorannya, meriah tak? tengok depan tu tulis steamboat & grill. Jadi kalau sesiapa nak makan makanan sihat ni bolehlah ke sini. Malangnya aku tak study habis la makanan & harga diorang hihi.

Aku datang petang, so macam-macam makanan dia jual, ada jual roti canai ke, western ke, mee kicap ke, kue teow goreng ke ala-cart..semua ada lah! Service dia pun cepat. Presentation pon tip-top hihi
Suami order cafe latte2 macam tu, aku lupe lah
Bila air ni sampai, 'eh..ada asam? kenapa ada asam?'
Waitress sampuk, 'itu bukan asam, itu gula'
kah kah kah!

aku order 'baby chicken chop' RM10.90
comel je, sesuai dengan cuaca haha

Ni air minuman kami semua
suka sangat, cawan besar okay!
puas minum Kopi O

Makanan tu, adik ipar aku di Fathi tu punya, 
masa dia order, die sebut, 'kak..saya nak order spagetti bolog..ape ntah...' (sengaja)
Then waitress jawab, Bolognese =_='
ketawa geli hati aku tengok adik2 ipar aku ni nyakat haha


ha, ini mee kicap
menu suami aku
entah dia ni, suka sangat dengan mee kicap ni
emm...mee kicap ni macam sama je kan dengan mee wantan??

Okay, menu adik-adik yang lain, Nasi Goreng biasa jer,
Beria kutuk kopi-O aku menu biasa, ceiitt

Okay, dah kenyang puas makan. Dah selesai ibu bayar, kami pun nak balik ke rumah makcik kami.
Adik ipar aku yang dok menyakat tu, cakap kat ibu nak pergi toilet. Takpelah, sy dan husband naik kereta asing dengan diorang. Then husband nak pergi solat, Ibu nak pergi hantar adik bongsu tadi balik hostel, jadi kami pun berpisah dan beredarlah dan jumpa di rumah makcik sahaja

Dah selesai solat,
Dah gerak nak sampai Highway dah,
Fathi call suami,

Fathi: 'Angah, kat mana?'
Suami: 'Baru nak naik highway, kenapa?'
Fathi: 'Masalahnya, Fathi kena tinggal ni' (dengan nada selamba..)

Kah Kah Kah
Suami terus U-turn, aku dan suami tak berhenti ketawa hahahaha..

Bila dah ambil dia, dia cerita, keluar dari kedai tadi,
'Perghh myvi takde...'
'Perghh merc pun takde...'
tengok handphone, 'perghhh bateri pun takde..'

Hahahaha

Kesian gila survive cari charger kat kedai makan! haha

Okay itu sahaja, aku pun dah tersenyum-senyum dah ni teringat.
So, korang fikirlah apa pengajarannya ya? hahahaha

Yang depan sekali ni lah mangsa kejadian hahaha >_<
Sorry Fathi hahaha