Di sini

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

Aku dan Kemalangan Kereta

Firstly, bukan nak mintak doa kemalangan okay. Nak share some experience aku berkaitan kemalangan ni. Memang mintak simpangggg sangat nauzubillah dari kemalangan2 kecil mahupun besar.

First kemalangan aku bersama kereta adalah ketika aku bersama kakak aku dan mak aku. Kakak aku drive, aku sebelah dan mak aku belakang. Perjalanan ke Teluk Intan. Aku tak pakai proper tali pinggang =_=. Aku paut je sebelah tangan tapi tak klip pada tempatnya. Masa tu kakak aku pregnen 2 bulan. Lampu hijau, tiba-tiba kereta langgar belakang dan kami pun teranjak langgar kereta depan. Owh, kereta depan lagi best, dipandu oleh perempuan yang sarat mengandung!

Kakak aku panik, aku ni dulu2 suka sangat perangai macam hero konon. Aku keluar je dari kereta, pergi kereta belakang, aku terus marah2 driver belakang (lelaki) yang agak gigil aku tgk. Aku marah sbb aku fikir akak aku tengah pregnen :( Tapi tengok mamat tu diam je, aku pulak kesian =_= Siap ajar die keluar kereta. Ok. Lepas tu akak aku call arwah papa, then 5 minit kemudian kawan die sampai dulu. Towing car memang tunggu dah, tapi kami tetap tunggu kawan papa seperti yang diarahkan papa masa tu. Aku tak tahulah siapa laki ni, tapi dia tolong kami buat report, bengkel, insurance semua tu, akak aku cuma perlu bayar RM400. Boleh claim insurance kereta belakang walaupun kami pun terlanggar kereta depan. Ada cerita disebalik tu macamana nak kautim yang orang tu buat. Takpelah, stop situ, aku cuma take note! dan sakit gak bahu sebelah sebab tertarik seat belt tu.

Tapi kejadian tu belum cukup menjelaskan kaedah, aku masih blur-blur. Sehinggalah aku pakai kereta sendiri. Masa ni memang aku kena prihatin.

Tak sampai sebulan weh aku pakai, ade orang gesel kereta aku!! Nasih baik kebetulan aku tengah berjalan ke kereta,kalau tak mau tinggai je orang tu. Masa tu aku terus call adik aku je tanya nak buat apa. Aku ni muka cool otak cool tapi tangan gigil T__T Adik aku kata paw je sebab tak seriusss. Aku pun buat jela, paw RM50, asalnya dia berdalih gak, tapi aku diam je, aku memang cakap baik2 je, tak kate ok pon. sebab terkopek gak la sikitt. At last dia bagi RM20 je kot dah lupe. Aku tengok dia pun macam kerja technician je takde duit, aku pun pasrah jelah. At least aku buat sesuatu dari takde kan. Jangan ingat kita perempuan, senang2 je nak taici.

Kejadian kedua, aku undur langgar roller shutter. Ko rase? Syukur takde pape wehhh. Memang aku mengelamun terok sangat masa tu sampai bunyi 'tiittt tittt titttt titttttttttt' myvi aku tu tapi aku tak dengar??!! Gggrrr..nak salahkan siapa, sendiri wat hal kan.

Semua kejadian ni aku panik gaklah, sebab aku tak tahu apa nak buat kalau hal-hal ni berlaku. Paling nampak tangan gigil. T_T Jadi aku rasa, aku perlu tahu macamana jika terlibat kemalangan supaya aku tak gigil!

Selepas tu, bila aku mula kenal suami aku, zaman bercinta la kannn...aku terlintas nak tanya dia,

Aku : "awak, kalau kita dilanggar, atau terlanggar orang, apa patut kita buat?"

Kat sini dapat sikit info.

Suami :"Firstly, berhenti tepi, cek keadaan kereta. Lepastu tanya, nak settle tepi atau report untuk claim insurance."

Noted. Daripada info suami ni, nak settle tepi pon perlu berpengetahuan jugak kan. Harga.

Aku pun buatlah survey harga bumper, harga mengecat, harga ketuk mengikut beberapa jenis kereta. Tak lupa juga target contact untuk dihubungi. Noted

Okay, dah teror la kan. Nahh..setahun kemudian, bump! nak sangat kan, eh mane ade nak sangat! hishhh.

Kejadian ketiga, aku terlanggar orang depan di traffic light akibat terpejam...ahh terlelap! Jalan macam cerun sikit. hmm. Ya..memang la aku salah. Aku penat sangat kot. sikitttt lagi nak sampai office. Aku pasrah jelah, keluar kereta, owner kereta depan perempuan india (nama Noli kot dah lupa) about 30 plus umurnye kot, marah2. huhu. 

Aku : "Sorry ye, I tak sengaja"
Noli : "Apa sorry-sorry??? U tak nampak ke? U main handphone ke? U tengok kereta I!!!!!"
Aku : "OK, sorry, I tunduk tadi (menipu hihi)"
Noli : "U tengok kereta I!, Eh anak I dalam kereta tau!..nasib baik takde pape, U nak buat macamana ni?? Nak report ke macamana?? Jap, I nak ambil gambar" dia ambil gambar kereta aku.

Wahhh..dia pun dah tau dah tektik aku nih. Baru nak tunjuk teror hihihihi

Aku : "OK miss, kita berhenti tepi dulu okay? kita bincang. Nanti jem jalan ni" aku memang cool habis lah. tabik springg siri sendiri hihihi
Noli : "Ok, U ikut I kita pergi kedai sana, suami I ada sana"
Aku : "ok2"

Aku pun ikutlah, otw tu sempat aku call adik aku tanye berapa harga bumper perdana sekian2 semua sebab adik aku pun pakai perdana...sampai je aku nampak suami dia datang. Pastu aku datang. 

Noli : "Eh...kereta u boleh takde pape kan? Kereta I sampai macam ni, kereta U ok je kan?" dia agak cool sikit sambil sengih2. "macam ni I pun nak pakai myvi la" aku senyum je.
 Lepas tu aku borak dengan suami dia, John jela aku lupa nama. Proses tawar menawar.

John : "Kita buat reportlah, claim insurance."
Aku : "I takmau lah, I bayar cash" Aku agak confident lepas call adik aku tadi.
John : "Banyak cost ni, claim insurance sajalah"
Aku : "Takpelah, I bayar cash. Berapa?"
John : "Ini 6, 7 ratus juga"
Aku : " 3 ratus sudahlah.." aku saje bagi harga paling low.

Tengah aku sibuk tawar menawar tu, wife dia noli tu cakap, "eh I nak ambil pen kertas sekejap nak ambil detail U". Dia ajak suaminya sekali sebab diorang berkongsi payung, tengah hujan masa tu.
Suami dia balas:

John : "Heyy..rilex..she is not run away" hehe..aku senyum je. kalot sangatnye pon.
John : "U ada workshop?"
Aku : "Ada. sekejap I call."

Tak dapat pulak nak call abang aku tu kannnn. Lepas tu aku cakap kat dia, nak bawak dia pergi workshop kawan abang aku kat shah alam tapi bukan hari ni la sebab kerja. Dia setuju. Ambik contact semua. Balik. Sementara sembang tu sempatla dia cerita diorg ni tauke kedai makan mamak kat bawah opis aku tuuu. ok noted! aku tak makan dah kat kedai tu lepas kejadian tu, 1st sebab malas terserempak, 2nd aku sangka owner muslim tapi tak rupenye, tapi makanan masih melayu masaklah.

Aku dah try arrange John untuk ke bengkel kawan abang aku tu dengan bantuan abang aku la. Tapi John kata, nanti dia free dia call. Sampai ke sudah dia tak call. Aku anggap dia malas la tu nak repair benda kecik sedangkan dia sendiri mampu hihi. Perlu ke aku cari dia balik ek mintak halal kat india? nama pun tak ingat, memang tak save number, tapi pernah la mesej dia.ok, selesai.

Kejadian ke-empat, aku pregnen masa tu, kat trafik light, orang macam terlanggar sikitlah kereta aku. Mungkin dia sembang-sembang tak perasan kereta dia dah kedepan. Aku pun keluar kereta, cek belakang, takde ape, pastu aku tunjuk 'best' kat dia takda 'ok!' pastu aku blah. Dia sikit pun tak keluar kereta cakap sorry ke. :/ takpelah.

Itu je kot. Alhamdulillah, takde yang serius. Moga Allah SWT terus melindungi hambaNya yang kerdil ini. sobss

Owh ya, kenapa aku lebih memilih membayar cash daripada claim insurance? Mungkin ramai tahu, nanti insurance kena bayar mahal lakkk! Dah la dah memang mahal huhu. Noted

Tapi sekarang banyak kes sengaja langgar kan? Kena take note jugak tu kat mana kejadian kena langgar tu. Kalau highway atau tempat sunyi, berhati-hatilah ye.

Apa pun, berwaspadalah dan bersedialah dalam apa jua keadaan melainkan mati, nauzubillahiminzalik.

Moga kita semua terlindung daripada segala malapetaka. Aminn Ya Rabb.


 photo 289017_2262298526896_4257875_o_zpsupf5kx7m.jpg
gambar memula beli dolu dolu huhu
dah genap 4 tahun, baru renew roadtax semalam T_T







Thursday, August 6, 2015

Beli Tiket KTM Secara Online

Setiap minggu perkara pertama yang aku fikir adalah "minggu ni jumpa suami tak? kat mana? bagaimana?" Haaa..yes. itulah perkara pertama yang aku fikirkan. Jika ada jemputan perkahwinan, majlis saudara mara atau perjumpaan kawan-kawan yang mana tak dapat 'diadjustkan' seiring dengan perjumpaan aku dan suami, maaf sekalian, aku terpaksa ketepikan dan mengutamakan suamiku. Melainkan minggu tu tak dapat jumpa suami, dan suami izinkan pergi seorang, then baru dapat pergi huhu. Kadang-kadang aku adjust-adjustkan jugak sampai suami boleh join aktiviti aku hihihi. Inilah kehidupan suami-isteri jarak jauh.. I is o.k with that :DD

O.k jadi minggu ni macamana? Sekarang suami di KL atas urusan kerja sehingga Jumaat ini. Jadi, aku bercadang untuk turun ke KL bagi tujuan memenuhi jemputan open house, beraya rumah saudara dan the most is aku nak uruskan hal rumah sewa aku tu di Puncak Alam. huish. padat eh. tak tau la mampu ke tidokkk huhu.


 photo ktm_zps1cw4wsyv.jpg 
Google
On leave for Friday dah ambik, now naik ape? memandangkan suami bawak kereta ke sana, takkan aku nak bawak kereta jugak, kang balik kena konvoi, tak bestnyeeee. nak maximumkan waktu bersama hihi. *mengade! So, decision had been made. Naik Keretapi! Pastu camna nak beli tiket? Kena pergi station, aish lecehnya nak tempuh 10 trafik light tuhh. So, aku try la google-google, Oh ada beli secara online. Suami aku selalu membebel kata aku ni takut mencuba hihi. OK now aku cuba keyh.

Tempah Tiket Online!

1) Mula-mula pergi ke laman web KTM iaitu www.ktmb.com.my atau klik sini. Then, pilih "Train Services - E-ticket".


 photo 8_zpsurqpuzh4.jpg

 2) Lepas tu akan keluar satu page yang mana memaparkan page untuk log-in atau register. Kalau pertama kali tu register la dulu ye. Sikit je info dia nak.


 photo 9_zps5saoupsa.jpg

3) Dah selesai register dan sign-in, klik pada "ticket reservation". Pada paparan ni boleh isikan Origin dan destinasi serta tarikh. Lepas tu isi train dan coach.
 photo 1_zpssqqxyfwg.jpg

4) Pada ruangan Train tu korang boleh isikan train mana yang korang nak mengikut jenis dan masanya. Ade ringkasan EG itu adalah untuk Gold train dan ES untuk Silver train dan juga beberapa jenis ktm yang lain. Boleh rujuk timetable di website ktm. Pada ruangan coach pula dia akan beritahu jenis train yang kita naiki, availability seats dan memaklumkan jenis harga window dan aisle.

 photo 2_zpsue60ydit.jpg
Contoh aku: Ipoh ke KL Sentral. Tarikh 6th Aug 2015 jam 8 malam. hihi malam ni ngee~



 photo 3_zps8mizidhy.jpg


5) Lepastu, klik pada 'add' untuk memasukkan data yang kita pilih tadi. Akan keluar paparan seperti di bawah, masukkan detail kite. Klik save new passenger untuk kemudahan akan datang.



 photo 5_zpsomqitpan.jpg


7)Pada ruangan seats tu kita boleh pilih seat mane yang kita nak. Biru adalah warna untuk seat  yang available untuk kita tempah. Pemilihan coach juga boleh dipilih. Ade coach A,B,C,D,E dan F. Biasanya coach C tiada toilet tetapi ada cafeteria. Untuk memilih seats pula, biasanya seat nombor 1 hingga 9 menghadap ke utara dan 10 ke atas mengadap ke selatan. Senang, tengok kerusi mana yg ramai itulah kerusi yg menghadap laluan kita. Jadi pilihlah ikut haluan kita ya. Lepas siap klik save.


 photo 4_zpsyppgjqkq.jpg


8) Selepas save dia akan masukkan data tadi seperti di bawah. Jika pasti klik continue untuk pembayaran.

 photo 6_zpsl7dkfr7l.jpg


9) Pembayaran pulahanya boleh menggunakan visa / credit card, maybank2u dan i-bsn sahaja ye. Yang takde tu mintak maaplah ye. moga ktm boleh upgrade akan datang hihi.

 photo 7_zpsuiuhodnc.jpg


10)Selesai pembayaran bolehlah print out dan pamerkan di kaunter nanti. Kalau takde printer, save pdf dan transfer ke smartfon ok? hihi.

Ini first time guna khidmat macamni, harap semuanya lancar la nanti hihi. Doakan perjalanan keretapiku lancar ke destinasi ye hihi.

Moga bermanfaat. daaaa

Wednesday, July 1, 2015

Belajar Berjimat

Sempena harga minyak naik, Pak Najib sering berpesan supaya berjimat. Tapi cenggana nak jimat Pak Najib kalau asyik menabung kat tempat lain. Pahamilah hati naluri insan bergelar isteri ini Pak. eh..paham ke dia huhu sobss

Bila keadaan gawat begini, eh belum la gawat sangat, aku terkenang tabung-tabung aku tu. Adakah akan terisi lagi atau akan masuk angin ibarat perut yang kosong di bulan barakah ini.

Hai duit, kenapa kau jadi hantu di bulan puasa ini. Kau lah hantu yang terlepas tu kan. Yelah, kau telah menghantui warga manusia dengan sifat rohani kau tu. Bila menyerang semua menyalak ketakutan. Eeeiii geramlah dengan awak ni.

saya suka buat surprise. Chubbb baaaa!!!

Tapi aku taklah gerun sangat dengan hantu spesis ini sebab arwah papa dulu dah cukup ajar macamana nak berjimat. kihkih. Masa sekolah dulu, papa balik seminggu sekali, jadi papa akan bagi duit belanja siap-siap RM3 je seminggu masa sekolah rendah termasuk sekolah agama tau. Maknanya, average sekolah pagi belanja 30sen sekolah petang pun sama. Agak-agak lari bajet, hari Jumaat tu aku sanggup lalu ikut kebun waktu rehat tu sebab taknak lalu kedai. Tiba-tiba je jadi rajin paling awal bersila kat surau. budak-budak lain tengah main lari-lari lagi sambil makan keropok lekor sekeping seploh sen tu siap curah sos. T_T

glurpp! upsss.. tertelan air liur = =

Tapi kalau duit belanja tu tak habis, kami adik beradik buat jamuan. Ada la semusim tu, buat jamuan. Tiap hari Sabtu masing-masing cek duit lebih masing-masing, lepas tu abang tolong beli cikedis atau jajan mengikut bajet lepas tu makan ramai-ramai. Wahhh..ukhwah gitu.


Antara makanan rutin, choki tu curah atas roti, ice pop patah dua jimat, baca doa then makan ramai-ramai. Lepas tu sampai tahap aku rasa macam duit aku je yang modal, jamuan itu dihentikan serta merta! =_=


Nak cari duit lebih sikit kena ikut masuk kebun. Kutip biji sawit, masuk guni. Kene gigit nyamuk, semut api, terserempak ular dan makanannya katak itu biasa. Ishk..camne ek boleh cool je dulu nampak ular. erk. Lepas tu arwah akan bagi upah antara RM1-RM3 untuk upah kami yang girl2 ni. Dapatlah eskem cornetto tu kan. Itulah impian tiap kali lepas dapt upah kerja kebun. Rasa bahagia sangat.





glurrppp. errr

Ada lebih sikit duit tu buat beli guli kat kedai, seploh sen dapat 6 bijik mihmih. Ya, dari situ aku dah pandai niaga. Seawal sekolah rendah haha. Kerana bakat aku dalam bermain guli, aku ada beribu-ribu guli. Sekarang yang tinggai hanya dalam akuarium ikan tu je. Ada sikit kat pasu bunga hiasa, dan..biji congkak sikit. Yang lain hilang hihi. Kaya jugaklah sekejap masa tu.

Pernah pergi rumah sepupu tak bawak guli, asal pinjam 14biji je, dah main, menang, pulang hutang, main lagi untung bawak balik 1000biji :B Lepas tu jual 10biji seploh sen. Murah je I juai hihihi.

nostalgia sungguh!

Kat situ la mula berjinak dengan tabung. Dulu arwah nenek ajar menabung guna tiang katil. Tiang katil yang ada penutup atas dan bawah tu. Masuk je duit dalam tu. Nak ambil macam susah kan sebab berat. Orang dulu-dulu itu jela ideanya. bawak kusyen la, bawah bantal la. Tapi, aku tetap berjaya ambil balik duit tu dah tabung kembali kosong =_=

Dah besar, beberapa tahun dulu aku cuma amalkan simpan duit siling je. Tapi bila tabung penuh, bank in, seronok pulak rasa bila dapat duit banyak tu masa tu. RM120 tu dapatlah jugak beli kasut ke hihi. Lepas tu aku teruskan amalan tu.

Sekarang aku ada macam-macam jenis tabung dengan macam-macam tujuan. Sebab nak harapkan duit on the spot, banyak jugak 'hal on the spot' nak pakai duit tu kan.


 aku ada tabung sebijik macam ni mihmihmih

Ada tabung untuk duit syiling (rewards), Tabung nak beli henpon :P, tabung nak ke umrah/haji InsyaAllah, tabung subuh dan tabung collection tertentu. Ada lagi tu tabung kosong hihi.

Moga-moga tabung ini dapat membantu aku dalam menguruskan 'hantu' ni secara jasmani. Secara 'alami'(Online) tu malas nak ceritalah. Pening kepala. huhu

Oklah, selamat berjimat cermat sempena Hari Raya yang bakal tiba dan juga menghadapi 56hari July-Ogos nanti bagi kakitangan awam hihihi.

Tata :B

Thursday, June 11, 2015

Diet atau Penyakit?

Ini keluarga kecil adik aku. Yang lelaki ni la adik aku. Adik aku ni kerja di klinik veterinar cap kerajaan Malaysia, cawangan Teluk Intan.

Semalam aku ada jumpe adik aku ni, dia ajak aku balik kampung satu malam sebab dia tengah kursus di Ipoh. Esoknya pagi2 mai turun Ipoh balik. Aku pun layan jelah hihi. Sepanjang perjalanan tu aku sembang la dengan adik aku ni.

Kes kaki mama aku bengkak haritu. Aku dah risau la fikir jangkitan kuman dan kencing manis sebab dah jadi kat arwah papa. Adik aku ada bagitau mama yang kaki tu bengkak sebab terseliuh tu, darah tak jalan. Bwak ke klinik, doktor kata, kencik manis la jangkitan kuman la. Adik aku tak puas hati, maklumlah doktor haiwan kan. Dia bawak teori haiwan tu kat kaki mak aku ni haha. Katanya, bengkak tu tak macam belon pu, dia setompok je sebab tu la bengkak sebab darah tak jalan. Bawak jumpa ustaz, ustaz cakap benda yang sama macam adik aku cakap. hihi. Adik aku puas hati hihi

Itu selingan jela hihi.

Lepas tu adik aku cerita yang berat dia turun 10kg! woww! amazing hoiii. Husband akku pun jenuh nak turun sekilo pon. Tapi dalam turun tu dia risau jugak. Memanglah adik aku kebelakangan ini main badminton malam dan jarang makan malam. Tapi husband aku pun cenggitu tapi tak jadikk haha. Kawan adik aku beritahu, kalau berat badan kita turun, tapi kaki kecik dulu dari badan, maknanya kencing manis! Tapi kalau badan turun dulu dari kaki, maknanya diet! haha. Adik aku dah risau. Tapi dia malas nak check. Haa...risau la tu. harap2 adik aku sihat jela.

Tapi aku belajar sesuatu la dari adik aku memandangkan suami aku ni pun jenis hampir ke obes. Jadi kenalah berjaga-jaga jugak kan. Nak-nak pulak, aku nampak sendiri arwah papa, arwah FIL and mama yang ade kencing manis tu pun kaki kecik dari badan. Which meansss...ade keturunan la kami ni kann...hurmm. Now I know.

Jom jaga kesihatan! Pesanan sihat ini ditaja oleh....takde maknenye! haha

Bye!

Saturday, June 6, 2015

Tips Hilang Selesema Secara Semulajadi

Selamat berhujung minggu!

Hari ini ringkas sahaja. Aku nak kongsikan tips untuk hilangkan selesema secara semulajadi. Lagi2 ibu mengandung tu kan, haaa...lagi la tak boleh makan ubat sebarangan kannn.

So, tipsnye satu jer.

Minum Air Limau Suam Kaw punye 3 kali sehari. InsyaAllah, esoknye baik. Kalau amalkan 3 hari turut2, InsyaAllah, selesema tidak kembali dalam masa terdekat.

Aku sendiri dah amalkan, kadang tak sempat pun nak selesema, baru bersin2 sket, aku dah rembat limau suam. Yelah, sape tahan kalau nak tidur hidung tersumbat kannn. ishk3

well, kalau kita selesema ni biasanya badan kita kekurangan vitamin C yang menyebabkan imunisasi badan kita lemah. Jadi, limau dan seangkatan dengannya adalah kaya dengan vitamin C yang mana boleh meningkatkan daya imunisasi badan kita.

kalau nak lebih sedap, tambah madu asli.

Selamat mencuba dan moga anda sihat selaluuuu.

p/s: ubat adalah perantara, kita hanya berusaha, hanya Allah yang menyembuhkan. insyaAllah. ;)

Friday, August 12, 2011

Malang sungguh malang


tengah layan2 tips2 membeli kereta...tetibe terbaca seorang akak ke makcik ke tak tahu lah..
nampak tak tulisan tu? "sy milla...nme sy mmg dh blacklist..bkn stakat blacklist dh nk d cop muflis..gara2 ex husband pnye hal..kasi org pkai kete atas nme sy n xbyr..
n skg sy trpaksa tanggung smua utang kt bank..skg sy msih buat bayaran tp kete nye dah tggal rangka je..sy cume byr free2 jer...jd sy nk tnye spe leh tlong sy nk bli kete ni..?klu wira 1.8 leh la....." haha...actually memang selalulah aku dengar husband guna nama isteri untuk buat loan sana sini... yelah, mungkin nama si husband pon dah cukup dah dalam list2 pemberi loan haha... sebagai isteri, kebanyakannya akan bagi je ape suami nak hehe. dan akhirnya, isteri yang tanggung. bukan husband tu yang bayar. cett!!

kes-kes macam ni memamng banyak jadi, tak semestinya suami-isteri, tp ada juga kawan, adik beradik, saudara-mara... tak kira la rapat mana..kalau dah tak mampu bayar, main cabut jer.

jadi hati-hatilah ye. sekarang tak boleh percaya semua orang 100% huhu.

selamat berbuka puasa. bye2.dah azan!!

Tuesday, July 19, 2011

Sleepy?

I am sleepy right now...so, I try to find out how not to feel sleepy at work...
here some people's opinion..

"I find working out and drinking lots of water seriously helps you have energy...it may not seem like it because working out wears you out, but your body gets energized from working out...so jog or do aerobics the night before. You will feel great the next day I promise."

'3 things,plenty of sleep,good diet,regular exercise.
if this doesn't solve the problem,see your doctor'

'need to go to bed early every night so that u would be ready for to work the next day'

'Drink water! Stay away from caffeine, as it will only help you temporarily. Try doing some stretches or at lunch go for a walk to get blood flowing again.'

'Get more rest Sunday night, even if it's not more sleep, try to wind down sooner than usual. Also, eat a good breakfast, and mid afternoon (when I feel the most tired) I always try to eat a small snack. That seems to boost my energy a bit'

huhh...some is useful...
how about me?

for me,
1; sleep at 11pm - 12am until morning
2; do a bit warm up after wake up (before take a bath)
3; take simple breakfast (not nasi lemak or 5 pcs of curry-puff)
4; reduce sugar in food

ermm...thats all..
I do practice all but the second, I rarely do hehe..
thats why I still sleepy and it forced me to take caffeine drink almost everyday...
but...half packet of 3in1 coffee for morning(10am) and another half for afternoon (3pm) to make sure the 4th can be practice ;)
thats is my routine haha..

how about you?
share with me ;)