Di sini

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

Balik Raya!

aku masih bekerja.

Ya, itulah mukadimah aku hari ini huhu sobs. Ikutkan takkisah pon nak cuti berapa hari, tapi potong gaji lah kan memandangkan aku belum confirm lagi kerja kat tempat baru ni huhu sobss. cuti raya gua unpaid weh Y_Y Tak mengapalah, demi perayaan di kampung halaman, ape dehal. walaupun pak menteri kate jgn balik kg kalau nak jimat. Hey hey hey..kite sangup unpaid lg tau pak pak sekalian.

Memandangkan encik suami pun masih bekerja, jadi tak mengapalah jeka masih bekerja jugak arini huhu. Syukurlah Encik suami dapat cuti hasil ehsan ketua depa. Kalau tak memang tak dapeklah memandangkan tahun lepas encik suami dah cuti. Syukur Alhamdulillah, rezeki tahun ni. :D

Cuti kami sama, Khamis sampai Isnin, Selasa dah mula bekerja huhu. Jadi ini bermakna, perjalanan kami akan bermula malam ini! O_O!!! Malam ini tanpa segan silu kami akan meredah waktu kemuncak pulang ke kampung. Mungkin dari utara ke KL masih terkawal...kott...tapi dari KL ke Muar, mungkin agak sibuk kan? Erkk...

Ya, perjalanan kami amat jauh juga. Suami sedang bertugas di Kedah, di mana mengambil masa 2 jam setengah hingga 3 jam perjalan untuk sampai ke Ipoh. Kalau sampai ke Muar??

Kami jangka perjalanan mengambil masa 7 jam minima. Kedah-Muar. Sian suami, biasanya dia jelah yang akan drive sampai ke destinasi. Kalau aku offer tu, jarang sangat dapat tau melainkan jarak dekat jer.

Jadi perlulah kami bersedia dari segi fizikal dan mental. Moga perjalanan kami DiPermudahkan Allah SWT. InsyaAllah. Cuak gak sebenarnya huhu..

Tahun ni, kami beraya di Muar, pertama kalinya tidak beraya di rumah sendiri huhu. Tapi tak mengapa, aku suka jugak kat rumah mertua. Tapi tahun ni agak syahdu, tahun pertama tiada ayah mertua. Tahun lepas, belah aku yang kali pertama tiada ayah. Moga-moga aku kuat untuk mengembirakan keluarga mertua dari kesedihan di pagi raya.

 Oklah. Itu sahaja. mungkin akan kembali update selepas raya hihihi. Instant update boleh check IG aku ---> saye_niza

Ucapan penaja, haha. penaja sangat. 

Ucapan terakhir dari aku jangan lupa malam ni malam 29 ramadhan, sempatkanlah ibadah.
Balik kampung hati-hati.
Balik kampung tolong masak, jangan makan jer sampai tak basuh pinggan hihi
And last last, Selamat Hari Raya!! Maaf Zahir & Batin!!!

Aishhh excited pulak hihi

Monday, July 13, 2015

Biskut Cornflakes Madu

Dah hujung-hujung ramadhan baru nak terkedek-kedek buat kuih hihi. Barang dah beli lama tapi konon macam tak bersemangat langsung la kan nak buat. Disebabkan nak beraya rumah mak mertua, then aku pun macam jem je otak tak tahu nak bawak apa untuk mak mertua, aku gagahkan la jugak buat kuih raya ni sikit. hihi.

Resepi aku dapat dari blog Mama Darwish. Thank sebab kongsi hihi. Meh aku share kat sini jugak resepi yang aku buat. Simple je nak buat.

Bahan-Bahan;

200g cornflakes
6 sudu besar madu
3 sudu besar brown sugar
100g butter
4 sudu besar almond cincang
3 sudu besar sweet cherry

Cara membuat;

1. Campurkan cornflakes, almond cincang dang juga sweet cherry dalam bekas besar. Asingkan.
2. Panaskan dan cairkan butter bersama gula perang (brown sugar) dan juga madu.
3. Setelah agak sebati, tuangkan cairan tadi ke dalam bekas berisi cornflakes tadi.
4. Gaulkan semua bahan sehingga sekata.
5. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam paper cup.
6. Bakar dalam microwave, Mode Medium dalam masa 2minit 30saat.
7. Sejukkan dan simpan. Siap!

Hehe..mudah kan? kebetulan kat rumah butter cuma ada lebih kurang 100g jer, jadi aku buat la sebiji-sebiji jumlah bahan tu setiap satunya walaupun aku ada bahan yang lebih kecuali butter! geram!

Oh ya, kalau tengok menu pada mama darwish, dia membakar di dalam oven dengan suhu 150○ dalam masa 10minit. Aku takde oven ye puan-puan, takde masa nak membeli lagi, sibuk berpindah. Aku cuma ada microwave, hadiah kahwin dari adik aku hihihi.

NN-GT353M
NNGT353M
Grill Microwave Oven
23L Grill Microwave Oven
Micro Power 800W, Grill Power 1000W
288mm Turntable
12 Auto Menus for Variety of Cooking
 

Haa...terpromote pulak microwave ni. Haa..aku guna microwave jenis panasonic ni. So, kalau u ols guna yang sama, bolehlah pakai mode yang aku habaq tu. Mode tu aku dapat selepas percubaan pertama hangit ye puan-puan sekalian =_='. Aku first time guna microwave ni, and mana la aku tau suhu 150○ tu pada kadar yang mane kalau untuk microwave ni huhuhu.

Biskut Cornflakes Madu
Maaplah gambar tak indah haha. ni pun dah dampai ipoh baru ambil gambar sebab kakak nak tengok hihi. Aku tak sempat la nak ambil gambar, siap je aku terus terkolappp hihi. Ni cornflakes tunggang langgang sebab telah merempit dari Selama ke Ipoh hihi.

Dah berbuka baru dapat rasa, sedap jugak ek biskut madu kali ni (sorry terangkat bakul sendiri hikhik). Tapi aku rasa this one better than yang pernah mak aku and kakak aku pernah buat kat kampung dulu. Aku rasa sebab brown sugar hihi. Lebih lemak gitu kalau guna gula ni hihi.

Oklah..selamat mencoba ye hihi

Thursday, June 25, 2015

Tak Dapat Balik Raya? WHAT??

Sedih tak kalau tak dapat cuti raya? aku tak pernah la pulak merasai semua tu kan. Tapi sebagai isteri kepada abam sado negara ni kenalah bersedia kan dari segala kemungkinan.

Well, sejak kahwin, aku memang perlu wajib sangat mengesetkan minda aku untuk apa-apa kemungkinan tentang kerja suami aku ni. Tapi mostly lari la jugak setting minda aku ni buat-buat tak pahammm hihi. sorry suami :P

So, antara perkara yang amat merisaukan adalah berkenaan cuti raya. Aku dah set dah, kat mana suami beraya, kat situ la jugak aku berada. Kata solehah kann opss. 

So, antara yang aku rancangkan,

1) Tahun ni turn beraya rumah mertua, Muar. kalau tiada aral.
2) Beraya di Selama dulu, then Bagan Datoh, barulah ke Muar. kalau tiada cuti.

Itu jelah kemungkinan yang aku fikirkan. Tak Muar, Selama atau Bagan Datoh. Rumah sewa jauh sekali lah hihi. 

Okay, sekarang, 1 bulan yang lepas suami ada kerja sulit di luar kawasan. Pendek kata lagi jauh sikit. Dan inilah paling jauh sejak kahwin huhu sobss. So, semalam sepatutnya berakhirlah sesi kerja sulit beliau tu. So aku sangat excitedlah kan nak menanti kepulangan hujung minggu dengan tenang. 

Semalam selepas majlis penutup, suami mesej dan beritahu. Semalam adalah majlis penutup Fasa 1 dan pembukaan Fasa 2 yang bermula serta merta. Tiada team lain! kena sambung!What???!!!

Sebulan tau, which means langgar raya!. Bergenang gak la air mana mengada aku ni kan. Aku dah fikir, takkan aku nak beraya kat sana? tempat orang?Tiada dalam list aku pun. Tapi kalau memang suami kat sana, aku pun nak ikutlah. Tak sampai ati tinggai dia beraya sorang huhu. Bolelah fefeeling kat obersi kononnn hihi. kata solehah kan. lagiiii!! Tapi memang bercelaru gak lah semalam tergamam. Pergi bazzar pun termenung dulu dalam kereta. Beli makanan pun mana yang nampak jer. Takde mood nak pilih-pilih. Balik termenung lagi sampai la Encik suami call menenangkan keadaan. 

Hmmmm... dan malam tadi terus muncul depan mata meredah 3 jam perjalanan. Kerja tu tetap proceed. Raya tu tak tahu lagi huhu. Tunggu jela raya dik monnnn. pa nak jadi nanti...nanti la kite tengok naaa huhu.



p/s: Awal kahwin dulu suami selalu guna ayat orang, dia copy paste ayat cliche orang "awak kena faham awak isteri kepada polis" dan aku pun membalas "dan awak juga perlu faham isteri awak adalah isteri kepada polis". SETUJU! 

Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYE ;)






Assalamualaikum
di pagi raye ini,eh dah tengahari..
saya nak susun sepuluh jari tangan..dengan rasa rendah diri..
saya ingin mohon ampun banyak2
kat semua blogger2 mahupon pembaca2..
andai ada yg tersilap kata mahupun perbuatan mahupun taip2pan..
yang membuat kamu2 semua
meluat,menyampah,tak suke, terase
dah sebagainya yg boleh mendatangkan dosa terhadap saya
saya harap segala kesilapan dapat dimaafkan..
kalau boleh hari2 nak mintak maaf..sebab kita tak tahu ajal kita kan..

kepada mereka yg rasa berat hati nak maafkan saya
saya merayu untuk diberi keMAAFan itu
jauhilah segala perasaan negatif, prasangka, benci,
semoga kita dapat lalui hidup yang lebih tenang di dunia dan juga di akhirat

sedangkan Nabi Muhammad S.A.W juga memaafkan umatnya

saya sentiasa memaafkan mereka2 disekeliling saya
supaya mereka tidak terbeban..semoga lebih tenang..
kerana saya sentiasa berpegang pada kata2 ini
'antara sifat seorang muslim adalah memaafkan orang lain sebelum orang lain datang meminta maaf; :)

akhir kata;
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Thursday, August 25, 2011

berangan RAYA time keje

mood raya
time keje
nak termenung, bos ade
nak buat keje, takleh fokus
jadi
buat-buat busy
tunduk seakan-akan menulis

hasilnya sebuah nukilan yang buruk2 cute <---perasan
buruk tp happening gak buat aku haha




p/s;jgn tiru aksi ini di pejabat

Friday, August 19, 2011

pusat penjagaan kanak-kanak percuma

PERCUMA??
YA...memang percuma..tapi bersyarat..

anak tak ganster dan tak lembik nak nangis je nanti hihi

tempat ni memang mendapat sambutan
kanak-kanak tersebut kelihatan selesa
bila bulan puasa pun aku rasa, diorg boleh lupe makan dan turut berpuasa skali
bagus sangat tempat ni.
tetapi para ibu kenalah ambik anak tu sebelum pusat tu tutup yer..


ya..inilah tempatnya..lihat..ramai kan??
lihat gambar di bawah ini, kelihatan sungguh selesa sekali kanak-kanak ini
ni seorang ibu yang turut tertarik untuk meletakkan anaknya di sini
ya!! itu dia pusat penjagaan percuma
lokasi di perkarangan kedai cd(speed) bertempat di Plaza Alam Sentral
kanak-kanak tersebut dihidangi dengan video-video menarik seperti boboi boy dan upin-ipin
jangan ketinggalan!!!!
haha...cam sengal je kan... punye la khusyuk..
actually aku pergi ke Plaza Alam Sentral (PAS) ni Rabu lepas time cuti tu...teman member bershopping raya plus cuci mata hehe... tengah pusing-pusing tu..tetibe nampak bebudak ni haha.. terkagum sebentar bersama kit kat. eh,tak,puasa.

senang mak-mak siorg ni nak shopping haha...

.diana.


.my self.

ok bye bye





Sunday, September 27, 2009

RAYA

SELAMAT HARI RAYA

selamat kembali...dok kat kampung,takde la internet nk update segale cerite raye..
best raye tahun ni coz ramai juge yg dtg ke rumah..hehe

kepade yg tidak dapat hadir, dihadiri, atau berjumpe..
niza@iza nk pohon ampun and maap atas segale salah & silap.
halalkan makan minum...
moge kite berjumpe lg diraye akan datang huhu..

raye tahun ni...tema Merun..ramai jugak rasenye yg tema same ni hehe...

macam biase..seperti raye2 yg lepas..

Di Pagi Raye
lepas semayang raye.
sesi bermaaf-maafan..
then bagi duit raye hehe...best2!!


pastu..ziarah jiran tetangge..
petang pulak...raye umah mak kandungku..and opahku hehe..sonok jumpe sedare2...ramai sedare datang umah..

Raye ke-2 lak..
pusing 1 kampung..
raye umah teman2 seperjuangan huhu..
malam lak...kawan dari U and sekolah dolu dtg jugak...
kumpul reramai..best2!

Raye ke-3,4,5
tak g mane2...jg umah je..
ramai sgt tetamu dtg...
kengkawan skolah..
adek angkat..
akak angkat..
hehe
pakwe angkat je xde huhu..

Raye ke-6..
baru la aku kuar g beraye umah teman2...
and umah boy juge hehe..
1st time dtg...huhu

Raye ke-7,
tak uat pape pon...

Raye ke-8..
arini la...balik semula ke Shah Alam...
bersedialah mengadap kerje2 yg berlambak2 huhuhuhuhuhu

Friday, September 18, 2009

BalikKampungggg!!!

yeah!! akhirnye balik jgk aku ke kg jap lg..
Luse da nk Raye..
bestnye...sume dah siap dah..
tgal nk rai kan je..tp...'
rindu nk men meriam...hehe
nk men mercun byk2...bestnye...
ni tgah tgu abgg abeh solat jumaat huhu...
jumpe lg pas raye key!!
Selamat Hari Raye
MAaf Zahir & BAtin
wat sume kengkawan dan sedare mare..huhu
duit raye?