Di sini

Tuesday, March 14, 2017

Terpilihnya Nama HASYA FATIHAH

Assalamualaikum..

Blog ni sangat helpful kan dalam menyimpan memori kita yang dah bercampur aduk dalam kepala ni kan hihi..

Sebelum aku berganti nyanyuk...better aku titipkan memoriku di sini :D

Nama anakku Hasya Fatihah..

Macam biasa la...antara kegemaran mak-mak ni memilih nama, antaranya dengan memilih nama mengikut pangkal huruf mak bapaknya la kan...lepas tu nak bagi win la..mak ada..bapak ada...heee
sape same? sep seketttt :B

Ade jugak yang tak kisah bab nama, serah kat mak je atau bapaknya je atau pun tok ibu tok ayah die ke kann...macam-macam..ade jugak ikut nama drama terkini hahaha..nama dalam novel..pon adeee...

oklah..nak share pemilihan nama anakku Hasya Fatihah...

Aku mula scroll nama-nama anak ni seawal 'layaknya kandungan aku bernama'...which means at early 4 months...hal ini adalah kerana...pengalaman aku yang lepas..yang mana dah sedia maklum, anakku yang sulung (abang Hasya) dilahirkan seawal 27weeks..dan masa tu memang belum bincang sangat bab nama..setelah die lahir, sepanjang hayat die 3 hari pun, kami masih belum decide nama, iyelah, duk kalut anakku lahir tak cukup bulan kan...sampai lah die dah takde, hanya 10minit sebelum jenazah dimandikan, barulah aku laki bini nak decide nama sebab tok imam tu tanya T_T...

Kite flashback sat na...Muhammad Fauzan tu memang takde dalam list aku pun tau..masa bincang kat surau hospital tu, aku cuma cakap kat suami, "sayang nak nama Fattah ke Qazim ke?"...suami jawab.."nak Fauzan lah"...aku tanya lagi, "Fauzan ape? Hakim? Qazim?"..suami aku jawab.."saya suka Muhammad.."..aku cuma setuju je ikutkan kehendak suami aku masa tu..memandangkan anakku dah takde, aku nak nama yang terbaik je untuk die...takde nak fikir fancy ke hape ke sempat pulak kan..

Di sebalik nama Fauzan tu sebenarnya ada kisahnya yang mana membuatkan suami aku nak nama tu..aku memang taknak sebab nama abang angkat aku tu hahaha..

Al-kisahnya, sepanjang aku mengandung, ramai duk teka aku mengandungkan anak perempuan...bila aku cerita kat suami, suami aku slumber nonong je panggil anakku dalam perut waktu tu dengan nama Fauzan...memang tergelak jela kan sebab tak tau lagi jantina baby masa tu..pastu nama abang angkat aku pulak kan...haha.Then, kisah keduanya, beberapa hari sebelum aku bersalin, aku ada buat detail scan..biasa la dah 6 bulan mesti excited nak tau jantina kan..dah cek tu, dah tau jantina lelaki, keluar je dari bilik scan tu, terus suami aku bisik..."Fauzannnn" sambil sengih-sengih dua-dua kann...
Jadi itu lah kenangan nama Fauzan tu yang jadi terpilih...maksudnya pun baik...Alhamdulillah..

Berbalik kepada nama Hasya Fatihah, hee...well..pangkal nama aku N & H...dan suami K & F...so aku scroll nama by huruf tu jelah kan senang..takyah scroll semua huruf kan..

Aku scroll nama H & N..banyak tak berkenan..suggest kat suami pun semua kene reject haha..termasuklah nama Hasya ni haha..tapi masa tu cuma ada nama Hasya je...well..nama Hasya ni curik nama anak blogger irine tulahh..hehe..Day by day..sampaila kandungan 7 bulan kot...pasangan kepada nama hasya pun tak jumpa2..sampailah aku scroll nama surah-surah Al-Quran..ting! Fatihah! terus aku sebut kat suami...terus die setuju! Fatihah tu jela die suke haha...

So, to be fair, aku pilih Hasya, die pilih Fatihah...haha..bile aku sebut nama 'Hasya = Sempurna, Fatihah = Pembukaan/Permulaan" kat suami aku, terus die jawab...InsyaAllah..Hasya Fatihah..moga kehadirannya melengkapi dan menyempurnakan kehidupan kita yang baru nak bermula ni...

fuhh...sejuk hati aku dengor kan...

well..walaupun aku dah aim nama tu but still aku scroll nama lain tau sampai nak beranak haha..sebab suami aku kan reject nama Hasya...tapi memang takde satu pon yang berkenan dik jiwa mummy ni hihi...

maka terhasillah namamu anakku...Hasya Fatihah..

Done! heee

Day 1: 2.5kg 

Pengalaman Buat Pemeriksaan Payudara

Opss..malukah?
Ini penting ya wahai kaum wanita..kalau lelaki yang baca ni pesan naa kat isteri hangpa huhu..

Well bila dah jadi ibu ni..menyusu anak pulak tu mesti kita sangat sensitif dengan kelainan dengan payudara (cik b) kita ni kan. Ya, aku mengalaminya.

Biasalah awal-awal bengkak susu je kan. Dah anak ko kuning asyik tido je sape nak minum susu ni kan. Nak pump pun aku pikir aku bukan working mummy ntah bila nak sua kat budak ni kan.

Bengkak susut bengkak susut sampailah umur Hasya dah 3 bulan camtu aku perasan ade keras yang pelik. Tunjuk kat husband pun die setuju. Time tu aku fikir bengkak susu. Sakitnye ya Allah..tapi masa tu aku tak tau lah tahap kepentingan memberi perhatian pada fizikal mummy bila bengkak susu kan. So aku fikir akan hilang jugak kot. Month by month dan macam2 aku buat pump semua pun tak hilang jugak. Pernah jugak satu ketika tu Hasya taknak menyusu belah kiri yang bengkak tu. Aku pelik kenapa ingat die colic jela kan. Tapi lepas aku buat beberapa reading barulah aku tau bernanah agaknya susu aku time tu tak sedap patut hasya taknak lols. Bila aku dah sedar tu dalam awal bulan 10 tahun lepas kot selepas 3 bulan aku sedar ketulan tu aku ajak husband pegi cek dengan penuh nekad. Sebelum ni ajak jugak tapi aku confused jugak macamana nak cakap jumpa siapa ke ape. Sekarang dah tau.


Bila hari aku dah siap siap nak pegi tu, ade kematian pulak huhu tak dapat cek. 2 minggu lepas tu sebab banyak hal anak lagi semua, baru lah berpeluang pegi cek. So, 26/10/2016 aritu barulah aku gi cek.
Mula-mula aku pegi klinik swasta di Taiping, aku malas nak pegi klinik gomen Selama sebab segan hihi. Kat klinik tu doktor tu pegang2 katanya ya ade ketulan tapi biasa kami refer ke pakar je. Tapi swasta tak boleh la nak buat reference ke hospital gomen. Kalau hospital swasta u boleh walk in je katenye. So kami pun walk in la ke Hospital Columbia pulak.

Then, terus je kami direct to Columbia Hospital Taiping. Malas nak set time lain dah. Sampai je, ke kaunter, Suami aku cakap nak jumpa surgeon. Amboi laki aku ni kan..explain la sikit kan haha. Then aku potong la,
Aku; "I nak check my B, so I patut jumpa siapa ya? Surgeon?".
Recep; U dah confirmkan ke ada ketulan tu?"
Aku; "yes, I tadi pergi klinik doc kata ada then minta kami jumpa pakar jer"
Recep; "any refer letter?"
Aku; "no, dia minta kami walk in sahaja"

Setia menanti

Jaga Anak sementara menunggu :D


Ok, then die tunjuk la doktor surgeon kat situ ada dua, and dua2 lelaki, indian and another is chinese. So aku pilih Dr.Yuen tu. Bila sampai turn, antara soalan dia tanya;
#ada rasa ketul tu?
#berapa lama perasan ketul tu?
#menyusu? Berapa bulan anak?
#ade keturunan keluarga pengidap kanser?
Pehtu aku tak ingat dah..

Doctor tu rase la tempat aku maksudkan tu, then die pon akui la ade rasa. Then die suggest untuk scan. Aku pon proceed la dengan scan di bilik scan tu. Tapi yg scan tu bukan Dr.Yuen, tp orang lain. Juru scan agaknye aku pon tak sure la term tu kan. Die nalay lelaki tau. Dalam die scan ty, die tak try pon rasa guna tangan kat mana ketul tu..yahh maybe die nk berpada sikit kan..tapi die tonyoh2 la guna alat tu duk tanya aku bahagian mana ketul tu..masalahnya bile aku baring macam tak tau kat mana ntah ketul tu susah carik haha..tpi juru ukur tu scan2..die kate takde ape..die kate lagi, maybe sebab aku menyusu so itu yang kadang rasa ketul tu..hmmm ntah la..

Bilik scan, sama je kot dengan scan perut tu kann

Dah siap scan tu aku kembali ke Dr. Yuen tu..die kata, kalau ikut result scan tu takde ape..tapi yelah sebab ketul tu die pon rasa kan..then die suggest pulak ambil sample..aku pon proceed jela sebab katenye sakit sikit je sebab guna needle je..takde bius2 tau..kejap je die ambil sample tu tapi memang sakit sikit la..mengaduh jugak la aku mengada kan hha..breast kottt 😝

Syukur la ade baby room while waiting Dr.Yuen got operation :D
Lepas tu Dr.Yuen bagi next appoinment untuk ambil result...

Aku pun balik la dengan separuh lega separuh bimbang...

P/S: result dah tau...nanti aku sambung naaa :) nak taip entry ni pun makan bulan haha