Di sini

Showing posts with label Syukur Selalu. Show all posts
Showing posts with label Syukur Selalu. Show all posts

Friday, September 23, 2016

Kronologi Bersalin anak ke-2; Hasya Fatihah

Assalamualaikum..
Ya..anak kedua..
Anak pertama meninggal lahir tak cukup bulan..2 years ago..
Alhmdulillah..Allah Maha Pemurah beri lagi rezeki anak pada kami..syukur.

Almost 5 months dah tapi sape boleh lupe kan pengalaman bersalin hehe..yang anak first pun masih segar..inikan pulak baru tahun ni..

Pengalaman bersalin anak pertama tu aku ada share kat entry lepas. Klik sini. Jangan nangis tau baca heee

Ok..sebelum kisah bersalin tu..meh aku share sehari sebelum bersalin..

22hb April..
Aku ni teringin mango cheese kau..tp dah balik kampung taktau nak carik kat mane..request la kat akak..akak kata kalau jumpa mango best akak buat. Jadi 22hb tu aku pun set la mencari dengan suami. Yang aku tau tepi jalan sekinchan ke sungai besar tu memang banyak mangga. Aku pun dari rumah terus menghala ke sana. Aku cakap kat suami selagi tak jumpa mangga dont stop the car hahaha. Ambik kau perjalan sejam setengah jugak nak dapat mangga tu dan memang dah masuk sekinchan punnn 😂. Otw tu pun aku dah terasa lain macam sikit perut then terus set aritu jugak nak buat kek!
Kegigihan mengekek 


Balik terus ke rumah kakak about 5pm camtu terus godek3 terkial2 buat kau aku tak reti laaa akak aku tolong bagi arahan sebab die pun sibuk buat tempahan kek.kul7pm camtu siap masuk freeze sejam lebih pastu aku cakap, 'kene bawak balik umah ni masuk peti rumah kg kot nak bersalin malam ni kempunan aku'. Masinnn sangat mulut haha. Ok sambung cerita bersalin.

Kul1a.m macam biasa la kan ibu mengandung bangun malam nak shi shi huhu. Gi shi shi sekali macam banyak semacam je yang keluar ni. Masuk bilik termenung jap tunggu kot kuar lagi ke sakit ke. Kul130am tak kuar jugak sakit pun tak. Kejut suami.
"Yang.. Saya rase its time, tadi macam leaking time entin".
Suami terus gosok2 mata yang mamai tu terus kate "jom2!" 😅
Aku cakap "eh nanti nanti..takyah kot nak rushing sy tak sakit pun"
"Nanti baby lemas nanti.." Suami balas.
"Tak kot..sy nak makan dulu"
"Ok2 makan dulu"
Aku pun bukak peti korek kek la dulu kann hehe. Pehtu siap2 terus pegi. 40minit jugak la hospital tu yang suami tak brani delay. Tapi sampai bandar tak terus check in, singgah McD dulu la isi perut hee. Masa tu suami macam nak update check-in kat McD aku tak bagi mention McD sebab menghormati orang yang boikot. Aku takdan nak pikir memang nak McD je yang bukak 24j kan. Makan-makn tu dah sakit sikit2..15mnt skali macam tu tapi bole tahan lagi. Mase entin kat McD tu dah campur darah dah yang kuar. Aku saje delay check in supaya dekat dengan waktu subuh senang nak solat dulu sebelum kene seluk-seluk lebih parah yang mengganggu dilema nak solat nanti huhu.

Add Berbahagia melantak sebelum berperang huhu

430am check in Emergency. Request Doctor perempuan. Cek2 dah 3cm katenye. Ting tong ting tong tukar baju. Masuk je waktu subuh terus mintak nak solat. Time tu dah sakit sikit solat duduk je. Then 730am tu cek lagi 4cm dah. Prepare masuk labor room. Keluar jumpa suami ambik barang salam2 masuk balik huhu.

Masuk labour room dah baring. Macam biasa la pakai CTG tu. Pehtu suruh mengiring baby tido katenye. Tak lame tu doc datang cek lagi. (Bila terungat emosi lak aku 😅). Ade 2 orang. Sorang seluk2 kate nak pecahkan tuban nak bagi cepat. Aku pasrah jela. Lepas dia buat semua tu die seluk lagi pehtu suruh aku teran sikit. Aku teran dia kate macam tak teran pun haha. Buat lagi tak boleh jugak. Lepas tu takpelah 6cm katenye. Lepas die cek die suruh sorang lagi cek. Adoi..doc praktikal laaa. Nak refuse macam kesian lak patot pesan awal. Aku dah cakap sebenarnya tapi nurse tu dengar aku nak doctor perempuan je, yang doctor praktikal tu die tak dengarrr. Aku memang aim je nurse tu sepanjang dalam tu die memang spoiled la mood aku nak beranak haha.Masa tu about 845am kot.. Just relaks jela..disebabkan tak ramai orang suami boleh masuk awal teman isteri, biasanya dah 8cm above baru boleh masuk. Adik aku dulu dah nampak kepala baby baru boleh masuk. Oh ya, Hospital BesarTeluk Intan ni dia ade satu je vacant untuk 'husband friendly'. First
Come First Serve. No booking. Alhamdulillah ada rezeki aku dapat bilik tu.
 Suami pun teman la beberapa ketika. Dalam 1045am tu diorang mintak suami keluar balik sebab tengah ramai patient. Nanti dah nak bersalin nurse panggil lagi. Memang banyak kali la aku remind nurse panggil suami bila agak-agak dah nak time tu. Lepas suami keluar tu aku ade rase nak entin pulak. Suami dah keluar pulak, nurse tak datang jenguk pulak. Jerit la sikit panggil nurse kat luar tu gitau nak entin. Then nurse pun tadah entin aku guna tray tu. Nurse yang aku aim tu alahai muram je muka.Malu tite hewhew. Tapi rasenye entin tu lebih kepada air ketuban. Lepas je entin tu aku pun makin mengerang la kesakitan. Zikir-zikir doa semua terkumat kamit. Pehtu nurse jerit je dari luar, "Haniza..awak nak meneran ke??".."haah nurse" jawab aku dengan confidentnye kan.
Nurse yang aku aim tu datang cek bawah lepas tu die suh teran-teran..aku ni confuse tau dari tadi duk suruh meneran..aku tak paham tau tak. Nak teran beranak yang betul-betul atau sikit-sikit. Aku teran jela sikit-sikit sebab takut terover teran sebab nurse tu sorang je so aku suspect die cuma nak cek. Lepas tu die cakap aku tak pandai teran. =_='. Semua yang take care aku aspek aku boleh teran sebab second time kan. Lepas tu datang nurse lain nampak agak senior. Die cek2 die kate dah boleh dah ni. Terus la aku remind call suami. Baru la nampak macam betul2 preparation. Ni suruh teran2 tiba2 adoyai..suami masuk nurse semua dah ready. Maybe about 1130am kot start, aku tak tengok jam dah walaupun jam depan mata. Teran punya teran tak boleh kauuu. Aku tak pandai katenye. Aku cuma guna memori bersalin anak yang dulu je tapi tak berjaya. Nurse pun ape lagi gantung kaki aku laaa huargghh. Seksa sangat gantung tu.

Aku sambung next entry la ye..

Monday, August 3, 2015

He Turn 30's Series

Special Wish For You, Husband.
(walaupun suami tak baca =_=")

"Selamat Hari UlangTahun, Semoga Panjang Umur, Semoga Dimurahkan rezeki, semoga dikuatkan iman, semoga DiLindungi, DiSayangi, DiBerkati OlehNya InsyaAllah."

 photo 11822824_10207009883995493_6041769273155406519_n_zps9awbrbof.jpg
Maafkan isteri kerana memperlakukan gambar suami sebegini hihihi
Today, he turns 30. Yes, he 2 years older than me :D

Last year suami kata, "Oh No! Next Year I am 30!"
Then masa isteri preggy, "Oklah tu, 30th anak sorang kan?"

hee~ sorry suami. Niat ada anak memang tercapai, tapi jaga anak belum lagi. InsyaAllah ye suami. Allah Knows The Best! :D

Its sound sometimes terrible to be 30, but here I will tell you husband, yes I will ask you to read this! hihi. There was awesome to be 30!

1. Awak Dah Makan Garam
Kalau masak tu, kira dah boleh telan la rasa dia hihi. Kalau nak cukup rasa kena tambah garam means kena face banyak tahun lagik hihi. Awak dah ada banyak pengalaman. Pahit, manis, duka, bahagia. Kira boleh sembang la dengan adik-adik hihi. Yang penting pengalaman ni boleh make your life balance tau. Dah pandai hadap pahit duka, dah pandai nikmati manis bahagia. Then, jadikan panduan sendiri lepastu kongsi. Kan awesome tu :D

2. Awak lebih confident!
Pengalaman tu mengajar kita lebih yakin. Lebih-lebih lagi dalam kerjaya awak. Awak dah rasa kerja sambil belajar, awak dah rasa kerja part time, kerja contract and now kerja tetap, Alhamdulillah. Jadi awak dah tahu macamana 'nak mengembek masuk kandang kambing, macamana nak mengaum masuk kandang rimau' ouchh! jangan masuk lagi sayang, kite tatotttt haha

3. Awak dah ada personaliti
haha, yang ini kena terima kasih sikit dekat isteri. Isteri tolong sikit-sikit mana yang sesuai untuk suami hihi. Pada umur macam ni, awak dah tau dah apa nak pakai ikut situasi. Awak dah selesa dah dengan gaya awak sekarang. Tak perlu la nak usha apa orang pakai, apa fashion orang sebab awak nak gaya awak sekarang je. Masuk mall, selipar oren, thats you! haha

4. Tak perlu menangis tak tentu pasal
Yang ni lelaki cepat Win la, mesti la nak menjaga ke-macho-an kan. Takkan nak nangis tak tentu pasai. But hey, zaman pemberontakan dulu 20 to 30 adalah zaman emosi tak stabil, so mesti terkena gak menangis tak tentu pasal. Tapi sekarang dah besar and we knew we have Allah SWT.

5. Hubungan yang baik sesama rakan
Awak dah tak takut nak lepaskan orang yang tak boleh terima, cakap banyak, buat pening kepala semua dan merosakkan keyakinan awak. Awak lebih tahu apa yang awak rasa. Tapi bagi saya, awak sangat menghargai sesiapa sahaja walaupun mereka tidak memberi manfaat kepada awak. Itu lebih baik sebab Allah SWT akan bantu awak :D

6. Kewangan yang stabil
Alhamdulillah, dengan kerja awak sekarang awak dah selesa nak gunakan untuk apa sahaja dengan duit awak. Nak pakai elok sikit ka, nak beli rumah ka, nak balik kampung, nak kemaih-kemaih kereta, nak belanja isteri ka (haha). Awak dah boleh capai semua tu, isnyaAllah.

7. Awak dah selesa
Awak dah berpelajaran. awak dah bekerja. awak dah kahwin. makan pakai semua cukup. tapi kena beringat-ingat la  naa hihi

Banyak lagi sebenarnya untuk awak tahu yang kehidupan awak sekarang cukup bermakna. Yang penting, semua ke-awesome-an ni datangnya dari Allah SWT. Maka bersyukurlah atas segala nikmat yang Allah berikan ni. Alhamdulillah. Isteri tumpang bahagia.

Moga kehidupan kita semua terus awesome! yay!

Hari ini masih tak dapat raikan hari awesome awak, nanti Friday kita jumpa!

p/s: kenaikan berat badan tu is not awesome ok! huhu