Di sini

Showing posts with label Weekend Husband & Wife. Show all posts
Showing posts with label Weekend Husband & Wife. Show all posts

Monday, August 17, 2015

Kerenah Lelaki Beli Lauk

Firstly, Raya dah habis. Peringatan kepada mereka yang tidak mahu mengakuinya hihi

Well, aku tak puas weh makan lauk raya. Banyak jemputan open house tak dapat dipenuhi. So hari minggu semalam, walaupun kerja sabtu, aku tetap nak balik rumah suami. Balik lepas kerja. Suami pulak ada jemputan open house. Jadi aku pun telah memasang misi untuk makan lauk raya!

 photo IMG_0170_zpsxuyjcibk.jpg
Beraya berdua bersama suami dan rendang ayam masak sendiri yeay! haha

Hok aloh..rendang cair pon nak habaq. hihi. Kurang pekat/kering sebab somi cek dah lapaq sangat haha. Pehtu pengaruh cerita Eksperimen Cinta jugak mengganggu konsentrasi hihi.

Yep, ini menu dinner Sabtu malam semalam. Barang masak ni semua suami yang belikan sebabnya kedai ayam & barang dapur tu hanya bukak pagi je. Kawasan kampung kan. Bukan ade tesco hikhik. Jadi suami kene pergi beli sebab isteri kerja hihi.

List out barang siap pesanan "4). lengkuas (beli muda sikit jangan besar sangat kecik jerkkk". sebab pernah dia beli lengkuas besaq and tua. Pisau potong ayam aku guna nak hiris tau lengkuas tu haaa. 5) Kunyit Hidup (3 ketul ja comel) sebab pernah beli banyak gila sampai kecut kunyit tak terguna =_=.  Kalau ayam pulak, "ayam takmau isi tauuu". Ya, aku tak suka simpan organ dalaman tu. salu aku buang je atau bagi kucing. tapi takut main baling kang bukan kucing yang makan, abeh segerombolan biawak membina generasi pulak di sisi rumah kuarters kami yang betul2 bersebelahan hutan kecil.  =_=' Jadi lebih baik order takmau isi siap2.

Kali ni memang lulus la dia beli lauk. Bila minta beli ikan pulak, siap suruh kedai siang and potong lagi. Isteri tersenyum gembira hikhik.

Suami ni bukan dari awal tau tahu beli lauk, kena ajar jugak kadang. Dulu memang tak reti beli sendiri. Kalau boleh memang taknak la gi beli lauk tu. Dia sanggup teman je hihi. Tapi kisahnya bermula sejak isteri terberanak awal kan, haaa hamek kau cari lauk hari-hari hihi. Masa tu la ajar dia ikan apa ikan apa kena beli. Semua dia tanya kedai.

Tapi tak khatam lagi la nak kata lulus tu, semalam dia beli bendi tak berapa nak hijau. hmmm.

Mari teruskan misi!

k lah bye.





Tuesday, August 11, 2015

Nasi Arab Lagiiiii

Hai. Ops, tersibuk lak tak update belog mihmih~

Ini alkisah weekend semalam, me and husband berhujung minggu di Shah Alam untuk beberapa urusan.

Naik kerja, ade tender! so I is kene bahagikan masa la kan hikhik.

Ini cerita weekend semalam, Sabtu 8th August is my bro's birthday. Sama pulak tu dengan anak akak aku kat kampung. Kebetulan aku tumpang tidur rumah abang aku. So balik dari open house petang tu, terus shoot ke lokasi yang telah disepakatkan bersama kak iparku tanpa pengetahuan awal kepada abangku..acah sweet gitu hihi

So, kami sampai dulu walaupun lebih jauh. huks


 photo 964808_497187070347374_883098625_o_zpsw5qhbpww.jpg
Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya Shah Alam
Dah lama aku peratiiii je sign board kedai ni kat tepi jalan tu tau. Memang ade beberapa kali macam nak makan kat sini tapi tak kesampaian. Lepas tu aku macam confuse kat mana lokasi kedai ni sebab banyak kali dah lalu TTDI Jaya ni zaman gila wayang kat Space U8 kat situ, zaman bujang dahulu kala huhu, tapi aku tak perasan kat mana kedai ni. So, meng'google' la kan apa lagi hiks

Dah sampai walk-in and tengok menu.


 photo IMG_0103_zpsmnatocis.jpg
 photo IMG_0104_zpslr4ehhsg.jpg 



Ni antara menu dia, banyak lagi sebenarnya tapi aku tak sabar nak makan walaupun kenyang haha, Tengok harga dia macam agak murah berbanding aku makan di Ipoh bulan puasa lepas. Presentation dia pun more real and puas hati huhu.

Kami ambik Combo A (Chicken + Lamb) sebab aku tak makan kambing sangat =_= Rugi ek hmmm. Tapi bila dah sampai nyesai sebab kambing dia tak berbau dimana itulah faktor yang aku tak suka. nampak sedap sangat weh lagi-lagi Roasted Lamb tu. Fuhh

Jenis Nasi pulak kami tak tahu la mana terbaik jadi kami ambik campur2, MANDY, KABSHAH & MAQLUBAH rice. Kak ipar aku kata dia google Nasi Maqlubah tu sedap. Ya, tidak dinafikan. Memang sedap sebab berempah. So next time nak makan Nasi MAQLUBAH je tauu


 photo IMG_0106_zpsj31rfay8.jpg
Combo A

Wahhhh, aku dah la tengah puasa ganti hari ni =_=.Teringat weh rasa dia. Nanti nak buka nasi mamaklah hmmm. Pengaruh sangat.

Sedap, Sedap, Sedapppppp! (pengaruh lagi)



 photo IMG_0109_zpswa3kks9n.jpg
Wajiblah gambar kan hiks


 photo IMG_0111_zpscbwjpewx.jpg
Family Abang aku, anak dia tu ikut aku seharian, ni kira sesi pemulangan jugak =_=


 photo IMG_0112_zpsps7zxh7u.jpg
ni titewwww
Very very recommended.

Kenyang perut senang hati. Lagi-lagi makan free. Balik tidur pakej dengkur.





Friday, July 24, 2015

Raya 2015: Day 4: Raya sikit lagiii

Alaa...tak sampai 30 hari pun nak hupdate  jalan-jalan raya. bagi la chanceeee huhu. 4 hari je beraya huhu sobss.



Hari ke-3 aku sempat jugak beraya beberapa rumah jiran dan saudara terdekat termasuklah nenek aku belah mak kandungku. Nenek aku paling comel. hihi. gambar takde sebab dah comot-comot dah petang tuu hihi

Hari ke-4, masih di kampungku. Tak banyak aktiviti, dari pagi sampai ke tengahari asyik masak jer. Lepas zohor baru mulakan perjalanan. Lepas zohor tu, perjalanan ke Ipoh yang mana dalam perjalanan tu nak menyinggah ke rumah mak kandungku.

Gambar berdua je depan rumah abah tiriku
Baju repeat lah kan. tak larat la aku nak packing baju banyak-banyak hihi. Lepastu kami teruskan perjalanan ke Ipoh. Kebetulan along kpd suami aku nak ke Ipoh jugak beraya ke rumah opah. Jadi kami pun deal la sama-sama.

Bersama Opah and Along's family
Masa aku nak balik tu, anak buah aku ni buat muka sedih pulak..' alaa..janganlah balikkk' katanya =_=

Haa..itu sahaja raya ke-4 yg serba ringkas dan syahdu. syahdu la sebab hasben nak balik kerja dah huhu sobs. Bila dapat cuti lama dengan husband je, mula la aku nak nyanyi lagu 'aku tak biasa' tu depan laki aku haha.

Its o.k lah, weekend is coming hihi.

Daa..

Wednesday, July 15, 2015

Balik Raya!

aku masih bekerja.

Ya, itulah mukadimah aku hari ini huhu sobs. Ikutkan takkisah pon nak cuti berapa hari, tapi potong gaji lah kan memandangkan aku belum confirm lagi kerja kat tempat baru ni huhu sobss. cuti raya gua unpaid weh Y_Y Tak mengapalah, demi perayaan di kampung halaman, ape dehal. walaupun pak menteri kate jgn balik kg kalau nak jimat. Hey hey hey..kite sangup unpaid lg tau pak pak sekalian.

Memandangkan encik suami pun masih bekerja, jadi tak mengapalah jeka masih bekerja jugak arini huhu. Syukurlah Encik suami dapat cuti hasil ehsan ketua depa. Kalau tak memang tak dapeklah memandangkan tahun lepas encik suami dah cuti. Syukur Alhamdulillah, rezeki tahun ni. :D

Cuti kami sama, Khamis sampai Isnin, Selasa dah mula bekerja huhu. Jadi ini bermakna, perjalanan kami akan bermula malam ini! O_O!!! Malam ini tanpa segan silu kami akan meredah waktu kemuncak pulang ke kampung. Mungkin dari utara ke KL masih terkawal...kott...tapi dari KL ke Muar, mungkin agak sibuk kan? Erkk...

Ya, perjalanan kami amat jauh juga. Suami sedang bertugas di Kedah, di mana mengambil masa 2 jam setengah hingga 3 jam perjalan untuk sampai ke Ipoh. Kalau sampai ke Muar??

Kami jangka perjalanan mengambil masa 7 jam minima. Kedah-Muar. Sian suami, biasanya dia jelah yang akan drive sampai ke destinasi. Kalau aku offer tu, jarang sangat dapat tau melainkan jarak dekat jer.

Jadi perlulah kami bersedia dari segi fizikal dan mental. Moga perjalanan kami DiPermudahkan Allah SWT. InsyaAllah. Cuak gak sebenarnya huhu..

Tahun ni, kami beraya di Muar, pertama kalinya tidak beraya di rumah sendiri huhu. Tapi tak mengapa, aku suka jugak kat rumah mertua. Tapi tahun ni agak syahdu, tahun pertama tiada ayah mertua. Tahun lepas, belah aku yang kali pertama tiada ayah. Moga-moga aku kuat untuk mengembirakan keluarga mertua dari kesedihan di pagi raya.

 Oklah. Itu sahaja. mungkin akan kembali update selepas raya hihihi. Instant update boleh check IG aku ---> saye_niza

Ucapan penaja, haha. penaja sangat. 

Ucapan terakhir dari aku jangan lupa malam ni malam 29 ramadhan, sempatkanlah ibadah.
Balik kampung hati-hati.
Balik kampung tolong masak, jangan makan jer sampai tak basuh pinggan hihi
And last last, Selamat Hari Raya!! Maaf Zahir & Batin!!!

Aishhh excited pulak hihi

Monday, July 6, 2015

Sambal Tumis Sambal Kicap

Hari minggu yang lalu aku balik rumah suami aku kat Selama. Sebelum balik dah set dah nak masak ape Sabtu tu. Ya, aku cuma ada hari Sabtu je masak untuk suami sebab dia masih ada urusan kerja di luar. Hari-hari kerja sabtu ahad pun. Dia balik malam je huhu sobss. 

Hari Jumaat tu memang tak sempatlah nak masak, baru sampai, menu bazar jelah huhu. Perkara yang lebih membuatkan aku nak masak sangat tu adalah sebab aku dah bosan beli makanan bazar. Seperkara lagi adalah aku masih tak selesa nak masak di rumah yang baru duduk ni sebab belum ada peti ais. Hmm...mak-mak dara pahamlah perasaan mood masak tanpa peti sejuk ni macamana huhu. Jadi kat Selama jelah aku semangat nak masak lebih-lebih lagi untuk suami hihi

So, menu yang aku pilih untu dimasak pada hari sabtu itu adalahhhh...

TADAAAAA!
ops..macam best sangat je nak tada-tada =_='

Menu kesukaan suami
Haa..semangat tak macam Raya dah siap nasi impit bagai. Ni semua menu kesukaan suami aku. Cuma kuah lontong tu sebenarnya silap pemikiran, sepatutnya aku masak kuah lodeh, bukan lontong. Aku lupa =_=

Asalnya kari ayam not in list, ingat nak buat ayam goreng je, tapi suami request sebab ini la menu raya beliau, kari, sambal tumis  dan sepatutnya kuah lodeh, tapi aku buat kuah lontong. Bahan pun tak cukup tu, mane yang ade jelah huhu.

Dah habis makan tu suami tegur,

Suami: "awak tak makan kuah lontong ni ke?"
Aku : "Makan jugak, tapi saya tak reti lah nak makan campur-campur"
Suami : "itulah, sy tengok awak tak ambik pun kuah ni"
Aku : "Saya kalau nasi impit ni makan dengan masak kicap, masak merah ke, rendang and kuah kacang. Taste kita kan tak sama, betul tak?"
Suami : "Betul" =_=
Aku : "Saya cuba jela makan cara awak ni, tapi tak retilah makan campur-campur sangat.."

Aku saja bagi hint kat situ konon sweetlah sanggup belajar makan makanan kesukaan suami hahahaha. Aku harap suatu hari nanti aku dah pandai macamana nak match makanan ikut kedua-dua taste kami. Suami kenyang, aku senang hati hihi

Taste suami, sambal tumis, aku sambal kicap. Ade idea tak menu apa agaknya~

Monday, June 29, 2015

BERBUKA: Terjebak lagi

Hari minggu yang lalu, Sabtu,
Masih ada rezeki berbuka bersama suami. Selepas ke hulur ke hilir pusing Ipoh, suami bertanya, "nak buka apa harini?"

Aku jem betul bab makan ni. Jem ibarat kesesakan lalu lintas di Jalan Ampang exit ke Duke tu. haaa.. Sebab aku jenis tak kisah pun nak makan ape. Eh yelah tu.

Sebenarnya, kami ni belum dapat sangat chemistry bab makanan ni, maklumlah tak duduk bersama. Susah gak nak ajar suami makan apa yang aku suka, dan aku pun susah jugak nak belajar makan apa yang suami suka. Ker, korang suami isteri pun sama jugak? heee~

Aku pun tanya dia balik, dia tanya aku balik. Yelah, aku rasa dia lagi ber-idea bab makan ni dari aku. Aku bazar pun jadik asal dapat berbuka bersama suami pun dah bersyukur sangat dah hihi.Tapi suami kengkononnye nak belanja isteri la sempena gaji beliau hihihi.

"Suami bukan nak buka kat rumah ke? sebab nak tengok drama kesukaan suami tu? Eksperimen cinta?" O_O
"takdelah berat sangat nak tengok tuuu, saya belum kaki drama lagikkkk" erk. hihihi

Soalan terakhir "makan nasi arab nak? sluurrppp" tanya suami sambil wat muka lapar =_=

"Ok". jawab aku ringkas. Terjebak lagi.

Sampai je depan restoran tu, awal lagi. Jadi cadang nak booking je dulu.

"awak pergi booking la ye, saya ngantoklah, nak pejam sekejapppp jerk" sahut aku sambil melihat suami berlalu pergi tanda setuju hihi. Teruk kan aku tak excited langsung kihkihkih. Sekali suami siap order bagai, bukan booking je. Aku ingat suami nak tanya dulu la aku nak makan ape ke minum ape ke. Tapi tak, semua dah order. Entam jelahh layankan suami hihi.


 Seperti waktu yang dijanjikan, sebelum tu aku dah buat pengiraan dah mana nak solat ka apa ka. Restoran ni ada sediakan surau. Tapi unisex. Aku tak gemo sangat. Aku dah target nak solat kat petronas belakang restoran ni.

Ok. check in. Restoran Mecca Tower



 muke lapar suami aku. hadoiiii. Die memang suke sangatt nasi arab ni.



Makanan sampai. nyummehhh
 Suami orderkan aku punya set ayam, dan die set kambing.
Suami dah tau dah isterinye tak suke kambing dan kureng daging hihi.
syabas suami syabasss :p

Bila dah masuk waktu berbuka tu kami mulakan dengan kurma. Kurma dia sedap, macam rasa gula merah sikit.
Semua side dishes die sedap.





 Ni antara menu lain. Set aku, ayam RM27 dan Suami RM38 tanpa air ye set ni.
Ok laaa. asal tak sampi RM50 per nett tu kire oklah bagi aku hihi



 Ni la lokasi kedai. Ops sory posing sikit hihi. Opsss kaki terpeleott.
Lokasi di Meru ye, bersebelahan dengan McD
Staff dia speaking arab termasuklah pekerja melayu. kagum satt.




 Last but not lease...againnn hihi



 Sedap kan? haha. Memang sedap air ni. Tapi minum dengan gelojoh memang hilang nikmatlah sebab aku terkejarkan waktu solat kannnn and tak habis. =_="

*Masa makan ni aku suruh suami solat dulu sebab aku makan lambat, dia mesti boleh kejar aku makan. Sebab aku ade pe'el tiba-tiba kenyang kalau partner makan habis makan dulu. Kan membazir gitu hihi.

Saturday, June 27, 2015

Berbuka Di Rumah VS Di Luar

Belum sempat 1 Ramadhan, pasti promosi berbuka puasa sudah mula diwar-warkan. Tak cukup itu, ramai juga yang sudah plan untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan di mana-mana seperti hotel, restoran dan pot-luck mungkin. Tak kurang jugak yang terlibat dengan event majlis berbuka puasa seperti berbuka bersama anak yatim.

Aku? kebanyakannya aku akan makan di luar jika diajak oleh rakan ataupun tak sempat balik rumah gara-gara shopping raya hihi. Tapi aku sangat jarang teringin nak makan di luar. Aku lebih selesa berbuka di rumah sahaja. Tak kiralah juadah itu di masak atau pun made in bazzar hihi.

Antara faktor aku malas nak berbuka di luar, aku malas untuk:

1) Terkejar-kejar nak solat
2) Booking
3) Bersesak Parking
4) Beratur bayar
5) Perlu habiskan makanan segera kalau tempat berbuka tiada surau. Memang tak habislah jawabnye.

Jadi, kebiasaannya kalau aku kena berbuka di luar, aku akan pastikan beberapa perkara:

1) Buka dulu atau solat dulu
2) Surau di mana
3) Perjalan trafik surau ke tempat makan
4) Masa untuk makan
5) Booking available

Lepas tu, baru la aku pergi kepada menu dan harga yang berpatutan.

Kalau aku tak plan dengan baik, makanan sedap pun aku terpaksa tinggalkan dan tak dapat menikmati sebaiknya huhu.

Tapi kalau di rumah, sendiri sedia maklumlah kebebasan dan keselesaan yang kita ada berkenaan masa, makanan dan solat PLUS sempat solat terawih berjemaah di Masjid (kepada lelaki khususnya).

Jadi semalam, puasa hari ke-9, first berbuka di luar bersama terchenta hiks. Berbuka atas sebab tak sempat berbuka di rumah. Bukan sebab shopping raya (amboi mentang-mentang gomen dah gaji kome pikir shopping raya je yeee hihiihi) tapi sebab mengemas untuk berpindah rumah untuk isteri dari bilik sewa ke rumah sewa. Berpindah buat kali ke-3 untuk tahun ini =_=. Dan kali ke-4 telah dirancang next coming 2 months =_="""" penat pindah!!!

Okay, memandangkan kami membeli perkakas rumah di area Meru, jadi kami secara spontan sahaja memilih kedai ini untuk berbuka. DAPUR IKAR BAKAR. Seperti yang aku habaq tadi, aku akan pastikan perkara-perkara tu smooth je nanti.


Kalau ikut standard perut aku, ini menu nafsu. Di sebabkan ada dua nafsu makan kat sini, terlebih sikitlah makanan ni. Tak habis sebab rasa perut tak best.

Aku suka ikan bakar dia, kuah dia tu aku suka nyum2. Sejak kenal suami baru pandai makan ikan bakar sebab kat Muar banyak restoran ikan bakar dan sedapppppp!



 Abaikan muka orang macam first time puasa hihi.

Last but not least,

Sedapkan air ni? hihi.
Ops sorry :P

**Sambil makan suami bersuara "Ada hadis Rasulullah tu beritahu, jika kita rasa makanan ini cukup untuk kita seorang, sebenarnya cukup untuk dua orang". Aku terus flash back orang susah tak cukup makan rasa insaf kejap huhu. Then aku balas, "kalau kita rasa makanan tu melebihi seorang makan??" errrr...

Thursday, June 25, 2015

Tak Dapat Balik Raya? WHAT??

Sedih tak kalau tak dapat cuti raya? aku tak pernah la pulak merasai semua tu kan. Tapi sebagai isteri kepada abam sado negara ni kenalah bersedia kan dari segala kemungkinan.

Well, sejak kahwin, aku memang perlu wajib sangat mengesetkan minda aku untuk apa-apa kemungkinan tentang kerja suami aku ni. Tapi mostly lari la jugak setting minda aku ni buat-buat tak pahammm hihi. sorry suami :P

So, antara perkara yang amat merisaukan adalah berkenaan cuti raya. Aku dah set dah, kat mana suami beraya, kat situ la jugak aku berada. Kata solehah kann opss. 

So, antara yang aku rancangkan,

1) Tahun ni turn beraya rumah mertua, Muar. kalau tiada aral.
2) Beraya di Selama dulu, then Bagan Datoh, barulah ke Muar. kalau tiada cuti.

Itu jelah kemungkinan yang aku fikirkan. Tak Muar, Selama atau Bagan Datoh. Rumah sewa jauh sekali lah hihi. 

Okay, sekarang, 1 bulan yang lepas suami ada kerja sulit di luar kawasan. Pendek kata lagi jauh sikit. Dan inilah paling jauh sejak kahwin huhu sobss. So, semalam sepatutnya berakhirlah sesi kerja sulit beliau tu. So aku sangat excitedlah kan nak menanti kepulangan hujung minggu dengan tenang. 

Semalam selepas majlis penutup, suami mesej dan beritahu. Semalam adalah majlis penutup Fasa 1 dan pembukaan Fasa 2 yang bermula serta merta. Tiada team lain! kena sambung!What???!!!

Sebulan tau, which means langgar raya!. Bergenang gak la air mana mengada aku ni kan. Aku dah fikir, takkan aku nak beraya kat sana? tempat orang?Tiada dalam list aku pun. Tapi kalau memang suami kat sana, aku pun nak ikutlah. Tak sampai ati tinggai dia beraya sorang huhu. Bolelah fefeeling kat obersi kononnn hihi. kata solehah kan. lagiiii!! Tapi memang bercelaru gak lah semalam tergamam. Pergi bazzar pun termenung dulu dalam kereta. Beli makanan pun mana yang nampak jer. Takde mood nak pilih-pilih. Balik termenung lagi sampai la Encik suami call menenangkan keadaan. 

Hmmmm... dan malam tadi terus muncul depan mata meredah 3 jam perjalanan. Kerja tu tetap proceed. Raya tu tak tahu lagi huhu. Tunggu jela raya dik monnnn. pa nak jadi nanti...nanti la kite tengok naaa huhu.



p/s: Awal kahwin dulu suami selalu guna ayat orang, dia copy paste ayat cliche orang "awak kena faham awak isteri kepada polis" dan aku pun membalas "dan awak juga perlu faham isteri awak adalah isteri kepada polis". SETUJU! 

Tuesday, June 16, 2015

Mood Sukan

Hari minggu yang lalu,

Sabtu, bekerja keras suami dan adik ipar bersihkan rumah yang bakal aku duduk di Ipoh ni. Seronok tengok. erk. tengok jer hihi. aku buat sikit2 je. hihi. Siap dah dapur, baru la semangat nak duduk rumah tu nanti. yayy. Terima kasih awokk, jasamu dikenang hiks

eh, takde gambar hihi. Penat sangat tak tengok handphone pun hihi.

Ahad, aku saja teman suami ada perlawanan Rugby antara IPD Negeri Perak. Kesian suami, demi game favourite dia tu, demi nak lepaskan rindunya pada game tu setelah bertahun tak main dan aku sendiri tak pernah tengok dia main rugby. Ini la kali pertama. Suami tengah kerja luar, tak sempat training team. Team pun budak bola majoriti, bukan budak rugby pun hihihi. Tapi dia harungi jua kesempatan yang ada, dengan Sabtu tu nak sediakan rumah untuk isteri. *terharuuu

Ahad, seperti yang dirancang, aku hantar suami ke perlawanan yang bertempat di STAR, Ipoh. Syukurlah ada adik ipar join. Segan jugak nak tengok game lelaki je semua kan. Pagi2 tak nampak pun perempuan. Dekat tengahari sikit baru ade. Aku rasa seperti gadis litar dah sorang-sorang berpayung tengah padang, tapi gadis untuk suami tercinta jelah hihi.


 

Tengok sukan-sukan macam ni, aku memang suka. Aku pun nak flash back jugak zaman U dulu main futsal bawah panas mentari dingin pagi hihi. Dalam team suami aku ni, ada peserta yang berumur 58tahun dan berpengalaman bermain rugby, Fuhh..masih ada gaya. Aku kagum sangat dengan kecerdasan beliau huhu. Tapi kagum jugak tengok suami bergaya-gaya main *senyum2 merah pipi. Tapi hat berlari tu, kurang sikit maklumlah, berisi a.k.a emok dah hihi.

Keputusannya, team suami kalah hihihi. Dalam 4 game tu, satu je menang. Tapi suami kata, dia puas dapat main walaupun kalah. Dia seronok team dia turun bersusah payah. Dia puas mungkin sebab semuanya berjalan lancar walau banyak rintangan yang dilalui hihi.



Petang tu, lepas team suami balik dari rumah sewa (tumpang tido), suami call suruh datang. Asalnya dia nak balik terus ikut kawan, tapi tak jadi. Sebaik aku sampai, dah terlentang pengsan dengan gate pintu semua ternganga. hishh. Bahaya sungguh. kan dah kena bebel hihi.

Tengok badan muka suami semua lebam-lebam. Saya kata kat suami, game ni macam game gaduh-gaduh kan. Tolak-tolak, tarik-tarik, rempuh-rempuh. fuhhh. Mana tak lebam.

Itu sahajalah yang hendak dikongsikan. hihi.

Bye