Di sini

Monday, March 29, 2010

erti sebuah p.e.r.s.a.h.a.b.a.t.a.n..bg yg mengerti..

Temanku
Mengapa keikhlasanku kau permainkan
Mengapa semua ini terjadi
Apakah salahku kau perlakukan begini?
Aku tidak menyangka kau tergamakMelukakan hati dan perasaanku
Sabahatku..
Sesungguhnya bukan mudahuntuk aku meleraikan sebuah ikatanyang telah terjalin sekian lama
Tiadaku menduga kau kan menyepi dikala aku memerlukan
Kau tiada saat aku mengharapkan
Mengharapkan sebuah janji yang kau mungkiri
Sahabatku...
Masih segar dalam ingatanku
Senyum dan tawamu yang mencuit hati
Namun kini semuanya ibarat kabus dipagi haripabila timbul mentari maka hilanglah ia
Senyummu dulu menjadi dukaku kini
Dimanakan letaknya erti sebuah persahabatan bagimu
Begitu mudah aku kau lupakan
Kekadang aku tertanya-tanya
Inikah balasan yang aku terima
Budi yang kutabur tapi racun yang kau balas
Begitu pedih rasanya bila dikhianati temanku sendiri
Hari berganti minggu, minggu berganti bulandan pastinya bulan kan bertukar tahunmana janjimu dulu?
Penantian itu satu penyiksaan
Aku tidak mampu untuk bertahan lebih lama
Amat berat sekali untuk aku meletakkan noktah terakhir ini
Namun begitu tidak dapat aku nafikan
Bahawa setiap insan yang dijadikan Allah
Di muka bumi ini tidak sempurna
Aku tidak berupaya melawan arus
Biarpun apa yang telah terjadi
Aku tidak lupa memanjatkan doa
Semoga kau sentiasa didalam keberkatanNya

No comments:

Post a Comment