Di sini

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Tuesday, August 11, 2015

Nasi Arab Lagiiiii

Hai. Ops, tersibuk lak tak update belog mihmih~

Ini alkisah weekend semalam, me and husband berhujung minggu di Shah Alam untuk beberapa urusan.

Naik kerja, ade tender! so I is kene bahagikan masa la kan hikhik.

Ini cerita weekend semalam, Sabtu 8th August is my bro's birthday. Sama pulak tu dengan anak akak aku kat kampung. Kebetulan aku tumpang tidur rumah abang aku. So balik dari open house petang tu, terus shoot ke lokasi yang telah disepakatkan bersama kak iparku tanpa pengetahuan awal kepada abangku..acah sweet gitu hihi

So, kami sampai dulu walaupun lebih jauh. huks


 photo 964808_497187070347374_883098625_o_zpsw5qhbpww.jpg
Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya Shah Alam
Dah lama aku peratiiii je sign board kedai ni kat tepi jalan tu tau. Memang ade beberapa kali macam nak makan kat sini tapi tak kesampaian. Lepas tu aku macam confuse kat mana lokasi kedai ni sebab banyak kali dah lalu TTDI Jaya ni zaman gila wayang kat Space U8 kat situ, zaman bujang dahulu kala huhu, tapi aku tak perasan kat mana kedai ni. So, meng'google' la kan apa lagi hiks

Dah sampai walk-in and tengok menu.


 photo IMG_0103_zpsmnatocis.jpg
 photo IMG_0104_zpslr4ehhsg.jpg 



Ni antara menu dia, banyak lagi sebenarnya tapi aku tak sabar nak makan walaupun kenyang haha, Tengok harga dia macam agak murah berbanding aku makan di Ipoh bulan puasa lepas. Presentation dia pun more real and puas hati huhu.

Kami ambik Combo A (Chicken + Lamb) sebab aku tak makan kambing sangat =_= Rugi ek hmmm. Tapi bila dah sampai nyesai sebab kambing dia tak berbau dimana itulah faktor yang aku tak suka. nampak sedap sangat weh lagi-lagi Roasted Lamb tu. Fuhh

Jenis Nasi pulak kami tak tahu la mana terbaik jadi kami ambik campur2, MANDY, KABSHAH & MAQLUBAH rice. Kak ipar aku kata dia google Nasi Maqlubah tu sedap. Ya, tidak dinafikan. Memang sedap sebab berempah. So next time nak makan Nasi MAQLUBAH je tauu


 photo IMG_0106_zpsj31rfay8.jpg
Combo A

Wahhhh, aku dah la tengah puasa ganti hari ni =_=.Teringat weh rasa dia. Nanti nak buka nasi mamaklah hmmm. Pengaruh sangat.

Sedap, Sedap, Sedapppppp! (pengaruh lagi)



 photo IMG_0109_zpswa3kks9n.jpg
Wajiblah gambar kan hiks


 photo IMG_0111_zpscbwjpewx.jpg
Family Abang aku, anak dia tu ikut aku seharian, ni kira sesi pemulangan jugak =_=


 photo IMG_0112_zpsps7zxh7u.jpg
ni titewwww
Very very recommended.

Kenyang perut senang hati. Lagi-lagi makan free. Balik tidur pakej dengkur.





Monday, August 3, 2015

He Turn 30's Series

Special Wish For You, Husband.
(walaupun suami tak baca =_=")

"Selamat Hari UlangTahun, Semoga Panjang Umur, Semoga Dimurahkan rezeki, semoga dikuatkan iman, semoga DiLindungi, DiSayangi, DiBerkati OlehNya InsyaAllah."

 photo 11822824_10207009883995493_6041769273155406519_n_zps9awbrbof.jpg
Maafkan isteri kerana memperlakukan gambar suami sebegini hihihi
Today, he turns 30. Yes, he 2 years older than me :D

Last year suami kata, "Oh No! Next Year I am 30!"
Then masa isteri preggy, "Oklah tu, 30th anak sorang kan?"

hee~ sorry suami. Niat ada anak memang tercapai, tapi jaga anak belum lagi. InsyaAllah ye suami. Allah Knows The Best! :D

Its sound sometimes terrible to be 30, but here I will tell you husband, yes I will ask you to read this! hihi. There was awesome to be 30!

1. Awak Dah Makan Garam
Kalau masak tu, kira dah boleh telan la rasa dia hihi. Kalau nak cukup rasa kena tambah garam means kena face banyak tahun lagik hihi. Awak dah ada banyak pengalaman. Pahit, manis, duka, bahagia. Kira boleh sembang la dengan adik-adik hihi. Yang penting pengalaman ni boleh make your life balance tau. Dah pandai hadap pahit duka, dah pandai nikmati manis bahagia. Then, jadikan panduan sendiri lepastu kongsi. Kan awesome tu :D

2. Awak lebih confident!
Pengalaman tu mengajar kita lebih yakin. Lebih-lebih lagi dalam kerjaya awak. Awak dah rasa kerja sambil belajar, awak dah rasa kerja part time, kerja contract and now kerja tetap, Alhamdulillah. Jadi awak dah tahu macamana 'nak mengembek masuk kandang kambing, macamana nak mengaum masuk kandang rimau' ouchh! jangan masuk lagi sayang, kite tatotttt haha

3. Awak dah ada personaliti
haha, yang ini kena terima kasih sikit dekat isteri. Isteri tolong sikit-sikit mana yang sesuai untuk suami hihi. Pada umur macam ni, awak dah tau dah apa nak pakai ikut situasi. Awak dah selesa dah dengan gaya awak sekarang. Tak perlu la nak usha apa orang pakai, apa fashion orang sebab awak nak gaya awak sekarang je. Masuk mall, selipar oren, thats you! haha

4. Tak perlu menangis tak tentu pasal
Yang ni lelaki cepat Win la, mesti la nak menjaga ke-macho-an kan. Takkan nak nangis tak tentu pasai. But hey, zaman pemberontakan dulu 20 to 30 adalah zaman emosi tak stabil, so mesti terkena gak menangis tak tentu pasal. Tapi sekarang dah besar and we knew we have Allah SWT.

5. Hubungan yang baik sesama rakan
Awak dah tak takut nak lepaskan orang yang tak boleh terima, cakap banyak, buat pening kepala semua dan merosakkan keyakinan awak. Awak lebih tahu apa yang awak rasa. Tapi bagi saya, awak sangat menghargai sesiapa sahaja walaupun mereka tidak memberi manfaat kepada awak. Itu lebih baik sebab Allah SWT akan bantu awak :D

6. Kewangan yang stabil
Alhamdulillah, dengan kerja awak sekarang awak dah selesa nak gunakan untuk apa sahaja dengan duit awak. Nak pakai elok sikit ka, nak beli rumah ka, nak balik kampung, nak kemaih-kemaih kereta, nak belanja isteri ka (haha). Awak dah boleh capai semua tu, isnyaAllah.

7. Awak dah selesa
Awak dah berpelajaran. awak dah bekerja. awak dah kahwin. makan pakai semua cukup. tapi kena beringat-ingat la  naa hihi

Banyak lagi sebenarnya untuk awak tahu yang kehidupan awak sekarang cukup bermakna. Yang penting, semua ke-awesome-an ni datangnya dari Allah SWT. Maka bersyukurlah atas segala nikmat yang Allah berikan ni. Alhamdulillah. Isteri tumpang bahagia.

Moga kehidupan kita semua terus awesome! yay!

Hari ini masih tak dapat raikan hari awesome awak, nanti Friday kita jumpa!

p/s: kenaikan berat badan tu is not awesome ok! huhu