Di sini

Showing posts with label Husband and Wife. Show all posts
Showing posts with label Husband and Wife. Show all posts

Monday, August 3, 2015

He Turn 30's Series

Special Wish For You, Husband.
(walaupun suami tak baca =_=")

"Selamat Hari UlangTahun, Semoga Panjang Umur, Semoga Dimurahkan rezeki, semoga dikuatkan iman, semoga DiLindungi, DiSayangi, DiBerkati OlehNya InsyaAllah."

 photo 11822824_10207009883995493_6041769273155406519_n_zps9awbrbof.jpg
Maafkan isteri kerana memperlakukan gambar suami sebegini hihihi
Today, he turns 30. Yes, he 2 years older than me :D

Last year suami kata, "Oh No! Next Year I am 30!"
Then masa isteri preggy, "Oklah tu, 30th anak sorang kan?"

hee~ sorry suami. Niat ada anak memang tercapai, tapi jaga anak belum lagi. InsyaAllah ye suami. Allah Knows The Best! :D

Its sound sometimes terrible to be 30, but here I will tell you husband, yes I will ask you to read this! hihi. There was awesome to be 30!

1. Awak Dah Makan Garam
Kalau masak tu, kira dah boleh telan la rasa dia hihi. Kalau nak cukup rasa kena tambah garam means kena face banyak tahun lagik hihi. Awak dah ada banyak pengalaman. Pahit, manis, duka, bahagia. Kira boleh sembang la dengan adik-adik hihi. Yang penting pengalaman ni boleh make your life balance tau. Dah pandai hadap pahit duka, dah pandai nikmati manis bahagia. Then, jadikan panduan sendiri lepastu kongsi. Kan awesome tu :D

2. Awak lebih confident!
Pengalaman tu mengajar kita lebih yakin. Lebih-lebih lagi dalam kerjaya awak. Awak dah rasa kerja sambil belajar, awak dah rasa kerja part time, kerja contract and now kerja tetap, Alhamdulillah. Jadi awak dah tahu macamana 'nak mengembek masuk kandang kambing, macamana nak mengaum masuk kandang rimau' ouchh! jangan masuk lagi sayang, kite tatotttt haha

3. Awak dah ada personaliti
haha, yang ini kena terima kasih sikit dekat isteri. Isteri tolong sikit-sikit mana yang sesuai untuk suami hihi. Pada umur macam ni, awak dah tau dah apa nak pakai ikut situasi. Awak dah selesa dah dengan gaya awak sekarang. Tak perlu la nak usha apa orang pakai, apa fashion orang sebab awak nak gaya awak sekarang je. Masuk mall, selipar oren, thats you! haha

4. Tak perlu menangis tak tentu pasal
Yang ni lelaki cepat Win la, mesti la nak menjaga ke-macho-an kan. Takkan nak nangis tak tentu pasai. But hey, zaman pemberontakan dulu 20 to 30 adalah zaman emosi tak stabil, so mesti terkena gak menangis tak tentu pasal. Tapi sekarang dah besar and we knew we have Allah SWT.

5. Hubungan yang baik sesama rakan
Awak dah tak takut nak lepaskan orang yang tak boleh terima, cakap banyak, buat pening kepala semua dan merosakkan keyakinan awak. Awak lebih tahu apa yang awak rasa. Tapi bagi saya, awak sangat menghargai sesiapa sahaja walaupun mereka tidak memberi manfaat kepada awak. Itu lebih baik sebab Allah SWT akan bantu awak :D

6. Kewangan yang stabil
Alhamdulillah, dengan kerja awak sekarang awak dah selesa nak gunakan untuk apa sahaja dengan duit awak. Nak pakai elok sikit ka, nak beli rumah ka, nak balik kampung, nak kemaih-kemaih kereta, nak belanja isteri ka (haha). Awak dah boleh capai semua tu, isnyaAllah.

7. Awak dah selesa
Awak dah berpelajaran. awak dah bekerja. awak dah kahwin. makan pakai semua cukup. tapi kena beringat-ingat la  naa hihi

Banyak lagi sebenarnya untuk awak tahu yang kehidupan awak sekarang cukup bermakna. Yang penting, semua ke-awesome-an ni datangnya dari Allah SWT. Maka bersyukurlah atas segala nikmat yang Allah berikan ni. Alhamdulillah. Isteri tumpang bahagia.

Moga kehidupan kita semua terus awesome! yay!

Hari ini masih tak dapat raikan hari awesome awak, nanti Friday kita jumpa!

p/s: kenaikan berat badan tu is not awesome ok! huhu




Wednesday, July 29, 2015

Sweet like honey?

Sweet ke tidak? pastinya merujuk kepada suami. aishh sweet la jugak walaupun tak pernah bagi bunga. hiks.

Alkisahnya, 2 bulan lalu, suami sedang bertugas luar ataupun outstation la konon kan, di Kedah jer. Pada suatu hari tu, eh eh...suami belikan madu! madu kelukut botol kecikkk je, RM15 katenye..ade la 5cm kot tinggi botol tu. ololo..suweet ke tu? ole-ole madu. madu lebah takpe.

Aku memang suka madu, sebab membantu aku tidur lena hihi. Tapi aku phobia sikit madu non-asli nih, pernah pecah gak gigi aku akibat amalkan madu RM10 hengget sebesar botol sos tu =_=' Jadi, aku memang nak sangat madu asli. Susah nak dapat. Tapi bila suami dah belikan ni, I is happy la kan. Tapi tula, kecik comel jer. suami kata saja try, tak tahu asli ke tak, kalau o.k baru dia beli lagi besar punyaaa. 2,3 kali habis dah madu tu hihi. Then,laju-laju order. Tapi suami asyik lupa jer. Tapi still remind dia sebab tempoh outstation tu dah nak habis dah.

Reminder Pertama

Reminder Kedua
Gerammmm je aku tau. Laju je dia dengan perkataan MADU  tu. Second reminder tu terpaksa la mention full sentence kan MADU LEBAH!. gerammm. Seb bek jauh tau.

Sampailah tibanya suami ke daerah, aku call lagi malam tadi.

Isteri : "Syg, MADU LEBAH tak beli ea?"
Suami: "hihihi. takdek"

So membebel la isteri. mana janji manismu wahai suami bla bla blaa...

Pastu suami tak tahan kot dengar bebelan,

"ade laaaa. Dah beli kt Kedah tu. Sampai ke pusat sarang lebah tu saya cari tau. Cari kat kedai semua takde. Itu pon sampai ke sarang tu pun, orang pusat tu kata takda, bukan musim katanya. Nasib baik jugak terserempak orang tayar pancit, sembang-sembang tiba-tiba dia ada pulak. beli la kat dia"

Isteri dah blushing. "hihihihi....sweetnyeeee kesiannyeee. "

Suami aku ni terbawak-bawak ke perangai memenuhi impian isteri tatkala mengandung dulu? =_=

Suami aku ni suka buat magic ala-ala sweet la konon, tiba-tiba ada depan mata. Tapi tak sempat depan mata isteri dah bebel sampai spoilkan magic dia hihihi. Sorry Suami!!!

Di sebabkan magic madu tak jadi, suami buat magic lain pulak hari ni. Tiba-tiba ada depan office ajak lunch sama. Sebelum tu dia suruh simpan barang dulu takut meletup dalam kereta panas pulak.
Akhirnya MADU LEBAH sampai!

Terima kasih la suami. kihkih. jangan nakal sangat dengan perkataan madu ek. I is sensitipppp :P

Madu kelukut asli dari Tasek Beris, Kedah. RM30. pergghh.



Thursday, July 23, 2015

Raya 2015: Days 3: Beraya di Kampungku

Alahai, sayu je menaip perkataan 'kampungku' tu. Konsep pemahaman aku, kampungku tu adalah tempat kita pernah membesar, tapi kita tak bermastautin sangat dah kat situ. Kalau tempat bermastautin dah gelar rumahku syurgaku kan huhu. Tak sangka, istilah tu dah semakin mengena bila semakin jarang ke kampung kan. Sobs.

Okey, seperti yang dirancang sejak awal tahun, tema kat kampung aku is Royal Blue. Konsepnye, no matter how korang tema ape kat rumah mertua, tema kat kampung tetap ada haha. This year, masing-masing berpakat beraya di rumah mertua, termasuklah adik aku yang baru kahwin tu. Biasanya konsep balik raya haruslah rumah perempuan dulu kan, tapi sebab nak jumpa sama-sama jugak, adik aku pon beraya rumah mertua dulu ler mihmih. banyak pule dar konsepnyerrr hihi

Aku pendekkan cerita, tapi aku banyakkan gambar jelah, ok dak hihi. Konsep kami ni, pagi raya ke-berapa sekali pun, tapi kalau itulah harinya berkumpul, maka berhari-raya lah semula kami semua. Pakai baju raya cantik-cantik macam pagi raya pertama tu. Then berkumpul, sesi bermaafan dan duit raya.

ni la satu-satunya family picture =_=

Sesi bermaafan sambil selfie
Habis je sesi bermaafan, sepatutnya sesi bergambarlah kan. Tapi tak sempat, laju je tetamu datang. Ade satu gambar full family masa duduk ni, tapi adik aku kata, tak tau macamana boleh terdelete =_=. NOTED!

Sambil mak aku melayan tetamu, kami yang lain-lain sibuklah bergambar bersama family kecil masing-masing. Oh ya, sepasang tak balik lagi masa ni, tertinggal keretapi la haha. Abang aku tak balik raya, kerja masa raya, dah malam baru sampai, tapi takpe, kami tak ambil gambar big family pon kan, jadi tak perasan sangat haha.

Family kakak sulung aku. Kak Lin, Abang Mazly dan dua anaknya kak mica dan niyaz

Family Abang aku, Abangku zap, isteri laili dan anaknya Humaira. Aku stay dengan abang aku ni sepanjang aku kerja di Subang Jaya. Memang rapatlah anak buah aku ni dengan aku. Aku tengok die membesar depan mata. samapai hampir 2 tahun huhu. Sikit-sikt, mummy! Mummy! Uncle! Uncle!

Ni anak kepada abg aku lagi sorang yang tak dapat balik beraya tu..aku tak pasti la dia pakai baju apa pagi raya huhu.
Sepatutnya ada gambar family abang aku whatsapp pagi raya tu, tapi tak boleh upload pulak =_=

ok ni aku, pengantin sentiasa baru hihi
ni adik aku yang baru kahwin February tahun ini

Ni Adik lelaki aku,Enol bersama isterinya Yan dan anaknya Hafiy.
Ok..itu sahajalah dulu...blog ni macam taknak bagi upload gambar jer hikhik.

Nanti aku sambung lagik. Jangan la bosan ek, aku raya 4 hari jer hihihi. bagi la chanceee :P

Wednesday, July 22, 2015

Raya 2015: Day 2: Beraya-raya

Raya Ke-2, masih di Muar, Johor.

Pagi ni ada jemputan makan-makan sarapan pagi di rumah saudara terdekat, jadi kami pun bersiaplah masing-masing. Oleh kerana adik-adik ipar aku semua lelaki, amatlah liat nak bangun menyebabkan aku dan suami terpaksa berwefie,selfie mafi di luar rumah sambil menunggu hahaha







 Supportive ke pasrah ek suami aku ni layankan isteri ambik gambar hihihi. Maapkanlah gambar kami yang tak seberapa tu :p. Baju aku tu kain hantaran aku dulu baru sekarang pakai hahaha. Tema simple je, asal ada hihi. Ok, dah siap-siap kami pun teruslah gerak, beraya dua rumah jer.
konon-konon gambar kahwin la duduk kerusi macam tu ibu kat tengah hihi

Gambar berdua, wajib haha
Aku ni gambar berdua je yang aku asyik duk ingat. bukan ape, kami duk jauh kan, so nak sedapkan hati nak tunggu jumpa lagi tu, duk tatap jela gambar-gambar latest tu. konon bahagia mengiringi la huhu sobss.

Dah habis beraya tengahari tu, kami pun nak balik ke rumah memandangkan kami plan nak gerak ke Perak lepas zohor bagi menghayati perjalanan penuh santai pabila keadaan jalan raya sesak sangat kan huhu. Tapi, sampai rumah jer, berderet kot tetamu haha. Sudahnye, lepas asar jugak kami baru gerak.

Orang kata, sesuatu terjadi tu ada hikmahnye kan. haa..hikmahnye, perjalanan lancar, tidur pun sodap haha. Kami sempat singgah ke Bukit beruntung untuk berjumpa abang dan kak ipar aku belah suami yang tak dapat balik raya atas sebab kerja. Kami pun singgah la ke dominos tempat kak ipar kerja, dan along bawak anak-anak ke situ jugak hihi.

Mekaseh suami atas ehsan gambarmu ini hihi
 Hangin je aku budak-budak ni asyik tersasul aunty la, mummy la..yang kecik tu je panggil miiii..miii...itu pon mungkin faktor die panggil makcik dia kat sane 'umi' huhu. Aku memang bahasakan panggilan aku untuk anak buah terdekat ni dengan panggilan 'mummy', baru la rasa closed sangatkan macam anak sendiri huhu.

Lepas selesai, kami pun gerak la ke kampung, dan macam biasa aku tidur je haha. sedor-sedor sampai depan rumah dah hahaha. Tapi aku sedor jugak la dalam perjalanan tu suami singgah beli air sebab ngantuk hihi. Sian gila. Salu aku tahan je teman dia borak sepanjang perjalanan, tapi tak tahu la kenapa kali ni aku asyik tidur jer hihi.

Oklah, itu sahaja Raya ke-2 kami, lebih kepada perjalanan yang diselitkan singgah raya hihi. Sampai kampung jam 1pagi, 1.30 dah sambung tidur hihi.

Tuesday, July 21, 2015

Raya 2015: Day 1: Selamat Hari Raya!!

Lets throw back Raya memories today!

First of all, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin!!!!!

Tahun ni, as per mentioned before, aku beraya di rumah mertua, which was at Muar, Johor. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat perjalanan kami sepanjang perayaan sangatlah lancarrrr...tidak terlibat dengan kesesakan lalu lintas yang drastik walaupun kami menggunakan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Ade terkena sikit sahaja di kawasan Muar, itu pun hanya beberapa traffic light. Syukur sangat. Aku la paling bahagia sebab aku banyak tidur sepanjang perjalanan kihkihkih. Aku tolong drive cuma dari Subang-Senawang je, itupon sebab suami dah mengantuk sangat, yelah, dari Kedah kan dia drive. Aku berhenti Senawang pun sebab jealous tengok suami aku tidur kat sebelah haha kejam tak isteri hihihi. 50% perjalanan aku tidur jer hihi. Sedor-sedor dah nak sampai, tarik tudung yang sememeh tu, bukak pintu masuk rumah sambung tidur kihkih

A day before raya, aku la satu-satunya girl yang membantu mak mertua aku sediakan juadah Raya. Maklumlah, anak ibu semua lelaki, menantu sulung tak balik raya pula. Its ok Ibu, serahkan segalanya pada menantumu ini, menantumu ini sungguh pakar bab-bab penyediakan makanan raya haha. itu tipu. Aku tolong je, main masterchef-nye ibu la hihihi.

Hari Raya! Kami mulakan pagi raya tu dengan juadah raya la of course!!


Part menghidang ni memang aku la punye keje hihi. Keluarga suami jarang beraya di Muar, dan ini kali ke-2 buat suami. Biasanya suami dan family akan beraya di kampung opah di Ipoh, Perak. Tapi tahun lepas arwah ayah tak sihat, jadi tak raya di Ipoh, dan sekarang arwah sudah takde, lagi la tak beraya Ipoh kann huhu. Jadi aku sangka, ibu akan buat menu simple-simple je sebab tak biasa kan. Tapi sangkaanku meleset sama sekali. Indahnya beraya kalau kau dapat ketupat di pagi raya! yeay!!

Menu MIL sungguh menerujakan haha. Kari Ayam, Sayur Lodeh, Sambal Kacang and Rendang Daging. Its so perfect!

Sayur Lodeh
Rendang Daging
Sayur lodeh tu memang favorite suami. Tapi paling nangis rendang daging MIL ni sedap hingga menjilat jari kauuu. Sampai la adik ipar aku boleh tanya aku, 'Kak, memang ibu suruh hidang rendang ni ke kat diorang?' (masa tu ada tetamu). Adik ipar aku tak bagi habiskan sebab sedap sangat hahaha. Terok perangai kihkih. Dah selesai isi perut, kami pun bersiaplah untuk ke Masjid bagi menunaikan solat aidil fitri hihi.

Balik dari Solat Aidil Fitri
Ibu request nak bergambar balik sembahyang raya depan rumah ni. Nikmatilah naked face aku konon suci murni balik sembahyang raya tu huhu. Pastu semua bersiap untuk sesi bermaaf-maafan. Syahdu jugaklah, first time raya without ayah. Tapi MIL sangat kuat semangat. Kagum je tengok.

Dah selesai, apa lagi, adik ipar photographer, takkan takde gambar raya kannnn hihi. Kak ipar tompang berkaki-kaki la dik oi nak letak dalam blog ni haaa hihihii

muka fotostat betullah pengapit nihh hihi

Gambar siap edit by adik ipar hihi. Lepas sesi bergambar, kami terus menziarahi kubur, dari kubur ayah sampailah semua tok sedara semua. Lepastu beraya 2 rumah sahaja sebab hari jumaat kan. Rushing sikit. Malam pulak berderet-deret tetamu. Syukurlah anak bujang ibu pun ada boleh harap jugak sediakan air ke ape untuk tetamu. Tak menang tangan menantu sorang hihihi

Last but not lease, Wefieeee :DDD

Shopping baju last minit, shopping tudung malam raya haha

2nd Raya with Husband <3 br="">

Days 2, Days 3, Days 4...to be continue...hihi