Salam Ramadhan... hari ni aku kerja..pagi tadi bangun lewat, sepatutnya masuk pukul 830..tp biasanya hari sabtu aku akan masuk pukul9.. jd untuk bersiap aku akan bangun pukul8 hehe..tp pagi tadi aku bangun pukul 840?? cess..ape pun aku tak risau sebab, selambat2 aku, pasti aku jugak yang akan bukak office sebab diorg lg lambat huhu...
eh..termalalut pulak.
ha..nak cerita tentang tajuk entry ni..seram je dengar. semalam, aku pergi ke site. ade la kerja sikit. sambil menunggu orang, aku dan member aku (1 kosmet + 1 company) berborak lah hal-hal semasa..cehh.tipu je tu.
tajuk entry adalah cerita tentang member aku ni, namanya fatin. comei daknye. tengoklah dia kat facebook. klik sini.
cerita dia berbunyi begini...fokus ok hehe
"za, semalam aku balik kerja aku pergi bazar kat (lupe bazar mane tp area KL). aku jalan-jalan la sorang-sorang kat bazar tu beli ape2 yang patut. lepas tu aku nak balik lah. aku pakai helmet, rambut lepas. (aku dah terbayang ala-ala amoi korea seyh.) aku pon naik moto...jalan...tak jauh lepas tu, aku perasan ada satu motor ikut aku dari belakang. aku macam cuaklah. lepas tu aku berhenti depan rumah orang. dia pon berhenti jugak kat belakang. (time ni aku dah teringat kes ragut yang lebih kurang macam ni dia aim). lepas tu, aku buat-buatlah macam nak cari kunci, konon-konon itu rumah aku. lepas tu, mamat yang follow tu pusing balik, dan aku tak nampak dah. lepas tu aku teruskan perjalanan aku nak balik. tiba-tiba....mamat tu ade lagi!! makinlah aku cuak. (muka aku memang dah serius time nih. bahaya ni!) dia ikot sampai dah dekat dengan rumah aku, aku berhenti depan rumah jiran aku, sebab aku taknak dia tahu rumah aku.lepas tu mamat tu macam lajak sikit belok dan berhenti jugak (lebih kurang jarak 40m kot). lepas tu, aku matikan moto. bukak helmet..aku dah tak tau nak buat ape..dengan muka geram+berlagak (macam besar)..aku tanya dia (jerit sikit lah, jauh kan). 'ko apesal ikut aku ahh??'.. then mamat tu turun moto, bukak helmet jugak, buat muke kiut manje.. ' nak number telefonn..'...." terkekek aku gelak...
lepas fatin tu tebiu sikit mamat tu, dia pon bagilah atas dasar kesian. tapi die malas nk layan sangat haha.tp dia cakap jugak kat mamat tu, bahaya buat macam tu. memang betul pon, kalau aku pon cuak kot. mamat tu dah follow dari bazar, apesallah dia taknak mintak tima kat bazar, kan lg selamat. =__=!
No comments:
Post a Comment