Di sini

Sunday, May 24, 2015

Juara Piala FA 2015 Milik LIONS XII

Salam hujung minggu.
Kecoh-kecoh pagi ini,debaran berakhir dan kemenangan berpihak kepada LIONS XII.

Wahh...aku tengok bola.hihi. Tak salah kan perempuan tengok bola? Asal kau jangan buat statement mengarut sudahlah hihi. Bagi aku, tak kisahlah perempuan ke lelaki, kalau kau faham rules main bola ni, kau tak bosanlah. Boleh layan. Then, satu advantage tau bagi isteri-isteri, boleh teman suami tengok bola bersama di rumah. Tiadalah kena tinggal sorang-sorang kat rumah akibat suami cari geng tengok bola di luar hahaha.

So, malam ni macam biasa ber'weekend' dengan suami dan minggu ni berlokasi di Selama. Aku yang sibuk cakap kat suami malam ni nak tengok bola hihi. Aku pun taknak ketinggalan, lagi-lagi Final kottt. Unless game Malaysia ni clash dengan game international, macam FIFA ker, mungkinlah aku tak follow sangat game Malaysia haha (cehh..macam aku follow sangat FIFA tahun lepas kihkih). Tapi, agak-agak takda pengetahuan tentang bola, tak perlulah share something wrong dengan confidentnya seperti yang pernah terjadi 'viral' suatu ketika dahulu hihi.

Perlawanan akhir bola sepak Kelantan vs LION XII yang berlangsung malam tadi tu sudah diibaratkan seperti perlawanan dua negara. Walaupun aku bukan orang kelantan, pastinya aku menyokong pasukan Malaysia untuk perlawanan final ni. Aku suka sangat tengok game malam tadi, walaupun kemenangan tidak berpihak pada pasukan Kelantan, tetapi aku rasa pasukan Kelantan sudah memberikan persembahan yang cukup mantap. Aku sangat puji okay. Sangat rancak dan kemas. Jadi kami yang menonton dengan harapan ni taklah kecewa sangat kalau tengok diorang main kemas. Gol penyamaan dari Wan Zack Haikal tu memang memuaskan hati selepas banyak kali percubaan untuk membolos gol pihak lawan gagal.

Walaubagaimanapun, Tahniah pasukan LION XII di atas kemenangan untuk Piala FA 2015. Moga tahun depan piala boleh kembali ke bumi Malaysia. Kipidap haha


Pasukan LION XII
Sumber : www.sumber.com



Saturday, May 23, 2015

Restaurant Awesome in Ipoh & Kisah Sedih

Assalamualaikum.
Wah tajuk, restoran menyedihkan ker? Tidak, tidak.
Ia dua cerita berbeza tetapi berlaku dalam satu masa hihi

Semalam, family mertua turun Ipoh, melawat saudara-mara, termasuklah kami yang duduk di Ipoh ni hihi. Then, petang semalam kami ambil adik ipar yang bongsu tu, Faizin yang sedang belajar M.A di Tanjung Rambutan, bawak dia keluar makan. Kami ni orang Ipoh pun belum teror lagi kedai menarik di Ipoh ni, tapi kami main redah jela. Alhamdulillah, redahan kami berbaloi..



Restoran Kampung Ipoh

Haaa..ni lah restorannya, meriah tak? tengok depan tu tulis steamboat & grill. Jadi kalau sesiapa nak makan makanan sihat ni bolehlah ke sini. Malangnya aku tak study habis la makanan & harga diorang hihi.

Aku datang petang, so macam-macam makanan dia jual, ada jual roti canai ke, western ke, mee kicap ke, kue teow goreng ke ala-cart..semua ada lah! Service dia pun cepat. Presentation pon tip-top hihi
Suami order cafe latte2 macam tu, aku lupe lah
Bila air ni sampai, 'eh..ada asam? kenapa ada asam?'
Waitress sampuk, 'itu bukan asam, itu gula'
kah kah kah!

aku order 'baby chicken chop' RM10.90
comel je, sesuai dengan cuaca haha

Ni air minuman kami semua
suka sangat, cawan besar okay!
puas minum Kopi O

Makanan tu, adik ipar aku di Fathi tu punya, 
masa dia order, die sebut, 'kak..saya nak order spagetti bolog..ape ntah...' (sengaja)
Then waitress jawab, Bolognese =_='
ketawa geli hati aku tengok adik2 ipar aku ni nyakat haha


ha, ini mee kicap
menu suami aku
entah dia ni, suka sangat dengan mee kicap ni
emm...mee kicap ni macam sama je kan dengan mee wantan??

Okay, menu adik-adik yang lain, Nasi Goreng biasa jer,
Beria kutuk kopi-O aku menu biasa, ceiitt

Okay, dah kenyang puas makan. Dah selesai ibu bayar, kami pun nak balik ke rumah makcik kami.
Adik ipar aku yang dok menyakat tu, cakap kat ibu nak pergi toilet. Takpelah, sy dan husband naik kereta asing dengan diorang. Then husband nak pergi solat, Ibu nak pergi hantar adik bongsu tadi balik hostel, jadi kami pun berpisah dan beredarlah dan jumpa di rumah makcik sahaja

Dah selesai solat,
Dah gerak nak sampai Highway dah,
Fathi call suami,

Fathi: 'Angah, kat mana?'
Suami: 'Baru nak naik highway, kenapa?'
Fathi: 'Masalahnya, Fathi kena tinggal ni' (dengan nada selamba..)

Kah Kah Kah
Suami terus U-turn, aku dan suami tak berhenti ketawa hahahaha..

Bila dah ambil dia, dia cerita, keluar dari kedai tadi,
'Perghh myvi takde...'
'Perghh merc pun takde...'
tengok handphone, 'perghhh bateri pun takde..'

Hahahaha

Kesian gila survive cari charger kat kedai makan! haha

Okay itu sahaja, aku pun dah tersenyum-senyum dah ni teringat.
So, korang fikirlah apa pengajarannya ya? hahahaha

Yang depan sekali ni lah mangsa kejadian hahaha >_<
Sorry Fathi hahaha

Thursday, May 21, 2015

MENYEPI? TIDAK LAGI

Hai. Selamat Hari Khamis. Boleh gitu? hihi
Tajuk aku ni tak catchy langsung hihi.
Tajuk ni berkenaan blog aku ni yang dah lama menyepi. 2014 aku takda post apa-apa langsung. Adakah hidup aku sungguh membosankan?? oh semestinya tidak hihi.

Macam-macam terjadi during 2014, nanti aku akan kongsikan kat korang The Six Memories in 2014 :)
One of it is, I am Married okay! Please take note hehe.

Ketika End of 2012, aku sudah berpindah ke tempat kerja baru, di mana 'no internet access' on my PC okay. Komited sangat kerja QS ni tau. Tapi kalau ada pun, tak pastilah, sempat ke aku update blog sebab aku memang sibuk sangat, balik rumah memang penattt. Nak bergayut dengan suami  (Weekend husband and wife tau) lagi malam-malam hihi. So, menyepi la blog aku tu kan. Kesian dia huhu

Then, sikalangg, since 20th April 2015 yang lepas, Oh dah sebulan!, aku telah berpindah tempat kerja baru di Ipoh atas alasan dekat sikit dengan suami walaupun masih PJJ. Suami bekerja di Selama sejak kami kenal lagi by end of 2012 tu jugak hihi.

So.....sikalanggg lagii, sejak bekerja kat tempat baru ni, PC aku access kepada internet plus sangat boring o.k! Project tak banyak, kerja pun banyak boss buat...ibarat position aku ni sesuai untuk fresh graduate QS la, not experience macam aku ni, jadi rimas tengok kerja tak sistematik, tapi aku ignore jela dulu memikirkan pelaburan yang telah aku buat ketika berpindah di Ipoh ini huhu.

Now, bolehlah aku kembali berblogging bagi mengurangkan 'culture shock' aku pada kebosanan heee

Mai la teman kita kat sini tauu. Nanti kita teman awak jugak
Byee :)



Tuesday, May 19, 2015

TIPS Hilang Batuk (Teori diri sendiri a.k.a sukahati aku)

Awal bulan haritu, aku diserang penyakit batuk kering, alahai...macam nak terkeluar isi perut bila batuk tu. Bila dah terkena, mulalah minda aku ni berfikir-fikir teori nak sembuhkan penyakit ni. Aku ni kalau boleh ubat tu adalah yang terakhir...

Jadi aku cubalah meng'eksperimen'kan diri aku sendiri.

Haritu, aku ada share di Facebook aku,
Meh sini aku share lagi,

It works! Alhamdulillah...dah baik batuk tak sampai seminggu..tak sempat nak guna petua2 lain dan obat-obatann.
Penyakit yang dialami: Batuk Kering
Punca : Sejuk Air-Cond+Hujan+Ais Cendol
Kenalpasti penyakit: batuk kering biasanya berpunca dari kuman dan jadi radang lalu gatal2.
Tips:
1) minum Air mineral byk, bukan air masak (spy tekak bersih)
2) berdehem ganti berbatuk (kadang tak tahan gak) (spy tak menjadi2)
3) makan berpantang dari makanan gatal cth;telur, seafood (spy tak semakin gatal tekak)
4) no ice, no sugar dalam air minum (minum air gula sekali je sehari utk tenaga, then bilas warm water) (ice tu buat simpan kuman ja, gula tu nanti kering kat tekak then sbbkan batuk)
5) minum air panas sebelum tidur dan sebaik terjaga subuh (spy radang tekak lembut, darah lancar, tak kering, bunuh kuman)
6) jangan direct dgn kipas, volume satu je ok. (spy tekak tak kering & terasa gatalnye bila kering)
7) Limau suam (vit C dalam limau cepat sembutkan luka atau radang dan badan tak lemah dek kerana batuk)
Haaa ok x hehe..byk pulak ekk
Bagi pendapat gue, ubat batuk liquid tu hanya utk batuk jenis berkahak.
Madu pulak hmmm...bagaikan semut hitam makan gigi...tp tak pasti sgt la keberkesanannya tu pd batuk huhu
Ubat2 lain dan petua lain gue tak pasti la huhu.
Pesanan sihat dr gue: Selamat Menjaga Kesihatan haha
*ape pun ni usaha kite je, yg menyembuhkan hanya Allah SWT

BELI RUMAH AD-HOC PLANNING

Setelah 2 bulan berkahwin, aku merancang membeli rumah untuk tujuan investment. Idea ini adalah kerana, aku dan suami tinggal berjauhan, aku di Subang dan suami di Selama. Aku kerja swasta, dan pastinya di Selama sangat kecil peluang kerjaya untuk position seperti aku. Jadi, tak mungkin aku akan terus hidup berjauhan. Perancangan demi perancangan demi untuk hidup bersama harus aku lakukan. Syurgaku di tapak kaki Suamiku :'). Jadi, aku tak yakin sampai bila aku akan kerja swasta, silap hari bulan, aku terus jadi surirumah. Jadi, aku harus bersedia untuk lalui semua itu.

Dengan gaji sekarang, bekerja di Subang (Mei 2014), gaji aku layak untuk membuat pinjaman perumahan. Jadi aku memilih untuk membeli rumah sub-sale Apartment di Puncak Alam. Selepas google di mudah dan survey di kawasan sana juga, aku study harga market supaya aku tidaklah terlalu tertipu kan hihi.

Persoalannya, aku ada modalkah? hahaha...

Jika harga rumah dalam 100k, sekurang-kurangnya aku memerlukan 15% which means, 15k cash! takut tak?? haha.

Biasanya agen akan minta 10% deposit, terpulang macamana agen tu tentukan cara bayaran, lain agen@owner, lain cara ya, untuk aku, selepas bincang2,
3% booking deposit
2% selepas S&P
5% selepas KWSP

Itu baru 10% ya, which means 10k baru, lagi 5% tu lebih kurang untuk lawyer fees dan valuer, kita bayar sendiri tau.

Aku pun bertapa lah dalam bilik menggunakan ilmu Quantity Surveyor aku ni haha

Aku cuma ada cash RM2.5k ++ je, itu pun sebahagian tu duit hantaran oiiii. Deal dengan suami, pinjam 3k, dan aku akan bayar balik lepas keluar KWSP. Suami setuju, Yayy!!

Selepas tu, dengan yakinnya, aku setuju dengan pembelian rumah tersebut. Eh, macamana boleh setuju? duit baru 5.5k? Sebabnya, kan aku dah kira guna ilmu quantity surveyor aku tadiii haha. Dalam proses pembelian rumah ni, akan ambil masa berbulan, jadi sempatlah menyimpan sikit-sikit, bonus raya lagi hihi. Maka tergadailah duit hantaran aku tu di situuu huhu.

Bayaran:
Initial, bayar Rm3k pada agen sebagai booking dan deposit 3%
Selepas Valuation report siap, bayar RM600++ kot pada valuer company
Dah dapat lawyer yang di rekemenkan oleh agen, bayar lagi Rm2.3k
Selepas lawyer siapkan S&P,bayar lagi pada lawyer RM2k (2% deposit untuk owner)
Selepas lawyer siapkan dokumen, aku pun keluarkan duit KWSP aku, dan bayar lagi 5k (5% deposit)....tak lupa juga pulang duit suami 3k tu hahaha
Then, follow up demi follow up 3,4 bulan jugak, dapatlah kunci rumah! (March 2015)

Bulan March 2015, bulan terakhir kerja kat Subang, ngam-ngam jer, sekarang sudah berpindah di Ipoh, agaknya lepas ke nak beli rumah dengan gaji yang drop almost 1k?? huhu..
Syukurlah dah selesai, masa buat loan haritu, aku mark up loan sebab bank susah nak lepas kalau below 100k loan (90% kann). Jadi ada la lebihan duit tu sebab 10% dah bayar cash. Duit lebih tu, aku guna untuk buat renovation sikit kat rumah tu, yelah, nak buat rumah sewa kan.

Jadi, sekarang aku masih dalam proses membaik pulih rumah tu. yelah, sekarang sudah duduk di Perak, susah juga nak handle jarak jauh ni. Nanti aku ceritakan pulak macamana aku buat rumah ni dari dapat kunci sampai siap sedia untuk disewakan. ;)

Doakan semuanya berjalan lancar ya hihi

P/S: aku beli rumah ni guna nama aku seorang sahaja, aku simpan nama suami untuk buat loan rumah sendiri ke akan datang hihi. Simpan untuk dapatkan % loan yang lebih banyak. Paham tak? Tak paham cek cerita lain la naaa hihi



Wednesday, May 13, 2015

DILEMA MEMBELI RUMAH PART 2

Hai. Kita sambung cerita semalam .

Setelah menelaah pamphlet semua tu, terdapatlah beberapa kriteria yang aku bandingkan, pro and cons setiap rumah.

Pilihan 1
Rumah Double Storey : Klebang Putra

Harga :Medium (RM266+k selepas tolak macam2)
Keluasan: 20' x 65' (building 20' x 35' & 20' x 31' )
which means: RM205/SqF overall @ RM380/SqF building


Pro
*Lebih privacy (atas)
*design: ada utility room, back yard, ruang keluarga (atas,kecik je pon), nice view
*ada la tingkat atas kalau nak lari dari banjir (nauzubillah)
*kerangka bumbung keluli
*jarak dari sungai, o.k. jauh sikit.
*bukan atas bekas lombong


Cons
*penat naik tangga, angkut barang naik tangga, banyak lepak bawah jer
*paling2 nak extend pun, dapur jelah sikit jer.
*tiada kawasan bertanah
*dinding bata pasir (berpotensi panas)
*tiada rumah contoh nak tengok, no progress on site.


Pilihan 2
Rumah Single Storey Corner Lot : Harmony Park

Harga: Higher (RM292k tiada apa2 yang boleh ditolak)
Keluasan: 40' x 60' (building 20' x 40')
which means : RM 122/SqF overall @ RM365/SqF building

Pro
*Ada kawasan tanah
*view pun cantik
*design ok la kalau setakat nak start hidup, nak2 kalau masih berseorangan tiada teman sobs.
*Dinding bata merah (sejuk sikit, and dari segi penebatan api, lebih tahan)

Cons
*kerangka bumbung kayu pulak (5 tahun je warranty tau kalau kayu ni)
*Betul2 atas bekas lombong weh (Gigih aku study map kat google,compare by satelite and gambarajah tu, memang la boleh kalau developer dah upgrade tanah, tapi aku pun tak pasti la kerja settlement tanah diorang tu kan, entah cukup kuat ke tidak =_=')
*Sungai betul2 sebelah taman. (Masa datang tu tak perasan, hasil google jugak, nampak sungai tu, rumah tu hujung blok sini, sungai tu hujung blok sana. =_=')
*Kalau air sungai tu naik, nak lari mana? rumah setingkat weh..


Pilihan 3
Rumah Double Storey : Klebang Ria

Harga : Highest (RM302k lepas tolak itu ini kot)
Keluasan: 22' x 70' (building 22' x 45' & 22' x 47')
which means : RM196/SqF overall @ RM292/SqF building

Pro
*Almost same putra (opposite putra jer, same area)
*Dinding bata merah (lebih than putra)
*Lebih luas (than putra)
*tak perlu extend kot hihi
*Rumah on progress rasanya (belum tengok lagi yang mana satu, tapi area situ progress macam 50%)

Cons
*semuanya lebih, harga pun lebih, installment pun lebih la kann. sian abam kite
*dia tak mention kat pamphlet tentang kerangka bumbung. FBI perlu siasat haha


O.k...inilah dilema aku. masih dalam hard study.
1)Kalau ikut kemampuan, pilihan 1 kot
2) kalau ikut keselesaan lutut dan bercucuk tanam dan duduk jangka panjang, pihan 2 kot
3) kalau ikut hati, puas hati, pilihan 3 hahaha.

Setakat ni, memang aku berat kepada pilihan 1.
Will see upcoming months for results haha.

Bye.
P/S Mai la bantu kita buat pilihan :B




Tuesday, May 12, 2015

DILEMA MEMBELI RUMAH

Assalamualaikum

dilema sungguh dilema. yelah, membeli rumah untuk di duduki sendiri amatlah cerewet okay. Either my husband or me, sama sahaja haha.

Memandangkan si isteri (aku la) sudah berpindah ke Ipoh (sebelum ni kerja KL), jadi dekatlah sedikit jarak saya dengan suami yang mana sudah setahun berjauh KL - Selama, Perak, walaupun bercinta jugak dari Ipoh ke Selama ni, tapi bersyukurlah jugak hihi.

Oleh itu, suami dan semestinya aku, berhasrat untuk memiliki rumah sendiri pada usia seawal muda remaja ini :B . Membeli rumah ini bukanlah satu perancangan yang mengejutkan, tidak juga perancangan awal (ermm macam tak paham ye). Hari demi hari, kami merancang dan terus merancang untuk kehidupan kami yang 'PJJ Husband & Wife' ni. Jadi, perancangan membeli rumah ini bukan hanya suka-suka lah ya, tapi antara usaha kami untuk hidup bawah satu bumbung. insyaAllah. Moga Allah S.W.T bantu kami :').

Jadi, berbalik kepada tajuk asal ye, DILEMA.

Misi Mencari Rumah
Pertama sekali, mestilah kami survey2 semua projek2 di kawasan yang berhampiran tempat kerja aku (Bercham). Setelah mebuat survey, beberapa perkara yang telah mempengaruhi keputusan kami.

Ciri-Ciri Kawasan
1) Berhampiran dengan tempat kerja
2) Kurang kesesakan lalu-lintas (dah puas kat KL sesak jer)
3) Jauh dari sungai (nampak rumah taman baru naik air..kesiann)
4) Bukan atas bekas lombong (Ipoh banyak lombong weii)
5) Bukan atas bekas tempat perlupusan sampah
6) Lain2 kemudahan, supermarket, sekolah (ceceyy), kedai, access highway
7) Jauh dari kandang haiwan Ba Alif ye.

Kawasan yang kami survey
1) Meru
2) Klebang
3) Bercham
4) Gunung Lang

1) Meru
Memang banyak projek perumahan, dan kebanyakannya pastilah ELIT2 belaka. Kalau ada yang berpatutan pun, dah habis! Kalau ada perancangan projek akan datang pun, mungkin mereka masih meeting haha. Meru ni kawasan dia cantik, jenih tanah bukit (Tanah masih merah) kebanyakannya. Dan perancang bandar menyatakan yang kawasan ini akan menjadi pusat-pusat perkhidmatan awam seperti yang sudah sedia ada sekarang, Jabatan Bomba dan...oh..lupa erkk. Jadi untuk tujuan-tujuan investment, sangatlah strategik kawasan ini. Semua ciri-ciri, PASS! tapi apakan daya, dah habis kan? bye-bye sedih..

2) Klebang
Klebang antara tumpuan para pemaju untuk membangunkan kawasan ini. Hal ini kerana pembinaan AEON Klebang sedang dijalankan di kawasan tersebut. Jadi aku pun agak terpengaruhlah disitu, Ciri-ciri kawasan pun, jauh sedikit dan sibuk sedikit jalan-raya, dan ada beberapa kawasan yang dekat dengan kawasan haiwan B tu (bau sikit) yang lain o.k. Ape pun, disebabkan banyak projek kat sini, aku pun cuba mempertimbangkan perumahan kawasan ini. Dah booking 2! erk..nanti cerita..

3) Bercham
Jalan masuk yang agak sempit...tak teratur. dekat memang dekat, tapi jalanraya nampak sibuk. rimas pulak rasa. projek pun tak banyak, so aku pun tak masuk sangat lah rumah contoh hehe.

4) Gunung Lang
Hurmm...cantik memang cantik rumah kawasan ni. Memang dari segi ciri-ciri kawasan tu PASS! cuma bab harga tu kami tak beranilah nak cukup2 makan sangat hihi. Setakat ni tak banyak rumah. Aku nasihatkan kepada yang nak membeli rumah dalam 1@2 years ni, cuba follow progress developer kawasan ni (Lang Development kott), aku tengok, banyak lagi tanah yang berpotensi untuk menjadi kawasan perumahan terutama selepas bangunan kerajaan beranak-pinak kat meru tu hihi. Mane tahu, dia nak launch rumah kos berpatutan ke kan, awak untung tauu!

Okay! apakah pilihan kawasan yang kami pilih? Klebang jela yang ade kan hihi. Di Klebang ini, kami membuat beberapa survey di beberapa pemaju.
Antaranya:
1) MK Land, Klebang Putra
2) Namcom, Klebang Ria
3) Suria Hill, Klebang Impian
4) Harmoni Park, Klebang Mutiara

O.k. Suria Hill, reject, tinggal Semi-D je yang berharga about 500k. Dan ciri-ciri ke 7 tu ada ye erk.
Balance, 3 kawasan ni yang menjadi dilema. tapi dua jer baru booking, Putra and Mutiara. Ria tu o.k cuma booking mahal sikit ye, 2k, kalau cancel burn tauu. Putra tu dapatlah jugak refund 80% and Mutiara tu 100%. daripada 1/4 Ria tu yang berani booking hihi.

Pada mulanya, setelah terlepas pilihan pertama (habis dijual setelah kami habis berfikir ceit) rumah setingkat dengan harga lebih murah, kami pun segera booking rumah setingkat baru yang mahal 20k. Dah booking, balik2 kira2, eh, kenapa yang 2 tingkat  phase 1 ni murah 3k dari rumah setingkat? kami pun 5hari kemudian, datang lagi jumpa salesman nak tukar kepada rumah phase 1 tu, tiba2 habis jugak! kau rasa? tapi rumah 2 tingkat phase 2 baru launch, mahal 3k dari rumah setingkat tadi, means mahal 6k dari phase 1. Sama size ye, harap maklum. Fikir punya fikir, kami berhasrat nak pilih yang dua tingkat tu jugak. Yang buat kami goyang tu, sebab takde progress apa2 ye kat site haha.

Ria tu pulak, suami yang pergi survey sorang2 sambil tunggu si isterinya tengah kerja hihi. tengok harga macam mahal sikitlah RM per SQF. Tapi die ada pilihan rumah setingkat RM200+- jer. Tapi aku rasa macam kecik kot (macam ramai jer ahli members aku and suami, berdua jer kot, itu pun ntah bila haha). Rumah dua tingkat dia pulak, agak mahal berbanding Putra tadi. Tutup mata jelah dulu, tapi nak tengok jugak rumah contoh nanti hihi.

Setelah selesai, esoknya, nak pergi rumah makcik, nampak pulak banner Mutiara tu! terusss follow and tengok rumah contoh. Not bad la design dia. Kami tengok rumah 1 and 1/2 tingkat dan rumah setingkat corner. rumah 1 1/2 tu, memang cantik sangat, cuma hall kecil la, bilik lagi selesa haha. Rumah teres corner pulak, aku suka sangat! walaupun building rumah tu kecik, tapi ada kawasan tanah yang boleh extend tumah tu akan datang. tapi rumah 1 1/2 tu cheaper 4k dari corner. Macam2 harga diorg ni. =_=' Suami pun macam suka, aku pun suka, then sebab deposit boleh pulang 100%, kami pun tanpa was2 booking jer corner lot teres tu tanpa segan silu haha. sebab kami tak banyak masa, balik baru study haha.

O.K, Lepas tu balik, aku study, aku dilema.
Semua ada pro and cons.
Next time la aku cerita comparission yang mendilemakan aku ni. sobss.

Bye.
P/S= takde gambar, P.C office.

Friday, March 2, 2012

punca penyakit dikenal pasti!

Selamat selamat selamat..
seminggu ni aku takde mood nak buat kerja...kerja tak buat pun...tapi pening kapla..
apsal eh?
ha...inilah puncanya...
stress tak korang kalau dapat port kat office macam port aku ni?
tu dia....pc aku membelakangi boss...
dan bila boss kat tempat duduk dia..kalau aku nak online...aku akan pastikan body aku tegak dan cukup melindungi pc aku dari pandangan die..
keh keh keh...
tapi aku KURUS =.='
dan boss aku tak reti duduk diam...
jadi aku susah nak online...nak buat kerja pon takde mood..
jadi aku buat-buat busy..
kerut-kerut dahi..
ha...hamek kau!!!
paksa otak pikir kerja!
kan dah pening!!
ok..itu sahaja..
bye

p/s ; aku main agak je puncanya huhu


Wednesday, February 29, 2012

jariku!


once upon a time...
eh eh..Assalamualaikum....
aku nak cerita kenangan aku zaman study time degree...

kawanku....Liyana & Diyana...
masihkah kome ingat...waktu itu...
di rumah apartment yg luar setinggan dalam pula seperti sarang hamster...
berlokasi di pusat komersial seksyen 7 itu...

malam itu..seperti biasa...
aku dalam mood2 nak tido belum tiba tapi katil sudah memanggil2...
di kala aku tak dapat memejamkan mata...
walaupon lampu bilik sudah dipadamkan...
eh panjang plak bermadah!

ok..aku pun macam biasa...bawak laptop atas katil..
katil 2 tgkt...aku dok katil atas...
lepas tu..bateri low...aku pon menarik2 wayar di kepala katil tu ke atas....
tengah syok2 menarik...sambil mendengar gelak tawa korang.. (liyana & diyana) yang ibarat sedang merewang...
lebih meriah didengari dalam rumah ala-ala gua tu...(bayangkan formula 1 tu punye bunyi huhu)

tiba-tiba...
tet!tet!tet!trett! tretttt!!!

sesuatu terjadi kat aku
aku terus terkedu sambil memandang ke arah luar bilik (arah liyana & diyana yang sedang sembang)
diorg pon terkedu.
sambil terpinga2 menganga sebab tak dapat agak ape yang terjadi sebab bilik gelap...

Liyana bangun dan berjalan ke arah aku sambil berkata

"kenape???"
(ala-ala panik tapi cover :P)

wayar ni kena kipas...err..



sejak kejadian itu..
aku tak bawak laptop dah atas katil..
=_=''


Wednesday, February 22, 2012

WORDLESS WEDNESDAY