Di sini

Tuesday, May 19, 2015

BELI RUMAH AD-HOC PLANNING

Setelah 2 bulan berkahwin, aku merancang membeli rumah untuk tujuan investment. Idea ini adalah kerana, aku dan suami tinggal berjauhan, aku di Subang dan suami di Selama. Aku kerja swasta, dan pastinya di Selama sangat kecil peluang kerjaya untuk position seperti aku. Jadi, tak mungkin aku akan terus hidup berjauhan. Perancangan demi perancangan demi untuk hidup bersama harus aku lakukan. Syurgaku di tapak kaki Suamiku :'). Jadi, aku tak yakin sampai bila aku akan kerja swasta, silap hari bulan, aku terus jadi surirumah. Jadi, aku harus bersedia untuk lalui semua itu.

Dengan gaji sekarang, bekerja di Subang (Mei 2014), gaji aku layak untuk membuat pinjaman perumahan. Jadi aku memilih untuk membeli rumah sub-sale Apartment di Puncak Alam. Selepas google di mudah dan survey di kawasan sana juga, aku study harga market supaya aku tidaklah terlalu tertipu kan hihi.

Persoalannya, aku ada modalkah? hahaha...

Jika harga rumah dalam 100k, sekurang-kurangnya aku memerlukan 15% which means, 15k cash! takut tak?? haha.

Biasanya agen akan minta 10% deposit, terpulang macamana agen tu tentukan cara bayaran, lain agen@owner, lain cara ya, untuk aku, selepas bincang2,
3% booking deposit
2% selepas S&P
5% selepas KWSP

Itu baru 10% ya, which means 10k baru, lagi 5% tu lebih kurang untuk lawyer fees dan valuer, kita bayar sendiri tau.

Aku pun bertapa lah dalam bilik menggunakan ilmu Quantity Surveyor aku ni haha

Aku cuma ada cash RM2.5k ++ je, itu pun sebahagian tu duit hantaran oiiii. Deal dengan suami, pinjam 3k, dan aku akan bayar balik lepas keluar KWSP. Suami setuju, Yayy!!

Selepas tu, dengan yakinnya, aku setuju dengan pembelian rumah tersebut. Eh, macamana boleh setuju? duit baru 5.5k? Sebabnya, kan aku dah kira guna ilmu quantity surveyor aku tadiii haha. Dalam proses pembelian rumah ni, akan ambil masa berbulan, jadi sempatlah menyimpan sikit-sikit, bonus raya lagi hihi. Maka tergadailah duit hantaran aku tu di situuu huhu.

Bayaran:
Initial, bayar Rm3k pada agen sebagai booking dan deposit 3%
Selepas Valuation report siap, bayar RM600++ kot pada valuer company
Dah dapat lawyer yang di rekemenkan oleh agen, bayar lagi Rm2.3k
Selepas lawyer siapkan S&P,bayar lagi pada lawyer RM2k (2% deposit untuk owner)
Selepas lawyer siapkan dokumen, aku pun keluarkan duit KWSP aku, dan bayar lagi 5k (5% deposit)....tak lupa juga pulang duit suami 3k tu hahaha
Then, follow up demi follow up 3,4 bulan jugak, dapatlah kunci rumah! (March 2015)

Bulan March 2015, bulan terakhir kerja kat Subang, ngam-ngam jer, sekarang sudah berpindah di Ipoh, agaknya lepas ke nak beli rumah dengan gaji yang drop almost 1k?? huhu..
Syukurlah dah selesai, masa buat loan haritu, aku mark up loan sebab bank susah nak lepas kalau below 100k loan (90% kann). Jadi ada la lebihan duit tu sebab 10% dah bayar cash. Duit lebih tu, aku guna untuk buat renovation sikit kat rumah tu, yelah, nak buat rumah sewa kan.

Jadi, sekarang aku masih dalam proses membaik pulih rumah tu. yelah, sekarang sudah duduk di Perak, susah juga nak handle jarak jauh ni. Nanti aku ceritakan pulak macamana aku buat rumah ni dari dapat kunci sampai siap sedia untuk disewakan. ;)

Doakan semuanya berjalan lancar ya hihi

P/S: aku beli rumah ni guna nama aku seorang sahaja, aku simpan nama suami untuk buat loan rumah sendiri ke akan datang hihi. Simpan untuk dapatkan % loan yang lebih banyak. Paham tak? Tak paham cek cerita lain la naaa hihi



No comments:

Post a Comment