Di sini

Saturday, May 23, 2015

Restaurant Awesome in Ipoh & Kisah Sedih

Assalamualaikum.
Wah tajuk, restoran menyedihkan ker? Tidak, tidak.
Ia dua cerita berbeza tetapi berlaku dalam satu masa hihi

Semalam, family mertua turun Ipoh, melawat saudara-mara, termasuklah kami yang duduk di Ipoh ni hihi. Then, petang semalam kami ambil adik ipar yang bongsu tu, Faizin yang sedang belajar M.A di Tanjung Rambutan, bawak dia keluar makan. Kami ni orang Ipoh pun belum teror lagi kedai menarik di Ipoh ni, tapi kami main redah jela. Alhamdulillah, redahan kami berbaloi..



Restoran Kampung Ipoh

Haaa..ni lah restorannya, meriah tak? tengok depan tu tulis steamboat & grill. Jadi kalau sesiapa nak makan makanan sihat ni bolehlah ke sini. Malangnya aku tak study habis la makanan & harga diorang hihi.

Aku datang petang, so macam-macam makanan dia jual, ada jual roti canai ke, western ke, mee kicap ke, kue teow goreng ke ala-cart..semua ada lah! Service dia pun cepat. Presentation pon tip-top hihi
Suami order cafe latte2 macam tu, aku lupe lah
Bila air ni sampai, 'eh..ada asam? kenapa ada asam?'
Waitress sampuk, 'itu bukan asam, itu gula'
kah kah kah!

aku order 'baby chicken chop' RM10.90
comel je, sesuai dengan cuaca haha

Ni air minuman kami semua
suka sangat, cawan besar okay!
puas minum Kopi O

Makanan tu, adik ipar aku di Fathi tu punya, 
masa dia order, die sebut, 'kak..saya nak order spagetti bolog..ape ntah...' (sengaja)
Then waitress jawab, Bolognese =_='
ketawa geli hati aku tengok adik2 ipar aku ni nyakat haha


ha, ini mee kicap
menu suami aku
entah dia ni, suka sangat dengan mee kicap ni
emm...mee kicap ni macam sama je kan dengan mee wantan??

Okay, menu adik-adik yang lain, Nasi Goreng biasa jer,
Beria kutuk kopi-O aku menu biasa, ceiitt

Okay, dah kenyang puas makan. Dah selesai ibu bayar, kami pun nak balik ke rumah makcik kami.
Adik ipar aku yang dok menyakat tu, cakap kat ibu nak pergi toilet. Takpelah, sy dan husband naik kereta asing dengan diorang. Then husband nak pergi solat, Ibu nak pergi hantar adik bongsu tadi balik hostel, jadi kami pun berpisah dan beredarlah dan jumpa di rumah makcik sahaja

Dah selesai solat,
Dah gerak nak sampai Highway dah,
Fathi call suami,

Fathi: 'Angah, kat mana?'
Suami: 'Baru nak naik highway, kenapa?'
Fathi: 'Masalahnya, Fathi kena tinggal ni' (dengan nada selamba..)

Kah Kah Kah
Suami terus U-turn, aku dan suami tak berhenti ketawa hahahaha..

Bila dah ambil dia, dia cerita, keluar dari kedai tadi,
'Perghh myvi takde...'
'Perghh merc pun takde...'
tengok handphone, 'perghhh bateri pun takde..'

Hahahaha

Kesian gila survive cari charger kat kedai makan! haha

Okay itu sahaja, aku pun dah tersenyum-senyum dah ni teringat.
So, korang fikirlah apa pengajarannya ya? hahahaha

Yang depan sekali ni lah mangsa kejadian hahaha >_<
Sorry Fathi hahaha

No comments:

Post a Comment