Di sini

Friday, May 29, 2015

Kertas Kerja Kabinet Dapur

Awal Mei baru ni, aku ambil kesempatan cuti 4 hari tu untuk runner beberapa supplier yang boleh untuk projek rumah sewa aku di Puncak Alam tu. Aku fikir yang major je dahulu seperti api,air,elektrik,kabinet dan grill.

Api dan air dah setel semasa awal April haritu. Sebab kalau api air takde, macam mana kontraktor lain nak buat kerja kan. Tapi, sebelum aku mulakan penjajahan aku kat sana, aku sudah study beberapa harga daripada supplier untuk comparison. Aku cuma menggunakan khidmat online je, email dan whatsapp sahaja dengan agen-agen tersebut. Jadi, dapatlah beberapa harga sebelum aku buat survey kat sana kan. Aku survey untuk kabinet dan grill. Grill nanti aku cerita kat entry lain ye. Masih belum setel hehe.




Setelah beberapa pembacaan, terhasil lah lakaran kabinet ni. Oh ya, ukuran ni aku dah ukur sendiri masa awal April lalu. Dalam masa 3 hari setel semua urusan Majlis,TNB,Syabas,Pemaju, ukur rumah dan spot check keperluan rumah :D Gigih buat cepat-cepat supaya gap menganggur selama 3 minggu tu dapat dimanfaatkan dengan lebih harmoni bersama suami dirumah huhu.

Aku buat lakaran ini untuk dapatkan anggaran harga daripada supplier melalui online. Diorg nak sebut harga mesti kena ada ukuran kan. Kemudian aku mention juga jenis finishing dalam sebut harga aku. 
Contoh:
Table Top : Concrete 
Finishing: Tiles 2' X 2'
Cabinet : Melamine

Haa, camtu lah lebih kurang. Dah dapat 2,3 harga, aku pun barulah dengan yakinnya pergi survey di area Subang ketika cuti tu. Banyak kedai kat situ, tapi Public Holiday kauu 1 Mei dan Ahad tu, limit la sikit waktu yang ada. Then dapatlah satu kedai ni yang harga lebih kurang jer, tapi accessories dan design yang lebih menarik.

Harga almost 5k
Table Top : Solid Surface (Terpengaruh =_=')
Cabinet : Melamine
Free Dish Rack, Soft Closed & Aluminium at bottom cabinet

Selepas dia pergi ukur di rumah aku, disebabkan aku dah balik Perak, kami hanya berinteraksi melalui Email dan Wechat :D

Dia pun email kat aku layout kabinet tu. 



Aku tak puas hati sebenarnya layout yang dia bagi ni, macam tak detail tau. Aku sebut 'cross section' pon dia blur2. erghhh. Takpelah, proceed jer. Disebabkan dia baik hati sangat tolong belikan sinki baru untuk aku, so takpe huhu.

So, methodnya,
1)Booking deposit
2)Measure on site
3)Layout Design
4)50% payment
5)Installation Cabinet
6)Measure Top Cabinet
7)Installation Top Cabinet
8)Balance Payment

So sekarang, baru nak stage 5, baru nak install next week. Tak siap lagi, jauh lagi perjalanan hiks.

Nanti ada rezeki aku share lagi macamana cara kerja mereka tauu.

Ok byee


No comments:

Post a Comment