Di sini

Thursday, May 28, 2015

ISTIWA AGUNG (ISTIWA A'ZAM) : PELUANG MENYEMAK ARAH KIBLAT

Semalam Encik Suami ada share pekeliling Kedah yang menyatakan tentang 'peluang menyemak arak kiblat'. Peristiwa ini dikenali sebagai Istiwa Agung atau Istiwa A'zam dan juga dikenali sebagai Istiwa Matahari di mana matahari berada di atas titik zenith Kaabah (betul-betul atas ka'abah). Peristiwa ini berlangsung hanya 2 kali setahun. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk semak semula arah kiblat kita, lebih-lebih lagi yang baru berpindah-pindah tu kan.

Jadi, umat Islam boleh menyemak semula ketepatan arah kiblat pada  28 Mei , pukul 5.16 petang (hari ini!!!) dan 16 Julai , pukul 5.28 petang. Masa dan tarikh ini adalah sama bagi setiap tahun. Manakala bagi tahun lompat pula, ketepatan arah kiblat boleh disemak pada 15 Julai, pukul 5:28 petang dan 27 Mei pukul 5.16 petang setiap tahun lompat.


Apa itu Istiwa’ Utama Matahari?
Istiwa utama matahari atau istiwa’ adzam di Kaabah merupakan fenomena di mana matahari akan berada di titik zenith ketika istiwa’. Peristiwa ini akan berlaku 2 kali dalam setahun apabila nilai sudut istiwa’ matahari akan bersamaan dengan nilai latitude Mekah di mana Kaabah terletak.
Apabila istiwa’ utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arak ke kaabah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat di tempat-tempat lain di muka bumi. (Sumber:Google)

Panduan Menyemak Arah Kiblat:
1.   Pilih tempat yang hendak disemak arah kiblatnya dan pastikan iannya tidak terlindung dari sinaran cahaya matahari.
2.   Pacak satu tiang di kawasan itu dan pastikan ia tegak (90°) dan tegak.
3.   Pada waktu yang dinyatakan, tentukan arah bayang yang terhasil daripada tiang tersebut.
4.   Arah kiblat anda adalah arah yang bertentangan dengan bayang yang terhasil daripada tiang itu.

Jom semak! Jalankan tanggungjawab kita!

4 comments: