Assalamualaikum
dilema sungguh dilema. yelah, membeli rumah untuk di duduki sendiri amatlah cerewet okay. Either my husband or me, sama sahaja haha.
Memandangkan si isteri (aku la) sudah berpindah ke Ipoh (sebelum ni kerja KL), jadi dekatlah sedikit jarak saya dengan suami yang mana sudah setahun berjauh KL - Selama, Perak, walaupun bercinta jugak dari Ipoh ke Selama ni, tapi bersyukurlah jugak hihi.
Oleh itu, suami dan semestinya aku, berhasrat untuk memiliki rumah sendiri pada usia seawal muda remaja ini :B . Membeli rumah ini bukanlah satu perancangan yang mengejutkan, tidak juga perancangan awal (ermm macam tak paham ye). Hari demi hari, kami merancang dan terus merancang untuk kehidupan kami yang 'PJJ Husband & Wife' ni. Jadi, perancangan membeli rumah ini bukan hanya suka-suka lah ya, tapi antara usaha kami untuk hidup bawah satu bumbung. insyaAllah. Moga Allah S.W.T bantu kami :').
Jadi, berbalik kepada tajuk asal ye, DILEMA.
Misi Mencari Rumah
Pertama sekali, mestilah kami survey2 semua projek2 di kawasan yang berhampiran tempat kerja aku (Bercham). Setelah mebuat survey, beberapa perkara yang telah mempengaruhi keputusan kami.
Ciri-Ciri Kawasan
1) Berhampiran dengan tempat kerja
2) Kurang kesesakan lalu-lintas (dah puas kat KL sesak jer)
3) Jauh dari sungai (nampak rumah taman baru naik air..kesiann)
4) Bukan atas bekas lombong (Ipoh banyak lombong weii)
5) Bukan atas bekas tempat perlupusan sampah
6) Lain2 kemudahan, supermarket, sekolah (ceceyy), kedai, access highway
7) Jauh dari kandang haiwan Ba Alif ye.
Kawasan yang kami survey
1) Meru
2) Klebang
3) Bercham
4) Gunung Lang
1) Meru
Memang banyak projek perumahan, dan kebanyakannya pastilah ELIT2 belaka. Kalau ada yang berpatutan pun, dah habis! Kalau ada perancangan projek akan datang pun, mungkin mereka masih meeting haha. Meru ni kawasan dia cantik, jenih tanah bukit (Tanah masih merah) kebanyakannya. Dan perancang bandar menyatakan yang kawasan ini akan menjadi pusat-pusat perkhidmatan awam seperti yang sudah sedia ada sekarang, Jabatan Bomba dan...oh..lupa erkk. Jadi untuk tujuan-tujuan investment, sangatlah strategik kawasan ini. Semua ciri-ciri, PASS! tapi apakan daya, dah habis kan? bye-bye sedih..
2) Klebang
Klebang antara tumpuan para pemaju untuk membangunkan kawasan ini. Hal ini kerana pembinaan AEON Klebang sedang dijalankan di kawasan tersebut. Jadi aku pun agak terpengaruhlah disitu, Ciri-ciri kawasan pun, jauh sedikit dan sibuk sedikit jalan-raya, dan ada beberapa kawasan yang dekat dengan kawasan haiwan B tu (bau sikit) yang lain o.k. Ape pun, disebabkan banyak projek kat sini, aku pun cuba mempertimbangkan perumahan kawasan ini. Dah booking 2! erk..nanti cerita..
3) Bercham
Jalan masuk yang agak sempit...tak teratur. dekat memang dekat, tapi jalanraya nampak sibuk. rimas pulak rasa. projek pun tak banyak, so aku pun tak masuk sangat lah rumah contoh hehe.
4) Gunung Lang
Hurmm...cantik memang cantik rumah kawasan ni. Memang dari segi ciri-ciri kawasan tu PASS! cuma bab harga tu kami tak beranilah nak cukup2 makan sangat hihi. Setakat ni tak banyak rumah. Aku nasihatkan kepada yang nak membeli rumah dalam 1@2 years ni, cuba follow progress developer kawasan ni (Lang Development kott), aku tengok, banyak lagi tanah yang berpotensi untuk menjadi kawasan perumahan terutama selepas bangunan kerajaan beranak-pinak kat meru tu hihi. Mane tahu, dia nak launch rumah kos berpatutan ke kan, awak untung tauu!
Okay! apakah pilihan kawasan yang kami pilih? Klebang jela yang ade kan hihi. Di Klebang ini, kami membuat beberapa survey di beberapa pemaju.
Antaranya:
1) MK Land, Klebang Putra
2) Namcom, Klebang Ria
3) Suria Hill, Klebang Impian
4) Harmoni Park, Klebang Mutiara
O.k. Suria Hill, reject, tinggal Semi-D je yang berharga about 500k. Dan ciri-ciri ke 7 tu ada ye erk.
Balance, 3 kawasan ni yang menjadi dilema. tapi dua jer baru booking, Putra and Mutiara. Ria tu o.k cuma booking mahal sikit ye, 2k, kalau cancel burn tauu. Putra tu dapatlah jugak refund 80% and Mutiara tu 100%. daripada 1/4 Ria tu yang berani booking hihi.
Pada mulanya, setelah terlepas pilihan pertama (habis dijual setelah kami habis berfikir ceit) rumah setingkat dengan harga lebih murah, kami pun segera booking rumah setingkat baru yang mahal 20k. Dah booking, balik2 kira2, eh, kenapa yang 2 tingkat phase 1 ni murah 3k dari rumah setingkat? kami pun 5hari kemudian, datang lagi jumpa salesman nak tukar kepada rumah phase 1 tu, tiba2 habis jugak! kau rasa? tapi rumah 2 tingkat phase 2 baru launch, mahal 3k dari rumah setingkat tadi, means mahal 6k dari phase 1. Sama size ye, harap maklum. Fikir punya fikir, kami berhasrat nak pilih yang dua tingkat tu jugak. Yang buat kami goyang tu, sebab takde progress apa2 ye kat site haha.
Ria tu pulak, suami yang pergi survey sorang2 sambil tunggu si isterinya tengah kerja hihi. tengok harga macam mahal sikitlah RM per SQF. Tapi die ada pilihan rumah setingkat RM200+- jer. Tapi aku rasa macam kecik kot (macam ramai jer ahli members aku and suami, berdua jer kot, itu pun ntah bila haha). Rumah dua tingkat dia pulak, agak mahal berbanding Putra tadi. Tutup mata jelah dulu, tapi nak tengok jugak rumah contoh nanti hihi.
Setelah selesai, esoknya, nak pergi rumah makcik, nampak pulak banner Mutiara tu! terusss follow and tengok rumah contoh. Not bad la design dia. Kami tengok rumah 1 and 1/2 tingkat dan rumah setingkat corner. rumah 1 1/2 tu, memang cantik sangat, cuma hall kecil la, bilik lagi selesa haha. Rumah teres corner pulak, aku suka sangat! walaupun building rumah tu kecik, tapi ada kawasan tanah yang boleh extend tumah tu akan datang. tapi rumah 1 1/2 tu cheaper 4k dari corner. Macam2 harga diorg ni. =_=' Suami pun macam suka, aku pun suka, then sebab deposit boleh pulang 100%, kami pun tanpa was2 booking jer corner lot teres tu tanpa segan silu haha. sebab kami tak banyak masa, balik baru study haha.
O.K, Lepas tu balik, aku study, aku dilema.
Semua ada pro and cons.
Next time la aku cerita comparission yang mendilemakan aku ni. sobss.
Bye.
P/S= takde gambar, P.C office.
No comments:
Post a Comment