Di sini

Wednesday, May 27, 2015

DECO 4 RUMAH DALAM SATU MASA?

amboiii..banyaknya rumah..Aku baru kira 10minit lalu hihi.
Hari ini, aku sibuk ber'blogwalking. Tapi, aku banyak tersangkut dengan idea-idea dekorasi rumah, contohnya blog 'aku bukan bidadari ' tu. Memang penuh inspirasilah buat aku! Sampai berangan-angan aku dibuatnya haha.

Berbalik kepada tajuk tu, 4 rumah? ya, 4 rumah. Tapi satu je yang pasti milik aku haha.

1) Rumah Kuaters Teres Dua Tingkat Tempat Suami Bekerja
Sebelum aku pindah ke Perak, aku stay bersama abang aku dan kak ipar di Selangor. Jadi, kami tiadalah rumah sendiri kan. Tapi, ngam-ngam la juga suami dapat duduk kuarters dalam beberapa bulan sebelum kami berkahwin. Jadi, itu sahajalah rumah kami. Itu sahaja? Besar kot rumah tu, double storey, end lot banyak tingkap tau...mengutip la langsir kat kampung hahaha. Asalnya malas juga nak menghias,mengemas,mendeko rumah ni sebab fikir, kalau pindah nanti susah nak angkut barang. Tapi dah setahun aku fikir, tahu lah kan, kerja government ni, tak boleh nak baca peluang2 pindah tu, nak-nak boss kepada suami memang taknak lepaskan dia dari daerah tu T_T. Lepas tu, masa aku cuti berpantang, aku habiskan lagi sebulan duduk bersama suami, memang tak duduk diamlah aku, dalam pantang tu jugaklah nak mengemas bagai. Pastu, dalam cuti tu juga fikir, pasrah jelah beli perabot, kalau pindah pun mengangkut jelah, sekurang-kurangnya, takde lah semua nak kena beli kalau dah duduk rumah sendiri nanti. Jadi, terbelilah perabot sambil mendeco rumah bagai. Memang laju otak fikir deco. Ini lah rumah pertama yang aku deco. Dah selesai deko, aku tinggalkan rumah tu dalam jagaan suami sebab aku dah kembali bekerja. Kalau cuti hujung minggu balik sana pun tak sempat sangat nak tambah itu ini sebab sibuk mengemas yang tak terjaga tu T_T

2) Rumah Apartment di Puncak Alam
Aku beli rumah ni dari tahun lepas, bulan March tahun ni baru dapat kunci seperti mana yang aku cerita pada Entry yang lepas. Jadi rumah ni memang aku beli untuk tujuan investment sebab aku memang planning nak pindah Perak tahun ni. Jadi, dengan kelayakan gaji KL tu aku cepat-cepatlah beli, kalau gaji sekarang susah sikitlah kan, lagi-lagi nak bayar lawyer tu tau. Jadi, rumah ni memang tengah stage renovation and decoration la kan untuk kemasukan pelajar bulan September nanti, kalau tak silaplah. Sekarang tengah proses buat kabinet dapur, pasang grill dan pasang fitting elektrik. Ha, elektrik ni syukurlah abang aku wireman, upah free hihi. Jadi, aku pun masih pening-pening lagi nak fikir keperluan lain untuk disewakan kepada pelajar (target pelajar jelah). Lagi-lagi rumah tu jauh nak pantau dari Perak ni Y_Y. Banyak juga aku melabur kat rumah ni walaupun hanya rumah sewa. Nanti aku share apa yang aku dah buat kat rumah ni.

3) Rumah Sewa Teres Setingkat Ipoh
Beberapa minggu lagi aku akan menyewa kat sini. Kenalah menyewa rumah, sebab senang kalau aku tak dapat balik Selama, suami nak balik Ipoh ada la tempat selesa sikit. Sekarang aku cuma menyewa bilik sebab urgent sangat. Tak bolehlah harapkan rumah saudara-mara dan hotel selalu. Rasa macam tak tentu arah gitu huhu. Rumah ni kunci dah dapat, duduk belum lagi, yelah, takde barang lagi, aku pun macam ralat je nak beli barang itu ini sebab dah membeli masa di Selama kan. Aku kena lah berpada-pada. Tapi hat dapur masak, peti ais ke, mesin basuh ke, tv ke, susah jugak kalau takde kan. Tak boleh tahannn haha. Tapi bila aku tengok rumah tu kelmarin, suram je, aku geram je tengok rumah tu, nak je aku transform. Tapi mungkin juga la aku belai sikit rumah ni kan walaupun rumah sewa. Lama juga nak duduk kot. Mungkin 2 tahun sementara nak duduk rumah sendiri hiks. Jadi otak aku pun dah fikir-fikir dah macamana nak deco rumah ni dengan barang yang minima tapi nampak padu haha. Tolonglahhhh..

4) Rumahku Syurgaku
Cehhh...Hat ni kami baru booking ja, belum sign agreement lagi pun. Beli rumah ni guna nama suami pulak. Nama aku ni dah maksimum dah 60% komitmen haha. Belum sign tau, tapi bila aku ngadap layout kat pamphlet rumah tu, aku dah fikir dah macamana nak deco, sedangkan rumah tu baru tolak tanah je kat tapak. Parah aku nih haha

Well, inilah pemikiran seorang isteri kan? majoritinya suka deco rumah sendiri hihi. Supaya suami suka duduk rumah ye dak? :P
Jadi, berkemungkinan cerita yang bakal dikongsi dalam blog aku ni mungkin kebanyakannya mengenai 'dekorasi' hihi. Sebab idea dekorasi adalah hak milik setiap isteri hahaha.

OK sambung blogwalking dekorasi yukk hihi
Bye

No comments:

Post a Comment