Di sini

Sunday, May 24, 2015

Juara Piala FA 2015 Milik LIONS XII

Salam hujung minggu.
Kecoh-kecoh pagi ini,debaran berakhir dan kemenangan berpihak kepada LIONS XII.

Wahh...aku tengok bola.hihi. Tak salah kan perempuan tengok bola? Asal kau jangan buat statement mengarut sudahlah hihi. Bagi aku, tak kisahlah perempuan ke lelaki, kalau kau faham rules main bola ni, kau tak bosanlah. Boleh layan. Then, satu advantage tau bagi isteri-isteri, boleh teman suami tengok bola bersama di rumah. Tiadalah kena tinggal sorang-sorang kat rumah akibat suami cari geng tengok bola di luar hahaha.

So, malam ni macam biasa ber'weekend' dengan suami dan minggu ni berlokasi di Selama. Aku yang sibuk cakap kat suami malam ni nak tengok bola hihi. Aku pun taknak ketinggalan, lagi-lagi Final kottt. Unless game Malaysia ni clash dengan game international, macam FIFA ker, mungkinlah aku tak follow sangat game Malaysia haha (cehh..macam aku follow sangat FIFA tahun lepas kihkih). Tapi, agak-agak takda pengetahuan tentang bola, tak perlulah share something wrong dengan confidentnya seperti yang pernah terjadi 'viral' suatu ketika dahulu hihi.

Perlawanan akhir bola sepak Kelantan vs LION XII yang berlangsung malam tadi tu sudah diibaratkan seperti perlawanan dua negara. Walaupun aku bukan orang kelantan, pastinya aku menyokong pasukan Malaysia untuk perlawanan final ni. Aku suka sangat tengok game malam tadi, walaupun kemenangan tidak berpihak pada pasukan Kelantan, tetapi aku rasa pasukan Kelantan sudah memberikan persembahan yang cukup mantap. Aku sangat puji okay. Sangat rancak dan kemas. Jadi kami yang menonton dengan harapan ni taklah kecewa sangat kalau tengok diorang main kemas. Gol penyamaan dari Wan Zack Haikal tu memang memuaskan hati selepas banyak kali percubaan untuk membolos gol pihak lawan gagal.

Walaubagaimanapun, Tahniah pasukan LION XII di atas kemenangan untuk Piala FA 2015. Moga tahun depan piala boleh kembali ke bumi Malaysia. Kipidap haha


Pasukan LION XII
Sumber : www.sumber.com



No comments:

Post a Comment