Di sini

Wednesday, May 13, 2015

DILEMA MEMBELI RUMAH PART 2

Hai. Kita sambung cerita semalam .

Setelah menelaah pamphlet semua tu, terdapatlah beberapa kriteria yang aku bandingkan, pro and cons setiap rumah.

Pilihan 1
Rumah Double Storey : Klebang Putra

Harga :Medium (RM266+k selepas tolak macam2)
Keluasan: 20' x 65' (building 20' x 35' & 20' x 31' )
which means: RM205/SqF overall @ RM380/SqF building


Pro
*Lebih privacy (atas)
*design: ada utility room, back yard, ruang keluarga (atas,kecik je pon), nice view
*ada la tingkat atas kalau nak lari dari banjir (nauzubillah)
*kerangka bumbung keluli
*jarak dari sungai, o.k. jauh sikit.
*bukan atas bekas lombong


Cons
*penat naik tangga, angkut barang naik tangga, banyak lepak bawah jer
*paling2 nak extend pun, dapur jelah sikit jer.
*tiada kawasan bertanah
*dinding bata pasir (berpotensi panas)
*tiada rumah contoh nak tengok, no progress on site.


Pilihan 2
Rumah Single Storey Corner Lot : Harmony Park

Harga: Higher (RM292k tiada apa2 yang boleh ditolak)
Keluasan: 40' x 60' (building 20' x 40')
which means : RM 122/SqF overall @ RM365/SqF building

Pro
*Ada kawasan tanah
*view pun cantik
*design ok la kalau setakat nak start hidup, nak2 kalau masih berseorangan tiada teman sobs.
*Dinding bata merah (sejuk sikit, and dari segi penebatan api, lebih tahan)

Cons
*kerangka bumbung kayu pulak (5 tahun je warranty tau kalau kayu ni)
*Betul2 atas bekas lombong weh (Gigih aku study map kat google,compare by satelite and gambarajah tu, memang la boleh kalau developer dah upgrade tanah, tapi aku pun tak pasti la kerja settlement tanah diorang tu kan, entah cukup kuat ke tidak =_=')
*Sungai betul2 sebelah taman. (Masa datang tu tak perasan, hasil google jugak, nampak sungai tu, rumah tu hujung blok sini, sungai tu hujung blok sana. =_=')
*Kalau air sungai tu naik, nak lari mana? rumah setingkat weh..


Pilihan 3
Rumah Double Storey : Klebang Ria

Harga : Highest (RM302k lepas tolak itu ini kot)
Keluasan: 22' x 70' (building 22' x 45' & 22' x 47')
which means : RM196/SqF overall @ RM292/SqF building

Pro
*Almost same putra (opposite putra jer, same area)
*Dinding bata merah (lebih than putra)
*Lebih luas (than putra)
*tak perlu extend kot hihi
*Rumah on progress rasanya (belum tengok lagi yang mana satu, tapi area situ progress macam 50%)

Cons
*semuanya lebih, harga pun lebih, installment pun lebih la kann. sian abam kite
*dia tak mention kat pamphlet tentang kerangka bumbung. FBI perlu siasat haha


O.k...inilah dilema aku. masih dalam hard study.
1)Kalau ikut kemampuan, pilihan 1 kot
2) kalau ikut keselesaan lutut dan bercucuk tanam dan duduk jangka panjang, pihan 2 kot
3) kalau ikut hati, puas hati, pilihan 3 hahaha.

Setakat ni, memang aku berat kepada pilihan 1.
Will see upcoming months for results haha.

Bye.
P/S Mai la bantu kita buat pilihan :B




4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hai awak. tumpang lalu. tgh survey2 rumh kt ipoh jgk.hihi. sy bru je book rmh stingkt di klebang putra.ok tak agak2 nya. 2018 br siap. awk bli rmh mana

    ReplyDelete
  3. hai awak. tumpang lalu. tgh survey2 rumh kt ipoh jgk.hihi. sy bru je book rmh stingkt di klebang putra.ok tak agak2 nya. 2018 br siap. awk bli rmh mana

    ReplyDelete
  4. hai awak. tumpang lalu. tgh survey2 rumh kt ipoh jgk.hihi. sy bru je book rmh stingkt di klebang putra.ok tak agak2 nya. 2018 br siap. awk bli rmh mana

    ReplyDelete