Ya betul. Tengkorak bersuara.
Well, itu kenangan aku zaman kanak-kanak.
Suatu petang, main masak-masak, biasalah gugurl, sape tak pernah hihi. main masak-masak luar rumah, atas pangkin batang kelapa. Best wooo
Menu petang itu adalah sambal inai haha. Nak tumbuk inai la konon. Jadi adik aku, pegilah kutip inai di suatu pokok yang agak jauh dari aku, 50 meter kot. Tengah-tengah layan tetibe dengar bunyi dari arah kiri aku (adik aku arah kanan). Bunyi seperti... 'Hooooghhh'. Aku tengok kiri, lebih kurang 70m dari aku, aku nampak kepala tengkorak atas batang kelapa yang melintang atas tanah (tumbang).
'Noinnn, meh la sini', aku jerit panggil adik aku tanpa beritahu kenapa. Masih tenang.
'Kejaplah, baru sikit ni' adik aku sahut.
'Hoooogghhh' Tengkorak tu pun nak sahut jugak. =_="
Aku jerit lagi, 'Noin dah la tuuu, dah cukup dahh,meh la siniii'
Adik aku tak toleh pun, 'Kejap lagiii'
'Hooooghhhh' Tengkorak tu jawab lagi.
aishh, ape nak buat nih waktu tu. 2,3 kali panggil adik aku, 2,3 kali 'benda' tu pun nak sahut jugak.
Tiba-tiba,
IZAAA!! NOINN!! MASUKKK, ADA HANTUUUU!! Abang aku jerit dari dalam rumah.
Berseleraklah aku berlari menuju kerumah. Noin yang pelari lagi laju dari aku pun, aku mampu tinggalkan sebab aku lebih tahu! hahaha.
Masuk rumah, ingat nak intai kat tingkap. tak jadi, kang bukak tingkap tiba-tiba muncul depan tingkap tak pengsan koma dibuatnya kauu haha.
Itu sahaja. Ini kisah benar yang aku lalui sendiri. Satu-satunya kenangan dengan mahluk sebegitu. Arrghhh, aku taknak tambah kenangan macam tu lagiii.
Tapi, bila dah besar, aku flash back balik bersama abang aku, aku tanya dia, betul ke dia nampak hantu? Dia kata betul. Nampak tengkorak nak cekik aku. Tengkorak tu keluar dari tanah, belakang aku, nak cekik aku. Tapi kawasan yang abang aku maksudkan, bukan atas pangkin ni. Musykil kat situ. mungkin, ada 2 kali kejadian berkaitan tengkorak ni.hihi.
Pengajarannya, jangan nak main luar rumah petang2 sangat. Biar anak mahupun mak bapak. Memang waktu tu dah petang sangat, almost 7pm sebab aku ingat waktu tu aku dah mandi haha.
Benda-benda macam ni memang ada. 'Hijab' kita je antara terbuka atau tak. Zaman kanak-kanak memang nampak sikit benda2 cenggini kan. Haa...naik bulu roma ker tuu?? hihi
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. haha. bye!
No comments:
Post a Comment