Di sini

Saturday, June 27, 2015

Berbuka Di Rumah VS Di Luar

Belum sempat 1 Ramadhan, pasti promosi berbuka puasa sudah mula diwar-warkan. Tak cukup itu, ramai juga yang sudah plan untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan di mana-mana seperti hotel, restoran dan pot-luck mungkin. Tak kurang jugak yang terlibat dengan event majlis berbuka puasa seperti berbuka bersama anak yatim.

Aku? kebanyakannya aku akan makan di luar jika diajak oleh rakan ataupun tak sempat balik rumah gara-gara shopping raya hihi. Tapi aku sangat jarang teringin nak makan di luar. Aku lebih selesa berbuka di rumah sahaja. Tak kiralah juadah itu di masak atau pun made in bazzar hihi.

Antara faktor aku malas nak berbuka di luar, aku malas untuk:

1) Terkejar-kejar nak solat
2) Booking
3) Bersesak Parking
4) Beratur bayar
5) Perlu habiskan makanan segera kalau tempat berbuka tiada surau. Memang tak habislah jawabnye.

Jadi, kebiasaannya kalau aku kena berbuka di luar, aku akan pastikan beberapa perkara:

1) Buka dulu atau solat dulu
2) Surau di mana
3) Perjalan trafik surau ke tempat makan
4) Masa untuk makan
5) Booking available

Lepas tu, baru la aku pergi kepada menu dan harga yang berpatutan.

Kalau aku tak plan dengan baik, makanan sedap pun aku terpaksa tinggalkan dan tak dapat menikmati sebaiknya huhu.

Tapi kalau di rumah, sendiri sedia maklumlah kebebasan dan keselesaan yang kita ada berkenaan masa, makanan dan solat PLUS sempat solat terawih berjemaah di Masjid (kepada lelaki khususnya).

Jadi semalam, puasa hari ke-9, first berbuka di luar bersama terchenta hiks. Berbuka atas sebab tak sempat berbuka di rumah. Bukan sebab shopping raya (amboi mentang-mentang gomen dah gaji kome pikir shopping raya je yeee hihiihi) tapi sebab mengemas untuk berpindah rumah untuk isteri dari bilik sewa ke rumah sewa. Berpindah buat kali ke-3 untuk tahun ini =_=. Dan kali ke-4 telah dirancang next coming 2 months =_="""" penat pindah!!!

Okay, memandangkan kami membeli perkakas rumah di area Meru, jadi kami secara spontan sahaja memilih kedai ini untuk berbuka. DAPUR IKAR BAKAR. Seperti yang aku habaq tadi, aku akan pastikan perkara-perkara tu smooth je nanti.


Kalau ikut standard perut aku, ini menu nafsu. Di sebabkan ada dua nafsu makan kat sini, terlebih sikitlah makanan ni. Tak habis sebab rasa perut tak best.

Aku suka ikan bakar dia, kuah dia tu aku suka nyum2. Sejak kenal suami baru pandai makan ikan bakar sebab kat Muar banyak restoran ikan bakar dan sedapppppp!



 Abaikan muka orang macam first time puasa hihi.

Last but not least,

Sedapkan air ni? hihi.
Ops sorry :P

**Sambil makan suami bersuara "Ada hadis Rasulullah tu beritahu, jika kita rasa makanan ini cukup untuk kita seorang, sebenarnya cukup untuk dua orang". Aku terus flash back orang susah tak cukup makan rasa insaf kejap huhu. Then aku balas, "kalau kita rasa makanan tu melebihi seorang makan??" errrr...

2 comments:

  1. saya pun lebih suka berbuka di rumah.
    amat jarang sekali buka di luar atau membeli di bazar melainkan ada jemputan atau tak sihat untuk masuk dapur

    ReplyDelete