Haaaa...pernah ker?
aku? pernah kot zaman kecik-kecik dulu. Yang paling aku ingat adela sekali tu, masa tu darjah tiga tak silap. Satu hari tu, macam lepas main sikit-sikit kat luar, masuk rumah terus ke dapur terus minum air kauuu. Ayor teh sahur gamaknya kat dapur tu sedap je hirup penuh yakin pastu cawan tak basuh tinggaii jaa haha
Pergi depan balik, kakak tanya, 'kau minum ke?' Jujur dan tenang je jawab. 'Yelahhh' soalan apekah itu? otak berbicara. Ehhh..haaa haaa..baru semua nak tercengang dan aku sekali. Lepas akak aku tengok aku tercengang gitu, maka yakinlah bahawa adiknya ni memang lupa kannn bukan pontengg. ceittt. Terus akak aku kata 'terlupa takpe'
Hmmm. Ingat aku senang-senang ke nak terima ayat tu. Masa tu mana la aku faham sangat maksud takpe terlupa tu kan. Kesannya aku pi berjemur bawah panaih mentari petang pukul3 tu bayangkan, dengan harapan air aku minum tadi kena sejat balik. Tu dia, pemikiran sains budak darjah tiga. Hakikatnya aku rasa bersalah sangat dengan Allah SWT masa tu sebab terlupa. Aku mungkin faham 'takpe' yang dimaksudkan tu hanya dari manusia tapi bukan dari Allah SWT. Aku rasa Allah sangat Murka! Huhh..begitu sekali perasaan kanak-kanak aku. Sangat berwibawa erk.
Tapi tak lama la, 20minit gak kot, pastu masuk rumah sebab boring duk bertapa tengah panaih apehal =_='. Pastu teruskan berpuasa. Bila makin besaq, aku makin tahu dan buat aku makin bersyukur sebab aku terpilih untuk lupa puasa and dapat rezeki minum time puasa hihihi. Alhamdulillah. Hangpa jangan doa plak naa nk mintak terlupa puasa :DD
Aku tolong remind hari-hari bahawa hangpa semua tengah puasa hihihi.
OKlah, selamat menjaga tutur kata di bulan mulia ni. tata
Alkisah....biasala zaman kanak kanak...Salam Ramadan sis..berkenaan dgn susu dan kurma..melalui pembacaan Sal boleh..cuma utk buah yg masam perlu dielakkan ..tak elok utk penghadaman..yg manis ok dan sebaiknya digantikan dgn kurma@kismis.. betulkan klu Sal salah ya..
ReplyDeleteAlkisah....biasala zaman kanak kanak...Salam Ramadan sis..berkenaan dgn susu dan kurma..melalui pembacaan Sal boleh..cuma utk buah yg masam perlu dielakkan ..tak elok utk penghadaman..yg manis ok dan sebaiknya digantikan dgn kurma@kismis.. betulkan klu Sal salah ya..
ReplyDeleteoh yeke...sy pun tak study detail. spontan je tye hihi. neway thanks sharing :D
Delete