Yayy, ade botol air baru dahhh. TADAAA!
Ohh, sorry, ini bukan spam syarikat lembu ye. ini kisah benar. Inilah botol air aku sekarang bermula semalam! Sebenarnya, aku kehilangan botol air aku cap tupperware (ceittt..) yang banyak berjasa tu. Kehilangan botol air aku tu sangat misteri. Suami pun dah pening melayan isterinya yang menyuruhnya mencari berkali-kali dalam keretanya :'DD. Sorry sayang...dah tu, tak reti2 ke belikan baruuu haha.
Cenggini la botol air aku yang kaler pink yang hilang tu. Aku yakin sangat kali terakhir botol tu dalam kereta suami aku sebabbb aku ingat dia nak paw air aku tapi dah habisss. 'Di...mana...kan ku cari ganti...se...rupa denganmuuuu'. Oh, mestilah ade yang serupa, nama pun cap tupperware, cari sahajalah dekat stokis kan hihi. Cuma aku je takde masa, tapi aku tengah tunggu kad member tupperware aku yang di pos ke rumah tu sampai dulu, baru aku beli hihi. Excited la sangat kann.
Sejak kehilangan botol air, aku asyik lupa jer nak beli botol air baru. Maklumlah, urat banyak putus masa bersalin dulu (kahkah!, alasan mak-mak).Tak kisahnya macamana rupenye asalkan mudahkan aku hihi. Jadi, akibat keterlupaan aku tu, hari-hari la bawak botol mineral kecik tu. 2 kali sehari tukar botol. Kadang hari-hari sebab lupa. Sehinggalah aku dipertemukan jodoh secara tidak sengaja dengan botol cap Farm Fresh ni. Aku niat memang nak beli susu ni jelah nak minum. Tapi aku baru minum sikit, lepastu lupa, 5 hari kemudian, macam sudah enggak enak baunya. Biasalah, susu segar, mudahlah rosak. Jadi, akibat keterkilanan aku disitu, aku cuci bersih-bersih botol ni, aku manfaatkannya sebagai Botol Air Baruuuu. yeahh.
Teringat jugak dulu-dulu zaman sekolah, kitar semula botol air tu memang dah jadi trend la. Kalau botol air jus mangga ke, kira best la tu berbanding dengan orang botol air mineral jerk hikhik. Tapi sampai universiti kot ade jer orang pakai botol air mineral *including me! kahkah.
Bila sudah dijodohkan dengan botol ini, aku rasa macam o.k jugak sebab ia boleh mengisi air sebanyak 1 liter air berbanding botol air comel aku tu yang hanya 500ml jer. Jadi, kononnya banyak la sikit minum air tu kan.. *glupp gluppp. O.k, baru minum jap hihi.
Aku ni bukanlah jenis yang suka minum air, bawak botol air dari zaman bayi sehinggalah degree. Kalau aku bawak pun kadang-kadang kawan jela yang tolong habiskan. Kalau sekolah rendah dulu mama tolong tapau milo, memang basi la tak terminum haha. Tapi kesedaran tu datang sejak aku bekerja. Lagi pun, masa kerja senang sikit nak ingat untuk minum air. Nak ingat tu memang susah, tapi letak je tepi meja, kalau agak nak Take 5 tu, paksa jela minum even seteguk pun. Macam tula cara aku mendidik diri sendiri untuk minum air putih. Sekarang macam tak boleh dah kalau takde, terasa kering tekaknya haha.
Kesedaran tu jugak bermula daripada status seseorang dari Facebook yang menyatakan bagaimana cara nak kira air yang kita perlukan dalam badan kita.
Aku malas nak kira sungguh-sungguh, nak tahu sungguh-sungguh formula korang boleh klik sini. Kalau untuk anggarannya, kira-kira 25kg berat badan kita bersamaan 1 liter air. Jadi sebagai contoh, berat badan aku 50kg, aku memerlukan 2 liter air. Tapi ikut formula, aku cuma perlu 1.67liter air sahaja minimum. Tapi aku minum air putih 500ml je sehari hikhik. Maafkan patik penunggu gua, maafkan patik penunggu gua hihi. Tapi at least aku minum la jugak kan. Dari takde.
"Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.
Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).
Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan." (sumber: http://healthierlife4uandme.blogspot.com/2011/05/kepentingan-air-terhadap-tubuh-badan.html)
Bila aku baca satu artikel ni, patutlah aku mengantuk sangat dulu zaman sekolah. Memang kecoh lah satu sekolah aku kuat tidur. Sampai Penolong Kanan sekolah pun jerit panggil aku 'hei budak kuat tidur,kau mari sini kejap!' sebab ada cikgu report aku kuat tidur. =_= Baru sekarang nak menyesal, memang tiada berguna. huhu
Tapi yang lepas tu biarlah lepas kan, sekarang pun belum terlambat kan. banyak lagi tahun usia kita boleh buat, insyaAllah panjang umur. Minumlah pada kadar anggaran tu sekurang-kurangnya. Tapi kalau korang jenis aktif, lebihkan jugak air tu. Macam tu jugak orang yang ambil supplement, kena minum banyak air jugak. Tapi tapi tapi, minum air secara berlebihan juga tak elok tauuu.
Kevin Zahri kata, minum air berlebihan boleh mengakibatkan peningkatan jumlah isipadu darah kita. kalau darah makin meningkat, makin bekerja keras lah jantung dan saluran darah kita. Macam tu jugak buah pinggang kita, makin lama lah waktu operasi penapisan dia. Bahaya tau...nak tau lebih lanjut, klik sini, kevin habaq cepatt.
Jadi, kesimpulannya minumlah air pada kadar optimum. Sepertimana sunnah yang kita sedia maklum, besederhana itu adalah lebih baik kan kan.
Jadi, jom beli botol cap tupperware, siap measurement tau. So korang tak payah susah2 simpan memori berapa gelas yang korang dah minum hihi.
P/s: Aku bukan buat iklan tupperware ye mahupun Farm Fresh. hihi. Tapi susu tu sedapp! hihi
No comments:
Post a Comment