Seperti yang kita sedia maklum gempa bumi yang berlaku di Sabah bermula Jumaat lalu, 5 June 2015 telah menggemparkan negara. Susulan gempa masih berbaki sehingga pagi tadi seperti yang dilaporkan dalam harian metro online.
Sumber Gambar: Google
Pada hari Jumaat lalu, bila aku dengar berita ini, aku ingat gurauan. aku tengok abg BEN update pun, macam tak pasti gambar tu dari mana. Yelah, mana pernah Malaysia ada gempa bumi sehingga merosakkan harta benda lebih-lebih lagi melibatkan nyawa. Kalau ada pun, hanya tempias gegeran dari negara jiran.
Tapi, setelah beberapa orang update di facebook, aku mula lah percaya. Memang menjadi sejarah terutama warga Sabah. Dengan keadaan fizikal gunung yang dikenali sebagai Donkey's Ear yang merupakan icon negeri Sabah juga runtuh.
Sumber Gambar: Google
Pada hari pertama kejadian, semua masih tertanya-tanya apalah nasib lebih kurang 137 pendaki yang masih berada di atas Gunung Kinabalu tu. Waktu tiap waktu, persoalan terjawab setelah sedikit demi sedikit berjaya turun samada dengan sendirinya mahupun dengan bantuan malim gunung.
Yang ini aku sangat tertarik. Yelah, bila kejadian seperti bencana alam ini, sudah pastinya pasukan penyelamat seperti Bomba khususnya akan dikerahkan ke tempat kejadian bagi urusan membantu dan menyelamat. Ya, pasukan bomba sangat komited dalam melaksanakan tugas mereka.
Sumber Gambar: Google
Tetapi, yang paling menarik perhatian aku adalah malim gunung. Kepada mereka yang tidak tahu siapakah malim gunung ini, mereka adalah individu yang bekerja mengangkat barang-barang keperluan seperti beras, gas, tangki air dan lain-lain ke penginapan Laban Rata. Mereka juga mengangkat barang-barang pendaki ataupun pendaki yang tercedera atau sakit jika perkhidmatan mereka diperlukan. Mereka dikenali sebagai 'porter'.
Ketika operasi OPS KINABALU ini berlangsung, malim gunung ini memahami bahawa mereka amat diperlukan untuk operasi membantu dan menyelamat memandangkan malim gunung sudah biasa dengan kegiatan naik dan turun di gunung itu. Secara sukarela, mereka mengambil risiko sejak hari pertama lagi untuk membantu menyelamatkan pendaki lain. Sungguh terharu!
Sumber Gambar: Google
Malam tadi, aku juga ada menonton berita di mana mereka menemu bual salah seorang malim gunung untuk mengetahui pengalaman mereka. Aku sendiri seram dengar apa yang dia ceritakan ketika aktiviti itu sebab gegaran berlaku ketika mereka berada di atas. Mereka memang pakar gunung. Syabas.
Oleh kerana aktiviti perlancongan malim gunung juga turut terhenti, jadi mereka juga kehilangan sumber pendapatan sekurang-kurangnya 3 minggu. Aku pun nak tolong kongsikan, kepada orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada malim gunung ini, bolehlah menyalurkan menerusi CIMB 8005609923 atas nama Persatuan Malim Gunung Kinabalu (Sumber: http://www.hmetro.com.my/)
Semoga urusan mereka DiPermudahkan, InsyaAllah. Aminn
No comments:
Post a Comment