Hari minggu yang lalu, Sabtu,
Masih ada rezeki berbuka bersama suami. Selepas ke hulur ke hilir pusing Ipoh, suami bertanya, "nak buka apa harini?"
Aku jem betul bab makan ni. Jem ibarat kesesakan lalu lintas di Jalan Ampang exit ke Duke tu. haaa.. Sebab aku jenis tak kisah pun nak makan ape. Eh yelah tu.
Sebenarnya, kami ni belum dapat sangat chemistry bab makanan ni, maklumlah tak duduk bersama. Susah gak nak ajar suami makan apa yang aku suka, dan aku pun susah jugak nak belajar makan apa yang suami suka. Ker, korang suami isteri pun sama jugak? heee~
Aku pun tanya dia balik, dia tanya aku balik. Yelah, aku rasa dia lagi ber-idea bab makan ni dari aku. Aku bazar pun jadik asal dapat berbuka bersama suami pun dah bersyukur sangat dah hihi.Tapi suami kengkononnye nak belanja isteri la sempena gaji beliau hihihi.
"Suami bukan nak buka kat rumah ke? sebab nak tengok drama kesukaan suami tu? Eksperimen cinta?" O_O
"takdelah berat sangat nak tengok tuuu, saya belum kaki drama lagikkkk" erk. hihihi
Soalan terakhir "makan nasi arab nak? sluurrppp" tanya suami sambil wat muka lapar =_=
"Ok". jawab aku ringkas. Terjebak lagi.
Sampai je depan restoran tu, awal lagi. Jadi cadang nak booking je dulu.
"awak pergi booking la ye, saya ngantoklah, nak pejam sekejapppp jerk" sahut aku sambil melihat suami berlalu pergi tanda setuju hihi. Teruk kan aku tak excited langsung kihkihkih. Sekali suami siap order bagai, bukan booking je. Aku ingat suami nak tanya dulu la aku nak makan ape ke minum ape ke. Tapi tak, semua dah order. Entam jelahh layankan suami hihi.
Seperti waktu yang dijanjikan, sebelum tu aku dah buat pengiraan dah mana nak solat ka apa ka. Restoran ni ada sediakan surau. Tapi unisex. Aku tak gemo sangat. Aku dah target nak solat kat petronas belakang restoran ni.
Ok. check in. Restoran Mecca Tower
muke lapar suami aku. hadoiiii. Die memang suke sangatt nasi arab ni.
Makanan sampai. nyummehhh
Suami orderkan aku punya set ayam, dan die set kambing.
Suami dah tau dah isterinye tak suke kambing dan kureng daging hihi.
syabas suami syabasss :p
Bila dah masuk waktu berbuka tu kami mulakan dengan kurma. Kurma dia sedap, macam rasa gula merah sikit.
Semua side dishes die sedap.
Ni antara menu lain. Set aku, ayam RM27 dan Suami RM38 tanpa air ye set ni.
Ok laaa. asal tak sampi RM50 per nett tu kire oklah bagi aku hihi
Ni la lokasi kedai. Ops sory posing sikit hihi. Opsss kaki terpeleott.
Lokasi di Meru ye, bersebelahan dengan McD
Staff dia speaking arab termasuklah pekerja melayu. kagum satt.
Last but not lease...againnn hihi
Sedap kan? haha. Memang sedap air ni. Tapi minum dengan gelojoh memang hilang nikmatlah sebab aku terkejarkan waktu solat kannnn and tak habis. =_="
*Masa makan ni aku suruh suami solat dulu sebab aku makan lambat, dia mesti boleh kejar aku makan. Sebab aku ade pe'el tiba-tiba kenyang kalau partner makan habis makan dulu. Kan membazir gitu hihi.
No comments:
Post a Comment