"PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat Gred 54 dan ke bawah. Bantuan khas ini akan turut dinikmati lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran berjumlah RM250. "Kedua-dua pembayaran ini akan dibuat pada 25 Jun ini yang membabitkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) di sini. Najib turut mengumumkan berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam akan menikmati kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding kadar terendah RM180 yang diterima buat masa ini. Beliau berkata, kadar baru itu akan dinikmati oleh gred jawatan 41 dan ke bawah dimana ia memberi manfaat kepada 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara. Katanya, pada masa sama, penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka. "Kadar baru itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion," katanya."
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/61765
Ini yang kecoh di group whatsapp mahupun di laman sosial. Sesuatu yang dinantikan oleh penjawat awam khususnya, dan pasangan kepada penjawat awam khasnya hahahaha
Alhamdulillah, dengan bantuan ni, ada la rezeki duit raya untuk anak-anak buah kan hihi.
Yang bersyukur sangat tu "
penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus
daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka".Ini penting terutama bagi pasangan seperti aku suami isteri yang terpaksa menyewa 2 rumah dalam satu masa. Seorang satu rumah. Amboi, kaya sangat konon. Hakikatnya sesak napaih huhu. Moga 25% tu dapat meringankan sikit beban suami aku tu hihi.
Semoga Allah SWT terus memurahkan rezeki kita semua. Amin Ya Rabbal A'laminn.
No comments:
Post a Comment