Di sini

Tuesday, May 26, 2015

Kisah Anak Syurga Dipangku Ruqayyah Dengan Senyuman

Assalamualaikum.
Semalam, aku ada capture satu viral di facebook mengenai 'Kisah Anak Syurga' yang mana gambar ibunya Ruqayyah, memangku jenazah anaknya dengan senyuman telah di upload di facebook oleh beliau sendiri.

Menurutnya, beliau telah melahirkan anak kembar Maryam Farihah dan Marsya Farihah, dan Maryam farihah telah meninggal dunia setelah 14hari dilahirkan manakala kembarnya sedang berjuang untuk hidup. Ibu ini nampak tenang dan redha dengan pemergian anaknya.


sumber: astro awani

Dari kisah yang diupload itu, ramai juga yang share dan menyebabkan menjadi viral di facebook. Bila aku baca komen-komen yang beratus tu, ramai juga yang berkongsi pengalaman kehilangan bayi mereka setelah beberapa hari dilahirkan. Ada juga yang komen simpati dan turut mendoakan kembarnya yang sedang berjuang tu. 

Aku? ya, aku juga turut berkongsi. Aku melahirkan anak sulung aku 'pre-mature birth' dan hanya bertahan 3 hari di inkubator. Bila aku baca komen tu, aku rasa Ya Allah, ramainya senasib dengan aku. Dan mereka juga meneruskan kehidupan seperti biasa, begitu juga aku kan. 

Dalam komen viral tu, tak kurang juga yang mempersoalkan 'kenapa perlu ambil gambar?'. Emm, yang tu aku pun tak pasti, aku cuma ambil yang positif je. Tengok dia senyum macam tu, aku rasa dia cuba tunjukkan bahawa kehilangan anak yang belum baligh ni juga adalah rezeki. Terimalah dengan tenang kerana tidak semua orang terpilih menerima rezeki sebegini rupa. Bila kita tenang, syaitan pun menangis tau. Wallahualam.

Ada juga yang aku baca komen bermanfaat menyatakan 'walaupun kehilangan anak ini ibarat tiket ke syurga, ia tidak bermaksud ibu atau bapanya tidak perlu melakukan ibadah2 yang diperintahkan'. Ya, aku setuju yang itu, aku pun ada terlintas ketika aku hadapi benda ni. Aku fikir, kalau aku tak usaha ke syurga, macamana aku nak jumpa anak aku kan? 

Jadi, sebagai ibu yang juga melalui pengalaman ini, aku bersyukur diberi ujian ini kerana ianya mempertingkatkan lagi usaha aku ke SyurgaMu Ya Allah :'). 

Terima kasih Allah :)



7 comments:

  1. takziah yunk..xsangka niza pun senasib..tp walau macam mana pun bersyukur ada anak menunggu n mendoakan ibubapanya di syurga..hanya org2 terpilih sj yg layak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulillah, Allah beri rezeki dengan cara ini. Saya redha :)

      Delete
  2. Macam ni ketabahan mak saya selepas gugur 4 kali..gugur pon baby cukup sifat dan jantina dah..dalam 4-5 bulan usia.. tapi yang paling last mak saya menagis juga..kami sekeluarga tenangkan dia..Cakap mereka akan tunggu di Syurga..baru laa mak saya berhenti menangis..hati ibu mana yang tak sedih..mcm kes kat atas tu pun hatinya mesti sedih tetapi Redha je dengan ketentuan Ilahi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya pun dah cukup sifat, lahir ketika 26minggu. Siap menangis masa lahir tu. Satu-satunya kenangan :')

      Delete
  3. Bertabah .DIA Sayang dan Ingat pd kita..

    ReplyDelete
  4. Bertabah .DIA Sayang dan Ingat pd kita..

    ReplyDelete