Di sini

Tuesday, June 30, 2015

IBU TIRI Cinderella Yaya

Ibu tiri Cinderella lagi berperikemanusiaan kot. hihi

Seperti yang sedia maklum kes yang fofular di laman sosial mahupun muka akhbar dan television. Kes penderaan Yaya oleh mak tiri beliau.
Aku pun pelik jugak apa dia fikir sampai sanggup dera kanak-kanak tu sampai macam tu sekali. Apakah jenis kejadian makhluk ini? Apakah dugaan yang telah engkau lalui ini wahai si ibu tiri? Apakah kesusahan yang engkau lalui sehingga kau jadi seperti ini? Sedih...

Aku taknak ulas lebih lanjut, aku pun tak sanggup tengok Yaya tu lama-lama. Tak sampai hati tengok budak sakit macam tu. 

Aku cuma doakan, ibu tiri Cinderella Yaya,

"Moga kau diberi hidayah dan bertaubat"

Doaku untuk Cinderella Yaya,

"Moga kau diberi kesihatan dikemudian hari dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan, moga Allah Bantu Yaya"
__________________________________________________________________

Well, aku pun dibesarkan oleh mak tiri. Tak tipu memang garang hihi. Sampai rasa macam nak lari rumah pun ada hihi. Tapi arwah papa pun main peranan jugak. Tapi aku rasa ada je mak kandung pun garang kan. Nak-nak kau asyik buat hal je kan. Sama la aku pun suka buat hal jugak. Mana mak tiri tak garang, anak sendiri ke anak tiri ke sama2 buat kepala, nakal benau hihi. Garang-garang berpada lah, takdelah sampai kena lempang hahaha. Tapi dah besar ni takdelah kan. Ok je. Biasa je. 

Walaupun mak tiri, sama je kena taat sama macam ibu kandung kita jugak. Tau tau. Tetap dosa kalau ko nak ingkar-ingkar haaa gituuu.

Tapi sekarang dah tawen kena taat suami pulak tau. Taat Ibu kepada suami dulu then baru la mak-mak kita. 

Ape pon, syukur. #syukurselalu haha



Monday, June 29, 2015

BERBUKA: Terjebak lagi

Hari minggu yang lalu, Sabtu,
Masih ada rezeki berbuka bersama suami. Selepas ke hulur ke hilir pusing Ipoh, suami bertanya, "nak buka apa harini?"

Aku jem betul bab makan ni. Jem ibarat kesesakan lalu lintas di Jalan Ampang exit ke Duke tu. haaa.. Sebab aku jenis tak kisah pun nak makan ape. Eh yelah tu.

Sebenarnya, kami ni belum dapat sangat chemistry bab makanan ni, maklumlah tak duduk bersama. Susah gak nak ajar suami makan apa yang aku suka, dan aku pun susah jugak nak belajar makan apa yang suami suka. Ker, korang suami isteri pun sama jugak? heee~

Aku pun tanya dia balik, dia tanya aku balik. Yelah, aku rasa dia lagi ber-idea bab makan ni dari aku. Aku bazar pun jadik asal dapat berbuka bersama suami pun dah bersyukur sangat dah hihi.Tapi suami kengkononnye nak belanja isteri la sempena gaji beliau hihihi.

"Suami bukan nak buka kat rumah ke? sebab nak tengok drama kesukaan suami tu? Eksperimen cinta?" O_O
"takdelah berat sangat nak tengok tuuu, saya belum kaki drama lagikkkk" erk. hihihi

Soalan terakhir "makan nasi arab nak? sluurrppp" tanya suami sambil wat muka lapar =_=

"Ok". jawab aku ringkas. Terjebak lagi.

Sampai je depan restoran tu, awal lagi. Jadi cadang nak booking je dulu.

"awak pergi booking la ye, saya ngantoklah, nak pejam sekejapppp jerk" sahut aku sambil melihat suami berlalu pergi tanda setuju hihi. Teruk kan aku tak excited langsung kihkihkih. Sekali suami siap order bagai, bukan booking je. Aku ingat suami nak tanya dulu la aku nak makan ape ke minum ape ke. Tapi tak, semua dah order. Entam jelahh layankan suami hihi.


 Seperti waktu yang dijanjikan, sebelum tu aku dah buat pengiraan dah mana nak solat ka apa ka. Restoran ni ada sediakan surau. Tapi unisex. Aku tak gemo sangat. Aku dah target nak solat kat petronas belakang restoran ni.

Ok. check in. Restoran Mecca Tower



 muke lapar suami aku. hadoiiii. Die memang suke sangatt nasi arab ni.



Makanan sampai. nyummehhh
 Suami orderkan aku punya set ayam, dan die set kambing.
Suami dah tau dah isterinye tak suke kambing dan kureng daging hihi.
syabas suami syabasss :p

Bila dah masuk waktu berbuka tu kami mulakan dengan kurma. Kurma dia sedap, macam rasa gula merah sikit.
Semua side dishes die sedap.





 Ni antara menu lain. Set aku, ayam RM27 dan Suami RM38 tanpa air ye set ni.
Ok laaa. asal tak sampi RM50 per nett tu kire oklah bagi aku hihi



 Ni la lokasi kedai. Ops sory posing sikit hihi. Opsss kaki terpeleott.
Lokasi di Meru ye, bersebelahan dengan McD
Staff dia speaking arab termasuklah pekerja melayu. kagum satt.




 Last but not lease...againnn hihi



 Sedap kan? haha. Memang sedap air ni. Tapi minum dengan gelojoh memang hilang nikmatlah sebab aku terkejarkan waktu solat kannnn and tak habis. =_="

*Masa makan ni aku suruh suami solat dulu sebab aku makan lambat, dia mesti boleh kejar aku makan. Sebab aku ade pe'el tiba-tiba kenyang kalau partner makan habis makan dulu. Kan membazir gitu hihi.

Saturday, June 27, 2015

Berbuka Di Rumah VS Di Luar

Belum sempat 1 Ramadhan, pasti promosi berbuka puasa sudah mula diwar-warkan. Tak cukup itu, ramai juga yang sudah plan untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan di mana-mana seperti hotel, restoran dan pot-luck mungkin. Tak kurang jugak yang terlibat dengan event majlis berbuka puasa seperti berbuka bersama anak yatim.

Aku? kebanyakannya aku akan makan di luar jika diajak oleh rakan ataupun tak sempat balik rumah gara-gara shopping raya hihi. Tapi aku sangat jarang teringin nak makan di luar. Aku lebih selesa berbuka di rumah sahaja. Tak kiralah juadah itu di masak atau pun made in bazzar hihi.

Antara faktor aku malas nak berbuka di luar, aku malas untuk:

1) Terkejar-kejar nak solat
2) Booking
3) Bersesak Parking
4) Beratur bayar
5) Perlu habiskan makanan segera kalau tempat berbuka tiada surau. Memang tak habislah jawabnye.

Jadi, kebiasaannya kalau aku kena berbuka di luar, aku akan pastikan beberapa perkara:

1) Buka dulu atau solat dulu
2) Surau di mana
3) Perjalan trafik surau ke tempat makan
4) Masa untuk makan
5) Booking available

Lepas tu, baru la aku pergi kepada menu dan harga yang berpatutan.

Kalau aku tak plan dengan baik, makanan sedap pun aku terpaksa tinggalkan dan tak dapat menikmati sebaiknya huhu.

Tapi kalau di rumah, sendiri sedia maklumlah kebebasan dan keselesaan yang kita ada berkenaan masa, makanan dan solat PLUS sempat solat terawih berjemaah di Masjid (kepada lelaki khususnya).

Jadi semalam, puasa hari ke-9, first berbuka di luar bersama terchenta hiks. Berbuka atas sebab tak sempat berbuka di rumah. Bukan sebab shopping raya (amboi mentang-mentang gomen dah gaji kome pikir shopping raya je yeee hihiihi) tapi sebab mengemas untuk berpindah rumah untuk isteri dari bilik sewa ke rumah sewa. Berpindah buat kali ke-3 untuk tahun ini =_=. Dan kali ke-4 telah dirancang next coming 2 months =_="""" penat pindah!!!

Okay, memandangkan kami membeli perkakas rumah di area Meru, jadi kami secara spontan sahaja memilih kedai ini untuk berbuka. DAPUR IKAR BAKAR. Seperti yang aku habaq tadi, aku akan pastikan perkara-perkara tu smooth je nanti.


Kalau ikut standard perut aku, ini menu nafsu. Di sebabkan ada dua nafsu makan kat sini, terlebih sikitlah makanan ni. Tak habis sebab rasa perut tak best.

Aku suka ikan bakar dia, kuah dia tu aku suka nyum2. Sejak kenal suami baru pandai makan ikan bakar sebab kat Muar banyak restoran ikan bakar dan sedapppppp!



 Abaikan muka orang macam first time puasa hihi.

Last but not least,

Sedapkan air ni? hihi.
Ops sorry :P

**Sambil makan suami bersuara "Ada hadis Rasulullah tu beritahu, jika kita rasa makanan ini cukup untuk kita seorang, sebenarnya cukup untuk dua orang". Aku terus flash back orang susah tak cukup makan rasa insaf kejap huhu. Then aku balas, "kalau kita rasa makanan tu melebihi seorang makan??" errrr...

Friday, June 26, 2015

Raya Giveaway by Sally Samsaiman


Antara hadiah-hadiahnya:

Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Design by DayangDeno -  5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang

 (Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan)

Mula : 18 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)

Thursday, June 25, 2015

Don't Tell Me What to do: Make My Day ^ ^

 Tengok Facebook. Orang share with caption 'owh'
aku pun macam tertariklah, tips ape ni kan. Benda baik boleh belajar kan.
Tapi tips ni buat aku tersengih-sengih sensorang bila tengok komen orang.^ ^

Focus on comment okay. Have Fun! hahaha




Comment 1: And my ear will do both listening and speaking? 
Comment 2 : Don't tell me what to do!

 Comment 1: Don't tell me what to do with my food!
Comment 2: Then this should be called sandwich cake not cupcake

 Comment 1: People do the wrong one to avoid germs in the chopping board.
Comment 2 : Don't tell me how to eat my watermelon!

Comment 1 : Who the hell  cares how to write
Comment 2 : When I write I put my pen between index and middle finger. U don't tell me what to do.

 Comment 1: So, I assume we have to face the flower down too? (picture)

Comment 1: If the pizza is perfectly made, no worry how you hold it
Comment 1 : This is whole crap. Steve Jobs will be angry because all his life he made a mistake of getting the Apple bite to wrong position
Comment 2: Who set the rules?

p/s: macam ni lah jugak kadang-kadang aku baca komen politik. Komen yang tak matang/melatah tu aku gelakkan jer kihkihkih.

All picture source: Facebook

Tak Dapat Balik Raya? WHAT??

Sedih tak kalau tak dapat cuti raya? aku tak pernah la pulak merasai semua tu kan. Tapi sebagai isteri kepada abam sado negara ni kenalah bersedia kan dari segala kemungkinan.

Well, sejak kahwin, aku memang perlu wajib sangat mengesetkan minda aku untuk apa-apa kemungkinan tentang kerja suami aku ni. Tapi mostly lari la jugak setting minda aku ni buat-buat tak pahammm hihi. sorry suami :P

So, antara perkara yang amat merisaukan adalah berkenaan cuti raya. Aku dah set dah, kat mana suami beraya, kat situ la jugak aku berada. Kata solehah kann opss. 

So, antara yang aku rancangkan,

1) Tahun ni turn beraya rumah mertua, Muar. kalau tiada aral.
2) Beraya di Selama dulu, then Bagan Datoh, barulah ke Muar. kalau tiada cuti.

Itu jelah kemungkinan yang aku fikirkan. Tak Muar, Selama atau Bagan Datoh. Rumah sewa jauh sekali lah hihi. 

Okay, sekarang, 1 bulan yang lepas suami ada kerja sulit di luar kawasan. Pendek kata lagi jauh sikit. Dan inilah paling jauh sejak kahwin huhu sobss. So, semalam sepatutnya berakhirlah sesi kerja sulit beliau tu. So aku sangat excitedlah kan nak menanti kepulangan hujung minggu dengan tenang. 

Semalam selepas majlis penutup, suami mesej dan beritahu. Semalam adalah majlis penutup Fasa 1 dan pembukaan Fasa 2 yang bermula serta merta. Tiada team lain! kena sambung!What???!!!

Sebulan tau, which means langgar raya!. Bergenang gak la air mana mengada aku ni kan. Aku dah fikir, takkan aku nak beraya kat sana? tempat orang?Tiada dalam list aku pun. Tapi kalau memang suami kat sana, aku pun nak ikutlah. Tak sampai ati tinggai dia beraya sorang huhu. Bolelah fefeeling kat obersi kononnn hihi. kata solehah kan. lagiiii!! Tapi memang bercelaru gak lah semalam tergamam. Pergi bazzar pun termenung dulu dalam kereta. Beli makanan pun mana yang nampak jer. Takde mood nak pilih-pilih. Balik termenung lagi sampai la Encik suami call menenangkan keadaan. 

Hmmmm... dan malam tadi terus muncul depan mata meredah 3 jam perjalanan. Kerja tu tetap proceed. Raya tu tak tahu lagi huhu. Tunggu jela raya dik monnnn. pa nak jadi nanti...nanti la kite tengok naaa huhu.



p/s: Awal kahwin dulu suami selalu guna ayat orang, dia copy paste ayat cliche orang "awak kena faham awak isteri kepada polis" dan aku pun membalas "dan awak juga perlu faham isteri awak adalah isteri kepada polis". SETUJU! 

Wednesday, June 24, 2015

Anda Perlu Tahu : Dia..Suami & Isteri Luar Biasa

Haaa.sape layan cerita ni? Aku? Sedangkan dulu masa kerja di Subang sampai rumah pukul 6.30 pun aku sempat bersiap laju-laju sebab nak layan drama slot akasia petang2 ni, inikan pula sekarang boleh sampai seawal jam 5.15pm eh kalau bulan puasa awalkan lagi sejam hahaha. Haaa..mestilah sempat sangat nak layan kan. ape lagi aku nak buat, nak layan suami pun jauh huhu sobss

Tapi aku suka sangat drama ni. Selalunya bila dah ada iklan pancing-pancing drama baru, kita dah boleh agak dah sape watak pro ke watak cons ke kan. Tapi serious drama ni memang susah nak agak jalan cerita dia sebab perasaan ingin tahu tu membuak-buak. Kadang rasa isteri betul, Suami betul, Umi betul, Kak long pun betol. Ehhhh, rasa nak back-up semua orang haha. Tapi tak boleh drama Yuhanis&Tengku Zairil tu lagi confuse lahhh hahaha

Mula-mula aku layan drama ni, aku pun terkejut, biar betul drama ni buat cerita mengajar cara nak trap orang semata-mata nak anak. Pergi lambok bagai. Yeke. Masa tu memang hebohlah kat media sosial bagai yang drama ni bawak contoh tak elok la apelah. Tapi aku yakin mesti ada mesej yang cuba nak disampaikan. Dan memang mula lepas diorang kahwin tu, bertubi-tubi mesej aku dapat hari-hari. Seronok sangat!

Cerita ni sangatlah tak boring. Even dia bukan sedang dalam 'klimaks' penceritaan pun, masih ada mesej yang nak disampaikan. Contohnya, Surah yang elok dibaca untuk perempuan mengandung. Yang aku suka sangat tu, dia sebut semua surah, takde potong-potong. Ikhlas sangat nampak drama ni.

Okay-okay, aku cuba list out apa pengajaran yang aku nampak:

1. Tang Surah tu, dia beritahu semua surah, even kita boleh cari pun, tapi bagus jugak dia ingatkan dengan sampaikan melalui drama tu. Sekurang-kurangnya terkesan kat orang macam aku ni. Lebih-lebih lagi orang yang mengandung kan hihi

2. Biar siapa pun isteri itu, suami haruslah nekad untuk membimbing isteri ke jalan yang DiRedhai. Itu tanggungjawab suami tu. Kena sabarrrrrrrr hihi.

3. Atasi masalah dengan tenang. Masalh memang banyak la kan dalam drama ni. Tapi tengok macamana contoh Amzar ataupun Dewi berhadapan dengan situasi tu. Masih dalam akal logik kita kan.

4. Suami ucap terima kasih pada isteri sebab lahirkan anak.

5. Suami jaga isteri dalam berpantang.

6. Buat baik je dengan semua orang semampu yang boleh. contoh dewi tu hewhewhew

7. Berkat sabar suami, isteri berubah, Alhamdulillahhhh.

8. Jangan sibuk sangat jaga tepi kain orang, kain sendiri jarang tak perasan kihkih. Ambil berat berpada-pada tauuu

9. Jangan cepat judge orang tanpa selidik. Kita tiada hak untuk membenci sesama manusia.

10.......mungkin banyak lagi dah lupa haha

Mungkin minggu ni minggu terakhir drama tu. mungkin ada lagi mesej-mesej yang hendak disampaikan. Jom la terus tonton.

Aku, tonton sampai minit terakhir drama tu tau. sampai minit terakhir lagu terakhir tuuuuu

Lagu tu aku sukaaa. Yang ni nak mention sangat ni. Suka bebenorrrr. "ku tak pernah" nyanyian Hero & Heroin itu sendiri Syukri Yahya & Fathia. Ni memang tektik berkesan untuk orang macam aku layan sampai habis hihi.


Ade video dia. Klik la atas ni hihihi. Pastu aku terus berangan kan zaman-zaman bercinta dengan husband dulu kannn. Tak kurang sampai sekarang Alhamdulillah.


Last but not least, cerita ni bukan Isteri je luar biasa. SUAMI & ISTERI LUAR BIASA!!

Drama yang kemas! Syabas!


P/S: Dalam dunia ni, kalau kita memang mencari keburukan, memang keburukanlah yang Allah akan tunjukkan. Jika kita mencari kebaikan, maka kebaikanlah yang Allah tunjukkan. Anda pinta, Allah makbulkan. wallahualam

Tuesday, June 23, 2015

PENCARIAN BLOGLIST JUNE BY SYAHIRAH VALIANT

PENCARIAN BLOGLIST JUNE BY SYAHIRAH VALIANT

ni kira ibarat Pre-Hari Raya la,
praktis ziarah menziarahi menjelang raya haha
kalau ziarah rumah dapatlah kuih raya,
kalau ziarah blog, dapatlah ukhwah insyaAllah :DD

Jom join.
Klik banner untuk join :)

Why Kurma?

Jenis pekerjaan aku sering dikelilingi oleh non-muslim. Dan kadangkala mereka suka bertanyakan soalan-soalan cepu emas ataupun berkenaan agama Islam. Aku memang suka sangat kalau mereka bertanya soal Islam, aku akan ambil peluang itu sebaik-baiknya! Kadang-kadang, kita orang Islam ni susah nak explain kepada mereka tentang budaya kita sebagai orang Islam, bagi mereka, 'ahh payah nak explain, tak payah cerita banyaklah' then, tutup cerita. Rugi rasanya tak cerita. 

Dulu mungkin aku pun macam tu, sehinggalah paling mengkesankan jiwa harmoni aku ni apabila senior QS aku which is chinese man, about 4 years ago masa aku kerja Subang nun, asked me one question. "Why Kurma?" masa tu bulan puasa. Then aku boleh pulak terrrdiammmmmmm. Aku macam tak biasa kot chinese tanya soalan cenggitu and aku macam blur kejap. Aku cuma jawab, 'memang sunnah'. Dia paham pulak 'sunnah' tu ape kan. Aku jawablah, kita ikut Nabi kita. Tapi tapi itu bukanlah jawapan yang sesuai atau pertama patut aku jawab kannnn. 

Dah balik tu baru aku menyesal kenape aku tak jawab cenggini cenggitu arghhh. Sepatutnya aku ceritalah detail-detail, sebab masa tu memang banyak masa pun, berdua je dalam kereta. 

 Sepatutnya aku jawablah kebaikan kurma tu kan,

1) Kurma sunnah Rasulullah.

2) Sesuai untuk berbuka sebab membebaskan tenaga dengan perlahan. Ia mempunyai serat yang baik serta nutrisi yang tinggi dan portion dia yang kecil mudah untuk dicerna secara perlahan sehingga otot-otot pencernaan meregang dalam keadaan yang sesuai untuk makan selepas beberapa jam berpuasa.

3) Meningkatkan tenaga. Kaya kandungan gula(glukosa) jadi gula tu lah penambah tenaga lepas berpuasa 13 jam tu. Makan sikit-sikit, jangan terus banyak. Masa sahur pun sesuai, membekalkan tenaga sepanjang hari.

4) Mengurangkan sembelit dan kolestrol. Kurma ni banyak serat kan. Serat tulah yang bantu cerna hangpa semua lancarrr gitew. Kolestrol pula, bila cara pemakanan kita stabil oleh kerana kurma, maka secara tak langsung badan kita pun stabil dari kolestrol2 jaat tu.

5) Membunuh kuman. Ada jenis-jenis kurma yang menurut kajiannya boleh membunuh kuman atau meningkatkan daya imunisasi badan kita. Aku tak pasti la jenis yang mana. hihi.

Haaaa..kan banyak tu panjang lebar kebaikan kurma tu... menyesal tak cerita kat senior tu masa tu. ishk3, bukan rezeki hangpa naa.

Tu belum masuk topik kebaikan biji kurma tu, yang ni aku pun baru tau, Siakap Keli habaq.Klik Sini. Kopi kurma ek, teringin gak nak try sebab kami sekeluarga memang suka Kopi. hihihi

oklah. Selamat berdakwah ye rakan-rakan di bulan yang mulia penuh barakah ini.
 

Monday, June 22, 2015

Giveaway Duit Raya Dari BBL


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Siapa cakap bila dah besar mesti tak dapat duit raya? Sempena bulan Syawal bakal datang BBL dengan rasa gembira nak bagi duit raya kepada blogger bertuah. Cepat beratur submit entri ya. Boleh belanja diri sendiri makan aiskrim pasu.

Hadiah duit raya

Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang

Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway  Duit Raya Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 Julai 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 Julai 2015 nanti



BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Father's Day to Late Fathers

Hari Bapa,
Tiada lagi sambutan hari bapa buat ayahanda kami, dan juga ayah mertuaku,
Papaku telah pergi meninggalkan kami 4 hari sebelum menjelang hari bahagiaku,
dan ayah mertuaku telah pergi seminggu selepas pemergian anak kesayanganku,
Pergi tak kembali, 
semuanya berlaku pada tahun lepas, 2014.

2014 memang takkan aku lupakan, segala pahit manis.

Arwah papaku seorang yang agak tegas penuh gaya kepimpinannya. Senyuman manis menggoda si anak. Sangat perihatin keperluan anak-anak. Tak tertulis segala kenangan. Terima kasih papa.

Arwah ayah mertuaku, walau hanya beberapa bulan merasai kehadiran ayah, tapi kenangan itu cukup manis untuk dikenang lebih-lebih lagi kehadiran ayah itu hanya sebaik sahaja pemergian papa. 

Ya Allah, rindunya to both of them :'(

Its o.k. Anak dan menantumu ini sudah redha. Kami sudah dewasa dan kami sedar ini pasti terjadi suatu hari nanti. cuma aku belum bersedia jika seawal ini :( Tapi...accepted already.

To both my late father, 5 times a day, always pray for both of you. 

Moga tergolong di kalangan orang beriman. Moga Allah SWT sampaikan salam rinduku pada kedua papa dan ayah. 

Al-Fatihah.

How sweet both of you :D

Kenangan Raya terakhir bersama papa. Raya 2013

Kenangan raya pertama dan terakhir bersama arwah ayah. Raya 2014.
This raya, first without you.

"To my husband, even only 3 days you've given by Allah to take care our child during his life, its good enough for me to wish you Happy Father's Day. You were doing very well to our child during the days. May Allah SWT Give you another chance to have another experience to be a Father soon, InsyaAllah. Thank You. :)"

p/s: Hargailah mereka selagi ada. Semua hanya pinjaman dari-Nya.

Friday, June 19, 2015

Belajar Puasa

Aku ingat lagi zaman kanak-kanak, zaman tak puasa aku 6 years old and below. Tapi masa umur 2,3 tahun aku ingat pulak? tak ingatlah hihi. cuma mungkin masa tu umur 6 tahun. Dah tengahari mintak arwah nenek nasik

Aku : ''embah nak nasik''
Embah : "Ambik la sendiri, embah puasa"

Fuhh..sebelum2 tu elok je ambikkan, mungkin nak mengajar kan, aku pasghaahh jer, muka tunjuk sugul tak bersuara berlalu pergi ke dapur ambil pinggan, ambil nasi yang dah sejuk tu, teloq goreng, bubuh kicap, makan pergghhh.

Parents aku pulak ajar, kalau tak puasa tak boleh duduk berbuka sekali. huishh. pegang garfu pegang sudu tapi duduk depan t.v bukan tengok t.v sangat pon tapi mata sibuk pandang buah tembikai segar siap potong atas meja tersusun indah bak bidadari nunn jauh kat dapur. Seronok je tengok diorg ramai2 makan, tapi aku fokus tang tembikai ja takut habihh =_='


Dan aku tekad la, aku nak puasa penuh supaya dapat jadi orang pertama makan tembikai segar tuh!!

Alhamdulillah, darjah satu baru pandai puasa penuh, waktu rehat duduk pondok baca buku. pergh, tak pernah aku buat sebelum tu. bukan amalan aku ni. demi menyimpan tenaga sehingga petang, aku rajinkanlah membaca daripada berkejar-kejaran bersama orang tak puasa. tak aci tauu.

yang penting puasa penuh dapat duit raya! yeahhh!!


Segmen Blogwalking Ramadhan bersama Misya


Dah lama tak nampak amalan blogwalking ni hihi.
So, bila ada ni, aku join la
aku kan macam baru dilahirkan semula kihkih

Jom join, kite pon nak kenal2.
kot2 ada blogger stay Ipoh ni, boleh buat geng sobss

Klik banner untuk join okey!
daa

Thursday, June 18, 2015

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF



Terlupa Puasa

Haaaa...pernah ker?

aku? pernah kot zaman kecik-kecik dulu. Yang paling aku ingat adela sekali tu, masa tu darjah tiga tak silap. Satu hari tu, macam lepas main sikit-sikit kat luar, masuk rumah terus ke dapur terus minum air kauuu. Ayor teh sahur gamaknya kat dapur tu sedap je hirup penuh yakin pastu cawan tak basuh tinggaii jaa haha



Pergi depan balik, kakak tanya, 'kau minum ke?' Jujur dan tenang je jawab. 'Yelahhh' soalan apekah itu? otak berbicara. Ehhh..haaa haaa..baru semua nak tercengang dan aku sekali. Lepas akak aku tengok aku tercengang gitu, maka yakinlah bahawa adiknya ni memang lupa kannn bukan pontengg. ceittt. Terus akak aku kata 'terlupa takpe'

Hmmm. Ingat aku senang-senang ke nak terima ayat tu. Masa tu mana la aku faham sangat maksud takpe terlupa tu kan. Kesannya aku pi berjemur bawah panaih mentari petang pukul3 tu bayangkan, dengan harapan air aku minum tadi kena sejat balik. Tu dia, pemikiran sains budak darjah tiga. Hakikatnya aku rasa bersalah sangat dengan Allah SWT masa tu sebab terlupa. Aku mungkin faham 'takpe' yang dimaksudkan tu hanya dari manusia tapi bukan dari Allah SWT. Aku rasa Allah sangat Murka! Huhh..begitu sekali perasaan kanak-kanak aku. Sangat berwibawa erk.

Tapi tak lama la, 20minit gak kot, pastu masuk rumah sebab boring duk bertapa tengah panaih apehal =_='. Pastu teruskan berpuasa. Bila makin besaq, aku makin tahu dan buat aku makin bersyukur sebab aku terpilih untuk lupa puasa and dapat rezeki minum time puasa hihihi. Alhamdulillah. Hangpa jangan doa plak naa nk mintak terlupa puasa :DD

Aku tolong remind hari-hari bahawa hangpa semua tengah puasa hihihi.

OKlah, selamat menjaga tutur kata di bulan mulia ni. tata

Wednesday, June 17, 2015

Bonus Raya Penjawat Awam 2015 dan Imbuhan Perumahan

"PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat Gred 54 dan ke bawah.  Bantuan khas ini akan turut dinikmati lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran berjumlah RM250. "Kedua-dua pembayaran ini akan dibuat pada 25 Jun ini yang membabitkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) di sini. Najib turut mengumumkan berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam akan menikmati kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding kadar terendah RM180 yang diterima buat masa ini. Beliau berkata, kadar baru itu akan dinikmati oleh gred jawatan 41 dan ke bawah dimana ia memberi manfaat kepada 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara. Katanya, pada masa sama, penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka. "Kadar baru itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion," katanya."

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/61765

Ini yang kecoh di group whatsapp mahupun di laman sosial. Sesuatu yang dinantikan oleh penjawat awam khususnya, dan pasangan kepada penjawat awam khasnya hahahaha

Alhamdulillah, dengan bantuan ni, ada la rezeki duit raya untuk anak-anak buah kan hihi.

Yang bersyukur sangat tu " penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka".Ini penting terutama bagi pasangan seperti aku suami isteri yang terpaksa menyewa 2 rumah dalam satu masa. Seorang satu rumah. Amboi, kaya sangat konon. Hakikatnya sesak napaih huhu. Moga 25% tu dapat meringankan sikit beban suami aku tu hihi.

Semoga Allah SWT terus memurahkan rezeki kita semua. Amin Ya Rabbal A'laminn.

Hamil Dan Berpuasa

Kenangan tahun lepas, aku pregnant hampir 2 bulan ketika menjelang puasa. Alahan sebelum berpuasa takdelah sangat. Jadi aku tanya-tanya pengalaman orang berpuasa masa hamil, macam ok je, jadi aku decide untuk berpuasa.

Sebenarnya, aku pun tak pasti dalam keadaan macamana yang membolehkan untuk aku tidak berpuasa ketika pregnant. Yang aku agak, kalau lapar atau tak larat ke penat ke dehydrate sangat ke, baru aku buka. Tapi sepanjang bulan berpuasa tu, memang aku lepas sahur tu, muntah, kompom, pas makan 10minits later, tak sempat serap makanan tak sempat azan subuh tu keluar balik semua. Pastu sepanjang hari okay. Cuma weaks sikitlah. Then aku teruskan berpuasa. Aku buka okay je, cuma part sahur tu. Tapi memang sikiiiit sangat aku makan. Makin nak ke hujung bulan puasa tu, makin kurang makanan sahur aku. Ada 2,3 suap jelah nasik, lepas tu, standby nak keluarkan balik =_='

Ponteng pun 4 hari je, itu pun sebab tak sahur atau aku agak-agak je macam tak o.k. Nak makan pun tak lalu, tu lagi la buat aku nak berpuasa. Tapi memang lost weight 3.5kg lah akibatnya. Sian anak aku kan. Masa tu aku berserah je kat Allah SWT supaya bagi anak aku cukup makan ketika aku tak lalu.

Yang peliknye, memang sepanjang puasa aku muntah tiap pagi, tapi elok je Hari Raya pertama, dan seterusnya tak muntah elok gelojoh ko santap makanan jiran tetangga sampai nak meletop perut. 'mak-mak cukup cukupppp' kata anak aku =_='

Ini pengalaman pertama mengandung dan pengalaman pertama mengandung di bulan puasa. Jadi, aku dah tahu dah mana kemampuan aku. Mungkin lepasni kena selang-selang puasa atau tak kan. Lepas ni? tak tau lagi bila, InsyaAllah.

Yang membuatkan aku sangat berjaga-jaga bab nak ponteng puasa tu, aku kena make sure mana satu aku ponteng sebab aku atau sebab anak dalam perut. Sebab cara gantinya lain-lain tau. Kalau sebab diri sendiri je, qadha macam biasa, kalau risaukan anak, fidyah sekali ye. Wallahualam.Jangan terlepas pandang tu ye kawan-kawan sekalian alam. :D

Di kesempatan ini nak wish kat u ols Selamat Berpuasa dan Beramal di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Semoga amal ibadat kita diterima Allah SWT. Amin, InsyaAllah :D

Sumber Gambar: Google

Tuesday, June 16, 2015

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100



Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".





Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.




giveaway efg mega raya 2015





GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

{ Click banner di atas untuk sertai }




Hadiah :


SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang





Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015



Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100



2. Follow blog sponsor


irrayyan.com , Mek Zumbie , Khalid Kyle , Bahejabella , Nota Purba , Blog Bingkisan Hati , sayidahnapisah.com , Wayne Harraz

3. Masukkan ke dalam Bloglist



http://www.irrayyan.com

http://mekzumbie.blogspot.com

http://www.bahejabella.com

http://www.notapurba.com

http://www.maisarahsidi.com

http://www.sayidahnapisah.com

http://www.wayneharraz.com
http://www.kisahpondokkecil.com




4. Follow Instagram

@irrayyandotcom @mek_zumbie @haslinazamri @khalidkyle @fndrocka @maisarah_humaira @sayidahlurvechoc @nurulazida @wayne_harraz






5. Add facebook

Qaseh Zamri , Nurul Azida Ahmad , Aiezza Sue , Parizan Mohd Zain



6. Follow G+

Khalid Kyle



7. Like facebook page

Helenz Signature Official

K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif

Exchangefeedgroup

irrayyan.com Official FB
Arzmoha

Nik Ainaa

Amy Si Gadis Weird

Rahim Aim Channel


AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com

CikGu NoraZimah

YanieYusuf

syirasophie.blogspot.com

Chenta Hati Saya

Diari Jejaka Hangat



Kumahuitu.blogspot.com



Official Pages "Qaseh Ku"



Shahira's blog



Akif Imtiyaz Official Blog



Isolabellaz



Eny Abdullah Cooking & Photography

PowergolD.BiZ

Papaglamz

MMD One Stop Centre

P.C.L

Blog BingkisanHati

Cikk mimin mera

Shaklee House Pantai TIMUR

Zulls Grill N Spices

Nota Purba

Nukilan Reena

Mia Zain

Kanvaskehidupanku

Mommy Yoorin

Sayidahnapisahdotcom

safuraonlinediary

Anajingga

Bicara Mummy

Aku Penghibur [dot] com

SIpanjangkata Likers











GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100




di sponsor oleh




Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015


Madeena Skincare by Helenz Signature



dan



irrayyan.com , Mek Zumbie , Khalid Kyle , Bahejabella , Nota Purba , Blog Bingkisan Hati , sayidahnapisah.com , Wayne Harraz , Kisah Pondok Kecil




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK